Seni Dalam Pendidikan Rev1b

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

WAJ3073 SENI DALAM PENDIDIKAN

1. PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk memperkembangkan potensi


individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan generasi masa
depan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Selaras dengan hasrat ini, kurikulum persekolahan kebangsaan telah disemak
bertujuan untuk menyediakan pendidikan bertaraf dunia agar generasi masa kini
mampu untuk menghadapi cabaran pendidikan selaras dengan perubahan
globalisasi yang pesat.

Untuk mencapai objektif ini, elemen Seni Dalam Pendidikan telah diserapkan ke
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Seni Dalam Pendidikan
hanya menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa
merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi
atau seni mempertahankan diri. Antara matlamat Seni Dalam Pendidikan ialah
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-
nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif; dan
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Objektif tugasan kursus ini adalah untuk menghuraikan peranan tiga elemen
Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru juga dikehendaki
mengaplikasi Seni Dalam Pendidikan dengan merancang satu rancangan
pengajaran harian yang menghubungkaitkan elemen seni muzik, seni visual dan
seni pergerakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini
bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru tentang kepentingan Seni Dalam
Pendidikan dan peranan guru dalam perlaksanaannya.
2. SENI DALAM PENDIDIKAN

2.1 Peranan Seni Dalam Pendidikan

Banyak pandangan dari pakar pendidikan dan tokoh-tokoh ilmuwan yang


mengatakan bahawa Seni Dalam Pendidikan boleh memberi manfaat kepada
seseorang individu dalam jangka masa panjang. Antara peranan-peranan Seni
Dalam Pendidikan ialah:

2.1.1 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang


seronok dan efektif melalui penggabungjalinan

Berbeza dengan kaedah pengajaran tradisional, pengajaran yang dilaksanakan


dengan menghubungkait pelbagai unsur seni dapat menjadikan murid berasa
lebih seronok untuk belajar, menumpukan perhatian dan memahami apa yang
diajarkan oleh guru. Menurut Russel (1968), seni boleh membentuk kanak-kanak
dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk,
tekstura dan irama.

Kajian penyelidik mendapati penggunaan warna dalam seni visual boleh


mempengaruhi perlakuan kanak-kanak. Ini kerana warna boleh memberi
inspirasi, menaikkan semangat dan menenangkan perasaan, lebih-lebih kepada
kanak-kanak yang selalunya begitu sensitif dengan kesan-kesan penggunaan
warna. Oleh itu penggunaan pelbagai warna dalam seni visual seperti aktiviti
mewarna dan melukis boleh menarik minat murid dan menjadikan mereka
berasa seronok dalam pembelajaran. Sifat cenderung kepada muzik juga
menjadikan murid mudah memberi respon kepada muzik dan berasa gembira
untuk melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik.

Penghubungkaitan dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan penerimaan


murid kepada pembelajaran (Howard Gardner, 1983). Oleh itu, murid-murid yang
melakukan aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelbagai kemahiran seni
seperti visual, muzik dan pergerakan akan dapat melahirkan idea dan kreativiti
mereka dengan bebas.

Sebagai contoh, guru menghubungkait elemen seni muzik, seni pergerakan dan
seni visual dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bertajuk ‘Haiwan’. Dalam set
induksi, guru memperdengarkan murid dengan lagu ‘Bunyi Haiwan’. Aktiviti ini
memasukkan elemen seni muzik dan pergerakan yang boleh menzahirkan
suasana P&P yang menggembirakan kerana murid dapat menari, menyanyi dan
mengajuk bunyi haiwan. Irama yang dihasilkan melalui lagu ini juga boleh
merangsang minda murid untuk memberikan tumpuan apa yang sedang
dilakukan. Murid menumpukan perhatian dalam mengajuk gaya dan gerakan
guru, peka dengan irama muzik, kreatif dalam membuat bunyi haiwan dan
seterusnya memudahkan murid memahami apa yang ingin disampaikan oleh
guru berkenaan tajuk P&P.

2.1.2 Memupuk nilai kerjasama dan tanggungjawab

Kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan secara semulajadinya tidak dapat


mengelakkan murid daripada terlibat dalam kegiatan yang memerlukan mereka
untuk bekerjasama, sama ada dengan rakan lain atau guru. Dalam aktiviti Seni
Dalam Pendidikan, murid belajar untuk bekerjasama, berkongsi peralatan,
berinteraksi dalam mengeluarkan idea serta bertanggungjawab dalam
memastikan tempat melakukan aktiviti seni tersebut bersih dan kemas. Kesemua
hal ini sangat membantu dalam pembelajaran sosial murid.

Sebagai contoh, dalam salah satu aktiviti P&P, guru memasukkan elemen seni
visual dan pergerakan dengan meminta murid membuat aktiviti kraftangan untuk
menghasilkan origami berbentuk haiwan secara berpasangan. Dalam aktiviti
berkelompok seperti ini, murid perlu bergerak dan berinteraksi secara kerjasama
dalam menyiapkan tugasan yang disuruh oleh guru. Dengan erti kata lain, aktiviti
ini mempunyai titik tolak interaksi sosial yang boleh terjalin melalui deria sentuh.
Aktiviti ini juga menuntut murid untuk bekerjasama dan mendengar arahan guru
bagi menyiapkan kraftangan tersebut.

2.1.3 Memenuhi keperluan sosial yang asas

Apabila seseorang murid berpeluang melakukan aktiviti-aktiviti yang sesuai


dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal
yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat asas sosial – iaitu kemilikan dan
keinginan untuk diterima sebagai anggota kelompok.

Apabila murid berjaya menyiapkan satu aktiviti Seni Dalam Pendidikan, guru
memberi pujian dan galakan. Pujian dan galakan ini membuatkan murid lebih
rasa dihargai dalam usahanya, bermotivasi untuk melakukan aktiviti pada masa
akan datang dengan lebih baik lagi supaya dapat diterima sebagai anggota
sebuah kelompok. Perhubungan mesra yang terjalin antara guru dan murid serta
sesama murid juga menyebabkan murid merasakan guru dan rakan-rakan
prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki, seterusnya
meningkatkan keyakinan diri dan perhubungan dengan persekitarannya.

2.1.4 Memberi murid peluang untuk meneroka pengetahuan atau idea

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penerokaan bermaksud penyelidikan yang


bertujuan untuk mengetahui sesuatu pengetahuan yang baru. Proses
penerokaan dilaksanakan dengan cara menjelajah menggunakan pelbagai
kaedah dan bahan seperti membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta
pelbagai idea dan bahan.Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan medium untuk
pengajaran secara penerokaan. Mark Wagner berpendapat seni boleh memupuk
rasa ingin tahu dalam diri murid untuk meneroka pengetahuan baru. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis Seni Dalam
Pendidikan akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana ia boleh membantu murid membina keyakinan
diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Menurut Teori Konstruktivisme, kanak-kanak yang diajar melalui pembelajaran
secara meneroka, bereksperimen dan mengolah bahan atau objek akan dapat
mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif. Selain itu, falsafah
perkembangan Dewey (1919) menyatakan bahawa perkembangan emosi,
jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti bermain dan meneroka
sendiri merupakan pengalaman semula jadi banyak membantu kanak-kanak
dalam pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah.

Seni Dalam Pendidikan juga boleh meningkatkan kebolehan murid dalam


pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan
setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980),
yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika
melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan murid dalam
aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik
yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang
kritis.

Sebagai contoh, dalam aktiviti menyanyikan lagu ‘Bunyi Haiwan’ dan membuat
origami haiwan, murid menggunakan pengetahuan sedia ada dan meneroka
pengetahuan baru mengenai bunyi dan rupa haiwan-haiwan seperti burung,
kucing, harimau, kambing dan sebagainya. Oleh itu, aktiviti seperti ini
membolehkan murid menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing-masing
dalam melahirkan idea dan membuat penilaian tentang haiwan.

2.1.5 Membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat

Dari aspek sosiologi, Seni Dalam Pendidikan berperanan dalam membentuk dan
mengembang budaya setempat dan sejagat dalam diri murid. Melalui aktiviti dan
pembelajaran seni, guru boleh menerapkan unsur-unsur patriotisme, alam
sekitar dan keharmonian seterusnya meningkatkan kepekaan murid terhadap
budaya setempat dan sejagat.
Sebagai contoh, dalam salah satu aktiviti P&P, guru boleh meminta murid
melukis gambar beruang panda dan menerangkan kisah pemberian dua ekor
beruang panda oleh China kepada Malaysia dalam mengukuhkan hubungan
diplomatik dan persahabatan antara dua negara ini. Selain dari itu, melalui aktiviti
ini guru boleh menerapkan unsur alam sekitar dengan menceritakan tentang
kepentingan melindungi spesis haiwan yang terancam seperti beruang panda,
harimau dan sebagainya.

2.1.6 Meningkatkan perkembangan fizikal murid

Kurikulum menekankan seni pergerakan kerana ia berpotensi untuk


menyumbang kepada perkembangan kecerdasan dan fizikal murid. Sebagai
contoh, aktiviti menggunakan krayon, berus lukisan dan pen marker boleh
melatih murid memperbaiki keupayaan motor kasar, motor halus dan koordinasi
mata, seterusnya meningkatkan kemahiran murid dalam teknik menulis. Aktiviti
menari, melompat dan mengajuk gaya pula membolehkan murid meningkatkan
keupayaan motor kasar dan menyumbang kepada perkembangan kecerdasan
mereka.

2.1.7 Meningkatkan perkembangan kognitif murid

Seni Dalam Pendidikan juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif murid.


Menurut Herman (1991) di dalam “Quadrant Concept“ yang mengkaji
perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni boleh membantu
pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Ini adalah kerana
pengembangan kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam
penyelesaian masalah sewaktu melakukan aktiviti Seni Dalam Pendidikan
mampu merangsang pemikiran rasional murid dalam membuat penilaian dan
pertimbangan serta meningkatkan perkembangan kognitif murid.

Sebagai contoh, murid boleh mempelajari jenis-jenis warna dan bentuk melalui
aktiviti pembelajaran seni visual. Murid dapat mempelajari kesan percampuran
dua warna primer dalam menghasilkan warna sekunder. Murid juga dapat
meningkatkan pengetahuan tentang rupa bentuk haiwan dengan menganalisis
ciri-ciri yang ada pada haiwan tersebut seperti garisan belang pada badan
harimau, misai pada kucing dan sirip pada ikan. Melalui aktiviti seperti ini juga
akan membantu murid dalam mengembangkan kemahiran mereka dalam
menganalisis dan membuat penilaian.

2.1.8 Meningkatkan rasa kesyukuran

Seni Dalam Pendidikan berperanan untuk membantu murid meningkatkan rasa


kesyukuran terhadap kejadian Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,
keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sebagai contoh, melalui aktiviti melukis poster bertemakan kempen alam sekitar,
murid didedahkan dengan kepentingan menghargai alam semulajadi yang
diciptakan Tuhan.

2.1.9 Meningkatkan kemahiran dan profesionalisme guru

Penglibatan murid yang aktif dalam aktiviti Seni Dalam Pendidikan membuatkan
guru lebih bersemangat dan kreatif untuk merancang persediaan untuk
pengajaran mereka yang lebih mencabar serta mengutamakan perkembangan
intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid. Sekaligus ini menjadi motivasi
dan perangsang kepada guru untuk lebih banyak meneroka kemahiran-
kemahiran baru yang sesuai dengan pencapai murid-muridnya.

Melalui persekitaran pembelajaran yang positif dan bertambahnya pengetahuan


dalam ilmu perguruan, guru akan lebih bermotivasi untuk menjadi guru yang
kreatif, inovatif, peka, mempunyai personaliti yang seimbang, berketrampilan dan
profesional serta membantu perkembangan insan secara seimbang dan
menyeluruh.
3. APLIKASI SENI DALAM PENDIDIKAN

3.1 Penghubungkaitan Seni Dalam Pendidikan

Penghubungkaitan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan


pembelajaran. Ia bermaksud menghubungkait pelbagai bidang kemahiran dan
pengetahuan dari beberapa mata pelajaran dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak
dan membantu proses percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi
pengajaran dengan kehidupan seharian mereka.

Strategi penghubungkaitan ini dapat mengelakkan kebosanan dalam proses


pembelajaran di bilik darjah. P&P yang ada penghubungkaitan ini juga akan
menghasilkan pembelajaran yang lebih efektif kerana ia boleh meningkatkan lagi
tahap kefahaman belajar murid. Ia boleh membina serta melatih minda murid-
murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat membantu
pencapaian objektif P&P. Selain itu guru dapat memantapkan lagi perkembangan
sosial, emosi, intelek, kognitif, psikomotor dan afektif murid.

Sebagaimana contoh yang diterangkan sebelum ini, guru boleh menggunakan


strategi penghubungkaitan dengan memasukkan elemen-elemen seni muzik,
seni visual dan seni pergerakan dalam aktiviti P&P. Memulakan set induksi
dengan nyanyian lagu misalnya, membolehkan guru menghubungkait isi
pelajaran dengan seni muzik dan seni pergerakan. Aktiviti melukis, mewarna
atau membuat kraftangan pula menghubungkaitkan elemen seni visual dan seni
pergerakan. Untuk mencapai objektif P&P dengan berkesan, kedua-dua guru
dan murid mempunyai peranan yang penting dan signifikan dalam melaksanakan
penghubungkaitan elemen-elemen Seni Dalam Pendidikan ini.

3.2 Peranan Guru

3.2.1 Merancang P&P


Untuk melaksanakan penggabungjalinan dalam P&P ini dengan lebih berkesan,
guru perlu merancang persediaan mengajar yang sesuai dan dapat menarik
minat murid. Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam
penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik, objektif
pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian yang diguna untuk
menguji murid.

Dalam penyediaan isi pelajaran guru perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang


dapat merangsang pemikiran murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan
semua tanpa mengambil kira tahap kebolehan mereka. Dalam memilih sumber
bahan mengajar dan bahan bantu mengajar, guru perlu merancang dan memilih
bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak diajar. Sumber bahan-bahan
yang dipilih perlulah mudah digunakan oleh guru dan murid, menarik dan tidak
menggunakan masa yang terlalu panjang. Contohnya, dalam aktiviti mewarna
atau kraftangan, guru perlu memastikan masa yang diberi adalah mencukupi
untuk menjalankan aktiviti tersebut kerana kebiasaannya aktiviti-aktiviti ini
mengambil masa yang lama.

3.2.2 Memberi Motivasi

Guru perlu memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk


melahirkan idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap
positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni dalam hidup.
Ini adalah kerana sebagai pemudahcara dan fasilitator dalam proses
pembelajaran, guru perlu membimbing serta memberi tunjuk ajar jika diperlukan
oleh murid-murid. Guru juga perlu memberi pujian dan galakan kepada murid
atas hasil kerja seni mereka supaya murid lebih bersemangat untuk
menghasilkan tugasan yang lebih baik pada masa akan datang. Oleh itu guru
perlulah meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan mempelbagaikan teknik-
teknik penyampaian serta membuat kajian tentang pencapaian murid-murid dari
semasa ke semasa.
3.2.3 Menyediakan kemudahan (fasiliti)

Guru dan pihak sekolah harus menyediakan kemudahan atau fasiliti yang sesuai
dan berfungsi dengan baik agar P&P dapat dilaksanakan dengan teratur dan
lancar. Contohnya, jika guru ingin menggunakan paparan skrin di LCD projektor,
guru perlu memastikan peralatan seperti LCD projektor dan komputer berfungsi
dengan baik. Pemasangan peralatan juga tidak boleh terlalu lama hingga
mengganggu proses pengajaran. Guru juga perlu mendapatkan bantuan teknikal
jika perlu sebelum memulakan P&P.

3.3 Peranan Murid

3.3.1 Melibatkan diri

Murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti P&P
sama ada secara formal atau tidak formal kerana secara tidak langsung, mereka
akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar dan membuat penilaian kendiri
tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk
meneroka sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk
kepada guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.

3.3.2 Membentuk kepercayaan dan saling bergantung

Seni Dalam Pendidikan sering menuntut murid untuk bekerjasama dengan guru
dan rakan serta mempunyai kepercayaan dalam melakukan sesuatu aktiviti.
Oleh itu, murid perlu mempercayai antara satu sama lain bahawa mereka perlu
mempunyai semangat saling bergantung ke arah mencapai prestasi yang
cemerlang bukan sahaja bagi diri sendiri malahan bagi semua anggota dalam
kumpulannya. Murid juga tidak seharusnya mempunyai rasa buruk sangka
dengan rakan kumpulan, prejudis, bersikap perkauman, memperkecilkan dan
merendah-rendahkan idea orang lain. Dengan kata lain, setiap murid perlu
menanam rasa tanggungjawab dalam diri terhadap prestasi ahli kumpulannya.
3. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Dalam bahagian ini, satu rancangan pengajaran harian disediakan dengan


memasukkan elemen visual, muzik dan pergerakan dalam subjek Bahasa
Melayu tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Putra, Kajang, Selangor.

Subjek Bahasa Melayu


Tahun 4
Masa 8:00am-9.00am
Tarikh 1 Julai 2014
Tema Perpaduan
Tajuk Perayaan di Malaysia
Standard 1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu
Kandungan perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan
maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan dengan betul.
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul
mengikut konteks.
Standard 1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu
Pembelajaran perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat
yang gramatis secara bertatasusila.
2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat yang
tersurat dan tersirat daripada bahan prosa dengan betul.
5.1.7 Memahami dan menggunakan kata perintah dengan betul
mengikut konteks.
Sistem Bahasa Kosa Kata: mengunjungi, kuih-muih, ketupat, dodol,
menghidangkan, menghulurkan, bersalam-salaman, bermaaf-
maafan
Tatabahasa: Ayat Perintah
EMK  Ilmu: KajianTempatan, Pendidikan Moral, Muzik, Seni Visual
 Nilai Murni: Hormat-menghormati, prihatin, kerjasama,
berani, berdikari, semangat bermasyarakat, kerajinan
Strategi  KB: mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta
 TKP : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal,
kinestatik, visual-ruang, muzik
 BCB: Kemahiran bertutur, mendengar, menulis & membaca
 Pembelajaran kontekstual: Menghubungkait dengan
sambutan perayaan masing-masing, pembelajaran koperatif:
Melakukan aktiviti berkumpulan membuat sampul raya
BBM Komputer, LCD Projektor, Petikan Lagu-lagu perayaan, , kertas
sampul raya (dicetak template terlebih dahulu), gunting, gam,
pensil/pen warna, mp3 lagu “Balik Kampung”
Lembaran 1, Lembaran 2 & Lembaran 3
LANGKAH/ Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan
Masa
Hari Raya Aidilfitri, 1) Murid-murid BBM: Petikan lagu
Hari Raya Cina, diperdengarkan perayaan
Deepavali, Krismas dengan lagu perayaan-
perayaan di Malaysia. KB: menaakul
Soalan: 2) Murid-murid diminta Teknik: Soaljawab,
i) Apakah perayaan meneka jenis perayaan perbincangan
kaum utama di kaum berdasarkan lagu TKP: verbal,
Malaysia? yang diperdengarkan. visual, muzik,
SET INDUKSI ii) Bagaimanakah 3) Guru dan murid interpersonal
(5 min) suasana bersoaljawab BCB: kemahiran
sambutan hari mengenai perayaan di bertutur,
perayaan? Malaysia mendengar
iii) Bolehkah 4) Guru menyatakan tajuk Nilai: kerjasama,
kaum yang pengajaran pada hari hormat-
berbeza ini. menghormati,
menyambut semangat
perayaan kaum bermasyarakat
lain?
“Suasana Perayaan 1) Guru mengedarkan BBM: Lembaran 1
Upin dan Ipin” Lembaran 1 kepada
murid. KB:mengaplikasi,
Kosa Kata: 2) Murid diminta menganalisis &
mengunjungi, kuih- membaca petikan menilai
muih, ketupat, dodol, secara mentalis. Teknik: Soaljawab,
menghidangkan, 3) Beberapa orang murid Perbincangan &
menghulurkan, dipilih untuk membaca Sumbang Saran
bersalam-salaman, petikan secara TKP: verbal,
Langkah 1 bermaaf-maafan mekanis. intrapersonal,
(15 minit) 4) Guru membincangkan interpersonal
isi petikan bersama BCB: kemahiran
murid. mendengar,
5) Guru dan murid bertutur &
berbincang mengenai membaca
kosa kata yang tidak Nilai: Keberanian,
difahami. Hormat-
6) Guru bersoaljawab menghormati,
dengan murid Prihatin
berkaitan petikan.
Langkah 2 Aktiviti Berkumpulan 1) Guru membahagikan BBM: Lembaran 2,
(20 minit) “Sampul Raya” murid kepada kertas sampul
beberapa kumpulan. raya, gunting, gam,
Tatabahasa: Ayat 2) Guru mengedarkan pensil/pen warna
Perintah kertas untuk membuat
sampul raya kepada KB: mengaplikasi,
setiap kumpulan dan menganalisis,
Lembaran 2 untuk mencipta
setiap murid. Teknik: Tunjuk
3) Guru membacakan cara,
arahan dalam perbincangan,
Lembaran 2 dengan pembelajaran
kuat diikuti dengan koperatif
murid. TKP: visual-ruang,
4) Guru menerangkan interpersonal,
tentang contoh dan intrapersonal,
fungsi ayat perintah. verbal-liguistik,
5) Guru menunjukkan kinestatik
cara membuat sampul BCB: kemahiran
raya sambil membaca bertutur,
arahan. mendengar &
6) Guru meminta setiap membaca
kumpulan membuat 10 Nilai: Prihatin,
keping sampul raya Kerjasama,
mengikut arahan dalam Hormat-
Lembaran 2 dan menghormati,
mewarna dengan Kreatif
kreativiti masing-
masing.
7) Wakil kumpulan diminta
ke hadapan dan
mempamerkan hasil
kerja kumpulan.
8) Guru membimbing
murid dalam
penggunaan ayat
perintah.
9) Guru memilih
beberapa orang murid
untuk membuat ayat
perintah.
Langkah 4 Aktiviti Penilaian 1) Guru mengedarkan BBM: Lembaran 3
(15 minit) Lembaran 3 kepada
Tatabahasa: ayat setiap murid. KB: mengaplikasi,
perintah 2) Murid diminta menganalisis
menjawab soalan Teknik: Soal jawab,
latihan berkaitan ayat perbincangan,
perintah. TKP: interpersonal,
3) Guru bersoal jawab verbal-liguistik
dengan murid tentang BCB: kemahiran
jawapan yang betul. bertutur,
mendengar,
menulis &
membaca
Nilai: Berdikari,
Kerjasama
Penutup Rumusan isi P&P 1) Guru bersoaljawab BBM: Komputer,
(5 minit) tentang sambutan LCD Projektor,
perayaan di Malaysia. mp3 lagu “Balik
2) Murid diminta Kampung”
memberikan contoh
aktiviti yang boleh KB: menganalisis,
mengeratkan menilai
hubungan antara TKP: muzik,
kaum. verbal-linguistik,
3) Guru meminta murid interpersonal,
menyatakan nilai-nilai kinestatik, muzik,
murni yang dipelajari. intrapersonal
4) Guru memaparkan lirik Nilai murni:
lagu “Balik Kampung” Prihatin,
di LCD dan memasang Kerjasama, Berani,
mp3. Hormat-
5) Guru dan murid menghormati
bersama-sama
menyanyikan lagu
“Balik Kampung”

4. KESIMPULAN

Seni Dalam Pendidikan adalah sangat penting dalam pembelajaran seseorang


murid kerana ia boleh membangunkan sahsiah dan jati diri seseorang individu
dalam jangkamasa panjang. Seni Dalam Pendidikan menjadikan proses P&P
lebih seronok, meningkatkan perkembangan fizikal, kognitif, sosial, emosi,
kreativiti dan sensitiviti murid serta membolehkan murid belajar secara
meneroka, bereksperimen, mengolah bahan dan dapat mengekspresikan idea
secara bebas dan kreatif. Oleh itu, guru dan murid haruslah memainkan peranan
dalam melaksanakan Seni Dalam Pendidikan dalam P&P supaya objektif
kurikulum untuk melahirkan generasi yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai
estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif akan tercapai.
LEMBARAN 1

PETIKAN 1

Suasana Perayaan Upin dan Ipin

Pada pagi raya yang indah, Upin dan Ipin menjemput rakan-rakan untuk beraya di
rumah mereka. Upin dan Upin berpakaian baju Melayu baru yang bewarna kuning
dan biru.

Opah menjemput rakan-rakan Upin dan Ipin masuk ke dalam rumah. Kak Ros pula
menghidangkan kuih-muih, ketupat dan air yang sedap kepada mereka. Mereka
makan dan berbual-bual dengan gembira.

Selepas makan, Opah menghulurkan duit raya kepada Upin, Ipin, Jarjit, Mei Mei,
Ehsan dan Fizi. Mereka semua bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama
mereka.

Selepas itu, Upin, Ipin dan rakan-rakan pergi beraya di rumah Tok Dalang dan Pak
Mail. Tok Dalang menjamu dodol yang sedap untuk mereka. Pak Mail pula
menghidangkan ketupat dan rendang yang sangat enak.

Upin, Ipin dan rakan-rakan berasa sangat gembira di hari raya. Mereka dapat
berkumpul beramai-ramai, bermaaf-maafan dan mengunjungi rakan-rakan serta
sanak-saudara di hari raya.

Soalan:

1. Siapakah yang dijemput oleh Upin dan Ipin untuk datang ke rumah
mereka di pagi hari raya?
2. Apakah yang dihidangkan oleh Kak Ros kepada rakan-rakan Upin dan
Ipin?
3. Apakah yang dilakukan oleh Upin, Ipin dan rakan-rakan selepas mereka
selesai menikmati juadah raya?
4. Apakah yang dihidangkan oleh Tok Dalang dan Pak Mail kepada Upin,
Ipin dan rakan-rakan?
5. Apakah yang biasa dilakukan pada hari raya?
LEMBARAN 2

AKTIVITI: MEMBUAT SAMPUL RAYA

GAM

GAM
M

GA
A

LANGKAH-LANGKAH:

1) Guntingkan kertas mengikut garisan luar sampul raya.


2) Lipat bahagian A. Pastikan bahagian kertas kosong di bahagian dalam.
3) Lipat bahagian yang bertulis GAM ke arah dalam. Pastikan lipatan ini
terletak di bahagian atas A.
4) Pastikan lipatan anda kemas.
5) Lekatkan bahagian yang bertulis GAM ke atas belakang bahagian A.
6) Warnakan sampul raya mengikut kreativiti anda.

LEMBARAN 3

AYAT PERINTAH

Arahan: Tandakan (/) dalam kotak di sebelah ayat perintah yang betul.

1)
Kuih ini dimakan oleh saya.
Sila makan kuih ini.
Saya memakan kuih ini.
Siapa makan kuih ini?
2)
Kenapa awak berdiri di tangga bas.
Saya suka berdiri di tangga bas.
Amboi, beraninya kamu berdiri di tangga bas!
Jangan berdiri di tangga bas.
3)
Cuci kasut kamu.
Kamu sedang mencuci kasut.
Bila kamu mencuci kasut?
Kasut dicuci oleh kamu.

4)
Siapa bawa minuman ini ke dapur?
Minuman ini dibawa ke dapur oleh saya.
Tolong bawa minuman ini ke dapur.
Saya membawa minuman ini ke dapur.

5)
Usahlah kamu bersedih.
Kamu sedang bersedih.
Sedihlah kamu kalau begitu.
Siapa yang sedang bersedih?

RUJUKAN
Creative Art Helps Children Develop Acress Many Domains. Dipetik dari URL=
http://www.extension.org/pages/25680/creative-art-helps-children-develop-
across-many-domains#.VAqjjKPTgwp

Dr. Sajap Maswan. Kuliah 1: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan. IPG,
Ipoh.

Howard Gardner (1983). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences.


Basic Books.

John Dewey (1919). Reconstruction of Philosophy. H.Holt.

Kementerian Pendidikan Malaysia. Dokumen Standard BM SK Tahun 4.

Peranan Seni Dalam Pendidikan. Dipetik dari URL=


http://cikgusuepkhas.blogspot.com/2012/07/peranan-seni-dalam-
pendidikan.html

Peranan Seni Dalam Pendidikan. Dipetik dari URL= http://nota-budak-


ipg.blogspot.com/2012/12/peranan-seni-dalam-pendidikan-perkaitan.html

Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar.


Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan Pergerakan.


Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Seni Dalam Pendidikan. Dipetik dari URL=


http://www.scribd.com/doc/75832803/Seni-Dalam-Pendidikan-WAJ-3107

Why Arts Education is Crucial? Dipetik dari URL= http://www.edutopia.org/arts-


music-curriculum-child-development

You might also like