Tugasan 2 (Integrasi Kaum & Hubungan Etnik)

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

MOHD. HAZRI BIN ABDUL RANI


790419 02 -5581
NO TEL : 013-4338852

NO. MATRIK :
D 20102041924

INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK

KUMPULAN 3
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM, JITRA (POLIMAS)

Pensyarah :
TN. HAJI DR. AHMAD SOHAIMI BIN LAZIM

KANDUNGAN

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK


Prakata

xiii

1. Pengenalan

2. Cabaran Hubungan Etnik


6
2.1 Pemisahan Penempatan
2.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan
7
2.4

Politik

2.5

7
Ekonomi
8

2.5 Cabaran Intraetnik Dan Interetnik


8
2.6 Perbezaan Nilai Dan Agama
9
2.7 Cabaran Globalisasi
10

3. Dasar Dan Pelan Tindakan Untuk Perpaduan


12
3.1 Rukun Negara
12

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

3.2 Dasar Pembangunan Negara


13
3.3 Dasar Ekonomi Baru
14
3.4 Dasar Pembangunan Nasional
15
3.5 Dasar Wawasan Negara
15
3.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan
16
4. Kesimpulan

18

Bibliografi
19
Prakata

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesihatan dan kesempatan
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Diharap dengan siapnya tugasan ini
akan memberi manfaat kepada diri saya dan semua pihak dalam usaha untuk
memahami dan menghayati dengan lebih jelas usaha murni kerajaan untuk
menyatupadukan semua etnik demi menjaga keharmonian kaum di bumi Malaysia
yang tercinta ini.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya hingga tugasan ini
dapat disiapkan. Tidak lupa ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada
keluarga, rakan-rakan serta pihak sekolah yang telah banyak membantu saya.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.
Kepada semua, sekali lagi diucapkan terima kasih daun keladi.

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

Mohd Hazri Bin Abdul Rani

xiii

Tugasan 2
INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK
1. Pengenalan
Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum
atau lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. Situasi ini memerlukan
negara memberi lebih perhatian terhadap kewujudan hubungan etnik yang
mantap dalam kalangan rakyat. Apatah lagi bagi sesebuah negara yang
mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik. Maka,
persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi
mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya memastikan pembangunan
negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini ditegaskan oleh Tun
Abdul Razak, iaitu perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara
dapat disalurkan kepada usaha memajukan negara dan bukan digunakan
untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada kepelbagaian.

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

Antara kekuatan Malaysia ialah hakikat bahawa semua golongan etnik


utama telah terlibat dalam ruang budaya tempatan sejak awal-awal lagi.
Misalnya, golongan Baba atau dikenali sebagai peranakan mewakili golongan
imigrin Cina pertama di negara ini yang telah lama sebati dengan
masyarakat

tempatan.

Mereka

memainkan

peranan

penting

dalam

memperkaya khazanah kebudayaan negara kita. Golongan Baba telah


menerima dan mengasimilasikan tiga kebudayaan, iaitu kebudayaan Cina,
Melayu dan Barat, dan ini menjadikan budaya mereka sangat unik. Mereka
telah mempelopori penerbitan surat khabar, majalah dan buku di negara
kita. Malah, surat khabar Melayu dengan huruf roman telah mereka terbitkan
seawall tahun 1894.
Golongan Baba juga telah memperkaya warisan persuratan Melayu
dengan menterjemahkan karya-karya terkenal Cina kedalam bahasa Melayu.
Sumbangan dan kegiatan persuratan mereka adalah antara terawal di
negara kita. Misalnya

dari tahun 1889 hingga 1950, mereka telah

menterjemahkan dan menerbitkan hampir 68 karya dari Negara China ke


dalam bahasa Melayu. Jumlah yang lebih besar lagi telah mereka hasilkan
dalam karya asli dalam bahasa Melayu

Kaum Melayu pula adalah merupakan teras kepada Negara Malaysia. Ini diakui sendiri
oleh seorang professor berbangsa Cina. Beliau mengakui bahawa ..masyarakat Melayu
ialah masyarakat nuklius ataupun teras dalam masyarakat Malaysia. Justeru adat
dan budaya masyarakat Melayu perlu dijadikan teras identiti semua kaum di
Malaysia. Ini adalah sangat berpatutan ataupun dalam istilah arab dipanggil adil..
(1)

Sumbangan orang India pula, khususnya dalam budaya falsafah politik


Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Kerajaan-kerajaan Melayu awal
telah menerima pengaruh yang kuat daripada kebudayaan India. Pengaruh
yang jelas dalam memperkaya kebudayaan Melayu dapat dilihat melalui kata
pinjam (loan words) daripada Bahasa Sanskrit. Dari segi sumbangan agama,

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

ramai sarjana mempercayai bahawa Agama Islam telah dibawa ke Alam


Melayu oleh saudagar-saudagar dari India. Kemudiannya, pada zaman
kebangkitan nasionalisme, pengaruh daripada nasionalisne India sangat kuat
terasa di Tanah Melayu. Nasionalisme ini khususnya tersebar melalui
Indonesia dan terpancar dalam karya-karya para nasionalis, misalnya
Ibrahim Haji Yaakob. Para nasionalis kemudiannya juga pernah menyatakan
bahawa mereka mendapat pengaruh kuat daripada nasionalis India.
Kerajaan amat sedar bahawa terdapat hubungan sosial yang kuat
dalam kalangan pelbagai golongan etnik di Malaysia. Pelbagai Usaha telah
diambil untuk terus mengekalkan kekuatan ini dan membina masyarakat
yang lebih adil dari segi struktur sosial dan ekonominya.

1.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim

2. Cabaran Hubungan Etnik


Negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia,
tentulah tidak boleh lari daripada menghadapi pelbagai cabaran hubungan
etnik. Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting
kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia. Bak kata pepatah yang
baik buat teladan, yang buruk buat sempadan. Antara pengajaran penting
yang dari peristiwa tersebuat ialah; pertamanya, rusuhan kaum tidak

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak


dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Kedua, langkahlangkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan
keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tidak akan tercapai
sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat, peristiwa
13 Mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati
satu sama lain.
..Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulankumpulan etnik lain..(2). Ini bertetapan seperti yang telah ditegaskan oleh
Perdana

Menteri

Malaysia

yang

pertama

Orang

Melayu

sedia

memberikan hak-hak munasabah dan patut kepada orang-orang bukan


Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang begitu banyak
kepada bangsa-bangsa bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri
yang berbudi sebegitu tinggi seperti yang diperbuat oleh orang Melayu.
Sesungguhnya

ada

jaminan

hak-hak

istimewa

orang

Melayu

dalam

perjanjian persekutuan tetapi ia tidak sekali-kali mencegah dan menyekat


bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan
kejayaan, dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa orang Melayu itu
masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang
Melayu dengan bukan Melayu(3) Cabaran dalam hubungan etnik ini boleh
dibahagikan berasaskan beberapa faktor penting iaitu :
2.1

Pemisahan Penempatan

Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh Kerajaan British
sebelum merdeka. Orang Melayu tinggal di luar Bandar, kaum Cina yang
kebanyakanya

terlibat

dalam

perlombongan

menetap

di

kawasan-

kawasan lombong dan kemudian menjadi bandar seperti Kuala Lumpur.


Manakala

kaum

India

pula

kekal

menetap

di

estet-estet

dengan

menjalankan aktiviti perladangan. Pemisahan ini menyebabkan interaksi


antara kaum akan hanya berlaku
2. Ranjit Singh Malhi 2005

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

3. Tunku Abdul Rahman

ketika berurusan di pasar atau di pejabat sahaja. Ini melahirkan sikap


yang negatif dalam hubungan antara kaum. Proses kenal mengenali
antara satu sama lain sukar untuk berlaku. Dasar Kerajaan British
sebelum

merdeka

juga

menyebabkan

bidang

pekerjaan

tertentu

dimonopoli oleh sesuatu kaum sahaja.

2.2 Sistem Pendidikan Yang Berasingan


Pada zaman penjajah, negara kita tidak mempunyai dasar pendidikan
yang jelas. Dasar Kerajaan British telah mengakibatkan sistem pendidikan
negara diwujudkan kepada empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu
Melayu, Cina, India dan Inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai
perbezaan yang amat ketara dari segi matlamat, sukatan pelajaran,
bahasa

pengantar

dan

pendidikan

guru.

Kurikulum

dalam

dasar

pendidikan masing-masing juga adalah berlainan. Malahan buku teks dan


guru juga dibawa dari luar. Implikasinya, ketika itu pelajar-pelajar tidak
berpeluang untuk bercampur gaul dengan pelajar dari kumpulan etnik
yang berlainan dan ini akhirnya akan menyulitkan proses pembentukan
perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar berbilang kaum di
negara ini.
2.3

Politik

Adalah jelas bahawa kewujudan pelbagai parti politik yang berasaskan


kumpulan etnik telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak
wasangka antara etnik. Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan
kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Walaupun pemerintah
sekarang bernaung di bawah satu komponen yang sama, namun partiparti

politik

yang

ada

masih

lagi

berasaskan

perkauman.

Demi

kepentingan kaum mereka dan juga etnik mereka maka isu-isu seperti
bahasa, kebudayaan, pendidikan , agama dan lain-lain akan digunakan

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

sebagai senjata masing-masing. Keadaan ini sudah tentu gagal untuk


melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam segenap bidang.

2.4

Ekonomi

Dasar Kerajaan British yang meletakan kaum berdasarkan kepada


pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu
bidang pekerjaan. Akhirnya,

jurang pekerjaan ini akan menyebabkan

perasaan perkauman terus menebal. Perbezaan dalam bidang ekonomi


telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan di kalangan etnik
tertentu. Orang Cina dilihat lebih mendominasi bidang yang lebih maju
iaitu perniagaan dan perdagangan. Orang Melayu terlibat dalam bidang
pertanian yang kurang berdaya maju dan orang India menjadi buruh di
estet-estet. Hasil dari pekerjaan yang berbeza ini maka wujudlah jurang
pendapatan antara setiap kumpulan etnik. Setiap etnik berusaha
merebut kekuatan ekonomi yang lebih mewujudkan ketidakseimbangan
dan

persaingan

yang

berlaku

melahirkan

ketidakstabilan

dalam

masyarakat. Untuk mengeratkan perpaduan maka penyusunan semula


masyarakat perlu dilakukan. Aspek yang perlu diberi perhatian ialah
keadaan tidak seimbang yang wujud dari segi tingkat pendapatan, corak
guna tenaga, pemilikan saham dan penyertaan pelbagai kaum dalam
semua bidang
2.5

Cabaran Intraetnik Dan Interetnik

Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membolehkan penubuhan


parti-parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya. Kewujudan parti
politik yang pelbagai kadangkala boleh mencetuskan konflik antara satu

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

sama lain. Sejarah pernah memaparkan keadaan genting yang melanda


negara akibat daripada keadaan berpolitik yang tidak sihat. Gejala berikut
perlu dielakkan dalam usaha untuk mewujudkan perpaduan kaum yang
bersatupadu.

Antaranya

adalah

sikap

terlalu

extremism

dalam

melaksanakan sesuatu dasar dalam perjuangan parti masing-masing.


Selain itu, parti politik bersifat chauvanism atau taksub dengan hanya
menganggap kumpulannya sahaja yang betul dan orang lain tidak. Sifat
fanaticism atau membabi buta dalam melaksanakan sesuatu tanpa
mempedulikan pendapat orang lain bahkan menolak sekeras-kerasnya
pandangan orang lain juga boleh menyumbang kepada kerenggangan
hubungan antara kaum.

Cabaran hubungan intra etnik contohnya kewujudan pelbagai parti politik


yang

mewakili

kelompok

kaum

yang

sama

umpamanya

dalam

masyarakat Melayu ada parti UMNO dan PAS. Dalam masyarakat Cina
pula,

wujudnya

parti

MCA,

DAP

dan

GERAKAN,

manakala

dalam

masyarakat India pula wujudnya parti MIC dan SAPP. Situasi seperti ini
boleh menyebabkan berlakunya ketidaksefahaman antara sesama kaum.
Kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili dan didominasi oleh
etnik yang sama juga sedikit sebanyak telah menimbulkan hubungan
yang tidak harmonis antara etnik.

2.6

Perbezaan Nilai Dan Agama

Setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang


berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang
berteraskan kebudayaan dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik akan
mempertahankan

agama,

kebudayaan

dan

adat

resam

mereka,

mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap agama dan


kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Semasa penjajahan British,

10

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

British telah membawa masuk agama Kristian sementara kaum imigran


membawa masuk agama lain seperti Agama Hindu dan Buddha. Menurut
Tun Salleh Abbas, ..Melayu dan Islam adalah dua unsur yang bercantum
dan

tidak

boleh

dipisahkan

untuk

tujuan

undang-undang

dan

perlembagaan. Maka adalah menjadi tanggungjawab Yang Dipertuan


Agong untuk melindungi orang Melayu seperti yang termaktub dalam
Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana Islam dan Melayu
merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan, maka tugas menjaga
orang Melayu termasuk juga melindungi dan menjaga Agama Islam.(4)
Oleh yang demikian, menjadikan Agama Islam sebagai agama rasmi bagi
Negara

Malaysia

kepercayaan

mestilah

kaum

lain.

juga
Oleh

memberikan pertimbangan
yang

demikian,

dalam

kepada

Perkara

perlembagaan persekutuan memperuntukan satu fasal imbangan yang


menyebut ; ..tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan..

(4) Tun Salleh Abbas

2.7

Cabaran Globalisasi

Globalisasi dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin


pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan
pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada
sekatan. Globalisasi yang berjalan sekarang menguntungkan sebelah
pihak sahaja iaitu negara barat. Keadaan ini telah mengakibatkan proses
pembaratan berlaku dalam corak kehidupan berasaskan ekonomi, politik
dan sosial. Secara tidak langsung ia telah menyebabkan berlakunya
penjajahan bentuk baru yang menyelitkan unsur-unsur sosial seperti
kehidupan bebas dan budaya hedonisme. Kejayaan mereka ini dibantu

11

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari


barat adalah baik dan moden.
Pengaruh luaran dalam menentukan keamanan dan kestabilan sesebuah
negara juga tidak boleh dipandang ringan. Era selepas Perang Dingin
memperlihatkan Amerika dan sekutunya mendominasi politik dunia.
Kuasa Barat ini akan lebih cepat bertindak dan memainkan peranan
mereka dengan melibatkan diri dalam hal ehwal sesebuah negara jika
ianya melibatkan kepentingan mereka. Antara dominasi kuasa Barat ke
atas dunia seperti memiliki dan mengendalikan sistem perbankan
antarabangsa (IMF, World Bank), mengawal mata wang utama dunia
dimana

USD

dijadikan

pengukur

nilai

matawang

antarabangsa,

mendominasi pasaran modal dunia, mendominasi akses ruang angkasa


dan

industri

aeroangkasa

dunia,

mengawal

laluan

maritim

dunia,

mendominasi industri senjata teknologi tinggi dunia dan sebagainya.


Setiap campurtangan mereka mempunyai agenda yang tersendiri,
malahan

mereka

boleh

berperanan

untuk

menentukan

samada

mewujudkan keamanan atau menghancurkan sesebuah negara. Konflik di


Iraq memperlihatkan keangkuhan kuasa-kuasa luar dalam menentukan
hala tuju negara tersebut. Selain dari itu kemelut yang berlaku di dunia
luar seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia supaya menghargai
dan menjaga perpaduan kaum, umpamanya kemelut Bosnia-Herzegovina,
isu Kashmir, isu Acheh, isu Katholik dan Proteston dan lain-lain lagi.

Untuk membentuk dan menjaga perpaduan kaum beberapa faktor


penting perlu diatasi antaranya hak asasi, agihan kekayaan, peluang
pendidikan, peluang pekerjaan dan lain yang perlu dikendalikan atas
semangat perpaduan. Setiap hak-hak ini perlu dipertimbangkan supaya
tidak ada kaum yang merasakan mereka disisihkan, dianaktirikan, tidak
dipedulikan dan akibatnya tidak mendapat keadilan yang sebenarnya.

12

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

Rakyat Malaysia juga harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di


dunia luar sebagai pengajaran bahawa pentingnya perpaduan, perasaan
faham memahami di kalangan rakyat Malaysia dan keharmonian kaum
dijaga dengan sebaik-baiknya. Aspek-aspek yang boleh mendatangkan
sensitiviti sesuatu kaum perlulah dielakkan. Setiap aspek perhubungan
kaum seperti adil dan saksama, hak kekayaan dan lain-lain hak perlulah
sentiasa diberi perhatian agar tidak ada pihak yang tertinggal.
Globalisasi merubah segala budaya masyarakat tempatan dan akhirnya
budaya-budaya luhur yang terdapat dalam masyarakat berbilang kaum
mulai hancur. Setiap yang datang dari barat samada dalam bidang
pemikiran, politik dan budaya mula diterima dan dikatakan baik.
Kesannya masyarakat mula mengiktiraf setiap budaya dan pemikiran
barat dalam segenap aspek kehidupan. Akhirnya globalisasi ini tidak lebih
hanyalah suatu bentuk atau proses penjajahan baru barat ke atas dunia
lainnya yang dipandang rendah dan tidak bertamadun.

3 Dasar Dan Pelan Tindakan Untuk Perpaduan

13

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

Banyak pihak yang merasakan hubungan etnik masih lagi rapuh dalam
dimensi-dimensi tertentu. Oleh itu, usaha mengukuhkan hubungan antara
etnik secara holistik adalah amat mencabar. Gagasan rotorik dan simbolik
semata-mata hanya akan menghasilkan impak yang superfisial sahaja. Maka,
pelan tindakan yang bertujuan untuk memupuk dan memperkasakan
hubungan antara etnik telah dibina oleh arkitek negara yang terdahulu iaitu
Rukun Negara dan Perlembagaan Malaysia.
Semangat Rukun Negara dan Perlembagaan sering dirujuk sebagai
batu tanda dalam dasar-dasar kerajaan dalam pembinaan masyarakat
berbilang etnik dan budaya yang bersatu. Dengan kedudukan politik yang
secara relatifnya kuat dan stabil, kerajaan telah beriltizam merancang dan
malaksanakan pelan tindakan untuk mengeratkan perhubungan antara etnik
kearah memperkukuh perpaduan nasional. Antara lain, dasar dan pelan
tidakan untuk perpaduan dirangka dan dibina mengambil kira kepentingan
semua golongan etnik meliputi dasar-dasar berikut :
3.1 Rukun Negara
Rukun Negara yang dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan
iltizam untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul
telah diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara digubal oleh
Majlis

Perundingan

Negara

berasaskan

tujuan

menyemai

dan

memupuk integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum


ekoran peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa ini dilihat oleh ramai
penganalisis sebagai jelmaan daripada ketegangan hubungan etnik
yang sebahagiannya berpunca daripada jurang sosioekonomi yang
luas antara golongan bumiputera dengan bukan bumiputera.
Oleh itu, Rukun Negara dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan
semangat perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat
negara ini sebagai satu Bangsa Malaysia. Rukun Negara dijadikan
sebagai pedoman dan hala tuju serta pengimbang tara dalam

14

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

merancang program pembangunan negara. Secara lebih khusus,


Rukun Negara merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi
nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi negara.
Rukun Negara dengan jelas menyatakan cita-cita untuk membina
negara bangsa, iaitu negara
bersatu

padu,

dan Bangsa Malaysia yang warganya

mengamalkan

cara

hidup

yang

demokratik,

melaksanakan keadilan sosial dan berfikiran terbuka.

3.2 Dasar Pembangunan Negara


Dasar pembangunan negara secara umumnya dirancang selaras
dengan nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi
masyarakat serta persekitaran global. Sifat sesuatu dasar itu lazimnya
dinamik dan akan melalui proses penilaian secara berterusan sehingga
dapat berubah-ubah mengikut perubahan nilai masyarakat dan juga
pucuk pimpinan. Dalam merancang dan merealisasikan sesuatu dasar
bagi maksud membangunkan negara, asas yang selalu menjadi
tumpuan ialah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
Matlamat dasar lazimnya untuk memenuhi sesuatu objektif tertentu
seperti

pembangunan dan pengagihan sumber-sumber

ekonomi,

menyediakan perkhidmatan awam, memupuk kestabilan politik dan


ekonomi, mengawal keselamatan negara serta memelihara kebajikan
rakyat. Dalam konteks hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan
negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama dukungan rakyat
untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik,
dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum.

15

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

3.3 Dasar Ekonomi Baru


Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 antara lain disebabkan
oleh jurang ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang
sangat luas. Kajian daripada banci penduduk tahun 1970 mendapati
49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima
pendapatan dibawah garis

kemiskinan. Daripada

jumlah semua

keluarga miskin, 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di


kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula menunjukkan
kaum Melayu paling tinggi iaitu 64.8%, kaum India pula pada kadar
39.2%, manakala kaum Cina pula mencatat kadar kemiskinan paling
rendah iaitu 26.0%. Kaum-kaum lain pula mencatat kadar kemiskinan
44.8%.
Kedudukan
menunjukkan

agihan
jurang

kekayaan
yang

tidak

sumber-sumber
seimbang.

negara

Pecahan

juga

pemilikan

bumiputera perseorangan dan agensi amanah ialah 4.3%, pegangan


kaum bukan bumiputera pula 32.6%, manakala warga asing memiliki
kekayaan 59.2%. Statistik ini memaksa kerajaan melancarkan satu
program pembangunan bersepadu dan menyeluruh. Program ini
dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan sasaran tempoh
masa 20 tahun dari tahun 1971 1990.
DEB dilancarkan melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat DEB
ialah

mencapai

perpaduan

negara

dengan

memperbetulkan

ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan


wilayah. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata

16

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun


semula

masyarakat

untuk

mengurangkan

dan

seterusnya

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fugsi ekonomi.

3.4 Dasar Pembangunan Nasional


Dasar ekonomi baru telah berakhir pada tahun 1990 dan telah Berjaya
membangunkan

negara

pada

tahap

yang

memberangsangkan

walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dari dalam dan luar


negara. Namu demikian, dalam demensi tertentu, matlamat yang ingin
dicapai melalui DEB masih lagi jauh daripada sasarannya. Lantaran itu,
masa yang lebih panjang diperlukan untuk merealisasikannya. Dasar
Pembangunan Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991.
Matlamt DPN adalah untuk mencapai pembangunan seimbang bagi
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. Seperti DEB,
matlamat akhir DPN adalah untuk memupuk perpaduan negara.
Matlamat ini penting kerana perpaduan masyarakat merupakan akar
tunjang kepada kestabilan sosio dan politik yang menjadi prasyarat
mengekalkan

pertumbuhan

serta

pembangunan

negara

yang

berterusan. DPN juga digerakkan di atas landasan yang kukuh kearah


membentuk pembangunan seimbang meliputi aspek keadilan sosial,
nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan. Natijahnya, hingga
kini kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan dan keberkesanan
pentadbiran serta pertumbuhan ekonomi negara tetap mapan.

17

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

3.5 Dasar Wawasan Negara


Wawasan 2020 juga merupakan respons kepada perkembangan
ekonomi, sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan
antarabangsa.

Matlamat

terakhir

yang

ingin

dicapai

ialah

pembentukkan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju


menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 menitikberatkan pembangunan
menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi. Malaysia harus
menjadi negara maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
kejiwaan dan kebudayaan.
Menurut

Tun

Dr.

Mahathir

Mohamad..kita

hendaklah

mencapai

kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan


sosial,

ekonomi,

keadilan

sosial,

kestabilan

politik,

sistem

pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain


mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri..(5)

(5) Tun Dr. Mahathir Mohamad

Wawasan 2020 yang memandang jauh ke hadapan amat menekankan


pengisian

modal

insan

yang

diterjemahkan

melalui

program

pendidikan, aspek kejiwaan iaitu sikap dan nilai yang unggul, sains dan
teknologi yang terkini dan perancangan yang sistematik dan dinamik.

3.6 Dasar Pendidikan Kebangsaan


Dasar Pendidikan Kebangsaan secara jelas mengarah kepada landasan
yang tepat demi mewujudkan masyarakat yang harmonis. Hal ini
adalah kerana asas yang dijadikan landasan dasar dalam orientasi dan
falsafah pendidikan negara menggunakan acuan tempatan, contohnya
dari segi bahasa pengantar, sukatan pelajaran dan kurikulumnya.
Perkara ini terkandung dalam Penyata Razak tahun 1956 dan

18

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Dasar pendidikan ini

telah disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan


Rahman

Talib.

Pelajaran,

Laporan

1961.

ini

Kemudian

kemudian
sebuah

dimaktubkan

Jawatankuasa

dalam
Kabinet

Akta
telah

ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan


dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat
untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin
serta

memenuhi

keperluan

tenaga

rakyat

yang

terlatih

bagi

pembangunan negara dapat dicapai.


Bagi melahirkan ruang fizikal dan bukan fizikal yang dapat memupuk
perpaduan nasional dari peringkat awal terutama di sekolah-sekolah,
kerajaan telah merangka, memperkenal dan melaksanakan secara
berperingkat

beberapa

memperkenalkan

langkah.

Sekolah

Antara

Wawasan

lain,

yang

kerajaan
bertujuan

telah
untuk

menyediakan satu ruang sosial yang memberikan kesempatan kepada


pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik untuk berinteraksi dan
seterusnya menjalin hubungan yang harmonis.

Kerajaan juga telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk


Perpaduan (RIMUP) iaitu kerjasama antara sekolah pelbagai aliran
dalam semua program pelajar dan guru. Empat objektif utama RIMUP
adalah untuk menggalakkan penyertaan guru dan murid dalam
kegiatan bersama, mewujudkan sikap kerjasama dan tolong-menolong,
melahirkan persefahaman dan bertolak ansur antara murid pelbagai
kaum di sekolah, dan berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan
kepakaran

untuk

kegiatan

khas.

Langkah

ini

diharap

meningkatkan lagi hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

19

mampu

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

Langkah terbaru yang diambil oleh kerajaan ialah menawarkan mata


pelajaran Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin sebagai mata pelajaran
elektif di sekolah aliran kebangsaan. Penawaran mata pelajaran
tersebut diharapkan dapat memberi peluang kepada pelajar daripada
etnik lain untuk mempelajari Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin
sebagai

bahasa

kedua.

Pendedahan

kepada

kedua-dua

bahasa

tersebut diharapkan dapat menjadi pemangkin terhadap proses


interaksi dan integrasi antara kaum. Tan Siew Sin telah menerangkan
bagaimana isu bahasa telah dapat diselesaikan ; ..Masyarakat bukan
Melayu menaruh harapan besar kebudayaan dan bahasa mereka. Biar
saya nyatakan sebagai contoh, Perlembaagaan Reid sebagaimana
rangka awalnya tidak menyebut apa-apa tentang mengekal dan
mengembangkan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil atau bahasa-bahasa
lain.

Apabila

dicadangkan

kepada

pemimpin

Melayu

bahawa

perlembagaan sepatutnya dengan eksplisit menyatakan pengekalan


dan perkembangan kedua-dua

Bahasa

Cina

dan Bahasa

Tamil

hendaklah digalak dan dipelihara, mereka bersetuju..(6) Dalam


konteks hubungan etnik, Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan acuan
tempatan berada diatas landasan yang tepat untuk membawa
generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatupadu.

(6) Tan Siew Sin

4. Kesimpulan
Kesimpulannya cabaran-cabaran di atas boleh menyebabkan berlaku
ketegangan kaum seandainya tidak ditangani dengan sebaiknya. Cabaran ini

20

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

perlu

difahami

dan

ditangani

sebaiknya

kerana

kegagalannya

akan

membawa perselisihan dan prasangka yang memang telah sedia wujud di


hati setiap kaum. Selain dari itu akan muncul juga tanggapan yang kurang
tepat tetapi menjadi pegangan dan terus dipercayai oleh kebanyakan rakyat
Malaysia,

antara

tanggapan-tanggapan

tersebut

ialah

kaum

Melayu

mendapat hak dan keistimewaan melebihi kaum lain, orang Melayu miskin
kerana malas, Dasar Ekonomi Baru hanya untuk orang Melayu sahaja. Kaum
Cina

kaya

kerana

pandai

menipu

dalam

perniagaan,

orang

Cina

didiskriminasi oleh orang Melayu, setiap kegagalan dasar ekonomi di negara


ini adalah disebabkan oleh sabotaj orang-orang Cina, orang Cina dan bukan
Melayu yang lain tidak mempunyai taat setia kepada negara ini dan pelbagai
tanggapan lain yang negatif.
Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi nasional merupakan perkara
yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk.
Hubungan etnik, perpaduan dan integrasi ini akan melahirkan masyarakat
Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa
menghayati

perjanjian

sosial

yang

telah

dipersetujui

sejak

awal

kemerdekaan lagi. Usaha-usaha yang diambil bagi mengukuhkan lagi


hubungan etnik, perpaduan dan integrasi perlu disahut dan dilaksanakan
oleh setiap lapisan masyarakat. Usaha-usaha yang telah diambil sama ada
dari segi ekonomi, politik dan sosial ternyata berhasil membawa masyarakat
kepada pemupukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi. Usaha-usaha
ini pula diasaskan kepada penghayatan Islam, perkongsian kuasa, semangat
akomodatif yang tinggi, rela berkorban dan persefahaman yang utuh dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Jika segala usaha ini dihayati dan diinsafi,
maka Malaysia boleh merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang dirancang
dan direncanakan.

21

MOHD HAZRI BIN ABDUL RANI

Integrasi Kaum dan

Hubungan Etnik D20102041924

Bibliografi.

Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur.

Kementerian Pengajian Tinggi.


A. Aziz Deraman. 1992. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa

Malaysia. Kuala Lumpur. Arena Ilmu.


Wan Halim Othman. 1992. Asas Hubungan Etnik. Pulau Pinang. Pusat

Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia.


Idris Zakaria. Nilai Toleransi Melayu. Berita Harian. 07.12.2000.
Masyarakat Cina Perlu Bersikap Lebih Terbuka. Berita Harian.

4.12.2000.
Ramlan Abd Wahab. 2001. Januari. Matlamat Perpaduan Melalui Sistem

Pendidikan. Dewan Masyarakat.


Wan Abd. Kadir Yusoff. 1985. Idealogi dan Kebudayaan Kebangsaan.

22

K.Lumpur. Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.


Ahmad Yani Abdul Manaf. 2000. Oktober. Perintis Sekolah Wawasan Negara. Dewan
Masyarakat.
Idris Zakaria. Nilai Toleransi Melayu. Berita Harian, 17. 7.12.2000.
Johari Ibrahim. Usah Bimbang Pelaksanaan Sekolah Wawasan. Berita Harian, 4, 20.11.2000.
Kemelut Di Sebalik Isu Sekolah Wawasan. Berita Minggu. 11.11.2000

You might also like