SGDU5083 DR Latip Nazrul Punyer

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SGDU5083 : CREATIVITY IN MANAGEMENT FOR EFFECTIVE SCHOOLS

ONLINE ASSIGNMENT

NAMA : NAZRUL RIDZUAN BIN SHAFFIEE

NO. MATRIK : 822389

1.0 PENGENALAN

Perkataan ‘kreativiti’ berasal dari perkataan Barat creativity yang bermaksud keupayaan

mencipta atau daya cipta ( Hassan, 1997). Perkataan creativity pula berasal dari perkataan Latin

creare yang bermaksud untuk membuat juga dari perkataan Greek krainein yang bermaksud

untuk memenuhi ( Young, 1999). Namun begitu menurut Torrance (1998) adalah amat sukar

atau mustahil untuk memberikan satu definisi yang benar-benar tepat. Ini adalah kerana ciri-ciri

kreativiti itu sendiri yang ifinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia

termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan perasaan. Tambahan beliau lagi sekiranya

definisi yang tepat wujud sekalipun adala amat sukar untuk mengungkapkannya dalam benuk

kata-kata. Selain dari itu menurut Isaksen (1987) pula, kesukaran untuk memberikan satu definisi

kreativiti yang tepat mempunyai kaitan dengan sifat kreativiti itu sendiri yang saling

bergantungan antara disiplin atau bidang. Tambah Isaksen (1987) lagi, tiada satu disiplin pun

yang boleh mendakwa bahawa hanya disiplin itu sahaja yang berhak untuk mengkaji kreativiti.

Walau bagaimanapun disebabkan kreativiti hendak dikaji secara saintifik maka wujud satu

keperluan untuk mengadakan satu definisi kreativiti yang hampirhampir tepat. Selain dari itu

dalam bidang pendidikan, para pendidik dalam usaha mereka mengenal pasti pelajar yang

kreatif perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti ( Morgan & Forster 1999).

Menurut Goh (1993) pula kefahaman mengenai konsep kreativiti penting kepada para pendidik

1
kerana ia menyediakan satu garis panduan untuk mereka merancang, mereka dan melaksanakan

program latihan khas untuk meningkatkan kreativiti pelajar.

2.0 ENAM PRA- SYARAT UNTUK MEMBANGUNKAN KREATIVITI DI SEKOLAH

2.1 Wujudkan persekitaran di mana pelajar berasa selamat untuk mengambil risiko dan

berbuat salah.

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan

dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar

adalah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna

orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.

Dalam mewujudkan suasana pesekitaran selamat untuk pelajar walaupun mereka terpaksa

mengambil risiko serta berbuat salah, seseorang guru perlu memupuk kreativiti dalam bilik

darjah melalui interaksi dua hala antara guru dan pelajar. Guru tidak seharusnya mendominasi

dan mengawal aktiviti pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif di

samping memberikan maklum balas. Dengan erti kata lain, guru perlu bersikap adil terhadap

setiap orang murid tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial,

keturunan atau agama. Dalam melaksanakan tugas ini, guru juga perlu sentiasa menjaga

akauntibilitinya terhadap semua murid supaya murid akan sentiasa berfikiran positif dan pada

masa yang sama mereka terpaksa menanggung risiko. Sebagai contoh, murid akan sentiasa hadir

ke sekolah setiap hari walaupun setiap kali ujian yang dijalankan mereka akan mengalami

kegagalan kerana pada masa yang sama guru tidak memarahi mereka malahan guru sentiasa

mendorong dan memberi motivasi untuk terus berusaha sehingga mencapai kejayaan.

2
2.2 Bina tabiat sentiasa melihat kepada jawapan kedua yang betul, dan ketiga seterusnya….

Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu

pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru

haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sangup berkorban

masa dan tenaga serta mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu

kepada murid-muridnya. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin ssupaya dapat

menyebarkan ilmu kepada para murid bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu.

Dalam era transformasi pendidikan, guru hendaklah menghasilkan murid yang mampu berfikir

secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid dalam semua aspek JERIS

(Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

Sebagai contoh terhadap isu kedua ini, seseorang guru itu perlu melatih setiap muridnya supaya

sentiasa berfikir dan mencari penyelesaian untuk sesuatu persoalan dalam pelbagai cara dan

kaedah. Salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk isu ini adalah melalui

kaedah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah (Problem-based Learning/ PBL).

Keberkesanan PBL bergantung kepada kretiviti dan inovasi guru dan murid. Menerusi PBL juga

murid tidak hanya mengharapkan satu cara atau satu jawapan sahaja, malahan mereka boleh

melihat kepada jawapan kedua yang betul, ketiga dan yang seterusnya.

2.3 Menggalakkan pelajar sentiasa melihat dan mengkaji peraturan-peraturan dan ubahsuai

jika bersesuaian.

Menurut Johnson (1972), profesionalisme keguruan adalah kualiti pekerjaan atau sifat yang ada

dalam kecekapan dan kemahiran untuk mengajar. Seorang guru cekap perlulah mempunyai

komitmen terhadap pekerjaan atau seebuah pertubuhan serta dedikasi dalam menyampaikan

3
pengetahuan dan dilengkapi denan pelbagai kemahiran. Seorang guru dikatakan professional

apabila beliau cekap menggunakan strategi dalam menguruskan pekerjaan dan pengajarannya.

Sebagai contoh, Niu & Sternberg (2003) telah menjalankan satu kajian untuk menganalisa dua

cara yang digunakan untuk meningkatkan kreativiti 96 orang pelajar di sebuah Sekolah Tinggi di

Beijing, China. Para pelajar ini telah diminta untuk menghasilkan satu hasil seni iaitu kolaj.

Dalam kajian ini para pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan pertama

tidak menerima sebarang arahan supaya menjadi kreativiti apabila menghasilkan kolaj,

kumpulan kedua telah menerima arahan supaya menjadi kreatif apabila menghasilkan kolaj dan

kumpulan ketiga pula telah diajar secara terperinci bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif.

Kolaj yang dihasilkan oleh para pelajar tersebut telah diadili secara subjektif dan objektif. Hasil

kajian ini mendapati bahawa para pelajar yang telah diminta menjadi kreatif telah menghasilkan

kolaj yang kreatif berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak menerima sebarang arahan

supaya menjadi kreatif. Kajian juga mendapati bahawa pelajar yang diajar secara terperinci

bagaimana menghasilkan kolaj yang kreatif telah menghasilkan kolaj yang paling kreatif.

Dapatan kajian ini menunjukkan kepada kita bahawa kreativiti pelajar boleh ditingkatkan dalam

bilik darjah melalui arahan-arahan yang disampaikan oleh guru kepada para pelajarnya.

Dalam isu untuk menggalakkan pelajar supaya sentiasa melihat dan mengkaji peraturan-

peraturan dan ubahsuai jika bersesuaian seseorang guru itu perlu kreatif serta berpandangan jauh.

Teknik brainstorming merupakan satu cara pencarian idea terbaik. Ia merupakan curahan idea

yang dikumpulkan dalam keadaan selesa yang mana ia menghasilkan satu idea yang diluar dari

pemikiran atau berfikir diluar kotak. Hasil dari teknik brainstorming ini, membolehkan kita

menggunakan mind mapping untuk menyusun idea-idea tadi dan menhubungkaitkannya. Idea

yang dijana enghasilkan kreaiviti, invesyen dan seterusnya inovasi.

4
2.4 Cari keseimbangan antara kemahiran mengajar dengan menggalakkan expresi kreativiti

dalam kalangan pelajar.

Guru berakauntibiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa hadapan.

Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan sifat penyayang akan

memberi impak baik. Murid ibarat pokok yang ditanam perlu disirami dan dibajai dengan kasih

sayang. Guru pula menjadi lautan yang luas dan murid menjadi ikan. Guru selaku pendidik yang

berintegriti perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Guru

berkeupayaan melahirkan modal insan kelas pertama apabila bekerja dengan niat yang ikhlas dan

ada sifat penyayang terhadap murid-muridnya yang tertanam di dalam sanubarinya. Tiga strategi

unuk melahirkan modal insane kelas pertama ialah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan

penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi serta

pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Bagi mewujudkan keseimbangan antara kemahiran mengajar dengan menggalakkan kreativiti

dalam kalangan pelajar, seorang guru bolehlah mencuba kaedah belajar sambil bermain kerana

ianya adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang sangat berkesan kepada pelajar

disamping ia mendatangkan keseronokan dan kepuasan. Keseronokan akan memudahkan

pembelajaran serta mencetuskan kreativiti dan senang bagi murid untuk menguasai pembelajaran

yang disampaikan. Ianya juga sangat baik untuk emosi pelajar disamping dapat memupuk

pemikiran yang kreatif dan kritis dalam diri seiap pelajar.

2.5 Belajar bagaimana menangguh/menunda apa-apa pandangan/pertimbangan/pendapat bagi

mendapatkan hasil yang terbaik.

Pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana

kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan

5
beretika. Namun begitu, pada masa yang sama, sebagai warga pendidik yang terlibat secara

langsung dalam pembentukan masyarakat, kita juga perlu bersifat terbuka dalam menerima dan

menyuarakan pendapat atau pandangan dan mengakui bahawa dengan peredaran zaman yang

membawa bersama pelbagai perubahan dan cabaran baharu. Justeru sebagai pendidik yang

berwibawa, seseorang itu perlu tahu bagaimana untuk menangguh apa-apa pandangan/pendapat

dengan cara yang profesional dan dalam masa yang sama ianya tidak menguris perasaan dan

sensitiviti pihak yang menyuarakan padangan/pendapat tersebut. Sebagai contoh, seorang guru

harus mendengar dan menerima pandangan yang disuarakan dalam mesyuarat PIBG walaupun

ianya kurang bernas tapi pada masa yang sama guru tersebut dapat membuat penjelasan dan

memberi idea lain bagi menggantikan pendapat dan pandangan tersebut tanpa mengguris

perasaan dan menjatuhkan air mukanya demi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

2.6 Mewujudkan elemen pemikiran secara perlahan, membuat andaian, bermain dengan

pemikiran (kenal pasti baik buruk) semasa mencari idea baru.

Kesantunan atau etiket adalah tatacara,adat, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat.

Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu

kelompok masyarakat tertentu sehingga kesantunan tersebut sekali gus menjadi prasyarat yang

disepakati oleh perilaku sosial. Kesantunan berbahasa tercermin dalam cara guru berkomunikasi

sama ada dari segi verbal atau cara berbahasa. Ketika berkomunikasi, guru perlu mengambil kira

kepada norma-norma budaya dan tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan

sahaja. Menurut Leech (1995), menyatakan bahawa seseorang guru haruslah mengetahui taraf

sosial murid yang menunjukkan nilai kesantunan yang berbeza untuk kes-kes individu. Interaksi

antara guru dan murid adalag interaksi kompleks yang menarik. Interaksi di dalam bilik darjah

melibatkan juga interaksi fizikal, verbal, budaya, dan keperibadian. Dalam masa yang sama guru

6
dapat mewujudkan elemen pemikiran secara perlahan, membuat andaian, bermain dengan

pemikiran (kenal pasti baik buruk) semasa mencari idea baru. Melalui tutur kata, senyuman

manis dan telus serta sapaan berbentuk pujian dapat merangsang elemen pemikiran yang kreatif

serta menyumbang kepada idea-idea baru.

RUJUKAN

Hasan Langgulung. 1997. Kreativiti & Pendidikan : Suatu Kajian Psikologi & Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Isaksen, S. G. 1987. Frontiers of Creativity Research Beyond the Basic. New York: Bearly
Limited.

Kamus Dewan Edisi Baharu (1989). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Niu, W., & Sternberg. R.J. 2002. Contemporary studies on the concept of creativity: the East &
the West. Journal of Creative Behavior, 36(4),269-288.

Ragbir Kaur a/l Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah
Menengah dan Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Torrance, E.P. & Safter, H. T. 1990. The Incubation Model of Teaching. NY: Bearly Limited

Young, J.G. 1999.What is creativity. Journal of Creative Behavior, 19 (2), 71- 87.

You might also like