Saturday | 3 May 2014
Day 8 : Brussels ---> Heysel/Heizel : Atomium
Setelah kami sampai di Gare du Midi, kami terus membeli tiket metro line 6 untuk ke Heysel/Heizel. Masa kami sampai dekat kaunter,terus pekerja tu bagi salam, Muslim pak cik ni rupanya. Senyum lebor la kami. Dia siap tanya daripada mana dan tanya adakah kami mempunyai duit yang bernilai satu euro dalam ringgit Malaysia. Sorry pakcik, kami tiada duit RM 1. Keciwa dia sebab dia cakap dia suka kumpul duit yang bernilai satu ringgit dalam pelbagai negara. Negara Malaysia masih belum diperolehi. Tak pe pakcik nanti akan ada orang Malaysia bagi dekat pak cik ye. Jangan putus asa!
Perjalanan petang ini adalah untuk melihat bangunan Atomium. Bangunan ini pada asalnya dibina semasa Expo pada tahun 1958 oleh Arkitek Andre and Jean Polak. Namun setelah habis expo, kerajaan Belgium mengambil keputusan kekalkan bangunan yang berketinggian 102 meter ini. Disebabkan kami sampai pun dan hampir ke jam 6.00 petang, maka kami tidak masuk ke dalam bangunan ini. Hanya berlegar-legar dikawasan luar sahaja.