Memaparkan catatan dengan label Ronda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ronda. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Jun 2019

Al - Andalus 2018 : Itinerari Kembara Spain (Andalusia) dan Portugal

Assalamualaikum and Hola, Ola!

Habis sudah kisah pengalaman kami sepanjang berkelana dibumi Iberia pada bulan November 2018 yang lalu selama 19 hari. Jadi macam biasa post ini adalah post untuk buat rangkuman itinerary kami untuk rujukan dan panduan semua yang sudi membaca dan yang rajin membuat persediaan untuk travel. 

Bersama semua ahli jemaah pengembaraan kali ini di bandar Porto, Portugal


Post rujukan untuk kaedah pengangkutan dan penginapan boleh rujuk disini :

Hari perjalanan menuju ke bumi Eropah (2 November 2018) dan kisah transit di Amsterdam (3 November 2018)

Pembelian tiket tram dipagi hari Amsterdam


Pembelian kentang sedap panas di pasar Amsterdam

13 jam 5 minit mereput dalam flight. Lama dah tak naik flight lama-lama ni. Selalu transit. Tapi ok lah, dapat jugak tido dan layan movie

MADRID - 2D1N

Hari PertamaPuerta del Sol & Plaza Mayor | San Miguel MarketPalacio Real de Madrid & Basilica de San Miguel |  dan terjadi kisah trajis kami pada hari pertama di sini. Bertapa dekat hampir tiga jam di Balai Polis Madrid sebelum meneruskan pengembaraan ke Grand Via & El Retiro Park

Hari Kedua : bergerak ke Bandar Toledo, tapi kena singgah ke destinasi lain yang wajib setelkan dulu sebelum bergerak keluar daripada bandar Madrid.


Walaupun dah ada google maps di hp, map yang dapat free daripada apartment pun masih bawak bersama

Hello from Madrid!


TOLEDO - 2D1N

Hari Pertama : Persinggahan pertama Mirador del ValleMonastery of San Juan de los Reyes | Town Trail Toledo di malam hari

Hari Kedua : Perjalanan menuju ke Bandar Cordoba, dan singgah ke bandar Consuegra

Sebelum meninggalkan apartment di Toledo, kita posing2 dulu dekat courtyard


Menjadi jurugambar percuma adalah biasa bagi ahli jemaah

Gigih ke idok pergi panjat batu dekat situ untuk gambar kenangan sebelum bergerak ke Cordoba

Dekat saja Madrid ke Toledo ni. Selalu orang buat day trip daripada Madrid. Naik train lagi cepat sampai.

Memang wajib singgah kalau sapa-sapa naik kereta daripada Toledo ke Cordoba. Dekat saja, tak sampai sejam pun and memang dalam laluan.

Bukan di bumi Belanda, tapi di bumi Sepanyol

CORDOBA - 2D1N

Hari Pertama : Kisah tragis kedua kami sebaik saja tiba di sini, lepas setel isu baru kami keluar menikmati suasana sekitar kawasan Old Town Cordoba | Menyusuri Roman Bridge of Cordoba di waktu senja dan menikmati suasana malam dibandar Cordoba

Hari Kedua : The Grand Mosque of Cordoba | Madinat Al - Zahra dan meneruskan perjalanan ke Osuna


Cerita dia, ada sekumpulan makcik dan pakcik ni depa dok ambik gambar masing-masing, tapi kami tak puas hati sebab depa posing sambil pegang payung or letak tepi payung. Salah sorg ahli jemaah apa lagi, pergi cakap nak tlg ambikkan gambar, dengan sorg lagi berdiri tepi tlg pegang payung. Hujan tak lebat mana pun, takat nak ambik gambar tu tak la basah pun. 

Inilah dia pengorbanan kami. Sebenarnya kami tunggu lama juga nak tunggu depa ni beredar, asyik tak jadi ja gambar depa ambik, ulang alik tak habis2..lepas tu ditambah plak dengan lokasi payung yang bersepah tu kan...huhu..kita tolong menolong lah jadinya.

Perjalanan ke Cordoba


ZAFAYONA - 1D1N
Tempat ni sebenarnya memang tempat persinggahan sahaja. Singgah sini daripada perjalanan dari Osuna pekan koboi tepi jalan sebelum sampai Granada.


Kisah kecewa di Osuna, tak jadi nak masuk tempat GOT ni. Huhuhuhu..punya la gigih plan. Tapi kita hanya merancang, Tuhan menentukan segalanya =)

Daripada Osuna ke Zafayona

Zafayona ke Granada


GRANADA - 3D2N 

Hari Pertama : Melihat daripada kejauhan kota Alhambra daripada Ermita de San Miguel Alto (walaupun sebenarnya kami salah tempat, tapi still cantik view daripada situ) | The Albaicin |

Hari Kedua : Menuju ke Kota Alhambra | Nasrid Palaces | The Ladies Tower | Generalife | Alcazaba de Benedin | Charles V Palace | kemudian kami turun daripada Alhambra untuk jalan-jalan sekitar kota Granada

Hari Ketiga : Perjalanan menuju ke Ronda


Up satu pose di Generalife

Kalau banyak masa boleh je nak singgah ke Malaga or Marbella sebelum ke Ronda.

RONDA - 2D1N 

Hari Pertama : Sepanjang perjalanan daripada Granada ke Ronda | Puente Nouvo
*selain kawasan yang kami sempat terjah dekat Ronda ni boleh juga kalau ada masa untuk masuk ke Bullring of the Royal Cavalry of Ronda | Minaret of San Sabastian yang dahulunya sebuah masjid | 


Satu gambaq buat kenangan dimasa hadapan


Yup KPI membantu org ambik gambar masih diteruskan di Ronda

Hari Kedua : Bertolak ke Seville, bandar terakhir kami di Andalusia


Kalau korang banyak masa, sila singgah di Zahara de la Sierra 


SEVILLE - 3D2N 
Hari Pertama : Selepas setel hantar kereta terus kita berjalan ke Metropol Parasol | Plaza de Espana |



Kenangan di Metropol Parasol


Hari Kedua : Alcazar of Seville | Torre Seville | sebenarnya banyak lagi tempat menarik boleh explore tapi disebabkan hari ini hujan sejuk dan suram itu dua tempat tu saja kami terjah. 
*Kalau ada masa boleh la ke Bullring juga dekat sini Plaza de toros de Seville | singgah market Mercado Lonja del Barranco | atau masuk dalam Catederal  de Seville

Hari Ketiga : Meneruskan perjalanan dengan menaiki bus memasuki Portugal


Seville ke Faro naik bus


FARO 
Less than 4 hours. Hanya sekadar berteduh di Train Station sementara tunggu keretapi sampai untuk ke Lisbon

*Kalau banyak masa, boleh gerak ke Old Town Faro. Agak cantik juga and ada satu gereja tu binaan bawah dia dinding terowong penuh dengan tengkorak. So boleh la nak pergi terjah ke sana.


Faro to Lisbon by train


LISBON - 3D3N
Hari Pertama : Dimulakan dengan menuju ke Santa Justa Lift | then turun bawah kita lihat apa ada dekat kawasan  Rossio | mendaki ke Castilo de Sao Jorge | menuruni bukit ke Alfama District | Selepas lunch kita ke Baixa  dan Belem | Sungai Tagus diwaktu senja

Hari Kedua : Seharian di Sintra | misi pertama ke Pena Palace | menaiki bus ke Cabo da Roca | lokasi terakhir ke Quinta da Regaleira | Kalau korang banyak masa (pergi time Summer) bnyk lagi tempat boleh explore dekat Sintra ni.


Dekat saja Lisbon ke Sintra ni. 


Aksi terlampau di tepi tebing Cabo da Roca

Agak mencabar untuk ambik gambar dengan tenang dekat Quinta da Regaleira ni

Hari Ketiga : awal pagi dah bertolak ke Porto

Lisbon to Porto


PORTO - 3D2N
Hari Pertama : Sampai sini dah masuk waktu lunch, so kita pergi cari lunch dulu kasi perut kenyang | Kemudian kita explore mercu tanda Porto, Dom Luis I Bridge | dah dekat nak magrib kita explore Livraria Lelo |

Tengah tunggu orang apartment bukak pintu

Lepas setel simpan barang, kita makan dulu

Ini memang sedap!

Wajib ambik gambar dekat sini buat kenangan

Bila ada Mr Photograhper Upahan makanya banyaklah gambar kami berempat secara sepontan ni

Teruja dengan tram dekat Porto yang cantik


Hari Kedua : Mulakan pagi dengan menjelajah Liberty Square | kemudian ke Sao Bento Railway Station | bergerak menuju ke dua buah Gereja yang berjiran dengan binaan dinding luar yang wajib ambik gambar | Lepas lunch kita ikut saja kaki melangkah jalan-jalan sekitar Porto

Jalan-jalan ikut jejak langkah kaki sekitar Porto

Agak-agak sesat tu, tengok map jugak la


Hari Ketiga : Bertolak ke Coimbra. Rugi pulak masa singkat dekat Porto ni. Bandar ni memang best! Rasa macam tak puas duduk dua malam dekat sini.

Turun ke bawah semula untuk ke Coimbra


COIMBRA - less than 24hrs  
Sejujurnya town ni masuk dalam list kami sebab ada perkhidmatan keretapi malam daripada town ni ke Madrid. Lepas baca sikit info, ok macam menarik juga la Coimbra ni. So kami sempat la jalan-jalan bandar Coimbra | lepas tu dapatlah jejakkan kaki ke University of Coimbra.

Night train balik semula ke Madrid


MADRID - 2D1N
Hari Pertama : Lepas letak beg, kita teruskan aktiviti shopping sampai malam, sampai kedai tutup

Hari Kedua : Bergerak ke airport dan transit dekat Amsterdam pun kami tak keluar daripada airport. Duduk dalam saja. Penat dan malas sebabnya cuaca sejuk.

Begitulah kisah pengembaraan kami dibumi AlAndalus pada bulan November 2018. Terima kasih pada yang sudi membaca dan moga dapat memberi sedikit info dan rujukan untuk anda semua.

Sekian, berjumpa lagi dalam kisah penjelajahan pada tahun 2019.

Insha Allah.

Bai.

Jumaat, 29 Mac 2019

Al - Andalus : Puente Nuevo, Ronda

10 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Jambatan ni memang besaq dan view kiri kanan dia memang cun habis. Dapat tengok El Tajo Gorge daripada atas. Kereta pun boleh lalu sini.

View kawasan yang dilawati sebentar tadi daripada atas jambatan

Bila tunduk bawah nampak la sungai mengalir laju dekat bawah

Ini pulak view sebelah kiri. Ada restaurant lagik dekat sini.

Masa baca sejarah kawasan ni, zaman dulu masa kerajaan Islam memerintah memang depa dok angkut ayaq daripada sungai dekat bawah ni. Siap ada beberapa ukiran ayat al-quran dekat kawasan tu. Tapi kami tak gigih la nak turun sampai bawah tu.

Rumah-rumah sekitar kawasan. Banyak juga dalam list airbnb kawasan ni, tapi semua yang jumpa tak dok kawasan nak parking. Sebab tu cancel nak duduk dlm Old Town ni. Terpaksa duduk dekat luar sikit daripada kawasan ni.

Ada cerita nak bagitau tapi, ye lah kena pandai Spanish dulu

Kaki membawa kami masuk kedalam kedai ini dah juga tangan memilih beberapa keping alas meja yang cantik habuan diri sendiri. Sekian

Sunyi ja kawasan ni. Tak ramai orang macam dekat kawasan jambatan tadi


Macam ni la jalan dalam kawasan Old Town, syok jalan bunyi hon kereta. Memang sempit pun sempit la janji kereta muat

Macam sedap ja tengok makanan ni

Ayuh mari kita mulakan penjelajahan di bahagian bawah pulak

Akhirnya berjaya turun ke bawah. Masa turun memang ceriakan muka!

The View

Buat kenangan

Turun bawah sikit lagi baru nampak ayaq terjun

Ramai la jugak yang dok sakan ambik gambar dekat sini. Kami macam biasa la memang lama dah sorang-sorang nak post Asia NTM kan. Bukan takat jadi model sendiri, kena tolong jemaah lain ambikkan gambar pun ye jugok. Ada couple ni dok setup drone depa. Sure gambar and video depa lawa. Jomlah kita mendaki patah balik. Lapaq dah ni.

Ada nampak kami happy bila nak panjat naik balik. Ahaks