Essay SDP
Essay SDP
Essay SDP
0 PENGENALAN
Seni menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka Edisi Ketiga (1994) ialah halus, kecil, elok,
tipis atau karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain. Sementara pendidikan pula
boleh dilihat sebagai suatu hasil atau proses[ CITATION Nor162 \l 1033 ]. Berdasarkan kepada
dua definisi tersebut, maka dapatlah dirumuskan bahawa Seni dalam Pendidikan ialah
penggunaan seni seperti seni visual, seni muzik dan seni pergerakan sebagai salah satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Peri penting Seni dalam Pendidikan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang dinamik,
fleksibel dan bersifat divergen [CITATION ISM14 \l 1033 ]. Selain itu, Seni dalam Pendidikan
juga boleh mendorong guru dan murid untuk meningkatkan estimnya [ CITATION ISM14 \l
1033 ]. Menurut Ismail et al (2014) lagi, guru juga akan dapat memperkukuhkan lagi gaya
pengajaran dengan mengamalkan gaya kerja yang kreatif, inovatif dan sensitif.
1
kecerdasan otak kepada lapan bahagian iaitu kecerdasan verbal linguistik,
kecerdasan logikal Matematik, kecerdasan visual & ruang, kecerdasan Muzik,
kecerdasan kinestetik, kecerdasan interpersonal dan intrapersonal serta kecerdasan
naturalis.
Oleh itu, guru boleh mengadakan suasana pembelajaran secara kolaboratif di
dalam kelas. Hal ini adalah kerana, setiap murid mempunyai kecerdasan yang
pelbagai dan mereka akan dapat melengkapi satu sama lain untuk menyelesaikan
sesuatu permasalahan. Melalui pembelajaran kolaboratif juga, murid akan dapat
menggunakan kecerdasan interpersonal mereka apabila mereka mempunyai
kebolehan untuk memberi respon kepada keperluan orang lain. Kemahiran sosial
dan perkembangan bahasa mereka juga akan dapat dikembangkan apabila
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul di antara satu sama lain.
2
pengetahuan sedia ada. Hal ini adalah kerana, bimbingan yang diberikan oleh guru
kepada murid dalam ZPP akan memberi ilmu baharu kepada pengetahuan sedia
ada yang dimiliki oleh murid ketika berada di peringkat actual development.
Berdasarkan kepada teori konstruktivisme ini, antara pendekatan yang boleh
digunakan oleh guru adalah dengan memberi bimbingan terarah dan teknik
meneroka dan menyoal. Pendapat ini disokong oleh Wong Kiet Wah, Mohamad Isa
& Rafidah Ruhani (2013), yang menyatakan di dalam bukunya “Perkembangan
Kanak-Kanak” bahawa murid akan mendapat peluang untuk melakukan
pembelajaran kendiri serta meneroka dan memikirkan cara-cara untuk
menyelesaikan masalah.
3
struktur rekaan. Menurut KPM (2015), unsur seni reka mempunyai enam elemen
asas yang penting dalam komposisi sesuatu karya seni visual iaitu garisan, jalinan,
rupa, bentuk, ruang dan warna. Sementara bagi prinsip seni reka pula terdiri
daripada imbangan, harmoni, kontra, penegasan, pergerakan, kepelbagaian dan
kesatuan (KPM,2015).
Seterusnya, di antara bidang-bidang kegiatan seni visual di sekolah rendah
termasuklah aktiviti menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan serta mengenal kraf tradisional (KPM,2015). Oleh itu, guru perlulah
menerapkan elemen seni visual dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
supaya dapat menarik fokus dan minat pelajar terhadap tajuk yang di ajar. Di antara
aktiviti seni visual yang boleh dilakukan adalah seperti mewarnakan huruf-huruf
hija’iyah yang telah ditulis secara 3D di atas kertas. Menurut Tengku Sarina &
Yusmina (2006), setiap guru perlu komited dalam menyediakan pelajar segala
peluang pembelajaran yang strategik dan berkesan. Hal ini adalah kerana, kaedah
yang berbeza mendatangkan pendekatan yang menyeronokkan dan dapat
merangsang minat pelajar supaya terus belajar [ CITATION Ten06 \l 1033 ].
4.2 SENI MUZIK
Selain daripada seni visual, seni muzik merupakan elemen kedua yang terdapat di
dalam Seni dalam Pendidikan. Pendidikan Seni Muzik bagi sekolah rendah ini
mempunyai tujuh komponen asas iaitu irama, melodi, warna ton, harmoni, ekspresi,
bentuk dan tekstur. Menurut Othman (2005), kecerdasan muzik melibatkan kepada
nada, rentak dan bunyi dan bergerak balas kepada elemen-elemen yang melibatkan
perasaan.
Oleh itu, guru boleh menggunakan elemen seni muzik dalam pengajarannya
seperti iringan lagu nasyid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari seperti nasyid
nama-nama nabi dan rasul serta nasyid sifat wajib Allah. Ini adalah kerana, seperti
mana yang ditekankan dalam teori pembelajaran kecerdasan pelbagai oleh Gardner
(1983), murid-murid yang mempunyai kecerdasan muzik, akan dapat belajar, faham
dan menghafal dengan lebih mudah dengan bantuan muzik.
4.3 SENI PERGERAKAN
Elemen yang terakhir yang diintegrasikan dalam Seni dan Pendidikan merupakan
seni pergerakan. Terdapat empat konsep asas bagi seni pergerakan ini iaitu
kesedaran tubuh badan, kesedaran ruang, kualiti pergerakan dan hubungan. Maka,
guru perlulah menggunakan seni pergerakan ketika mengajar sama ada dengan
4
bantuan bahan bantu mengajar ataupun tidak. Contohnya seperti mengadakan
lakonan bagi subjek sirah dan membuat amali tayammum dengan menggunakan
debu sebenar. Seni pergerakan amat diperlukan semasa proses PdP berlangsung
kerana murid yang cenderung kepada kecerdasan pergerakan akan lebih mudah
untuk memahami pembelajaran dan menyelesaikan masalah. Ini dapat dibuktikan
melalui teori kecerdasan pelbagai oleh Gardner (1983), apabila Othman (2005)
menyatakan bahawa kecerdasan kinestetik ini melibatkan tubuh untuk
menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta menyatakan idea dan perasaan.
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, guru boleh mengaplikasikan teori-teori pembelajaran serta elemen-elemen
seni dalam pendidikan di dalam proses PdP untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik
dan berkesan.
5
RUJUKAN
Ismail et al. (2014). Seni dalam Pendidikan. KUALA LUMPUR: FREEMIND HORIZONS.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia. SELANGOR: OXFORD FAJAR.
Othman, Y. (2005). Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. KUALA LUMPUR: PTS PUBLICATIONS &
DISTRIBUTORS SDN. BHD.
Tengku Sarina & Yusmini. (2006). Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru. KUALA LUMPUR:
PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN. BHD.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa & Rafidah Ruhani. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. SELANGOR:
OXFORD FAJAR.
Zainun Ishak & Che Zainon Omar. (2017). Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
SELANGOR: ZIT PUBLISHING.
Zulkifli Yaakob & Mohd Jamel Ismail. (2008). Seni Dalam Pendidikan. SELANGOR: PUSAT REKA
BENTUK PENGAJARAN DAN TEKNOLOGI OPEN UNIVERSITY MALAYSIA .
Kamus Dewan. Edisi Ketiga. 1994. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.