Kertas Kerja Keselamatan

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK,

BANDAR BARU SENTUL, 51000 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU 3K
(KESELAMATAN)
BERSAMA JABATAN BOMBA &
PENYELAMAT
TARIKH : 17 - 21 Oktober 2022
TEMPAT : DEWAN SK SERI PERAK

ANJURAN :
Unit 3K (Keceriaan, Kesihatan & Keselamatan)
SK Seri Perak
KERTAS CADANGAN
PROGRAM MINGGU 3K (KECERIAAN, KESIHATAN & KESELAMATAN) 2022

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang
mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah.
Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang
menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif
Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah
Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah.

1.2 Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan Sekolah (3K) memberi peluang kepada
mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam
pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan
keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek
utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di
pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga
mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.

1.3 Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan
keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di
bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 Matlamat program


2.1 Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran.
2.2 Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
2.3 Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga
keselamatan dan pencegahan kebakaran.

3.0 Objektif
3.1 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika
kebakaran/kecemasan. (Elemen SEKOLAHKU SEJAHTERA – SELAMAT, SERONOK,SIHAT)
3.2 Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan
mencegah risiko kebakaran. (Elemen SEKOLAHKU SEJAHTERA – RASIONAL)
3.3 Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang lain.
3.4 Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin
4.0 SASARAN
Semua murid SK Seri Perak

5.0 BUTIRAN PROGRAM


5.1 Pelancaran Minggu 3K 2022

Tarikh : 17 Oktober 2022 (ISNIN)


Masa : 7:40 hingga 8:10 pagi
Lokasi : Dewan Seri Perak
Sasaran : Semua guru dan murid SKSP

5.2   Program Keselamatan : Ceramah Keselamatan Kebakaran (Bomba & Penyelamat)

Tarikh : 19 Oktober 2022 (RABU)


Masa : 8.00 pagi
Lokasi : Dewan Seri Perak
Sasaran : Semua guru dan murid SKSP

5.3   Program Keselamatan : Pameran Jabatan Bomba & Penyelamat

Tarikh : 19 Oktober 2022 (RABU)


Masa : 11.00 pagi
Lokasi : Dewan Seri Perak
Sasaran : Semua guru dan murid SKSP

5.4 Program Keselamatan : Pertandingan Mereka Bentuk Papan Tanda Keselamatan

Tarikh : 17-21 Oktober 2022


Masa : Waktu mata pelajaran (RBT dan Pendidikan Seni)
Lokasi : Kelas tahun 4 - 6
Sasaran : Semua murid Tahap 2

5.5 Program Keselamatan : Pertandingan Mewarna Poster Keselamatan

Tarikh : 17-21 Oktober 2022


Masa : Waktu mata pelajaran (Pendidikan Seni)
Lokasi : Kelas tahun 1 - 3
Sasaran : Semua murid Tahap 1

5.6 Program Keselamatan : Pra Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Tarikh : 14 Oktober 2022 (JUMAAT)


Masa : 8.40 pagi
Lokasi : Padang SKSP
Sasaran : Semua guru dan murid SKSP

5.7 Program Keselamatan : Program Demonstrasi Memadam Kebakaran dan Latihan Kebakaran.

Tarikh : 21 Oktober 2022 (JUMAAT)


Masa : 8.30 pagi
Lokasi : Padang SKSP
Sasaran : Semua guru dan murid SKSP

*Rujuk Jadual Pelaksanaan


6.0 JAWATANKUASA UNIT KESELAMATAN SEKOLAH
Pengerusi : Pn. Norzita binti Hj. Mohamad Noh
Tim. Pengerusi : Pn. Rohaya binti Kadir
Naib Pengerusi 1 : En. Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdul Manaf
Naib Pengerusi 2 : Puan Norazlina binti Mohd Hassan
Penyelaras : Pn. Noranati Nadhirah binti Khairul Azlan
Pen. Penyelaras : Pn. Siti Dayana Binti Azman
AhliJawatankuasa : En. Mohammad Fathi bin Mohammad Bakhir
En. Zulkifli bin Mat

6.1 Jawatankuasa Kerja

6.1.1 Jawatankuasa Program Keselamatan : Ceramah Keselamatan Kebakaran (Bomba & Penyelamat)

Juruacara : Cik Nor Afifah Bt Shoime


Kawalan murid : Semua guru
Sijil & Cenderamata : Pn. Nilly Sofia Binti Khairul Anuar
Siaraya : En. Mohammad Fathi bin Mohammad Bakhir

Bil Jawatankuasa Bidang tugas Tindakan


1. Juruacara - Menyediakan teks pengacara majlis. Cik Nor Afifah Bt Shoime
- Mengacara sepanjang program berlangsung.
2. Kawalan murid - Mengawal tingkah laku murid sepanjang Semua guru
berada di dewan.
- Memastikan disiplin murid terkawal.
3. Sijil & Cenderamata - Menyediakan sijil dan cenderamata untuk Pn. Nilly Sofia Binti Khairul
pihak Bomba dan Penyelamat. Anuar
4. Siaraya - Mengawal system siaraya sepanjang En. Mohammad Fathi bin
program berlangsung. Mohammad Bakhir

6.1.2 Jawatankuasa Program Keselamatan : Pameran Jabatan Bomba & Penyelamat

Kawalan murid : Semua guru mata pelajaran

Bil Jawatankuasa Bidang tugas Tindakan


1. Kawalan murid - Mengawal tingkah laku murid sepanjang Semua guru mata pelajaran
berada di dewan.
- Memastikan disiplin murid terkawal.
6.1.3 Jawatankuasa Pra Latihan Kebakaran (Fire Drill)

Loceng kecemasan : Pn. Siti Dayana Binti Azman


Kawalan murid (Padang) : Semua GURU KELAS dan guru mata pelajaran
Penyediaan Alatan : En. Sabri Bin Chang
- Pembesar Suara Healer
- Stop watch
Penjaga Masa : En. Adi Bin Ramli

Bil Jawatankuasa Bidang tugas Tindakan


1. Loceng kecemasan Membunyikan loceng kecemasan (kebakaran) Pn. Siti Dayana Binti Azman

2. Kawalan murid (Padang) - Mengawal tingkah laku murid sepanjang - Semua guru kelas
berada di padang. - Semua guru mata
- Mengira jumlah murid mengikut data terkini. pelajaran
- Memastikan semua murid dalam keadaan
selamat.
3. Penyediaan Alatan Memastikan healer berfungsi dengan baik. En. Sabri Bin Chang

4. Penjaga Masa Merekod masa perjalanan Latihan kebakaran En. Adi Bin Ramli

6.1.4 Jawatankuasa Program Demonstrasi Memadam Kebakaran dan Latihan Kebakaran.

Loceng kecemasan : Pn. Siti Dayana Binti Azman


Kawalan murid (Padang) : Semua GURU KELAS dan guru mata pelajaran
Penyediaan Alatan : En. Afiq Syahmi Bin Ashley
- Pembesar Suara Healer
- Minyak diesel
- Bekas telur
- Penjaga Masa : En. Adi Bin Ramli

Bil Jawatankuasa Bidang tugas Tindakan


1. Loceng kecemasan Membunyikan loceng kecemasan (kebakaran) Pn. Siti Dayana Binti Azman

2. Kawalan murid (Padang) - Mengawal tingkah laku murid sepanjang berada - Semua guru kelas
di padang. - Semua guru mata
- Mengira jumlah murid mengikut data terkini.
pelajaran
- Memastikan semua murid dalam keadaan
selamat.
3. Penyediaan Alatan - Memastikan healer berfungsi dengan baik. En. Afiq Syahmi Bin Ashley
- Pembesar Suara - Menyediakan bekas telur dan minyak diesel
(healer) untuk demonstrasi memadam kebakaran oleh
- Stop watch pihak bomba.
- Minyak diesel
- Bekas telur
4. Penjaga Masa - Merekod masa perjalanan Latihan En. Adi Bin Ramli
kebakaran
6.2 Jadual Huraian Aktiviti

AKTIVITI PENERANGAN TINDAKAN


Program Keselamatan : 1.Murid secara - Guru Reka Bentuk &
Pertandingan Mereka berpasangan dikehendaki Teknologi
mereka cipta papan tanda
Bentuk Papan Tanda - Guru Pendidikan Seni
keselamatan mengikut
Keselamatan kreativiti. Visual.
(TAHAP 2) 2.Papan keselamatan yang
direka cipta perlulah sesuai
untuk ditempatkan di
kawasan sekitar sekolah.
Program Keselamatan : Murid mewarna poster Guru Pendidikan Seni
Pertandingan Mewarna frontliner yang disediakan Visual.
Poster Keselamatan oleh guru.
(TAHAP 1)
Program Keselamatan : Pra 1. Murid dan guru akan - Guru kelas
Latihan Kebakaran (Fire turun ke padang - Guru mata
Drill) sekolah sejurus loceng pelajaran
kecemasan dibunyikan. - Semua warga
2. Ketua dan guru kelas SKSP
akan mengira jumlah
murid dan melaporkan
bilangan murid yang
berada di padang.
6.3 TENTATIF PROGRAM

6.3.1 Program Keselamatan : Ceramah Keselamatan Kebakaran dan Pameran


Jabatan Bomba & Penyelamat
MASA PENERANGAN
8.00 pagi Murid berkumpul di dewan.
Ketibaan Pasukan Bomba Dan Penyelamat
8.15 pagi Ucapan aluan pengerusi majlis
8.20 pagi Program ceramah dimulakan oleh pihak Bomba dan Penyelamat
9.30 pagi Penyampaian cenderamata untuk Pasukan Bomba Dan Penyelamat
9.40 pagi Jamuan ringan untuk Pasukan Bomba Dan Penyelamat
11.00 pagi – 1.30 tengah Pameran Jabatan Bomba & Penyelamat (Penggiliran kelas)
hari

6.3.2 Program Keselamatan : Pra Latihan Kebakaran ( Fire Drill)

MASA PENERANGAN
8.40 pagi -9.15 pagi Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.
 Panggilan kecemasan ke Balai Bomba.
 Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan menuju
ke tempat berkumpul seperti yang terdapat dalam plan kecemasan
Semua murid dan guru berkumpul di padang.
 Ambil kira jumlah bilangan murid mengikut kelas.
 Ambil kira jumlah bilangan warga SKSP
9.15 pagi – 9.40 pagi  ‘ Post mortem’ oleh GPK Hal Ehwal Murid
9.40 pagi Murid dan guru pulang kembali ke kelas.
6.3.3 Program Keselamatan : Demonstrasi Memadam Kebakaran dan Latihan Kebakaran.

MASA PENERANGAN
8.15 pagi – 8.30 pagi  Ketibaan pegawai Bomba & Penyelamat

8.30 pagi – 9.30 pagi Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.


 Panggilan kecemasan ke Balai Bomba.
 Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan menuju
ke tempat berkumpul seperti yang terdapat dalam plan kecemasan
Semua murid dan guru berkumpul di padang.
 Ambil kira jumlah bilangan murid mengikut kelas.
 Ambil kira jumlah bilangan warga SKSP

- Taklimat ringkas tentang Latihan kebakaran oleh pihak Bomba &


Penyelamat.
- ‘ Post mortem’ oleh pengawai bomba.
- Demonstrasi Memadam Kebakaran oleh pihak Bomba &
Penyelamat
9.30 pagi – 9.40 pagi  Refleksi dan sesi soal jawab Bersama pihak bomba
 Sesi bergambar dengan pihak Bomba & Penyelamat & Jamuan
ringan
9.40 pagi Murid tahap 1 pulang / murid tahap 2 kembali ke kelas.
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Justifikasi Sumber Kewangan


Sumbangan PIBG
1 Pertandingan Mewarna
Poster Keselamatan
(Tahap 1)
 Tempat Pertama RM 6.00 x 6 = RM 36.00
 Tempat Kedua RM 4.00 x 6 = RM 24.00

Sumbangan PIBG
2 Pertandingan Mereka Cipta
Papan Keselamatan
(Tahap 2)
 Tempat Pertama RM 8.00 x 5 = RM 40.00
 Tempat Kedua RM 6.00 x 5 = RM 30.00

Cenderahati kepada Ketua RM50.00 -


3
Balai Bomba
Alatan & bahan utk
4
Demonstrasi Memadam Sumbangan PIBG
Kebakaran RM20.00
- Minyak diesel
- Bekas telur
Jamuan ringan untuk RM6.00 x 5 ORANG (19.10.22) Sumbangan PIBG
5
Bomba dan Penyelamat = RM30.00
RM6.00 x 5 ORANG (21.10.22)
= RM30.00
JUMLAH RM260.00
8.0 LAMPIRAN

8.1 Jadual Penggiliran Kelas


Seperti Lampiran 1

8.2 Pelan Kecemasan SK.


Seperti Lampiran 2

8.3 Peraturan Latihan Kecemasan Dan kebakaran


Seperti Lampiran 3
9.0 PENUTUP
Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai objektif seperti yang disasarkan.
Kerjasama dan komitmen setiap ahli dan guru-guru adalah disanjung tinggi dan semoga apa sahaja sumbangan
dan idea yang dicurahkan akan memberi kebaikan kepada semua.

Disediakan oleh :

……………………….… Tarikh : ……………..


(SITI DAYANA BINTI AZMAN)
Penyelaras Program Keselamatan 2022
SK Seri Perak

Disemak oleh :

…………………………. Tarikh : ……………..


(ROHAYA BINTI KADIR)
Guru Penolong Kanan HEM
SK Seri Perak

KELULUSAN PERMOHONAN
Kertas kerja ini diangkat untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Guru Besar SK Seri Perak bagi menjalankan
Program Minggu 3K (Keceriaan, Kesihatan & Keselamatan).
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Disahkan oleh :

……………………………. Tarikh : ……………..


(NORZITA BINTI HJ. MOHAMAD NOH)
Guru Besar
SK Seri Perak

Lampiran 1

SK SERI PERAK
JADUAL PENGGILIRAN KELAS UNTUK PAMERAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

KELAS MASA

1 BESTARI 10.45 – 11.00 pagi

1 BESTARI 11.00 – 11.15 pagi

1 CERDIK 11.15 – 11.30 pagi

2 BESTARI 11.30 – 11.45 pagi

2 CERDIK 11.45 – 12.00 tengah hari

3 BESTARI 12.00 – 12.15 tengah hari

3 CERDIK 12.15 – 12.30 tengah hari

4 BESTARI 12.30 – 12.45 tengah hari

4 CERDIK 12.45 – 1.00 tengah hari

5 BESTARI 1.00 – 1.15 tengah hari

6 BESTARI 1.15 – 1.30 tengah hari


Lampiran 3

SK SERI PERAK
LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN
1. PERATURAN AM
1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan kebakaran diadakan.
Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu.
1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan mematuhi
peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut:
1.2.1.Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan ditutup rapat sebelum ditinggalkan.
Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
1.2.2.Padamkan lampu dan kipas
1.2.3.Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti wang, barang kemas dan
seumpamanya yang senang dibawa.
1.2.4.Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan laluan yang dilampirkan.
1.2.5.Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas.
1.2.6.Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab membuat demikian.
1.2.7.Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID
2.1. Masukkan kerusi di bawah meja
2.2. Tidak dibenarkan membawa beg
2.3. Matikan suis lampu dan kipas
2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke padang dengan senyap dan
pantas
2.5. Di padangmurid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan
3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH
3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke padang. Bawa jadual
kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu
menutup pintu.
3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang seperti dalam pelan laluan
keluar.
3.3. Memastikan semua suis ditutup

4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP


4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-murid
4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket-soket berkenaan.
4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar
mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER
DAN BILIK AKSES.
5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal.
5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug darisoket yang berkenaan
5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar secara senyap
dan pantas.
5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat
demikian.

6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN :


6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.
6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT
7.1. Tutup semua tingkap
7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan komputer serta cabut plug dari soket.
7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat, bawa Bersama
tetamu ke padang mengikut laluan.
7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA
8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua pekerja pastikan bahawa lampu
dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu bilik dengan rapat.
8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan beberapa pekerja diminta
membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh bomba.
9. KANTIN
9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan serta-merta.
9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut laluan yang
ditetapkan.
9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut plug daripada
soket.
9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tingkap dan kunci dengan
segera.

10. KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK)


10.1Meronda ke setiap bangunan / Kawasan sekolah dan membuat laporan kepada bomba jika dikehendaki.

11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA


11.1 Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat atau Guru Besar)

You might also like