Penulisan Akademik Hubungan Etnik
Penulisan Akademik Hubungan Etnik
Penulisan Akademik Hubungan Etnik
Antara isu-isu bahasa yang kian ditimbul dan dihadapi oleh Malaysia adalah
penggunaan bahasa Cina atau Mandarin oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng
sebagai salah satu medium terjemahan kepada bahasa rasmi kerajaan persekutuan
iaitu bahasa Melayu. Tindakan ini menunjukkan beliau telah melupa bahawa
penggunaan bahasa melayu dalam urusan rasmi kerajaan sudah termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (ABK) serta
pekeliling kerajaan persekutuan. Penggunaan bahasa selain daripada bahasa
melayu sebagai salah satu medium utama dalam urusan rasmi adalah satu kesilapan
walaupun penggunaan bahasa lain adalah dilindungi oleh Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan. Hal ini bukan untuk menafikan hak penggunaan bahasa Cina atau
bahasa lain di Malaysia, namun bahasa melayu perlu digunakan dalam semua tujuan
atau urusan rasmi kerajaan telah jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan
Perkara 152 (1)(a). Ini jelas menunjukkan kewajipan penggunaan bahasa melayu
kepada pihak kerajaan. Sekiranya sesuatu perkara rasmi memerlukan terjemahan,
bahasa yang wajar digunakan adalah bahasa universal iaitu bahasa inggeris dan
bukan bahasa cina yang majority rakyat Malaysia langsung tidak tahu berbahasa Cina.
Tambahan pula, terdapat satu isu yang ditimbul disebabkan oleh penggunaan
bahasa cina atau mandarin dalam papan tanda. Hal ini boleh dijadikan sebagai satu
isu disebabkan oleh majoriti rakyat di Malaysia adalah kaum Melayu yang tidak dapat
memahami bahasa Cina. Jika papan tanda ditulis dalam Bahasa Cina, maka ramai
yang tidak memahami dan akan menyebabkan pelbagai masalah yang bakal dihadapi
oleh mereka yang tidak dapat berbahasa cina seperti tidak dapat mencari sesuatu
tempat dengan cepat dan tepat. Sekiranya ingin menterjemahkan papan tanda dalam
bahasa lain agar pelancong asing dapat memahami, wajarlah menggunakan bahasa
Inggeris iaitu bahasa antarabangsa atau universal yang dapat difahami oleh
pelancong di seluruh dunia, Penggunaan bahasa cina hanya dapat diterjemah oleh
kaum cina dan pelancong dari China sahaja, ini akan menyebabkan pelbagai masalah
yang tidak diingini di Malaysia. Oleh itu, papan tanda seharusnya menggunakan
bahasa melayu atau menggunakan dwibahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa
inggeris yang dapat memudahkan rakyat dan pelancong di Malaysia.
Seterusnya, isu penggunaan bahasa rojak iaitu bahasa yang terhasil campuran
penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan juga bahasa-bahasa lain ke
dalam pertuturan dan penulisan (Ridzuan Kamis, 2012) juga menjadikan satu isu
penting yang dapat menggugat keharmonian di Malaysia. Contohnya ayat berikut:
Namun begitu, pembelajaran bahasa lain langsung tidak mengubah jati diri
beliau sebagai rakyat Malaysia kerana mampu menguasai bahasa Kebangsaan
dengan cemerlang sehingga menjadi pembaca berita yang amat dikenali serta ikon
pengacaraan negara. Selain daripada Allahyarham Datuk Mahadzir Lokman, terdapat
juga ramai tokoh daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Ahli Parlimen dan Ahli
Dewan Undangan Negeri yang mempunyai tahap penguasaan bahasa Malaysia yang
amat cemerlang sehingga mampu berbicara, berpidato atau berdebat dalam bahasa
kebangsaan yang teratur dan menepati laras bahasa.
Isu bahasa rojak ini telah banyak diperkatakan oleh tokoh-tokoh bahasa dan
para pemimpin seperti Allahyarham Dato’ Hassan Ahmad, mantan Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau pernah menyatakan kekecewaannya
kerana orang Melayu tidak mementingkan mutu penggunaan bahasa, seperti
menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan Inggeris dalam pertuturan seharian
atau dalam Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Rais
Yatim selaku Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, beliau menyatakan
bahawa bahasa kebangsaan kini didapati luntur terutamanya dalam pertuturan kerana
ia dicampur aduk dengan unsur-unsur bahasa rojak dalam sebuah kenyataan akhbar.
“Kini, jarang kita dapati orang yang boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan yang
utuh. Kebanyakan kita di Malaysia berbahasa Melayu sekerat belut, sekerat ular iaitu
sekerat bahasa Melayu, sekerat bahasa Inggeris.” Menurut Pensyarah Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad, penggunaan singkatan
perkataan di dalam bahasa Melayu sebenarnya tidak salah dan tidak mendatangkan
masalah. Namun begitu, kecenderungan mencampur adukkan bahasa timbul
dipercayai kerana didorong oleh faktor berpengetahuan lebih daripada satu bahasa
atau merasakan perkataan bahasa Inggeris mampu meberikan penerangan yang
lebih baik lagi kepada daya fikirannya daripada menggunakan bahasa Melayu.”
Sebenarnya semua ini datang dari dalam diri kita sendiri. Jika ada kemahuan sudah
pasti ada jalan. Pembelajaran bahasa ini bersifat berterusan dan tidak akan ada titik
noktah.
Dari segi isu-isu agama, terdapat pelbagai definisi agama dikemukakan oleh
para intelektual, seperti Wilfred C. Smith (1962) menyatakan betapa sukarnya
mentakrifkan agama secara tepat. Agama bererti mengikat dari segi bahasa yang
membawa maksud agama adalah ketentuan hidup manusia berdasarkan satu ikatan
antara alam rohani dengan alam ghaib yang berkuasa terhadap dirinya dan dunia
yang diketahuinya dan juga terhadap “siapa” yang ia rela memperhambakan diri
(Smith 1962:351). Agama bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia
dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan
perlindungan dan hubungan yang dianggap suci ini telah membawa kepada rasa
tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya, mempercayai dan meminta
perlindungan daripadanya. E.B.Tylor (1903), seorang sarjana klasik dan ahli
antropologi yang tersohor telah mentakrifkan agama sebagai kepercayaan kepada
makhluk halus. Sementara Durkheim (1915: 47) pula berpendapat bahawa agama
sebagai satu sistem kepercayaan dan amalan yang bersepadu berhubung dengan
benda-benda suci. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan
amalan yang diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan
dan memberi respons terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang
ghaib dan suci.
Penanda jati diri rakyat Malaysia ialah agama. Hal ini telah menyebabkan
Malaysia memperuntukkan prinsip Rukun Negara yang pertama “Kepercayaan
kepada Tuhan”. Isu agama perlu ditangani dengan bijak. Dalam Perlembagaan turut
memperuntukkan Perkara 3 ceraian (1) menegaskan bahawa Islam sebagai agama
persekutuan. Agama-agama lain bebas diamalkan. Tidak boleh menyebarkan agama
lain dalam kalangan orang Islam. Manakala ajaran Islam pula tidak menjadi paksaan
kepada penganut agama lain.
Namun begitu, terdapat kedai yang bukan Melayu yang menggunakan nama
Melayu telah menimbulkan isu-isu dalam kalangan rakyat Malaysia. Misalnya, kedai
makan yang dibuka oleh kaum lain selain daripada kaum Melayu telah menggunakan
nama Melayu seperti Kedai Makan Swee Ling. Hal ini telah dijadikan isu kerana kedai
tersebut ada kemungkinan besar adalah kedai makanan yang bukan halal iaitu
makanan yang dimasak mengandungi babi yang tidak boleh dimakan oleh penganut
Islam di seluruh dunia. Sekiranya, kedai makanan yang menggunakan nama Melayu
amat mengelirukan orang Melayu dan sukar untuk mengenal pasti sama ada kedai
tersebut adalah halal atau tidak.
Selain itu, bible Kristrian yang pernah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dan
disebar luas dalam masyarakat Malaysia. Di Perlembagaan Malaysia, agama lain
seperti Buddha, Kristian dan Hindu adalah bebas diamalkan dan tidak boleh
menyebarkan agama tersebut di kalangan orang Islam. Penterjemah bible atau kitab
dalam Bahasa Melayu dan disebarkan di kalangan orang Islam telah melanggar
perlembagaan di Malaysia. Hal ini akan menyebabkan keliruan masyarakat terhadap
agama yang dipercayai dan mewujudkan satu perselisihan faham antara rakyat
Malaysia bahawa ajaran Islam telah menjadi paksaan kepada penganut agama lain.
Perspektif negatif terhadap ajaran islam makin menambah dan ini akan menjejas
keharmonian yang lama dikekalkan oleh Malaysia yang multi-agama ini.
Durkheim, E. (1915). The elementary forms of the religion life. terj. Joseph Ward Swain,
London: Allen & Unwin.
Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. (1995). Wawasan 2020. Petaling Jaya: Penerbit
Setiamas.
Ibrahim Abu Bakar. (2003). Beberapa cabaran utama kepada agama-agama di
Malaysia. Dalam Jaffary Awang(Ed.), Agama dan Perpaduan Etnik di Malaysia,
Bangi: Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khadijah Mohd Khambali @ Hambali dan Mohd Herzali Mohd Haled. 2008. Toleransi
Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan Kepada Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, Bil 27 (2008) 81-92.
Lee Lam Thye. (23 Ogos 2018). Antara bahasa kebangsaan dan bahasa rojak.
Diakses pada 14 Mac 2019 daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/antara-bahasa-kebangsaan-dan-
bahasa-rojak1.734178#ixzz5iImPjfwg
Ridzuan Kamis. (2012). Penggunaan Bahasa Tidak Peka tentang Ejaan. Pelita
Bahasa, 4. KL: Pelita. Bhd.
Saodah Abd Rahman. (03 Februari 2017). Fahami isu sensitive berkaitan agama.
Diakses pada 14 Mac 2019 daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/fahami-isu-sensitif-berkaitan-
agama-1.439691#ixzz5iM6A7ssg
Smith, Wilfred, C. (1963). Memburu makna agama. Terjemahan Landung Simatupang.
Bandung: Mizan.
Taylor, E.B. (1903). Primitive culture, research into the development of mythology,
philosophy, religion, language, arts and customs. London: John Murray
Utusan Melayu (M) Bhd. (08 Oktober 2018). Bahasa SMS Budaya Tidak Kekal.
Diakses pada 14 Mac 2019 daripada http://www.utusan.com.my/renca
na/utama/bahasa-sms-budaya-tidak-kekal-1.392169#ixzz5iJ2VIHxu
Vaughan, J. D. (1974). The Manners and Customs of the Chinese of the
Straitssettlement. Kuala Lumpur: Oxford University Pres.
Zulkifli Hasan. (2012). Memahami Isu Islamofobia: Antara Persepsi dan Realiti.
Bengkel Kefahaman Islamofobia oleh Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur
pada 22 Mac 2012.