Laporan Reflektif Lass3013 Fatin Syazwani
Laporan Reflektif Lass3013 Fatin Syazwani
Laporan Reflektif Lass3013 Fatin Syazwani
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Syukur Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-
Nya, saya masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini dan dapat melengkapkan
tugasan bagi subjek Pendidikan Lestari Alam Sekitar ini.
Jutaan terima kasih saya ucapkan buat pensyarah bagi subjek ini iaitu Encik
Marzuki Bin Ngah, Dr Fouziah Binti Mohd dan Dr Yuslaini Binti Yunus kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyempurnakan
tugasan yang telah diberi.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail kerana telah menyediakan bahan-bahan
yang mencukupi untuk dijadikan rujukan bagi menyiapkan tugasan ini.
Di samping itu, saya juga turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih
kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) kerana membekalkan kami
elaun yang boleh digunakan untuk melengkapkan tugasan ini.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada
kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya
sejak awal hingga ke akhir tugasan ini disiapkan. Begitu juga dengan rakan-rakan yang
banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya. Sekian,
terima kasih.
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN 1
3.0 KESIMPULAN 6
1
Aktiviti menanam pokok atau berkebun ini merupakan salah satu gaya
hidup lestari yang memberi kesan positif terhadap alam sekitar kerana
penanaman pokok akan dapat mencegah perubahan iklim daripada berlaku
selain menjadikan persekitaran lebih cantik dan hijau. Menurut Ketua Program
Perubahan Iklim, Bahagian Perhutanan dan Alam sekitar dan Perhutanan,
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Azian Mohti menyatakan
perubahan iklim adalah isu penting kerana ia sedang berlaku dengan amat
cepat, maka langkah pelindungan alam sekitar seperti penanaman pokok-pokok
baharu perlu dipertingkatkan (Sinar Harian, 2021).
Perubahan iklim terjadi apabila berlakunya peningkatan jejak karbon yang
berpunca daripada pelepasan gas rumah hijau akibat daripada pelbagai aktiviti
manusia. Contohnya seperti pembakaran bahan api fosil, penebangan hutan,
penanaman tanaman pertanian dan penternakan serta penghasilan produk
perindustrian. Pertambahan bilangan pokok melalui aktiviti berkebun dipercayai
boleh menangani ancaman perubahan iklim iaitu bencana alam sekitar yang
terjadi akibat daripada ekosistem semulajadi yang telah terjejas.
Kekuatan lain yang terdapat pada aktiviti ini ialah dapat mengurangkan
pembaziran apabila amalan guna semula (reuse) dapat diaplikasikan terhadap
bahan sisa seperti botol plastik, kotak polistrin, bekas sabun pencuci pakaian,
batang paip dan tong cat yang digunakan untuk menanam pokok secara
hidroponik (Nur Aini Afiqah, 2020). Kaedah penanaman hidroponik ini telah
memberi peluang kepada penduduk di bandar untuk menanam pokok di
kawasan rumah yang sempit tidak mempunyai tanah yang lapang. Selain itu,
gaya hidup yang lestari ini juga turut memberi pendapatan tambahan kepada
pekebun ketika musim pandemik ini apabila hasil tanaman cili boleh dijual
dengan harga RM8 untuk satu kilogram (Noorazura Abdul Rahman, 2020).
Kesimpulannya, aktiviti berkebun merupakan gaya hidup lestari yang memberi
keuntungan kepada alam sekitar dan juga pekebun itu sendiri.
2
2.2 WEAKNESSES (KELEMAHAN)
Umum mengetahui bahawa kitar semula merupakan salah satu gaya hidup yang
lestari kerana inisiatif ini amatlah berkesan untuk mengurangkan sisa pepejal
yang dilupuskan. Menurut Mohd Saifudin & Sumayyah Aimi (2020), kitar semula
ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan
yang baru. Manfaat kitar semula kepada alam sekitar ialah dapat mengurangkan
bahan buangan, mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau akibat
penghasilan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga,
mengurangkan pencemaran udara akibat pembakaran dan pencemaran air
daripada tapak pelupusan.
Namun begitu, amalan kitar semula ini tidak diamalkan secara meluas di
Malaysia kerana terdapat beberapa kelemahan terhadap sistem ini sehingga
menjadikan Malaysia masih ketinggalan dalam amalan kitar semula. Menurut
Nor Azizah (2016), hanya 17.39% rakyat menjadikan amalan kitar semula
sebagai gaya hidup walaupun pelbagai kempen telah dianjur dan peraturan telah
digubal. Di antara salah satu kelemahan aktiviti kitar semula ini adalah kerana
fasiliti tong sampah kitar semula yang berjauhan dengan kediaman penduduk
setempat. Kenyataan ini disokong oleh hasil kajian oleh Masyitah, Nurjuhanah &
Juliana (2011), yang mendapati bahawa punca utama seramai 423 responden
tidak pernah terlibat dengan aktiviti kitar semula adalah kerana pusat kitar
semula yang terlalu jauh.
Selain itu, kelemahan aktiviti kitar semula adalah pada penggunaan masa
yang lama untuk melakukan pengasingan bahan buangan sebelum dibuang ke
dalam tong sampah kitar semula. Menurut Masyitah, Nurjuhanah & Juliana
(2011), sikap sambil lewa terhadap amalan kitar semula terjadi apabila bahan
kitar semula perlu diasingkan mengikut kategori dan ketiadaan bahan kitar
semula pada satu-satu masa menyebabkan mereka terpaksa mengumpul dalam
kuantiti yang banyak terlebih dahulu kemudian baru dihantar ke pusat kitar
semula yang terletak berjauhan dengan tempat tinggal.
Bagi mengatasi kedua-dua kelemahan ini, pihak kerajaan perlu
menyediakan lebih banyak tong sampah kitar semula di kawasan yang penting
3
seperti kawasan perumahan, kawasan sekolah dan kawasan yang menjadi
tumpuan orang ramai. Seterusnya, pengasingan bahan kitar semula secara
automatik menggunakan mesin merupakan salah satu inisiatif yang dapat
menjimatkan masa dan tenaga pengguna.
4
Seterusnya, kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi pada hari
ini telah memberi peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan
dengan alam sekitar seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan
Tabung Alam Sedunia (WWF) untuk melakukan pengumpulan dana bagi
menyelamatkan dan melestarikan alam sekitar di Malaysia. Kesedaran tentang
kepentingan alam sekitar telah dilaksanakan dengan meluas melalui platform
media sosial dan juga media massa. Selain dapat meningkatkan kesedaran
tentang keadaan alam sekitar yang semakin meruncing di negara kita dan
seluruh dunia, promosi yang dilakukan seperti ini sedikit sebanyak akan
mempengaruhi sesetengah individu dan pihak-pihak tertentu untuk menabung
kepada pertubuhan mereka sebagai tanda sokongan kepada alam sekitar. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai nilai amalan gaya hidup
lestari di dalam diri mereka. Menurut audit penyata kewangan bagi pertubuhan
Tabung Alam Sedunia (WWF) pada tahun 2020, sumber pendapatan mereka
menerusi pengumpulan dana adalah sebanyak RM 32,456,259 (World Wide
Fund, 2020). Pada akhirnya, sumbangan tersebut telah banyak membantu
pertubuhan-pertubuhan alam sekitar untuk melakukan lebih banyak aktiviti yang
dapat memelihara dan memulihara alam sekitar di Malaysia khususnya.
5
sehingga ke hari ini. Buktinya, salah satu faktor pencemaran sungai yang masih
berlaku secara berterusan adalah kerana kurangnya kesedaran awam tentang
kepentingan sungai dan mentaliti mereka yang menganggap sungai sebagai
tempat pembuangan sampah, kumbahan serta bahan organik tumbuhan dan
haiwan (Rohaniza Idris, 2021). Selain itu, penglibatan masyarakat dalam
program kitar semula masih lagi rendah kerana sikap tidak ambil peduli terhadap
kepentingan amalan kitar semula (Norizan et.al,2012). Pauline Goh (2021) turut
menyatakan perkara yang sama apabila kadar kitar semula secara keseluruhan
di Malaysia masih lagi rendah iaitu sekitar 30% untuk sisa am. Kesedaran
terhadap amalan kitar semula masih menjadi persoalan walaupun program
kesedaran banyak dijalankan di peringkat global dan tempatan (Norizan
et.al,2012). Oleh yang demikian, jika rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup
lestari tanpa pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingannya kepada
alam sekitar, maka gaya hidup ini akan bersifat sementara sahaja.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kelestarian alam sekitar yang mapan akan dapat dicapai sekiranya
gaya hidup yang lestari ini terus diamalkan oleh semua pihak demi memastikan
generasi akan datang dapat menikmati kualiti alam sekitar yang baik. Kekuatan yang
terdapat pada aktiviti gaya hidup lestari perlulah dikekalkan manakala kelemahan yang
ada perlulah diatasi dengan segera. Sementara itu, peluang yang terdapat pada
pengamalan gaya hidup lestari ini perlulah digunakan dengan sebaiknya dan ancaman
yang diterima perlulah diatasi dengan langkah yang proaktif agar gaya hidup lestari
dapat diterapkan sebagai satu budaya dalam hidup masyarakat Malaysia.
6
Rujukan
Borhan Ahmad. (2021, July 18). Berkebun di belakang rumah menjadi aktiviti
popular semasa PKP. Malaysia Dateline. Retrieved November 25, 2021, from
https://malaysiadateline.com/berkebun-di-belakang-rumah-menjadi-aktiviti-
popular-semasa-pkp/
Hafizah Marzuki. (2021, November 6). Amalan gaya hidup lestari kurangkan
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/11/884233/amalan-
gaya-hidup-lestari-kurangkan-pencemaran-karbon
Johari Yap. (2021, January 4). Gotong -royong muafakat perpaduan. Sinar
https://www.sinarharian.com.my/article/117447/KOLUMNIS/Gotong-royong-
muafakat-perpaduan
Masyitah, Nurjuhanah & Juliana. (2011). Kajian Penjanaan Sisa Pepejal Dan
Mohd Saifudin & Sumayyah Aimi. (2020, January). Pendidikan Amalan Kitar
Semula Sisa Pepejal kepada Masyarakat. Jurnal Geografi, vol 8(1), 43-69.
http://dx.doi.org/10.37134/geografi.vol8.1.3.2020
Noorazura Abdul Rahman. (2020, April 5). Tanam sayur elak bosan semasa
7
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/562770/tanam-sayur-elak-bosan-
ketika-pkp
8
Technology (ICERT), 30 May-1
June 2012,
Parkroyal Hotel, Penang,
Malaysia, Muka Surat:
399-404, ISBN: 9789673940950
Norizan, M. N., Norizan, M. N.,
Asyirah, A. R., Fera,
F., Suzyrman, S., Syarilla, S.,
Muhamad Azahar,
A, Siti Mariam, A. K. & Mohd
Ridzlie, R. (2012)
Campus Community Responses
on Solid Waste
Recycling Activity towards
Sustainable Lifestyles,
di dalam buku prosiding 3rd
International
9
Conference on Environmental
Research and
Technology (ICERT), 30 May-1
June 2012,
Parkroyal Hotel, Penang,
Malaysia, Muka Surat:
399-404, ISBN: 9789673940950
Norizan, M. N., Norizan, M. N.,
Asyirah, A. R., Fera,
F., Suzyrman, S., Syarilla, S.,
Muhamad Azahar,
A, Siti Mariam, A. K. & Mohd
Ridzlie, R. (2012)
Campus Community Responses
on Solid Waste
Recycling Activity towards
Sustainable Lifestyles,
10
di dalam buku prosiding 3rd
International
Conference on Environmental
Research and
Technology (ICERT), 30 May-1
June 2012,
Parkroyal Hotel, Penang,
Malaysia, Muka Surat:
399-404, ISBN: 9789673940950
Norizan, M. N., Norizan, M. N.,
Asyirah, A. R., Fera,
F., Suzyrman, S., Syarilla, S.,
Muhamad Azahar,
A, Siti Mariam, A. K. & Mohd
Ridzlie, R. (2012)
Campus Community Responses
on Solid Waste
11
Recycling Activity towards
Sustainable Lifestyles,
di dalam buku prosiding 3rd
International
Conference on Environmental
Research and
Technology (ICERT), 30 May-1
June 2012,
Parkroyal Hotel, Penang,
Malaysia, Muka Surat:
399-404, ISBN: 9789673940950.
Norizan, M. N., Norizan, M. N., Asyirah, A. R., Fera, F., Suzyrman, S., Syarilla,
S., Muhamad Azahar, A, Siti Mariam, A. K. & Mohd Ridzlie, R. (2012) Campus
9789673940950.
12
Nor Azizah. (2016, October 25). Malaysia masih ketinggalan dalam amalan kitar
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/10/205639/malaysia-masih-
ketinggalan-dalam-amalan-kitar-semula
Nur Aini Afiqah. (2020, Disember 2). Kaedah tanaman hidroponik mudah,
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2020/12/760650/kaedah-
tanaman-hidroponik-mudah-selamat
Pauline Goh. (2021, August 2). MAREA bantu urus kitar semula. my METRO.
https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/08/737638/marea-bantu-urus-kitar-
semula Pauline Goh. (2021, August 2). MAREA bantu urus kitar semula. my
https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/08/737638/marea-bantu-urus-kitar-
semula
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/03/796037/tingkat-kesedaran-
tanggungjawab-pulihara-alam-sekitar
https://www.sinarharian.com.my/article/161081/BERITA/Nasional/Tanam-pokok-
di-kediaman-tangani-ancaman-perubahan-iklim
13
Siti Khatijah & Christopher Perumal. (2016). Cabaran dan strategi ke arah
PB.pdf
Statements for the year ended 30 June 2020. WWF-Malaysia: Audited Financial
https://wwfmy.awsassets.panda.org/downloads/audited_financial_statements_fye
_june_2020_1.pdf
14