Scrib Perkamusan

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

5.

0 Sejarah Perkembangan Perkamusan


Berdasarkan sejarah perkembangan perkamusan, terdapat tiga jenis kamus yang telah
dihasilkan iaitu kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah
tertentu. Kemudiannya hasil usaha penambah baikkan telah wujud kamus yang disusun
bersama dengan deskripsi tatabahasa bahasa Melayu dan kamus yang terakhir ialah
kamus yang dibentuk seperti yang terdapat pada masa kini.
Menurut Ibrahim Ahmad (1994 : 3), senario perkamusan Melayu boleh dibahagikan
kepada empat fasa utama iaitu berdasarkan jenis kamus yang dihasilkan.Beliau
menyatakan bahawa kamus pertama adalah kamus bahasa Inggeris-Melayu yang
disusun oleh Marsden pada tahun 1812.
Marsden (1812) dikatakan telah membawa perubahan dalam dunia perkamusan
Melayu kerana beliau telah mengaplikasikan penyusunan kamus secara sainstifik
dengan tujuan untuk kesedaran mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu.
Mengikut Yusuf Hitam (1961:155) kamus yang disusun oleh Marsden adalah kamus
yang pertama disusun secara saintifik dengan sistem ejaan rumi yang bentuknya
berasaskan kerangka bahasa barat. Marsden juga telah menngunakan konsep sejarah
dalam penyusunan kamusnya.
Sehubungan itu, terdapat juga sarjana barat yang turut menyumbang dalam sejarah
perkamusan.Beliau ialah John Crawford. John Crawford (1852) telah menyusun A
Grammar and Dictionary of Malay Language.
Perkamusan terus berkembang. Buktinya ialah pada tahun 1875, IAbbe P.Favre telah
menghasilkan Dictionaire Malais-Francais. Inilah satu-satunya kamus bahasa Melayu-
Perancis yang disusun oleh orang Perancis bertujuan untuk membawa kesinambungan
usaha-usaha Marsden dari aspek penerapan prinsip sejarahnya.
Pada abad ke-20 dunia perkamusan telah mencapai kecemerlangan akibat bermulanya
perkembangan dunia percetakan pada awal abad ke -20 sehinggalah sekarang yang
telah menghimpunkan pelbagai genre dan bidang ilmu.Beberapa jenis kamus telah
diterbitkan kerana penemuan mekanisme kerja yang lebih canggih dan berkesan ini.
5.1 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu
Berdasarkan catatan sejarah,bentuk daftar kata bermula dengan penyusunan kamus
daripada jenis dwibahasa sebagai akibat keperluan golongan orientalis dan pedagang
melakukan aktiviti penyebaran agama dan perdagangan.
A.Teeuw (1964) mendapati bahawa penyusunan kamus dwibahasa bermula dalam
bentuk daftar katabahasa Sanskrit-Melayu Kuno pada abad ketujuh Masihi.Buktinya
ialah penemuan 482 daftar kata bahasa Melayu-Cina pada tahun 1403 hingga
1511.Jelas dan nyata berdasarkan bukti ini, menunjukkan bahawa perkembangan
kamus ekabahasa Melayu tentunya lewat sedikit selepas bermulanya penyusunan
kamus dwibahasa.
Penyusunan kamus ekabahasa telah dimulai oleh sarjana Barat dengan penyusunan
Dictionary of the Malay Tongue as Spoken in the Peninsula of Malacca,the Island of
Sumatra ,Java,Borneo,Pulo Pinang, susunan J.A Howison pada tahun 1801.Kamus ini
lebih awal daripada Onverp van een Maleisch Woordenbook eene Malaeische
Spraakkunst susunan H.Von de Wall pada tahun 1857.
Sehubungan itu, anak tempatan juga tidak ketinggalan dalam penyusunan kamus. Raja
Ali Haji telah menyusun Kitab Pengetahuan Bahasa iaitu kamus longhat Melayu-
Johor-Pahang-Riau-Lingga Penggal yang Pertama. Kamus ini merupakan kamus
ekabahasa pertama yang pernah disusun oleh anak tempatan berbangsa Melayu pada
tahun1858.Kamus ini juga dianggap oleh para sarjana dan pengkaji bahasa sebagai
kamus ekabahasa Melayu yang tertua pernah dihasilkan oleh orang Melayu.
5.2 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu di Malaysia
Sejarah perkembangan perkamusan Melayu ekabahasa yang seimbang berlaku di
Malaysia. Buktinya ialah Kitab Benih Bahasa susunan Fadhil Jaafar pada tahun 1917
dianggap kamus yang pertama pernah dihasilkan pada abad ke-20.Ini diikuti oleh
penyusunan Kamus al-Mahmudiah oleh Syed Mahmud Syed Abdul Kadiral-hindipada
1925.
Pada tahun 1935, Shamsuddin Yunos al-Haj juga telah menyusun kamus
Melayu.Perkamusan di Malaysia terus berkembang. Terdapat banyak lagi kamus yang
dihasilkan.Contoh kamus lain adalah seperti Kamus Angkatan Baru,Kamus Am Bahasa
Melayu dan Buku Katan .
Dalam masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan. Kesan
penubuhan ini telah menerbitkan beberapa buah kamus ekabahasa.Contohnya ialah
Kamus dewan pada tahun 1970 dan dicetak semula dengan edisi pertama dan kedua
pada tahun 1984 dan 1989.Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pula diterbitkan pada
tahun 1975.Ini diikuti Kamus Pelajar Bahasa Malaysia pada tahun 1987. DBP juga telah
menerbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun 1989.
Selain usaha perbadanan sebagai usaha agen bahasa Melayu, usaha persendirian
terus menambah jumlah kamus ekabhasa. Contohnya ialah Kamus Umum Bahasa
Malaysia, susunan Yang Kui Yee pada tahun 1972,Kamus Pelajar Federal oleh
Mohd.Salleh Daud pada tahun 1973 dan banyak lagi.
Ringkasnya, penyusunan kamus ekabahasa menjadi penting dengan semangat
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa berdaya saing dengan bahasa-bahasa
maju yang lain sebagai bahasa ilmu.


5.3.Kamus Awal
Penerbitan kamus awal adalah terhad.Buktinya ialah kamus ini hanya dikarang dalam
bentuk senarai kata dan istilah yang tertentu sahaja. Senarai kata yang pertama
diketahui ialah senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15.
Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina.
Manakala senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan
bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi. Senarai ketiga dikarang oleh
Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa
Malagasi.
Penerbitan kamus terus berkembang, namun mengambil masa yang lama, buktinya
tempoh dan jarak tahun penerbitanya. Contohnya ialah Casper Wiltens dan Sebastian
Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun
1622.
Ringkasnya penerbitan kamus awal adalah bergantung kepada istilah dan kata yang
hanya diketahui oleh ahli bahasa.Pelbagai bahasa yang digunakan dalam penerbitan
kamus yang menunjukkan bahawa penyerapan antara bahasa. Contohnya ialah kamus
Belanda-Melayu, Melayu-Latin dan Melayu-Cina.
5.4 Kamus dan Tatabahasa
Berdasarkan pola perkembangan perkamusan,penghasilan kamus mula giat pada
tahun 1521. Buktinya ialah William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat
penting pada tahun 1521. Kamus ini penting kerana dianggap sebagai kamus pertama
yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama,
iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi.
Pada tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris
yang mengandungi deskripsi tatabahasa. Usaha ini berterusan dan pada tahun 1852,
John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and
Dictionary of the Malay Language.
Manakala Winstedt iaitu seorang tokoh tatabahasa Melayu tradisional telah menyusun
kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada tahun 1927.
Seterusnya David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino
et Latinum-Malaicum pada tahun 1931.
Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin
Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid
Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad
(1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.
5.5 Kamus Moden
Penerbitan kamus moden adalah setelah wujudnya jawatan kuasa dan badan yang
telah dipertanggungjawabkan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.Penghasilan kamus
moden ini membuktikan usaha yang giat oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buktinya ialah terdapat tiga jenis kamus moden yang telah diterbitkan iaitu kamus
ekabahasa, kamus dwibahasa dan kamus pancabahasa.
Kamus ekabahasa adalah kamus yang disediakan dalam satu bahasa sahaja.
Contohnya ialah kamus bahasa Melayu. Manakala kamus dwibahasa pula ialah kamus
yang memuatkan 2 bahasa. Contohnya ialah kamus bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Berdasarkan contoh kamus yang telah diterbitkan dapatlah disimpulkan
bahawa penjenisan kamus adalah berdasarkan bahasa.
5.6 Definisi Kamus
Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi
pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun
mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau
dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.
Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau
gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa,
biasanya mengikut abjad ,Harimurti Kridalaksana, (1982:73).
5.7. Konsep Dasar dalam Perkamusan
Perkamusan merupakan bidang yang menerangkan makna sesuatu istilah dan kata.
Bidang ini penting kerana hasilnya dijadikan panduan dalam bahasa. Oleh yang
demikan terdapat tiga konsep penting dalam penciptaan kamus,iaitu tipologi,
leksikologi, dan leksikografi.
5.7.1.Tipologi
Dari sudut bahasa tipologi bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri
fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada
perkembangan sejarah, Hartmann, (1972:243).
5.7.2.Leksikologi
Manakala leksikologi pula ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata
melalui perkembangan bentuk dan makna dengan bantuan bidang etimologi iaitu kajian
tentang asal-usul kata tersebut.
5.7.3.Leksikografi
Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi
teknik dan metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang leksikologi yang
mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data,
pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian
makna.
5.8. Kesimpulan Perkembangan Perkamusan
Berdasarkan sejarah perkamusan ,dapatlah dirumuskan disini bahawa pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka adalah pihak yang bertanggungjawab dalam bidang ini. Justeru
itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak sewenang-wenangnya dalam
menghasilkan kamus, namun terdapat beberapa konsep yang perlu dipatuhi agar
kamus sesuai dengan jenisnya dan pengguna.
6.0 Sejarah Perkembangan Penterjemahan
Sejarah penterjemahan dikatakan bermula selepas penemuan bahan sejarah. Buktinya
ialah penterjamahan dilakukan selepas menemui batu bersurat dua bahasa di Mesir
iaitu ketika zaman Mesir Tua 3000 Masihi.
Pada abad ke-12 bersamaan 1100 Masihi, telah lahirnya kerajaan Moor di Sepanyol.
Kelahiran kerajaan ini berikutan kejayaan Tariq bin Ziyaid menakluki Sepanyol.Ketika
zaman kerajaan ini aktiviti penterjemahan telah giat dijalankan.Buktinya ialah bahan
bahasa Arab diterjemah ke bahasa-bahasa Eropah. Terjemahan besar-besaran dari
Tamadun Islam ke bahasa Greek.
Dalam masa yang sama, turut ditubuhkan Sekolah Terjemahan Toledo, Sepanyol .
Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk menterjemah idea Islam ke bahasa
Greek. Penterjemahan ini adalah meliputi ilmu sains yang diperolehi daripada Islam
serta ilmu falsafah Islam.
Pada tahun 1522,penyebaran agama kristian turut berkembang.Ketika ini,ilmu
penterjemahan telah diaplikasikan untuk aktiviti keagamaan. Contohnya ialah Martin
Luther (1522) telah menterjemah kitab Injil ke bahasa Afrika. Penterjemahan ini adalah
untuk memudahkan penganut Kristian yang berbahasa Afrika memahami agama
tersebut. Kegiatan penterjemahan kitab agama ini berterusan sehinggalah
penterjemahan kitab Injil ke bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis.
Tyler (1790) berpendapat, Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca
seolah- olah karya itu karya asli. Sehubungan itu,Benjamin (1923) telah menamakan
terjemahan yang dihasilkan sebagai penyalinan semula . Beliau juga mengatakan
bahawa tahun 1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula.Pendapat
Benjamin ini turut disokong oleh Jumplet (1961) menamakan abad ke 19 dan 20
sebagai Zaman Penterjemahan.
Terdapat beberapa orang tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan
perkataan demi perkataan.Antaranya ialah Noralis (1798), Goethe (1813/14), Humbold
(1816), Schleievmacher (1813), Schopenhaner (1851), danNietzsche (1882).
Pada awal tahun 1900 telah berlakunya perubahan kaedah penterjemahan berikutan
perkembangan pengaplikasian teknologi. Oleh yang demkian, padan tahun 1990
sehinggan 1990, pemindahan teknologi telah memesatkan lagi proses terjemahan
bahasa.Penterjemahan bahasa berlaku disetiap negara. Ini membuktikan bahawa taraf
negara tidak mendiskriminasikan proses terjemahan bahasa sama ada negara
miskin,sedang membangun atau negara membangun. Keadaan sedemikian kerana
kegiatan penterjemahan peting lantaran setiap negara mempunyai Bahasa
Kebangsaan.
Berdasarkan Encyclopedia Britannica (1911),ada menyiarkan rencana menyatakan
bahawa kebanyakan terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak tepat. Mutu
terjemahannya rendah sebab kerjaya dibuat tidak profesional. Encyclopedia Britannica
menyarankan agar terjemahan mestilah tepat dan bermutu tinggi dilakukan. Oleh yang
demikian telah di laksanakan proses basmi penyelewengan terjemahan.
Sejajar dengan peredaran zaman,Badan Antarabangsa mula menubuhkan
perdagangan antarabangsa, kemajuan Sains dan Teknologi bercambah dan maju.
Bahasa tempatan diperlukan untuk usaha-usaha promosi bahan-bahan komersial dan
pemindahan Sains dan Teknologi. Oleh itu,peranan penterjemah mendapat tempat
untuk tujuan-tujuan tersebut. Penterjemahan semakin mustahak. Di Malaysia sahaja,
badan-badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Dewan Bahasa
dan pustaka telah ditubuhkan untuk melaksanakan penterjemahan.
Manakala, Kesatuan Ekonomi Eropah (1967) pula telah mencatat bahawa mereka
mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam bidang ekonomi, jurnal dan lain-
lain.Menurut Spitzbart (1972) ,terdapat 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap tahun.Ini
adalah kerana Eropah memerlukan terjemahan bahan global dan mempunyai nilai
komersial.
6.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu.
Sejarah penterjemahan di Tanah Melayu boleh dikatakan bermula ketika zaman
kegemilangan Melaka. Sejarah penterjemahan dikatakan bermula di Melaka kerana
ketika itu kedatangan kuasa asing ke alam Melayu.Bagi memenuhi keperluan kuasa
asing ini di tanah Melayu, maka penterjemahan dilakukan.
Kedatangan kuasa asing ini bukan sahaja membawa pengaruh bahasa, namun turut
membawa agama mereka. Oleh yang demikian,pada zaman kemasukan agama
Hindu,Buddha dan Islam, mereka mereka telah menterjemahkan kitab-kitab
Mahabratha dan Ramayana serta Al-Quran ke dalam bahasa Melayu walaupun hanya
secara lisan.
Dalam masa yang sama, pada awal abad ke-20 telah berlakunya pertembungan
bahasa dan budaya. Pertembungan bahasa ini telah menyebabkan timbulnya masalah
dalam berkomunikasi. Keadaan ini telah menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas
di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai
panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi kepentingan pentadbiran.
Kesimpulannya,kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu telah memberi kesan dalam
perkembangan bahasa akibat pertembungan bahasa penjajah dan bahasa penduduk
pribumi.Namun, tanpa kedatangan penjajah,kita kemungkina tidak menerima bahasa
lain malah hanya menguasai bahasa pribumi sahaja.Tuntasnya,sejarah perkembangan
penterjemahan di Tanah Melayu adalah sama dengan dengan keadaan di Tanah
Melayu iaitu sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan.
6.1.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu Sebelum
Merdeka
Sebelum Merdeka, penterjemahan di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada buku-buku
agama. Buktinya ialah apabila terbitnya buku tauhid, usuluddin, dan tasauf. Pada awal
tahun 1930-an, anak watan Tanah Melayu telah menjalankan kerja penterjemahan iaitu
Sheikh Idris al-Marbawi.Penterjemahan juga telah dilakukan pada karya Arab.Contoh
karya Arab yang telah diterjemah kepada bahasa Melayu ialah Al-Islam dan Seruan
Al-Azhar yang merangkumi pengetahuan am dan novel.
Menurut Kasim Ahmad (1991), dalam sejarah penterjemahan bahasa Melayu, banyak
cerita dari India dan Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan Hikayat Si Miskin dari India,
manakala Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Bayan
Budiman dari Arab. Beliau menggunakan istilah saduran termasuklah juga kitab agama
yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Raniri, Sheikh Abdul Samad al-
Pelembangi dan Sheikh Muhamad Arshd a-Banjari. Antaranya ialah Hidayatul Salikin,
Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin.
Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya selepas penubuhan Pejabat Karang
Mengarang Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Menurut Norizah Ardi (2000),
pada tahun 1924 ,O.T. Dusseck telah memohon kebenaran untuk menubuhkan Badan
Menterjemah yang ditukar nama menjadi Pejabat Karang Mengarang (PKM). PKM
melaksanakan tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah dan menyunting buku
pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan karya terjemahan.
PKM terus berusaha menterjemah sehingga pada tahun 1936 telah berjaya
menghasilkan 32 buku teks. Buku teks ini terbahagi kepada lima kelompok, iaitu buku
teks sekolah, buku teks sejarah, buku teks matematik, geometri dan congak, buku teks
ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan tubuh.
Dalam masa yang sama telah lahir seorang tokoh bahasa iaitu Zaba. Beliau
memainkan peranan besar dalam bidang penterjemahan bahasa Melayu ketika beliau
bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung
Malim, Perak. Beliau banyak menterjemah karya bahasa Inggeris ke dalam bahasa
Melayu. Contohnya ialah karya prosa drama Shakespeare.
Kesimpulannya, kedatangan kuasa asing mempunyai perkaitan dengan perkembangan
penterjemahan sehinggakan telah ditubuhkan badan Pejabat Karang Mengarang bagi
memantapkan lagi kegiatan penterjemahan melalui penterjemah yang terlatih seperti
Zaba.
6.1.2 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu Selepas Merdeka
Kemerdekaan di Tanah Melayu telah memberi ruang kepada bahasa untuk
berkembang dengan lebih meluas. Buktinya ialah penubuhan beberapa badan badan
khas yang telah dipertanggungjawabkan dalam bidang bahasa.Dewan Bahasa dan
Pustaka telah ditubuhkan selepas Tanah Melayu merdeka.Dewan Bahasa dan Pustaka
telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru.Pada tahun 1957, Dewan Bahasa
dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan sebelum merdeka
telah dipindahkan ke DBP dan diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran. Oleh yang
demikian, tugas menterjemah telah diambil alih oleh pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka.Tokoh bahasa iaitu Zaba terus memberi sumbangan kepada pihak DBP.Pihak
DPB telah menerbitkan majalah bulanan Dewan Bahasa.
Jika dilihat dari aspek bidang tugas, sememangnya tidak dinafikan bahawa pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan penting dalam penterjemahan. Selain
itu, DBP juga menyemak dan menterjemah borang serta surat-surat rasmi yang
diperlukan sesetengah kementerian dan jabatan kerajaan.
Selaras dengan itu pihak Dewan Bahas dan Pustaka telah banyak mengeluarkan buku
terjemahan oleh Sharifah Haji Malek (1995). Dalam masa yang sama,kajian tentang
penterjemahan juga telah dilaksanakan. Kajian ini telah diterajui oleh Abdullah Sanusi
Ahmad. Melalui latihan yang telah diterimanya, beliau telah menghasilkan penulisan
ilmiahnya yang bertajuk Peranan Pejabat Karang Mengarang pada tahun 1966.
Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah menggunakan alternatif lain untuk
memperbanyakkan karya terjemahan. Salah satunya ialah mengadakan Peraduan
Menterjemah Novel pada tahun 1978.Lantaran itu, sejak tahun 1980, penterjemahan
telah menjadi satu disiplin akademik yang semakin berkembang maju.
Selain daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat persatuan lain yang turut
menyumbang kepada penterjemahan. Antaranya ialah Persatuan Penterjemah
Malaysia (PPM).Persatuan Penterjemah Malaysia telah ditubuhkan pada 8 April 1978
dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada 4 Oktober 1979. Kegiatan
penterjemahan dijalankan secara kolektif dan memperkukuh kerjasama antara para
penterjemah. Keahlian PPM terdiri daripada pelbagai kaum dan latar akademik yang
berbeza.
Sehubungan itu,permintaan terhadap buku terjemahan telah meningkat kerana pada
tahun 1983 bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi.
Bahan dan sumber dalam bahasa Inggeris perlu diterjemah untuk memenuhi keperluan
pelajar. Implikasi daripada keadaan ini, maka pihak Majlis Tindakan Negara telah
mewujudkan semula Bahagian Penterjemah pada 1 Mac 1986.
Pada tahun 1985 ,telah ditubuhkan Biro Terjemahan.Biro Terjemahan ditubuhkan untuk
mengendalikan kegiatan terjemahan bagi mereka yang memerlukan khidmat
terjemahan. Perkhidmatan yang disediakan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa
Melayu, Perancis, Arab, Jepun dan Mandarin.
Biro ini telah membuat kerja-kerja terjemahan untuk industri seperti badan kerajaan,
sekor swasta dan penerbit antarabangsa. Biro ini ditubuhkan dengan matlamat untuk
memberi perkhidmatan terjemahan bagi pelbagai bentuk teks, termasuk buku, laporan,
skrip, dokumen, ucapan, perjanjian, surat, iklan, poster, sijil dan sebagainya. Biro ini
juga membantu pemindahan ilmu melalui terjemahan dan interpretasi.
Badan yang akhir sekali ditubuhkan ialah Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad, pada 14 September 1993. ITNMB mengambil alih kerja-kerja terjemahan
daripada Bahagian Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka secara rasmi dan
menjadi badan tunggal di Malaysia yang merancang, melaksana, mengurus dan
menyelaras hal ehwal terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat
berbilang bangsa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Ringkasnya, perkembangan penterjemahan semakin meluas selepas kemerdekaan
dengan penubuhan badan badan penterjemah serta implikasi daripada bahasa Melayu
yang telah dijadikan bahasa pengantar telah mencabar pihak penterjemah dalam
menyediakan bahan rujukan.

You might also like