Tugasan 2 (Penulisan Akademik)
Tugasan 2 (Penulisan Akademik)
Tugasan 2 (Penulisan Akademik)
1.0 Pengenalan
Seperti yang kita tahu, negara kita Malaysia sangat terkenal dengan keunikan
masyarakat yang berbilang kaum, budaya, bahasa, etnik, agama dan sebagainya. Walaupun
negara kita mempunyai masyarakat majmuk, namun kita dapat hidup dalam sesebuah negara
yang aman dan harmonis yang mana perpaduan antara kaum sangat erat antara satu sama
lain. Dalam konteks ini, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam kepelbagaian
sosiobudaya masyarakat berbilang kaum di sekolah dalam membina negara bangsa yang
lestari. Namun begitu, tidak dapat dinafikan lagi bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah
suatu kerjaya yang mudah. Guru-guru juga menghadapi cabaran dalam membina negara
bangsa yang lestari. Oleh itu, saya akan membincangkan cabaran dan peranan guru dalam
kepelbagaian sosiobudaya dalam membina negara bangsa lestari serta langkah-langkah guru
dalam persekitaran pengurusan bilik darjah yang mesra budaya.
Selain itu, guru juga boleh menempatkan setiap murid dalam kumpulan
mengikut pencapaian mereka supaya mereka dapat membantu antara satu sama lain
dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Guru meletakkan murid bercampur
antara kaum juga boleh mewujudkan keserasian antara murid. Buktinya, mereka dapat
mengumpul idea, berkongsi pengetahuan dan bertukar-tukar pengalaman sesama
mereka. Hal ini akan dapat mengekalkan kepelbagaian sosiobudaya dalam
masyarakat berbilang kaum seterusnya membina negara bangsa yang lestari.
Bukan itu sahaja, guru juga perlu mempunyai kemahiran untuk mengucapkan
kata-kata yang ingin didengar oleh murid seperti “bagus”, “awak pandai”, “usaha lagi”
dan sebagainya. Hal ini adalah untuk memikat hati murid sekaligus mengekalkan
tingkah laku positif mereka supaya ia dilakukan secara berterusan. Pujian sebegini
haruslah diberikan tanpa mengira masyarakat berbilang kaum yang terdapat di dalam
kelas agar pembinaan bangsa yang lestari dapat dicapai.
2.3 Mewujudkan Hubungan Antara Kelompok Etnik
Penerapan budaya dan nilai murni dari pelbagai etnik yang berlainan harus
diterapkan dalam objektif pembelajaran. Dalam hal ini, guru haruslah adil, tidak
bersikap pilih kasih dan sentiasa peka terhadap murid tanpa mengira latar belakang
mereka. Setiap aktiviti pengajaran yang dirancang seharusnya tidak menyentuh isu-
isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak. Bagi membina
bangsa yang lestari, guru boleh mengadakan aktiviti mingguan yang memerlukan
penglibatan semua etnik. Contohnya, pada minggu pertama guru meminta murid India
bercerita tentang budaya dan perayaan kaum Cina. Minggu kedua, murid Melayu
diminta bercerita tentang kaum India dan begitu juga pada minggu-minggu yang
seterusnya. Dengan adanya aktiviti sebegini, murid-murid dapat mengenali budaya
kaum lain dan berkongsi pengalaman mengenai budaya masing-masing di dalam
kelas. Shamsul Amri (2007) sendiri menegaskan kepentingan setiap kaum untuk
mengenali perbezaan dan mencari nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama sebagai
rakyat Malaysia. Hal ini akan mengeratkan lagi hubungan mesra antara ahli-ahli di
dalam kelas tersebut.
4.0 Penutup