Sunday, August 10, 2014

Samperit Susu

Assalamualaikum...
Belum terlambat untuk Kak Ida mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin kepada rakan semua...
Bulan puasa yang lalu, kak Ida untuk pertama kalinya membuat kueh Samperit Susu ni... Resepi yang mudah dan menggunakan hanya 4 bahan jaa... Resepi pun dari kawan-kawan FB gakk...


Sebelum dibakar...

penat gakk..nak habis satu adunan..hehehe....
Taraaa..... hasilnya

Dah siap.. dapat 3 bekas ..(dalam 130pcs camtu)...

Biskut ni memang sedap... Kak Ida suka... nanti cadang nak buat lagi

Samperit Susu
(Sumber: Mr Google)

1 butter
1/2 tin susu pekat manis
450g tepung jagung
1 tsp essen vanila

Cara:
1. Putar susu + butter sekejap
2. Masuk essen vanilla
3. Masuk tepung jagung cikit-cikit
4. Tekan guna acuan semperit.. (kak ida guna yang pecah 15)
5. Bakar dalam 12 - 15 minit (ikut oven)

Thursday, June 26, 2014

Kek In Jar

Assalam semuaaa....
Apa habag??? Kak Ida harap semua sihat yaaa.. Dah tak lama kita nak berpuasa.. Ada dua hari jaa lagi.. Hari ni Kak ida nak kongsikan Resepi Kek In Jar... Resepi ni memang meletop masa beberapa tahun keelakangan ini.. dan tak akan hilang... Sebab ianya boleh dibuat bila-bila saja... Yang penting R.A.J.I.N.. hehehee... betulkan..

Jom kita tengok resepinya...




1.    TIRAMISU - KEK IN JAR

Basic Kek

180g butter
50g serbuk koko
150g gula kaster
120g tpg s.r
3 telur
1 tsp b.p
1 tbsp choc emulco
30g susu cair

Cara-caranya:
1. Putar butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu.
2. Tepung self raising + baking powder + serbuk koko diayak. Masukkan ke dalam adunan butter tadi selang seli dengan susu cair. Masukkan choc emulco.
3. Masukkan dalam botol. Agak-agak 1/3 cukup. Letakkan botol dalam loyang yang berisi air. Kemudian masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 terlebih dahulu.
4. Bakar anggaran 20 minit atau hingga masak - bergantung pada oven (cucukkan dengan lidi untuk lihat kek telah masak).
 5. Bila masak keluarkan dari oven dan loyang - sejukkan
Kek yang telah dimasukkan dalam oven...
Untuk menghiasnya.


Cream Cheese
250g cream cheese
125g susu pekat manis
250g krim putar – putar high speed
1 tsp oren sunquick

1. Putar cream cheese dengan susu pekat hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, putar krim putar hingga soft peak. Kemudian masukkan krim putar ini dalam bekas cream cheese tadi.
3. Masukkan pes oren sunquick . (boleh letak lebih jika nak rasa masam-masam cikit) 

Choklat Ganache
200g choc masakan - (cair secara double boiler)
Serbuk koko/milo

Untuk melapisnya :
1. Ambil kek tadi, picitkan cream cheese.
2. Letakkan choc ganache
3. Picitkan cream cheese diatasnya
4. Taburkan serbuk koko/milo
5. Tutup botol dan masukkan dalam peti sejuk. 
* Kek ini sedap dimakan sejuk-sejuk


Tiramisu - Kek In Jar...

Dihias dengan ribbon dan sudu...


2.  LAPIS CHEEZY - KEK IN JAR

250g tpg sponge mix
50g air
1 tsp ovalet
1 tsp pewarna hijau/biru/oren/merah
1 tbsp orange pes /sunquick
50g minyak jagung / butter cair

Cara:
1. Pukul semua dengan high speed – kecuali minyak dan pewarna
2. Masukkan minyak. , masukkan pes oren.
3. Bahagikan kepada 4 bahagian, letakkan warna. Ikut kesukaan anda
*banyakkan warna plain - masukkan semua dalam 4 piping beg untuk senang dimasukkan dalam botol.
 4. Ambil botol, picitkan adunan tadi, tapi pastikan tidak lebih 1/3 daripada botol. 
5. Letakkan botol ke dalam loyang yang telah dimasukkan air. Kemudian masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 terlebih dahulu.

6. Bakar anggaran 20 minit atau hingga masak - bergantung pada oven (cucukkan dengan lidi untuk lihat kek telah masak).
7. Bila masak keluarkan dari oven dan loyang - sejukkan


Untuk menghiasnya.

Cream Cheese
250g cream cheese
125g susu pekat manis
250g krim putar – putar high speed
1 tsp oren sunquick

1. Putar cream cheese dengan susu pekat hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, putar krim putar hingga soft peak. Kemudian masukkan krim putar ini dalam bekas cream cheese tadi.
3. Masukkan pes oren sunquick . (boleh letak lebih jika nak rasa masam-masam cikit) 

Choklat Ganache
200g choc masakan - (cair secara double boiler)
Filling pilihan - starwberry / blueberry / kiwi / mano - apa-apa yang suka 
Badam pangganng (cincang / hirisan)

Untuk melapisnya :
1. Ambil kek tadi, picitkan cream cheese.
2. Letakkan filling
3. Picitkan cream cheese diatasnya
4. Paipkan choc ganache 
5. Taburkan badam panggang diatasnya - jika suka
6. Tutup botol dan masukkan dalam peti sejuk. 
* Kek ini sedap dimakan sejuk-sejuk




Filling Kiwi...


Warna kek  ikut pilihan... Filling Blueberry ...

Boleh juga dihias berwarna warni... Meriah gitu... Filling strawberry...
* Resepi Cream cheese yang kita gunakan adalah sama untuk kek In Jar ini.
. Ok.. selamat mencuba.... 


Tuesday, June 24, 2014

Makaroni Bakar

Assalamualaikum semua....
Terlebih dahulu Kak Ida nak mengucapkan kepada semua rakan.. Selamat Menyambut Ramadhan yang akan mengunjungi kita hanya beberapa hari saja lagi...

Hari ni Kak Ida nak kongsikan resepi Makaroni Bakar yang telah di tambah suai.. hahaha(ada ka  dalam BM...) Kak Ida belajag ni beberapa tahun yang lalu di Kolej Komuniti. Tapi resepi hari ini, dah diolah...

Makaroni Bakar

Bahan-bahannya:

125g makaroni - Rebus di dalam air yang dimasukkan 1tbsp minyak hingga kembang - toskan

400g daging cincang - cuci, dan rebus

2 tbsp rempah kari daging
2 tbsp sebuk jintan manis
1 tbsp serbuk rempah
1/2 tsp garam masalla - ada jual kat kedai mamak, kat mydin pun ada (letak ni lagi sedap laa)
* semua bahan di atas bancuh dengan air panas - 1/4 cwn air panas
50g mix vegi/ kacang peas

1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
* mesin halus

1/2 tin susu cair + 1/2 tin air
4 telur
2 tsp garam
* campurkan susu dan telur dan pukul sekejap, masuk garam
2 keping keju (apa-apa brand ok... yang kita makan dengan roti, ...nak letak lebih pun boleh)

Bahan hiasan:
1 Telur + 1tbsp susu
Daun sup
Daun Bawang
Cili besar
* daun + cili semua dicincang halus
serbuk oregano

Cara:
1. Tumis bahan-bahan yang dimesin tadi hingga garing
2. Masukkan campuran rempah, masak hingga naik baunya
3. Masukkan rebusan daging cincang (toskan airnya), masak hingga daging empuk. Masukkan air sedikit
4. Masukkan mix vegi. Masak sebentar.. kemudian tutup api.
5. Dalam bekas lain, masukkan susu + telur + garam tadi. Masukkan makaroni. Kacau. Masukkan daging cincang dan rasa. Jika perlu boleh tambah garam jika kurang masin (Coz Kak Ida makan kurang masin)...
6. Ambil loyang 10X10 griskan dengan minyak@ butter.
7. Tuangkan bancuhan tadi dalam loyang. Carik-carikkan keju dan tabur dalam adunan
8. Masukkan Dalam oven (suhu 180 - dipanaskan terlebih dahulu). Bakar dalam anggaran 35 minit.
9. Keluarkan dan tuang telur yang dipukul  dan taburkan daun sup + daun bawang + cili hidup. Taburkan serbuk oregano.
10. Masukkan kembali dalam oven dan bakar dalam 15 minit atau sehingga garing ( bergantung kepada oven.)
11. Biarkan sejuk dahulu, kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan..


Makaroni Bakar....

*Tujuan telur dan daun-daun diletakkan akhir sebab nak bagi makaroni kita nampak berkilat dan cantik. Daun x la hangus.. heheheee

Selamat mencuba...







Tuesday, April 8, 2014

Kelas baking 2014

Assalam semua...
Hampir 1/3 tahun 2014 berlalu.. baru nak update cikit entry kat blog ini.... hermmmm...
Kak Ida nak kongsi pic waktu attend kelas yang sempat diikuti tahun 2014 ni...


Choc Red Velvet
Choc Red Velvet ni Kak Ida attend kat sifu di Sungai Dua Butterworth.. Ana namanya... dah p blajag.. tp x kesempatan membuatnya lagi..hehehee

Aneka Donut
Haaa... ok dak donut ni??? Secantik rupa..segebu nampak..sesedap rasa.. hahahaaa..banyaknya se...
Donut ni Kak Ida p belajag kat Jitra.. Rumah baker gak laa. Lily.. Sifunya didatangkan khas dari KL.. Siapa tak kenal.. Pn Daalia.. @ Lea Oven..
Memang best buat donut ni.. Coz.. pertama.. senang nak buat, kedua.. sedap dimakan..  ketiga.. Cantik..
keempat..x yah beli dah kat Big Apple.. hahahahaha
Apa yang pasti toppingnya mmg sedap... bertambahlaa kiloku...

Ok.. sampai sini dulu.. nanti-nanti jumpa g naa...