Perbezaan Antara KBSR Dan KSSR
Perbezaan Antara KBSR Dan KSSR
Perbezaan Antara KBSR Dan KSSR
II.
Bahan Kurikulum
Justeru dengan perubahan yang berlaku dalam reka bentuk kurikulum, ia juga
membawa perubahan kepada bahan yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan
Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid
berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua
dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan
itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang
mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard
Pembelajaran. Segala perubahan ini telah menyebabkan para guru perlu untuk
membuat perubahan dalam pengajaran masing-masing sama ada daripada segi
kaedah, strategi serta teknik mengajar.
III.
Organisasi Kurikulum
KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu
membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun
3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam
penstrukturan mata pelajaran.
Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan
tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada
buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru
sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas. Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar
melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan
pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam
matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah
menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara
interaktif dan hands-on.
IV.
Fokus Kurikulum.
Perbezaan antara dua kurikulum ini juga dapat dilihat melalui fokus setiap
kurikulum . Ini dapat dilihat dalam kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid.
KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas
iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan
mengira, manakala dalam KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang
perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas. Kemahiran asas
yang telah ditambah ke dalam KSSR ialah kemahiran menaakul. Kemahiran
Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan
menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas
4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M.
V.
Kaedah Penilaian.
Perubahan dalam reka bentuk kurikulum juga telah membawa kepada perubahan
kaedah penilaian
Semasa KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif
dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah
secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan
semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.
Penilaian KSSR pula berbeza dengan penilaian dalam KBSR. KSSR
menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses
pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh
pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul
maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran
ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal,
tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan.
6.0 PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR
6.1 Kaedah Pentaksiran
Menurut Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Maluri,
Saadun Kasim yang merupakan Yang Di Pertua Majlis Guru Besar Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, pembaharuan yang diperkenalkan KSSR adalah
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK bermatlamat untuk
mengurangkan
tekanan
peperiksaan
awam,
memperkukuh
Pentaksiran
sama
ada
bertulis
atau
verbal
mengenai
cara
meningkatkan
dan
penilaian
prestasi
murid
dalam
meneruskan
dalam diri pelajar. Subjek yang terlibat secara langsung ialah subjek Sains Sosial seperti Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan Alam Sekitar.
Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda
pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian dan
berketrampilan. Melalui tunjang ini pemupukan sifat kepimpinan serta sahsiah diri setiap pelajar dapat
dicapai melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dirancang dengan rapi.
Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
inteleknya (JERI). Kesihatan jasmani murid menjamin perkembangan tubuh badan yang sihat dan
cerdas. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, dan apresiasi pelajar yang dapat
digunakan dalam melahirkan ekspresi diri melalui daya imaginasi mereka. Kreativiti, dan apresiasi
dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni
visual dan muzik.
Akhir sekali, reka bentuk tunjang Sains dan Teknologi adalah bertujuan memenuhi keperluan
perkembangan komunikasi teknologi maklumat yang mana ia menuntut supaya modal insan yang
dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi.
Tunjang ini menunjukkan perbezaan utama antara KBSR dan KSSR dimana KBSR tidak begitu
menekankan bidang teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dari segi perbezaan organisasi kandungan, KBSR adalah berdasarkan semua matapelajaran
dan tidak dibahagikan kepada tahap 1 dan 2 dan dilaksanakan selaras dengan semua matapelajaran.
Tidak seperti KBSR, organisasi kurikulum dalam KSSR telah diperhabarui dengan penambahbaikan
di mana organisasi kurikulum KSSR dibahagi-bahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1 (tahun 1 hingga
3) dan tahap 2 (tahun 4 hingga 6). Di dalam organisasi kurikulum tahap 1, modul yang diajarkan ialah
berdasarkan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema, dan Modul Elektif. Dalam tahap 2 pula, modul
yang diajarkan adalah berdasarkan 6 tunjang dalam KSSR iaitu Modul Komunikasi, Modul
Komunikasi Elektif, Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai, Modul Fizikal dan Estetika, Modul Sains dan
Teknologi, Modul Kemanusiaan.
Perbezaan ketiga iaitu dari segi kandungan, didapati bahawa berlaku perubahan kandungan
kepada semua mata pelajaran yang diajarkan semasa KBSR di dalam kurikulum KSSR yang baharu
ini. Terdapat perubahan berlaku pada semua mata pelajaran. Pendidikan seks diajar menerusi
Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi tahap satu. Selain daripada itu, mata
pelajaran Matematik turut mengalami perubahan. Jika pada peringkat KBSR konsep 3M
(membaca, menulis, mengira) ditekankan, namun pada pelaksanaan KSSR, konsep 4M
ditekankan (membaca, menulis, mengira, menaakul). Menaakul juga dikategorikan dalam
kebolehan menganalisis sesuatu maklumat. Kemahiran ini juga penting dalam kehidupan seharian
untuk membaca situasi yang berlaku di sekeliling kita dan bersedia untuk melakukan perubahanperubahan yang diperlukan dalam masyarakat. Penaakulan berupaya mengembangkan kapasiti
pemikiran logikal dan dan kapasiti pemikiran kritis.
Seterusnya perbezaan keempat yang jelas dapat dilihat antara KBSR dan KSSR ialah dari
aspek pentaksiran. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan
untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan. Di dalam
KBSR, pentaksiran yang digunakan diberi penekanan kepada penilaian sumatif. Contoh penilaian
sumatif dalam KBSR ialah Penilaian Kemajuan Berasakan Sekolah (PKBS). seperti Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) yang dikendalikan oleh Lembaga peperiksaan untuk menguji pencapaian
murid. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang,
ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan.
Bagi menangani kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam pentaksiran KBSR, maka
pembaharuan lain diperkenalkan dalam sistem pentaksiran KSSR adalah Sistem Pentaksiran
Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan matlamat mengurangkan tekanan peperiksaan awam,
memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), memperbaiki pembelajaran murid,
pentaksiran holistik dan berterusan serta membina modal insan dengan lebih berkesan. Pentaksiran
yang digunakan di dalam KSSR dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan
pencapaian murid dalam pembelajaran, menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat
autentik dan holistik. Selain itu modul pengajaran dan pembelajaran pula mengandungi cadangan
aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi memudahkan proses pentaksiran.
Akan tetapi, terdapat beberapa aspek dalam KSSR masih lagi mengekalkan aspek yang
digunakan dalam KBSR. Antara persamaan KBSR dan KSSR dapat dilihat adalah dari aspek
pedagogi. Pedagogi yang ditekankan di dalam KBSR dan KSSR mempunyai persamaan iaitu
kemahiran berfikir dalam P&P, aplikasi kecerdasan pelbagai dalam P&P, penggunaan TMK,
pengajaran berasaskan kajian masa depan, pembelajaran secara konstruktivisme, pembelajaran
secara kontekstual, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran masteri dan belajar cara belajar.
Seterusnya, persamaan lain antara KBSR dan KSSR ialah dari aspek peruntukan masa.
Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa matapelajaran khususnya Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris pada kedua-dua kurikulum tersebut. Bahasa Melayu diperuntukan
sebanyak 360 minit seminggu manakala Bahasa Inggeris pula 300 minit seminggu. Masa yang
diperuntukan untuk pelaksanaan KBSR iaitu selama 1350 minit juga bertambah kepada 1380 minit
seminggu dalam KSSR (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Selain itu, pihak
sekolah juga dikehendaki memilih sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut
kesediaan sekolah dalam aspek guru, murid serta prasarana sekolah.