Wednesday, July 15, 2015

Cookies raya 2015

Assalamualaikum semua...
fuhhh...fuhh..fuhh... banyaknya sawangg.... ya laa... lamanya tak mai sapu kat blog ni... Apa habag semua?.. Tentu masing-masing kalut dengan persediaan untuk menyambut aidilfitri..
Kak Ida.. macam biasa.. busy.. membusy... terbusy...heheheee
Tahun ni Kak Ida menyambut Aidilfitri dengan tambahan ahli keluarga.. Last year kan anak kak ida dah kahwin... So tahun ni ada suami...anak.. menantu.. dan yang happening... Cucu... heheheee

tentang cookies raya.. Kak Ida sempat buat dua jenis jaa... yang simple dan bajet.. hehehe
Jadi.. nama cookies ni ialah Budget Cookies.. With Love from GST.. ok ka macam tu... hehehe.. Jangan marah nooo.. gurau jaa..

Kita tengok cookies yang pertama.. namanya Dahlia/ Samperit..

Samperit Dahlia

Sedap... gebu camtu...


Mesti nak tau resepi kan...
Senang ja buat ni.. Satu adunan dapatla dalam 100 biji++

Resepi Samperit Dahlia
1 butter (Kak guna Anchor)
3/4  cawan susu pekat
320g tepung jagung
30g tepung kastad
50g tepung gandum

Cara..
1. Satukan butter dan susu pekat.. Pukul sekejap sahaja..
2. Ayakkan semua tepung.. masukkan dalam butter.. uli dengan tangan sahaja..
3. Bahagikan doh kepada 2. Warnakan dengan warna merah light dan yang satu lagi biarkan warna asal.
4. Terapkan guna acuan samperit . Kak Ida guna yang pecah 15 kot...
5. Ptong ceri kecil-kecil, letakkan atas cookies..
6. Bakar dengan api 160 lebih kurang 13 minit @ ikut oven masing-masing..


Kita tengok cookies yang kedua pulak.. Actually resepi ni sangat lama... Masa tahun 90an dulu...
Namanya ialah Biskut Dua Sekamar...

Biskut Dua Sekamar

Wangi... sedap.. cair dalam mulut... hehehee
Anak Kak Ida yang request nak cookies ni... Cookies yang ringkas dan sedap.. dAAAAnnn... bajet....

Resepinya Kak ida sertakan di sini...

Biskut Dua Sekamar

180g butter (Kak ida guna Anchor)
100g crisco / shortening
80g gula aising
1 kuning telur
250g tepung superfine/ tepung gandum
150g tepung jagung
2 camca besar susu tepung
esen vanila
strawbei paste
papercup
ceri

Cara:
1. Satukan butter, crisco dan gula. Putar hingga kembang.
2. Masukkan esen vanila. Masukkan tepung , susu tepung, Gaul sebati.
3. Bahagikan doh kepada 2. Satu bahagian diletakkan starberi paste dan sedikit pewarna merah. Uli rata.
4. Gunakan nozle bulat,  gunakan piping bag.. (sori lupa nak amik gambag..), masukkan adunan dalam piping bag. Paikan adunan terus dalam papercup. Kak Ida buat satu-satu warna hingga habis, baru buat warna yang satu lagi. Kita dapat dalam 115++ biji...
5. Potong ceri secara memanjang.. Letakkan atas biskut tadi.
6. Bakar suhu 160 (atau ikut oven masing-masing) selama 15 minit (+-)

Ok.. kita jumpa lagi nanti.... di lain masa..

1 comment:

  1. Обнаженные:) самые дешевые проститутки xxx5, красивая, опрятная, чистоплотная, сексуальная девушка доставит массу приятных эмоций. Приезжай в гости! Красивых женщин причисляют сегодня к талантам их мужей.

    ReplyDelete