Hub. Etnik (Esaimen)
Hub. Etnik (Esaimen)
Hub. Etnik (Esaimen)
Menurut Zaisd Ahmad et al, (2017), Malaysia sebagai sebuah negara yang telah
mencapai kemerdekaan sejak 60 tahun lalu mewarisi pluraliti masyarakat yang telah
terbina sejak sekian lama. Kepelbagaian kaum serta kemajmukan yang wujud dalam
negara ini boleh ditelusuri seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika Melaka
muncul sebagai bandar pelabuhan entrepot yang penting pada abad ke-15 Masihi,
para pedagang yang datang telah bermastautin dan menetap serta melalui proses
sosialisasi dengan masyarakat tempatan. Misalnya, para pedagang dari China, India
dan Eropah. Tambahan pula, kewujudan masyarakat asli dan pribumi serta kaum
melayu pada Kawasan-kawasan tertentu di rantau ini telah membentuk kelompok
serta sistem kemasyarakatannya sendiri.
Anuar dan Nur Atiqah (2008) menyatakan bahawa kerjasama dan ikatan
perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan kontrak sosial
antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial merupakan satu persetujuan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke
arah mewujudkan sebuah negara dan dimanifestasikan melalui kemenangan
Perikatan dalam pilihan raya 1955. Dimana pelaksanaan kontrak ini memerlukan
pemahaman semangat yang mendalam.dalam kalangan rakyat. Sesungguhnya
semangat pembentukan kontrak sosial merupakan ssesuatu yang tersirat dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya dalam Perlembagaan
Malaysia.
Pada era ini, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama dan keturunan. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara
(2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang.
24.8 Juta orang daripada jumlah tersebut merupakan warga negara Malaysia
manakala bakinya iaitu seramai 1.84 juta merupakan bukan warganegara Malaysia.
Melalui jumlah tersebut, 54% daripada populasi penduduk merupakan orang Melayu.
1
Manakala, kaum bumiputera selain orang Melayu ialah sebanyak 11.8%. Oleh itu,
kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara
Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. 7.5% terdiri
daripada kaum India, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% (Zaid Ahmad et al.,
2017). Kepelbagaian inilah yang diwarisi dan mewarnai masyarakat Malaysia ketika
ini. Justeru, bagi memahami bentuk dan jenis masyarakat, budaya serta sistem nilai
dalam konteks hubungan di Malaysia beberapa faktor atau perspektif perlu diberikan
perhatian.
2
2.0 HUBUNGAN ETNIK DARI PELBAGAI PERSPEKTIF
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik di seluruh
negara. Perbincangan tentang hubungan etnik di Malaysia sering membawa kepada
perbincangan tentang konsep negara bangsa (Abdul Halim Ramli, 2009). Dalam
usaha untuk mewujudkan pembinaan negara bangsa yang berwibawa, bekas
perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan transformasi
Nasional 2050 (TN50) yang merupakan inisiatif bagi memacu masa depan negara ati
2020 hingga 2050 (Berita Harian, 2018, Mac 12). TN50 membawa wawasan
bersama bagi semua rakyat Malaysia dalam mencapai matlamatnya iaitu ekonomi
mencapai RM2 trillion dalam tempoh lapan tahun dan Malaysia berada dalam senarai
20 negara teratas di dunia. Dengan kata lain, transformasi negara ini berteraskan
usahasama antara kerajaan dan rakyat. Oleh itu, terdapat beberapa perspektif
penting yang perlu diambil kira. Antaranya ialah daripada perspektif ekonomi, politik
dan kepelbagaian agama dalam hubungan etnik.
3
2.1 EKONOMI
Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi adalah dua istilah yang sangat penting
apabila membincangkan konsep pembangunan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi
merupakan prasyarat pembangunan ekonomi dalam usaha untuk membentuk identiti
sesebuah negara dari perspektif ekonomi (Nor Aini dan Ab. Razak, 2004). Faktor
ekonomi adalah sangat besar peranan dan pengaruhnya dalam menentukan
suasana hubungan itu sama ada berjalan dengan baik atau tidak. Hal ini dapat
dijelaskan melalui sejarah ekonomi Malaysia terdahulu iaitu pada zaman penjajahan
British.
Bagi satu tempoh dekad yang pertama dan kedua pasca kemerdekaan, kerajaan
persekutuan telah menangani kerangka penduduk yang telah dibentuk oleh penjajah
dengan mewujudkan keseimbangan dan mengecilkan jurang ekonomi antara
penduduk. Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan sejurus selepas peristiwa
4
malang yang berlaku pada tanggal 13 Mei 1969. Dimana ia bertujuan untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
2.2 POLITIK
Menurut Almond (1956), sistem politik adalah sebagai sistem interaksi yang ada
dalam masyarakat merdeka yang menjalankan fungsi integrasi dan adaptasi. Secara
umumnya, politik boleh ditakrifkan sebagai merangkumi kesemua aktiviti manusia
iaitu proses perhubungan manusia secara biasa mahupun melibatkan kuasa. Selain
itu, politik juga antara faktor penting dan perlu diberikan perhatian untuk memahami
bentuk dan sifat hubungan etnik dalam sesebuah masyarakat majmuk. Hal ini kerana
politik sering dikaitkan dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar.
Misalnya, pada pilihan raya pertama pada tahun 1955, gabungan perikatan parti-parti
berasaskan kaum yang menyertai pilihan raya dengan nama perikatan tersendiri
kemudiannya menukar nama kepada Barisan Nasional telah memenangi pilihan raya
sebanyak 13 kali.
5
Contohnya, UMNO, MCA dan MIC. Walaupun parti-parti ini ditubuhkan berteraskan
kepentingan dan perjuangan kaum, mereka berupaya membentuk gabungan
kerjasama permuafakatan politik bagi mendapat sokongan lebih besar dan
mengekalkan kuasa. Justeru, kepentingan serta peranan parti-parti politik tersebut
dapat dilihat dalam konteks perhubungan antara kaum.
Menurut Shamsul Amri (2007), agama merupakan lembaga atau institusi yang
mengatur tentang kehidupan rohani manusia. Dengan itu, hal yang dikenal sebagai
agama perlu menemukan titik persamaan dan titik perbezaannya. Agama pada
lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan
sakti seperti Dewa dan juga amalan institusi yang berkaitan dengan kepercayaan
tersebut.
Di Malaysia, pelbagai kaum dan etnik yang melatari aspek sosial di negara ini
memiliki sistem kepercayaan yang tersendiri. Misalnya, agama Islam yang
merupakan agama persekutuan yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia.
Islam ialah agama yang mempunyai penganut terbesar di Malaysia. Selain itu, agama
Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan agama atau kepercayaan animisme merupakan
agama lain yang dianuti oleh masyarakat Malaysia. Kepelbagaian agama dalam
konteks hubungan etnik dapat dilihat daripada empat aspek iaitu :
6
Aspek pertama iaitu Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.
Kepercayaan kepada tuhan merupakan ikrar yang pertama di dalam Rukun Negara.
Melalui kepercayaan beragama yang betul akan menjadikan bangsa dan negara ini
sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram. Mohd
Taib (2000), menyatakan dalam konteks hubungan etnik, bahawa agama dan etnisiti
merupakan salah satu aspek kepelbagaian agama. Masyarakat Malaysia terdiri
daripada pelbagai kaum dan etnik yang mempunyai kepercayaan agama masing-
masing. Kebiasaannya, agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia adalah warisan
daripada nenek moyang mereka.
7
3.0 CABARAN YANG DIHADAPI MASYARAKAT DALAM MEWUJUDKAN
PEMBINAAN NEGARA BANGSA BERDASARKAN TN50
8
menjaga dan memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing. Perkara ini
semakin ketara pada masa kini apabila parti-parti politik yang wujud dilihat lebih
memperjuangkan kaum masing-masing seolah-olah menafikan kepentingan nilai
perpaduan. Hal ini bukan sahaja dapat memperkasakan identiti etnik tertentu, tetapi
dapat mencetuskan ketegangan dan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat
apabila sentimen perkauman berlaku (Shamsul Amri Baharuddin, 2007). Jelaslah
bahawa politik perkauman dapat mengancam kestabilan dan keamanan sebuah
negera jika dibiarkan perkara ini berterusan. Pembinaan negara bangsa juga tidak
akan terjadi sekiranya isu sistem politik perkauman ini berterusan.
Bukan itu sahaja, berdasarkan TN50 penduduk yang semakin berusia adalah
isu serius dalam membangunkan masyarakat bagi mencapai status negara bangsa.
Menurut artikel Melakar Harapan Anak Muda bagi Malaysia di Tahun 2050 (2017),
golongan berusia 60 tahun ke atas lebih ramai daripada golongan remaja dan belia
yang berusia 10 hingga 24 tahun. Hal ini menyebabkan Malaysia akan menjadi
“ageing nation” menjelang 2035 iaitu lebih 15% populasi adalah berumur lebih
daripada 60 tahun. Dalam hal ini, golongan belia adalah penting bukan sahaja dalam
menyuarakan aspirasi malah mereka juga merupakan penggerak utama dalam
keberhasilan TN50. Malah, pembinaan negara bangsa akan menjadi satu hasrat
yang sukar untuk dicapai kerana tonggak utama dalam mewujudkan hubungan etnik
yang harmoni dan bersatu padu semakin berkurangan.
Di samping itu, media massa juga adalah salah satu cabaran yang wujud
dalam kalangan masyarakat bagi membina negara bangsa. Tidak dapat dinafikan
media massa pada amnya banyak membawa kemajuan dan kebaikan kepada
individu mahupun negara. Namun demikian, pada masa kini kebanyakan berita dan
maklumat palsu disebarkan secara meluas melalui media massa. Contohnya,
melalui media elekktonik seperti facebook, twitter dan Instagram. Hal ini akan
mendatangkan perbalahan sekiranya isu-isu sensitif seperti isu perkauman, etnik dan
agama disebarkan secara meluas dengan kandungan berita dan fakta yang salah.
Misalnya, baru-baru ini, parti politik WARISAN Sabah telah viral kerana dituduh
mementingkan isu perkauman dalam matlamat parti tersebut. Walaubagaimanapun,
berita tersebut dikatakan palsu setelah wakil daripada parti tersebut membuat sidang
media bagi menjernihkan keadaan. Jelaslah bahawa, pengaruh media massa turut
menjadi aspek penting dalam mewujudkan negara bangsa yang berminda par
excellence selaras dengan kehendak TN50.
9
4.0 KESIMPULAN
Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan
negara. Bagi mencapai kemajuan, negara, rakyat perlulah dedikasi dan komited
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Justeru, masyarakat
perlu saling memahami dan menghayati hasrat negara dalam TN50 iaitu untuk
mencapai wawasan bersama bagi semua rakyat Malaysia khususnya dalam
membentuk negara bangsa yang berwibawa dari pelbagai sapek. Dengan itu, negara
kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira
agama dan bangsa. Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati
antara kaum yang diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan
ketidakstabilan dan persengketaan serta akhirnya akan merugikan negara kita sendiri
dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin
dahulu.
10
5.0 RUJUKAN
Abdul Halim Ramli. (2009). Hubungan Kaum di Malaysia: Sejarah dan Asas
Perpaduan Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti, UITM
Abdul Rahman Haji Embong (2000). Negara Bangsa: Proses dan PerbahasanBangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Berita Harian. (2018, Mac 12). Rakyat Malaysia Penentu TN50. Retrieved from Berita
Harian Online: www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/398551/rakyat-
malaysia-penentu-tn50
11
Funston, N. J (1980). Malay Politics in Malaysia, A Study of the United Malaya
National Organisation and Party Islam. Kuala Lumpur:Heinemann Educational
Books.
Just Faaland et al. (2005). Dasar Ekonomi Baru: Pertumbuhan Negara dan
Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur: Utusan publications &
Distributors.
Mahayudin Haji Yahya (1998). Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
Melakar Harapan Anak Muda bagi Malaysia di Tahun 2050. (2017, Ogos 5).
Retrieved from Transformasi nasional 2050: http://www.examptd.info/apa-itu-
tn50-transformasi-nasional-2050/
Mohd Taib Osman (2000). Islamic Civilation in The Malay Word. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Aini Haji Idris & Ab. Razak (2004). Teori Pertumbuhan dan Pembangunan.
(Edisi ke-2). Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
12
Zaid Ahmad et al. (2017). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn Bhd.
13
6.0 LAMPIRAN
14