Memaparkan catatan dengan label Japan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Japan. Papar semua catatan

Rabu, 3 Oktober 2018

Summary Autumn in Kansai

Assalamualaikum dan Hello!

Akhirnya dapat juga update sampai habis kisah perjalanan kami semasa musim luruh di Jepun ni. Mohon maaf kepada yang email tanya info dan mintak update cepat-cepat ye. Alhamdulillah dapat juga setel sebelum masuk musim luruh tahun ni. Harap boleh la dijadikan panduan bersama.

So, ini lah dia rangkuman cerita kami menjelajah di negara matahari terbit 2017. Seperti biasa info berkaitan pemilihan tarikh, ticket flight & train semua tu boleh lah ke page ni, Sebelum Je Jepun. Setel semua benda tu, part nak pilih hotel boleh rujuk dekat sini kalau nak tengok hotel/airbnb/hostel yang kami pilih.

Nagoya, 25 November 2017 : A day in Nagoya
Bandar pertama yang dijejaki. Tapi lebih kurang 24 jam je kami dekat sini. Hari pertama katakan, jadinya kita baru nak warm up gitu.

Nagoya park

Lepas bandar Nagoya, next day 26 November 2017 kami menuju ke Takayama. Perjalanan sepanjang laluan ini memang menarik. Kalau ada banyak masa sebenarnya daripada sini boleh naik cable car yang boleh view pergunungan di kawasan sini. Cantik juga tengok dalam gambar. Kami tak berkesempatan nak pergi ke sana. 

Takayama Day One : From Nagoya to Takayama  >> Old Town Takayama & Hida
Takayama Day Two : Shirakawago, >> From Takayama to Shin Osaka

Haruslah jakun dengan salji

View yang masih berkabus di awal pagi semasa kehadiran kami

Lepas bandar Takayama, kami ke bandar Osaka (27 November 2017). Perjalanan route ni sempat la jugak jejak kaki (walaupun hanya di train station saja) bandar Toyama dan Kanazawa. 

Osaka Day One, 28 November 2017 : Kita ke NARA >> Lihat pemandangan Osaka daripada Bangunan Tinggi >> Lepak malam sekitar Osaka Shopping Arcade


Selfie tak ingat dekat sini


Macam nak bawak balik sekoq

Dia buat tak layan kita suruh tengok camera


Setelah bermalam dua malam di Shin Osaka, kami meneruskan penjelajahan ke bandar Kyoto untuk destinasi seterusnya ( 29 November 2017). Kalau ditanya antara Osaka dan Kyoto mana satu pilihan hati, saya suka Kyoto.

Kyoto Day One, 29 November 2017 :
Seharian kami di kawasan Higashiyama : Old Town >> Philosopher Walks's >> Eikando Temple 
Sebenarnya banyak lagi kawasan best nak explore, Kiyomizudera yang glamour tu pun dekat kawasan sini, tapi kami tak singgah sana sebabnya tengah major conservation. Kami pun explore juga kawasan Gion hari ni, tapi tak tepek dekat sini gambar kenangan. Sebabnya masa sampai Gion hujan rintik-rintik, sejuk terus jadi malas nak keluarkan hp..huhu

Haaa, tetiba dia lalu dekat tepi!

Shopping day, 30 November  2017 : Kami plan hari ini free and easy. Mula-mula kita jalan sekitar Kyoto dulu, survey-survey harga dekat sini dulu, explore Kyoto Station then gerak ke Osaka (hari last guna JR Pass Takayama Hokuriku). Mana yang dapat murah dekat Kyoto, nanti balik daripada Osaka baru beli, yang mana murah dekat Osaka boleh terus beli. Gambar shopping tak ada banyak sebab hilang ingatan nak ambik gambar biasa la bila naik saka shopping ni.


Arashiyama, 1 Disember 2017
Pagi-pagi keluar sebab hari ini agak banyak tempat nak terjah. Sagano Romantic Train >> Bamboo Groves and Arashiyama Park . Dua-dua ni memang ramai manusia pergi. Jadinya rancang perjalanan anda dengan baik untuk tahap kepuasan masing-masing. Lepas lunch, kami patah balik ke Kyoto untuk ke Temple wajib jugak, Fushimi Inari

Nak dapat shoot tak dak orang langsung dekat sini agak mustahil tapi 
kalau bernasib baik boleh je diusahakan.

Nampak je cerah, tapi sejuk. Bila sejuk cepat lapar, bila lapar jom cari kedai makan

Nest destinasi kami, Bandar Himeji.

Untuk perjalanan ini kami guna JR Pass Kansai one day. Boleh pilih la pergi mana-mana destinasi untuk satu hari. Plan asal nak ke Kobe, tapi disebabkan kami tak pergi istana dekat Osaka jadinya kami tukar plan ke Himeji. Aktiviti kami di sini guna basikal percuma bila tunjuk JR Pass dekat Tourist Information dekat Himeji Station. Seronok jelajah Himeji dengan basikal ni, sebab bandar tak sibuk macam bandar Osaka or Kyoto. Aman damai, and tourist pun tak ramai mana sangat. Dapatlah masuk Istana Himeji dengan tenang, rileks dan lepak lama dalam kawasan istana.

Himeji : 




Lepas Himeji, terus ke Izumisano untuk bermalam. Esok pagi terus pulang ke tanah air tercinta!. Sekian coretan perjalanan ke negara matahari terbit ini. Yang pastinya, memang akan kembali semula ke negara ini sebab belum tengok Gunung Fuji!

Till next adventure!

Selasa, 13 Mac 2018

Nagoya to Takayama by train

Assalamualaikum dan Hello semuanya

| 26 November 2018 |
Seawal pagi kami keluar hostel untuk memulakan penjelajahan hari ini. Suhu masih sejuk hari ini, cuaca pun mendung kejap cerah kejap. Nasib tak hujan je pagi tu sbb jenuh jugak kalau hujan nak berjalan dengan beg semua.

Perjalanan kalau tak silap dalam 2 jam lebih. Lupa sudah. Tapi kalau nak lebih tepat tengok dekat Hyperdia jeklah ye kawan-kawan semua. Sampai station ingat tak sesak lah sebab baru jam 7 pagi macam tu. Skali kau, penuh dah manusia. Hari Ahad kot ni, korg ramai-ramai ni nak ke mana pagi2 sejuk ni. Ternampak sekumpulan atok and nenek berpakaian sukan ready macam nak pergi hiking. Patutla sihat-sihat orang Jepun ni ye.

Malas nak sembang panjang, kita letak view pemandangan sepanjang perjalanan. Enjoy!







Disebabkan kami duduk dalam gerabak yang reserved seat, orang tak ramai. Jadi boleh pindah kiri kanan nak enjoy view. Orang lain pun sama naik juga. Kejap kiri, kejap kanan. Tak dak sapa nak marah. But, seriously memang best layan view sepanjang perjalanan ni. Cuaca pun Alhamdulillah cerah terang elok.

Sampai saja Takayama setel letak beg dalam bilik, solat semua apa yang patut. Mari ke old town Takayama! 

Ahad, 11 Mac 2018

Nagoya City in less than 24 hours

Assalamualaikum and hello semuanya.

| 25 November 2017 |
Nagoya merupakan bandar pertama yang kami jejaki dalam kembara menjelajah bumi matahari terbit. Sampai awal pagi, selesai urusan imigration terus naik train ala2 ERL ke Nagoya Station. Waktu  ni suhu boleh tahan sejuk sebab berangin. 

Sampai sana saja, terus kami pergi tukar JR Pass dan booking seat untuk kegunaan sepanjang percutian kali ni. Setel semua, gerak ke tempat penginapan untuk satu malam. Urusan checkin pun senang. Selesai semuanya kami terus keluar nak menjelajah bandar Nagoya ni.

Tempat pertama kami singgah, masjid yang terdapat berhampiran dengan kawasan hostel. Nak kata berhampiran tu tak dak la hampir sangat, dalam 20 minit jugak la jalan. Tapi ok je jalan-jalan dekat kawasan perumahan orang Jepun. Cute2 rumah diorg ni. Singgah 7e on the way ke sana. Sampai masjid terus solat. Lepas tu lapar. Keluar jalan beberapa langkah jumpa kedai halal. Alhamdulillah selesai satu bab.

Minuman wajib beli di pagi hari. Sedap ya ampun!

Di depan kedai makanan halal itu. Mr.&Mrs.E

Lepas makan, kami naik metro ke kawasan Nagoya Castle. Tapi tak masuk dalam pun. Jalan-jalan dekat taman luar tu je. Teruja la juga sebab dah nampak warna warni dedaun.


Autumn


Tak ramai sangat manusia dekat area sini

Tetiba dah sampai Keukenhof

Sunyi aman damai dan sejuk!

Tugu sapa pun tak tau sbb tulisan bahasa jepun saja ada

Lepas habis sesi bergambar dekat sini, naik bus ke Planetarium. Bila sampai sini, dah mula gelap. Magrib jam 4.30 lebih macam tu. Memang tak dapat nak explore dengan ada cahaya matahari, ditambah pulak suhu yang makin sejuk. Apa lagi, kami terus naik metro pulang ke hostel. Letih dan penat perjalanan daripda KUL transit di HCM then baru ke Nagoya belum habis.

Naik bus,habaq dekat driver nak pergi Planetarium nnt dia akan stop dan inform bila dah sampai.


Sampai sini sudah hapir malam, kejap je pun sebab sejuk teramat

Balik hostel, mandi manda then makan dekat dapur. Makan roti dengan serunding. Borak dengan dua orang lelaki Jepun. Sembang dah lama, baru tau salah sorang tu pemilik hostel. Patutlah ramah dia lain macam sket. Dah travel hampir 80 buah negara dah mamat ni. Kagum!

Begitulah kisah penjelajahan kami di bandar Nagoya ni. Esok pagi bermulalah perjalanan menuju ke Takayama dengan menggunakan JR Pass.