Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Buah Tangan....

Assalam semua.... minggu ni  banyak pula entri entri yang Kak Ida dapat buatkan...
Hari ni hanya nak kongsi sikit  cerita hal kueh dan tart yang dibuat malam tadi... Semua ni untuk Kak Ida berikan sebagai bekalan buat kawan-kawan ofis yang ke Terengganu pagi tadi...(yang naik bas ja..huhuhuu) .. yang bawa kereta jangan marah naa..

Bekalan buat rakan-rakan....

Makaroni Bakar ... 10'X10' = Rm30.00

Bengkang Pandan.... lemak dan sedappp....
 Bengkang ni Kak Ida suka buat, sebab rasanya lemak (bnyk santan pekat & telur) dan x berapa manis... kalau siapa siapa  nak order.. Kak Ida jual  RM22.00 utk satu loyang 10" x 10"....

Blueberry Cheese Tart lagi.....

Apam Polka Dot.... ( yang ni Kak Ida order jaa)...
Ok... untuk makluman semua, apam polkadot ni jiran belakang rumah Kak Ida buatkan.. kalau sapa nak order bolehla bagi tau.. Ada pelbagai filling... blueberry, strawbery, nenas, kaya, choklat, peanut butter dll) hanya 0.40 sen sebiji.... sedap... nyum..nyum...nyum...

Tuesday, November 30, 2010

Apam Comel



Salam buat semua.... kali ni Kak Ida nak tunjukkan pic apam comel yang Kak Ida buat untuk jamuan kelmarin... Lepas tu ada staf ofis order pulak... So dua kali la Kak Ida try buat apam ni....







Resepi apam ni kak Ida dapat dari blog Hana.. tq Hana... Apam ni senang dibuat dan sedap rasanya. Anak Kak Ida suka makan kuih ni... Nak resepi dia... ok sat noo.. nak taip..heheheee

250gm tepung naik sendiri
200ml santan
160gm gula halus
2 biji telur gred A
1 camca teh esen vanilla
1 sudu makan ovallete
Secubit garam
Pewarna makanan, ikut kegemaran masing-masing

Cara:
Masukkan semua bahan kecuali pewarna ke dalam mixing bowl. Putar perlahan, kemudian high speed hingga kembang.
Kukus.

Betul tak Kak Ida kata senang...heheheee...Jom pakat pakat buat apam ni....

Tuesday, August 24, 2010

Apam Mekar



Salam Ramadhan...
Petang kelmarin Kak Ida sempat try buat apam ni...
heheheeee..sukanya hati..coz menjadi... Resepi ni Kak Ida dapat masa melayari internet..tapi terlupa nak copy link dia.. anyhow..thanks utk owner resepi ni...
Jom..try buat...

Baulu Batik ~ Source - Rims(bisousatoi)

Ingredients

2 eggs - 100g (mine weigh 110g)
250g caster sugar
1 tsp (8 g) emulsifier / SP
250g flour Key Blue or low-protein flour (cake flour)
50g corn flour
200 cc water/coconut water/milk/coconut milk (i used milk)
1 tsp Vanilla Essence
2 tbsp Chocolate Paste (i used 1tbsp)

Method
- Prepare the molds with paper cups
- Heat the steamer
- Beat the eggs, caster sugar and emulsifier until thick, if it looks heavy you may add liquid portion a little at a time.. do not use it all up tho
- Add flour and liquid alternately and continue to whisk till well blended
- Take 1/3 of batter and add chocolate paste, stir well, set aside
- Add vanilla essence to the white batter, set aside.
- Fill half of the mold with white batter... fill the rest with white and chocolate batter alternately (I use pipping bag) till its almost to the rim (7/8 full)
- Steam in a steamer over high heat for 15 minutes if ur using smaller paper cups, and 20-25 minutes for large paper cups.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan...

Assalamualaikum buat semua rakan blog sekelian....
Lama benar Kak Ida tak mengupdate blog zedabakery nih....
Esok hari..insyallah kita semua akan mula menyambut ketibaan Ramadhan Al-Mubarak bersama-sama.. oleh itu Kak Ida ucapkan selamat berpuasa dan memnunaikan ibadah ibadah yang lain sepanjang bulan mulia ini...
Ok..hari ni, kak ida paparkan di sini Kek Chiffon dan Kek kukus yang kak Ida try buat baru baru ni...


Kek Chiffon pandan ni kak ida dapatkan resepinya daripada hana yang berada di negara matahari terbit... senang dibuat..sedap..dan yang penting..jadi..heheheee
Nak resepi nya.. nanti kak ida uploadkan ...sat noo...


Sama la juga dengan kek kukus comel ni... dapat resepi dari blog Hana juga laa... sedap..senang dibuat dan cute...

Ok.. ni resepi Kek Chiffon Pandan tu... nanti copy dan paste noo...

Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
• 150gm tepung kek
• 1 camca teh baking powder
Bahan B
• 4 biji kuning telur saiz A
• 70gm gula castor
• 1/4 camca teh garam halus
Bahan C
• 85ml corn oil,
115ml jus pandan,
Bahan D
• 4 biji putih telur saiz A
• 70gm gula castor
• 1/2 camca teh cream of tartar

CARA CARA
• Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.
• Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan corn oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata.
• Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau.
• Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
• Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.
• Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar.
• Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
• Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min.
• Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
• Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang.

* sumber resepi daripada Hana...tqvm Hana..