Tugasan 1
Tugasan 1
Tugasan 1
Teori Pembelajaran, Konsep Asas dan Elemen SDP yang diaplikasikan dalam PDP
Selain itu, teori ini menggalakkan hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia
ada dimana guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan. Contohnya, dalam penerapan elemen seni
seperti seni kolaj dalam proses PDP, guru perlulah mengenal pasti pengetahuan sedia ada
murid samada pandai menggunakan gunting dengan cara yang betul atau tidak.
Seterusnya, guru akan mengajar bagaimana cara menggunting kertas menjadi cebisan dan
akan digunakan dalam seni kolaj. Aktiviti seni kolaj juga menggalakkan proses inkuiri murid
melalui kajian dimana murid boleh meneroka bahan apa yang juga sesuai digunakan untuk
menggantikan kertas dalam aktiviti seni kolaj. Contohnya, murid boleh menggunakan tisu
yang dikoyak kepada cebisan kecil untuk menggantikan kertas dan digunakan untuk
membuat kolaj.
Teori yang seterusnya ialah teori hoka hoki yang diutarakan oleh Ned Herrmann
yang mengkaji perkembangan otak kanan dan otak kiri dimana fungsi otak boleh
dibahagikan kepada empat kuadran. Kedua-dua otak ini mempunyai peranan yang berbeza
dan membentuk perwatakan seseorang. Jika dibandingkan, otak kanan lebih melibatkan
kepada pemikiran yang bersifat imaginasi, subjektif dan futuristik. Justeru itu, memanfaatkan
penggunaan otak kanan akan memudahkan sesesorang itu membuat perancangan awal
dan pemahaman konsep. Berdasarkan teori ini, murid digalakkan berimaginasi untuk
mengembangkan penggunaan otak kanan dimana seni dapat membantu pemikiran rasional
dan intuitif seseorang individu.
Teori yang seterusnya ialah teori kecerdasan pelbagai yang dipelopori oleh Howard
Gardner dimana teori ini berpendapat bahawa murid akan menguasai kecerdasan-
kecerdasan dalam verbal-linguistik, logik-matematik, visual ruang, kinestetik, muzik,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Pelbagai kecerdasan ini akan membolehkan
murid menyelesaikan masalah di dalam kehidupan mereka mengikut bidang dan
kecerdasan masing-masing dan seterusnya dapat menyesuaikan pelbagai cabaran dalam
budaya sebenar. Teori ini juga menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam
kurikulum. Hal ini kerana manusia memperoleh pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan
dan juga melalui pelbagai teknik pengajaran.Selain itu, pembelajaran yang berkaitan dengan
pengalaman dan pendedahan pelbagai bahan memudahkan murid menaakul penguasaan
ilmu untuk pengukuhannya.
Teori ini dapat diaplikasikan dalam proses PDP bersama dengan elemen seni. Hal ini
kerana, teori ini menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan jasmani, emosi,
rohani dan intelek yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Contohnya, aktiviti
seni lukisan di sekolah dapat memupuk kreativiti kanak-kanak dimana kanak-kanak akan
melukis mengikut kreativiti masing-masing dan akan menghasilkan pelbagai jenis corak
lukisan yang berbeza kerana setiap murid mempunyai corak pemikiran tersendiri.
Kepentingan teori kecerdasan pelbagai dalam mewujudkan suasana pembelajaran
berkesan ialah menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang pelbagai
dimana guru haruslah membentuk kepelbagaian untuk menilai kreativiti murid.
Rumusan