Pengenalan Molib

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

GARIS PANDUAN MoLIB

01 Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza

01 PENGENALAN

Kemahiran guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan


peranan utama dalam pencapaian murid. Guru yang baik mampu
mempelbagaikan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya.
Oleh itu, guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza
dalam merencana pencapaian tahap penguasaan seseorang murid.

Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) yang dihasilkan ini boleh
dijadikan rujukan untuk guru merancang PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
(BM) dan Matematik yang berkesan pada tahap 1 sekolah rendah. Manakala bagi
mata pelajaran Bahasa Inggeris (BI), guru perlu merujuk Scheme of Work (SoW)
seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
berasaskan Common European Framework of Reference (CEFR).

Modul ini dibina berasaskan kemahiran yang terkandung di dalam DSKP serta
mengandungi aktiviti dan bahan yang berbeza berdasarkan pelbagai tahap
penguasaan murid. Modul ini juga mampu membantu guru yang bukan opsyen
untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan PdP.

Pelaksanaan rintis bagi modul ini telah dilaksanakan pada September - Oktober 2019
di 54 buah sekolah melibatkan daerah Sepang Selangor, Pitas Sabah dan Julau
Sarawak. Dapatan daripada pelaksanaan rintis berkenaan, usaha menambah baik
MoLIB telah dilaksanakan untuk menjadikan modul ini lebih mudah digunakan.
Sehubungan dengan itu, MoLIB diperluas pelaksanaannya kepada sekolah rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2020.

Mo Modul

L Latihan

I Intervensi

B berfokus dan terbeza

MoLIB 2.0 1
02 RASIONAL

Berdasarkan kajian, beberapa sekolah yang pencapaian akademiknya rendah ialah


sekolah yang kapasiti muridnya ramai dalam satu kelas, murid orang asli/peribumi
yang diajar oleh guru bukan orang asli dan guru yang bukan opsyen mengajar mata
pelajaran teras. Guru kurang berkemahiran dalam merancang aktiviti yang
melibatkan murid dengan pelbagai aras tahap penguasaan. Masalah ini berlanjutan
sehingga defisit pembelajaran dibawa ke tahap dua.

03 MATLAMAT
Modul MoLIB dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk
merancang pengajaran dan pembelajaran secara berfokus dan terbeza bagi
pelaksanaan PdP yang lebih berkesan.

Memastikan guru berkebolehan merancang PdP yang berfokus dan terbeza


bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Selain itu, guru boleh
menjadikan amalan Professional Learning Community (PLC) sebagai gerak kerja
dalam merancang PdP supaya berlaku perkongsian idea dan keberhasilan bersama.

04 OBJEKTIF Tema: Keluarga


Pada akhir pelaksanaan MoLIB ini, guru dapat:

menguasai asas kemahiran merancang PdP yang berkesan berdasarkan


pelbagai aras kebolehan murid (asas, sederhana dan tinggi);

melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam mempertingkat


tahap penguasaan murid; dan

menjadikan PLC sebagai amalan dalam meningkatkan pengetahuan dalam


merancang PdP.

05 SASARAN SEKOLAH
Pelaksanaan MoLIB melibatkan semua sekolah rendah bawah KPM.

06 SASARAN GURU
a. MURID RAMAI b. BUKAN OPSYEN c. ASLI/PERIBUMI
Guru mata pelajaran Guru bukan opsyen Guru mata
Bahasa Melayu, Bahasa yang mengajarkan pelajaran Bahasa
Inggeris dan Matematik mata pelajaran Melayu, Bahasa
Tahap 1 yang mengajar Bahasa Melayu, Inggeris dan
di kelas yang kapasiti Bahasa Inggeris Matematik Tahap 1
muridnya ramai; dan Matematik yang mengajar
Tahap 1; dan murid orang
asli/peribumi.

MoLIB 2.0 2
07 KERANGKA KONSEP Tema: Keluarga

08 GARIS MASA PELAKSANAAN

09 KAEDAH PELAKSANAAN

1 PDP TERBEZA
Melaksanakan PdP berfokus dan terbeza berpandukan DSKP dan MoLIB;

2 SKPMg2 STANDARD 4
Aktiviti yang dirancang dalam RPH berdasarkan cadangan MoLIB dilaksanakan
semasa PdP setiap mata pelajaran terlibat berasaskan kepada SKPMg2 Standard
4: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

3 PAK-21
Pengurusan PdP menggunakan kerangka konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
yang terdiri daripada lima elemen, iaitu perancangan pembelajaran,
pembelajaran koperatif dan kolaboratif, kemahiran berfikir, pentaksiran
pembelajaran, dan ekosistem bilik darjah yang positif berdasarkan standard asas
PAK21, iaitu komunikasi, kolaboratif, kreatif dan kritis, serta nilai (4K1N).

MoLIB 2.0 3
10 STRATEGI PELAKSANAAN PdP BERPANDUKAN MoLIB

Langkah 1 Menyediakan RPH dengan memilih Standard Pembelajaran (SP)


yang sesuai dengan merujuk MoLIB.

Langkah 2 Merancang aktiviti PdP berdasarkan aras dalam MoLIB;


a) Guru boleh memilih mana-mana aras yang bersesuaian dengan
tahap murid dalam kelas, atau
b) Guru boleh gunakan ketiga-tiga aras dalam satu PdP

Langkah 3 Menyediakan bahan sokongan PdP berpandukan cadangan aktiviti


MoLIB.

Melaksanakan PdP secara berfokus dan membuat rumusan atau refleksi


Langkah 4
PdP.

11 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


a) Mengurus, menyelaras dan menilai kebolehlaksanaan modul
b) Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan bahagian-
bahagian KPM dan JPN
c) Merancang dan melaksanakan penataran kepada JPN, PPD
dan sekolah
d) Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada
JPN

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)


a) Membantu KPM merancang dan melaksanakan
penataran kepada PPD dan sekolah
b) Memastikan pelaksanaan mengikut garis panduan yang
disediakan
c) Mengurus, menyelaras dan menilai pelaksanaan
peringkat JPN
d) Memantau pelaksanaan MoLIB secara berkala
e) Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB
daripada PPD
f) fMelaporkan dapatan pelaksanaan MoLIB kepada KPM

MoLIB 2.0 4
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
a) Membimbing sekolah melaksanakan MoLIB mengikut garis
panduan yang ditetapkan
b) Menganalisis dapatan semasa sesi bimbingan
c) Memastikan keberkesanan pelaksanaan oleh pihak sekolah
d) Melaporkan pelaksanaan MoLIB kepada pengurusan PPD
dan JPN
e) Membuat tindakan susulan untuk penambahbaikan

Pentadbir Sekolah
a) Memastikan pelaksanaan MoLIB mengikut garis panduan
yang disediakan
b) Membimbing guru melaksanakan PdP berkesan melalui PLC
c) Mencerap PdP guru secara berkala
d) Membincangkan keberkesanan pelaksanaan MoLIB dalam
dialog prestasi
e) Melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan
MoLIB kepada PPD

Guru Mata Pelajaran


a) Merancang dan melaksanakan PdP yang berfokus
dan terbeza
b) Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian
dengan keperluan murid semasa PdP
c) Menambah baik PdP bagi membantu murid yang
tidak mencapai tahap penguasaan minimum
d) Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
berdasarkan DSKP

12 RUMUSAN

Garis panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat melaksanakan
MoLIB dalam PdP murid tahap satu di sekolah rendah. Diharapkan pelaksanaan MoLIB
ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak demi membantu
meningkatkan penguasaan berbahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid di
sekolah.

MoLIB 2.0 5
PEDAGOGI BERFOKUS DAN TERBEZA
02 Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza

01 PENGENALAN

Pengajaran Terbeza, ialah proses memastikan apa yang pelajar belajar dan
bagaimana pelajar menunjukkan apa yang dipelajari selaras dengan tahap
kesediaan pelajar, minat dan cara pembelajaran yang terbaik.

Tomlinson (2014)

Sumber: Modul Pedagogi Terbeza, IPGKBM (2019)

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 6


02 ELEMEN PEDAGOGI TERBEZA

Sumber: Modul Pedagogi Terbeza, IPGKBM (2019)

03 KUMPULAN MURID

01 ARAS ASAS 02 ARAS SEDERHANA 03 ARAS TINGGI

Aplikasi pengajaran literasi berfokus dan terbeza ini dijelmakan dengan setiap
kemahiran dan aspek bahasa memberi fokus kepada pengajaran dan
pembelajaran tiga kumpulan murid berbeza aras kognitif iaitu aras rendah,
aras sederhana dan aras tinggi.

Pengajaran berfokus bermaksud memastikan murid pelbagai aras ini


mencapai objektif yang sama selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 7
04 ELEMEN BERFOKUS Tema: Keluarga

Mencapai Objektif yang


sama pada akhir PdP

Kumpulan Murid Aras


• Asas Tinggi
• Sederhana
• Tinggi

Kemahiran Menulis:
Menulis Ayat Majmuk

Aras Aras
Rendah Sederhana

05 MoLIB LITERASI
Aspek pengajaran yang terbeza dicadangkan dalam MoLIB;

a) Terbeza Proses,

b) Terbeza Produk, dan

c) Terbeza Kandungan.

a) Terbeza Proses

Contoh| Kemahiran Menulis :Tulisan Berangkai

Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi

• Murid menulis • Murid meniru • Murid menulis


tulisan berangkai tulisan berangkai tulisan berangkai
putus-putus daripada tulisan
biasa

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 8


b) Terbeza Produk

Contoh| Kemahiran Menulis :Tulisan Berangkai


Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi
• Murid menulis • Murid menulis • Murid
tulisan berangkai tulisan pada kad menghasilkan seni
pada gambar ucapan kata lagu
tunggal bertulisan
berangkai

c) Terbeza Kandungan
Contoh| Kemahiran Menulis : Menulis Karangan Berpandu

Aras Asas Aras Sederhana Aras Tinggi

• Murid menulis • Murid menulis • Murid menulis


karangan karangan bertajuk karangan bertajuk
• bertajuk Aku Aku Sebuah Aku Sebuah Buku
Sebatang Pen Kereta

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 9


06 KELEBIHAN MoLIB

3. PEDAGOGI TERBEZA
Guru melaksanakan
pedagogi yang berfokus
dan terbeza dalam
1. KEMAHIRAN GURU meningkatkan
penguasaan murid.
Guru menguasai asas
kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan
berdasarkan pelbagai aras
kebolehan murid.

4. MODUL MoLIB
Manual penggunaan yang
mudah dan mesra
pengguna .

2. PDP

Guru berkeupayaan
membangunkan bahan
pengajaran dan pembelajaran
berfokus dan terbeza
berdasarkan keperluan murid
5.SENI BAHASA
Kreatif ,inovatif dan didik hibur

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 10


07 RUMUSAN

KEMAHIRAN GURU
Pemilihan aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan murid.
Guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza.

TERBEZA
Aktiviti kebahasaan seperti pantun, syair, gurindam, sajak dan nyanyian
lagu kanak-kanak/lagu rakyat hendaklah mengikut aras penguasaan dan
kecerdasan pelbagai murid.

BAHAN SAMA
Bahan yang sama digunakan untuk 3 aras (asas/ sederhana/ tinggi) yang
berbeza dengan aktiviti yang berbeza.

MODEL GURU
Guru menjadi model melakukan aktiviti kebahasaan bagi meyakinkan
murid.

AUDIO VISUAL
Bahan audio visual boleh juga digunakan tetapi kompetensi guru perlu lebih
menyerlah.

MoLIB Literasi | Pedagogi Terbeza 11

You might also like