Minit Curai MoLIB Literasi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Minit Curai MoLIB Literasi

SJK © Boi Ing, Sibu

Tajuk Bengkel Penyebaran Kohort 2 Modul Latihan Intervensi Berfokus dan


Terbeza (MoLIB) Literasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) Di Bawah Inisiatif #24 Program Literasi dan Numerasi Sekolah
Rendah Tahun 2020 (PlaN) Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah Mata
Pelajaran Bahasa Melayu 2022

Tarikh 20-21 Julai 2022, 1 Ogos 2022

Masa 0830-1700

Tempat Lokasi Masing-Masing

Anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia

Nama Pegawai Puan Wong Chen Chen


Pelapor

Perkara Yang Dibincang

20 Julai 2022 - Pendaftaran Soal Selidik Pra Kursus


0830-0900 - Mengisi Entrance Survey

20 Julai 2022 PENGENALAN PlaN, MoLIB DAN MoLIB LITERASI


0900-1030 1.1 Peranan pentadbir
1.1.1 memastikan pelaksanaan MoLIB mengikut garis panduan yang
disediakan.
1.1.2 Membimbing guru melaksanakan PDP berkesan melalui PLC.
1.1.3 Mencerap PDP guru secara berkala.
1.1.4 Membincangkan keberkesanan pelaksanaan MoLIB dalam dialog
prestasi.
1.1.5 Melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan MoLIB
kepada PPD.
1.2 Peranan guru matapelajaran
1.2.1 Merancang dan melaksanakan PDP berfokus dan terbeza.
1.2.2 Menyediakan bahan sokongan yang bersesuai dengan keperluan
murid semasa PDP. 1.2.3 Menambah baik PDP bagi membantu
murid yang tidak mencapai tahap minimum.
1.2.4 Melaksanakan pentaksiran Bilik Darjah (PBD) berdasarkan DSKP.

1.3 KPI terserah kepada sekolah masing-masing.

1.4 BPK berperanan memberikan bimbingan, manakala pemantauan


daripada jemaah nazir.

1.5 Program PlaN adalah pedagogi sebagai nilai tambah dalam PDPC
guru.

1.6 Tugas guru adalah untuk meningkatkan tahap pencapaian murid.

1.7 LINUS ditamatkan kerana pencapaian 0% .

1.8 Kejayaan LINUS maka adanya PlaN.

1.9 Tidak wajib laksanakan MoLIB tetapi MoLIB adalah yang terbaik.

1.10 Guru yang hadir bengkel hari ini perlu buat inhouse trainning di
sekolah masing-masing.

1.11 Guru pemulihan boleh guna MoLIB.

1.12 PlaN dilaksanakan dialiran perdana dan sasaran utamanya murid


mencapai TP3.

1.13 PlaN ialah program manakala MoLIB ialah modul berfokus dan
terbeza.

1.14 KPI PlaN perlu dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat.

1.15 MoLIB melibatkan 3 kemahiran dan 2 aspek.


20 Julai 2022 KEMAHIRAN MENDENGAR & BERTUTUR, KEMAHIRAN MEMBACA
1100-1300 Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar : Merupakan kemahiran yang paling asas dan ia
berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).

Seseorang murid yang telah menguasai kemahiran ini harus dapat


mendengar dengan baik maklumat yang disampaikan dan memahami
apa yang disampaikan seterusnya menginterpretasikan apa yang
mereka fahami daripada maklumat tersebut.

Dalam buku ‘Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan’ yang ditulis oleh


Kamarudin Haji Husin menyatakan bahawa pendengaran merupakan
gabungan segala yang didengar, difahami dan dingat.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur : iaitu kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan
daripada alat sebutan manusia.

Merupakan kemahiran interaksi menggunakan bahasa. Ianya berlaku


pada peringkat productive level. Ianya tidak boleh dicipta oeh pelajar
tetapi ia mesti ditiru dan diajuk.

Dalam kemahiran bertutur sebutan dan intonasi amat dititikberatkan,


oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat
membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang
tidak betul dan kurang sesuai.

Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan


perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun
menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.

Kemahiran Membaca
Kemahiran Membaca: merupakan salah satu daripada empat kemahiran
bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bahasa.

Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran


asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang
itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi
menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain.
Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta
meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.
Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses
membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali
lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak
disampaikan oleh penulisnya.

Membaca berbeza daripada mendengar kerana membaca melibatkan


kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita
membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan
dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu
kepada pemikiran.

Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks.


Ia meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta,
kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak
dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, ia sebenarnya sedang
berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaanya. Dia
mencuba menyelami pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh
pengarang. Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca
bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang
maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam
pelbagai

20 Julai 2022 KEMAHIRAN MENULIS, ASPEK SENI BAHASA, ASPEK TATABAHASA


1414-1615 1. MoLIB boleh digunakan untuk tahun 1-6.
2. DSKP menekankan 3 kemahiran
(Kemahiran mendengar, bertutur,membaca
dan 2 aspek (seni bahasa & tatabahasa)
3. Guru perlu memahami setiap perkataan dalam standard kandungan
4. Melaksanakan PDP berfokus dan terbeza berpandukan DSKP dan
MoLIB.
5. Tumpukan kepada kumpulan asas.
6. Murid aras tinggi boleh bantu murid aras rendah.
7. Aspek pengajaran yang terbeza dicadangkan dalam MoLIB;
7.1 Terbeza proses
7.2 Terbeza produk
7.3 Terbeza kandungan
20 Julai 2022 Pembahagikan Kemahiran Melaksanakan Tugasan Masing-Masing.
1615-1700 Merancang pdp menggunakan templet yang disediakan.
Merujuk kepada DSKP BM Tahun 2/3.
Menggunakan SK dan SP yang ditetapkan
Peserta 1-80 - Kemahiran Mendengar Bertutur
Peserta 81 – 181 - Kemahiran Membaca
Peserta 182- 250 - Kemahiran Menulis
Peserta 251 - 340 - Aspek Seni Bahasa
Peserta 341 - 424 - Aspek Tatabahasa

HASIL TUGASAN 1 DIMUAT NAIK DALAM GOOGLE CLASS ROOM DAN


DIBENTANGKAN PADA HARI KEDUA.

21 Julai 2022 Pembentangan Tugasan 1.


0830-1615

21 Julai 2022 Taklimat Pelaksanaan Tugasan 2.


1615-1700 MELAKSANAKAN TUGASAN 2 (RAKAMAN SIMULASI).
JANGKA MASA SEMINGGU.
BERDASARKAN PERANCANGAN TUGASAN 1. MEMUAT NAIK PAUTAN
YOUTUBE TUGASAN 2 PADA TAPAK TUGASAN 2 DI DALAM GC.

01 Ogos 2022 Pembentangan Dan Perbincangan Tugasan 2.


0830-1300 Pada hari ketiga, guru-guru yang yang terlibat telah membuat
pembentangan tugasan ke 2 bermula pada pukul 9 lebih setelah
melengkapkan kehadiran dan mengisi borang tinjauan kursus.

Peserta kursus yang telah membuat satu video pembelajaran dan


pengajaran mengikut kemahiran yang telah dipilih semasa tugasan 1
iaitu pemetaan rancangan pengajaran harian.

Seramai 15 orang peserta kursus yang sempat membuat


pembentangan dengan 5 kemahiran .Berbagai-bagai idea kreatif telah
dikeluarkan untuk dikongsi bersama memberi penjelasan lanjut kepada
peserta kursus.
Fasilitator memberi komen setiap pembentangan yang dibuat. Peserta
kursus berkongsi pandangan sesi pembelajaran yang telah dibuat dan
berjaya mempersembahan pdp yang menarik.
01 Ogos 2022 Majlis Penutupan
1415-1700 Semua peserta boleh mengekses bahan kursus dalam google classroom
untuk mendapat maklumat lanjut.
Peserta diingatkan supaya dapat membuat tindakan lanjut di sekolah
untuk menjayakan MoLIB dengan jayanya. Ketua program Plan IPGM
turut berpesan supaya guru-guru dapat menjalankan program dengan
penuh minat dan dedikasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_______________________ _________________________
(WONG CHEN CHEN) (YII CHOW SOON)
Guru Penyelaras MoLIB Literasi Guru Besar
SJK© Boi Ing, Sibu SJK© Boi Ing, Sibu

You might also like