Tujuan asal ke Melaka ialah : Green Trail.
Aktiviti : Melakar kembali element rekabentuk pasif yang terdapat dibangunan lama rumah kedai sekitar bandar hilir Melaka.
Perasaan : Seronok tak terhingga sebab dah lama tidak melakar!
|
Buah tangan daripada urusetia program |
|
Kediaman rasmi peserta program |
Nama hotel ni, Hotel Puri. Terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lok, Bandar Melaka. Hotel ini sebenarnya adalah peninggalan rumah baba nyonya. Diubah suai menjadi Hotel. Best hotel ni. Kalau ke Melaka jangan lupa beradu disini.
|
Salah satu Courtyard |
|
Courtyard lagi |
|
Courtyard di malam hari |
|
Tangga ke bilik hotel di bahagian atas. |
|
NUS : National University of Singapore, Deprt of Architecture |
Me and my partner ( Isem of course, bukan kami yang pilih urusetia yang pilih ) ditugaskan melakar disepanjang jalan Tun Tan Cheng Lock. Disebabkan mengetahui tentang kewujudan Department Architecture, NUS ni maka dengan semangat pergi menjengah. Tapi malang sebab masa sampai tukang sapu dia cakap tidak bukak sebab tak ada lecturer. Hampa betul. Tapi kami tidak mudah putus asa, alang-alang menyeluk pekasam ( tiba-tiba, ok tidak sesuai sangat ) kami datang sekali lagi. Ada rezeki kami. Alhamdullillah. Lecturers dah ada. Tapi diorg sibuk nak prepare untuk lecture petang tu.
Kalau dah ada rezekikan, kami diizinkan melawat kawasan secara sukahatihureyhurey. Apa lagi, bersih cekap dan amanah gerak-gerak-gerak khas terus lah buat lawatan.
|
suka kaca tingkap kaler kali ini |
|
Lecture NUS sedang membuat persiapan untuk mengajar |
|
Rindunya nak buat model urban macam ni! |
Dua rumah kedai lama, diubah suai. Kacak betul jadinya.