Friday | 9 May 2014
Day 14 : Cologne Central Mosque
Walaupun kedudukan masjid dengan tempat kediaman agak jauh, namun dengan cuaca yang cerah serta angin sejuk yang nyaman menyapa muka terasa perjalanan tidak lah sejauh mana sangat pun. Sepanjang jalan juga dapat melihat ragam manusia serta urban pattern dekat bandar Cologne ini. Perjalanan kami ini adalah semasa warga kerja sedang pulang daripada pejabat. Jadi jalan raya serta laluan basikal agak ramai pengguna ketika ini.
Sebelum sampai ke Masjid, kami melalui satu kawasan taman yang agak luas dan rumput serta pokok yang menghijau saujana mata memandang. Berdekatan dengan taman ini berdiri megah Cologne Tower. Kami hanya memandang dari kejauhan sahaja.
Cologne Tower
Hijau
Akhirnya tiba di tempat yang ditujui. Teruja melihat binaan masjid modern seperti ini. Menarik dan lain daripada yang lain. Namun sedikit keciwa sebab masjid ini masih dalam pembinaan. Tapi menurut pemerhatian pembinaan pun sudah sampai ke peringkat penghujung. Mungkin kerja-kerja ID works yang masih belum siap.
Cologne Central Mosque
Pembinaan masjid ini pada tahun 2008 telah melalui pelbagai halangan dan rintangan. Namun, Alhamdulillah, akhirnya ianya dapat dilaksanakan. Arkitek yang diberi tanggungjawab merekabentuk masjid ini adalah Paul Bohm yang terkenal dengan binaan gereja.
Selain masjid sebagai fungsi utama, bangunan ini juga ada menyediakan perpustakaan dan dewan pembelajaran.
Pada saya, agama tidak perlu dijadikan isu untuk kita berbalah sesama manusia. Semua agama mempunyai Tuhan dan peraturan. Semua agama mendidik penganutnya kearah kebaikan. Apa salahnya masjid dan gereja dibina bersebelahan. Asalkan kita saling hormat menghormati sesama sendiri, In sha Allah, aman dunia tanpa peperangan. Saya sayang nabi Isa (Jesus) saya sayang nabi Yaacob, saya sayang nabi Musa (Moses) dan sesungguhnya nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah kepada umat akhir zaman. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar.
4 comments:
Akhir kalam saya ayang Nabi Muhammad S.a W
JM,
Yup! sayang Nabi Muhammad saw =)
Saya tak pernah sampai sini đŸ˜đŸ˜ tak tahu pun wujud. Bestnyaaa akak dah tgk Cologne lebih byk drpd saya yg dah 3 bulan kat sini đŸ˜đŸ˜đŸ˜đŸ˜đŸ˜ saya rindu malaysiaaađŸ˜đŸ˜đŸ˜đŸ˜đŸ˜đŸ˜đŸ˜đŸ˜
Mardhiah,
Eh, boleh la pergi nnt ke sini. Boleh solat dalam Masjid cantik ni. Alaaaa, rindu Malaysia ye...bertabah lah ye dik.
Catat Ulasan