1.0 Pengenalan
1.0 Pengenalan
1.0 Pengenalan
0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah yang tidak asing lagi di seluruh dunia dengan keunikan
masyarakatnya. Negara ini amat terkenal dengan masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai etnik dan budaya. Secara amnya, masyarakat di Malaysia terdiri daripada tiga
golongan utama iaitu kaum Melayu, India dan Cina. Namun, terdapat juga etnik lain yang
ada di negara ini yang mana khusus kepada bumiputera Sabah dan Sarawak. Terdapat
banyak etnik yang ada di negeri-negeri ini. Sebagai contoh, di Sabah terdapat etnik
Kadazan Dusun, Bajau dan Murut, manakala di Sarawak pula terdapat etnik Dayak,
Bidayuh dan Melanau. Kepelbagaian etnik ini sebenarnya terbentuk sejak zaman
penjajahan lagi. Hal ini berlaku apabila kumpulan penjajah membawa pelbagai imigran
luar masuk ke negara ini atas tujuan-tujuan tertentu seperti memerlukan tenaga kerja
buruh bagi kepentingan ekonomi dan politik. Imigran yang masuk masih berpegang
teguh kepada agama mereka membuatkan terbentuknya kepada kepelbagaian agama
dalam negara ini. Oleh itu, penulisan esei ini akan membincangkan hubungan
masyarakat pluralistik sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga hari ini
berdasarkan kepada perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian agama.
2.0 MASYARAKAT PLURALISTIK
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, ramai pedagang luar yang ingin berdagang
di kawasan ini. Hal ini kerana corak pemerintahan yang terbentuk semasa Kesultanan
Melaka merupakan satu sistem pemerintahan politik yang tersusun dan teratur yang
mana mewujudkan kestabilan dan keamanan dalam negeri (Zainudin Hassan dan
Rozeyta Omar, 2003). Pada permulaannya, bangsa Cina, India, Parsi dan Arab sahaja
yang datang merebut perdagangan dan perniagaan. Hal ini telah melahirkan masyarakat
pluraliti di mana imigran luar yang hadir secara semula jadi tanpa paksaan (Mahyuddin
Khalid dan Ashrof Zaki, 2016). Situasi ini berubah apabila British mula menjajah Tanah
Melayu. Hal ini kerana penghijrahan masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu
digalakkan oleh British untuk memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka (Nazri
Muslim, Fazilah Idris, Rozita Ibrahim, Rozmel Abdul Latiff, Nasruddin Yunos, Ahmad
Zamri Mansor dan Hasanah Abd Khafidz, 2016). Kedatangan British menyebabkan
berlakunya masyarakat pluralistik. Masyarakat pluralistik ini merujuk kepada masyarakat
yang dibawa secara paksaan dan diasingkan mengikut perbezaan (Mahyuddin Khalid dan
Ashrof Zaki, 2016). Perkara ini dapat dilihat di mana orang Colin M, (2003) ada
menyatakan dalam bukunya bahawa “British allowed immigration, first from China and
later from India. Chinese were mainly absorbed in tin mining and the Indians in
plantation.” Ini bermaksud bahawa imigran Cina dan India dibawa masuk secara paksa ke
Tanah Melayu bagi mengaut hasil di sini. Dasar yang dilaksanakan ini juga merupakan
salah satu agenda pihak penjajah bagi menjaga kepentingan politik mereka.
3.1 EKONOMI
Sewaktu British menjajah Tanah Melayu, mereka telah menggunakan konsep dasar
‘pecah’ dan ‘perintah’. Dasar ini dilakukan oleh pihak British adalah untuk memenuhi
kepentingan mereka iaitu untuk mengeksploitasi ekonomi. Orang Cina bertumpu di
kawasan bandar dan terlibat dalam sektor perniagaan, perdagangan dan perlombongan
bijih timah manakala orang-orang India dan Melayu pula masing-masing tinggal di
kawasan ladang dan kampung (Mohd Faris Dziauddin, Nasir Nayan dan Kamarul Ismail,
2016). Dasar yang dilaksanakan inilah yang membentuk masyarakat pluralistik kerana
imigran Cina dan India dibawa masuk secara paksaan dan bersendirian. Pengasingan
masyarakat mengikut kaum pada waktu itu menyebabkan sikap prejudis dan prasangka
yang sukar dibendung dalam kalangan etnik di Tanah Melayu tercetus (Mohamed Ali
Haniffa dan Ayu Nor Azilah Mohamad, 2017) dan membawa kepada keretakan hubungan
antara mereka.
Selepas mencapai kemerdekaan, perpaduan antara etnik masih lagi berlaku. Perkara
ini dapat dilihat selepas 12 tahun Malaysia beroleh kemerdekaan iaitu pada 13 Mei 1969.
Situasi ketegangan pada ketika itu sangat teruk di mana konflik perkauman antara kaum
Melayu dan bukan Melayu terutamanya Cina meletus yang memporak-perandakan tanah
air. Bagi menyelesaikan kemelut ini, Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Abdul
Razak memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. Menurut Harzidatul ‘Aini Bohari (2015)
menyatakan bahawa terdapat dua matlamat utama pelaksanaan dasar ini iaitu yang
pertama ialah memastikan kadar kemiskinan penduduk dapat dikurangkan dan yang
kedua ialah untuk memastikan proses penyusunan semula masyarakat dapat
dilaksanakan. Perkara yang penting yang dilihat di sini ialah dasar ini dilaksanakan tidak
lain tidak bukan untuk membentuk semangat perpaduan antara kaum yang mana
perpaduan ini mampu memastikan ekonomi negara berkembang maju.
3.2 POLITIK
Menurut Keesing dalam Jamaie Ismail (2005) menyatakan bahawa dalam usaha
untuk meningkatkan kemajuan dalam negara sedang membangun, proses politik menjadi
agenda penting kepada perubahan masyarakat yang pelbagai sifatnya. Sewaktu
penjajahan British, mereka amat mementingkan penguasaannya di Tanah Melayu. British
dapat mengawalnya dengan melaksanakan dasar ‘pecah’ dan ‘perintah’ ini. Pelaksanaan
dasar ini adalah bertujuan supaya perpaduan antara kaum tidak berlaku. Perkara ini
dapat dilihat di mana perhubungan langsung dengan etnik-etnik lain terutamanya orang
Melayu tidak digalakkan (Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin, 2014).
Selain itu, antara perkara lain yang penting yang mempunyai hubungan dengan
masyarakat pluralistik termasuklah dari aspek agama. Pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka, Melaka merupakan sebuah pusat perdagangan yang terkenal di rantau
Kepulauan Melayu. Dalam masa itu juga, Melaka telah menjadi pusat penyebaran agama
Islam. Penyebaran agama Islam di rantau ini menjadi rancak apabila terdapat para
Ulama’ dari kawasan Timur Tengah yang datang singgah di sini dan berjaya
mengislamkan rakyat setempat. Hal ini kerana Khairul Azhar Meerangani’ (2019) ada
menyatakan bahawa “Pengajian tasawuf telah menerima sambutan yang baik dalam
kalangan masyarakat tempatan Melaka di mana pembelajaran ini pada kebiasaannya
dijalankan di istana, masjid dan madarasah”. Tambahan pula, Islam juga diterima ramai
apabila pembesar-pembesar Melaka mengikut ajaran Islam. Perkara ini berlaku apabila
Parameswara menganut agama Islam dengan gelaran Megat Iskandar Shah telah
merancakkan lagi perkembangan Islam di Nusantara (Shaharuddin Pangilun dan Farhah
Zaidar Mohamed Ramli, 2017).
Setelah British datang menjajah Tanah Melayu, British pula telah membawa masuk
imigran Cina dan India untuk bekerja secara paksaan. Walaupun British mengongkong
etnik-etnik ini untuk bekerja, namun, mereka tidak menghalang masyarakat untuk
mengamalkan agama masing-masing. Hal ini menyebabkan imigran Cina dan India masih
berpegang teguh kepada agama mereka. Namun, soal agama ini menjadi tegang apabila
berlakunya perbalahan antara etnik. Sebagai contoh kita dapat lihat konflik yang berlaku
antara Melayu dengan Cina sewaktu zaman penjajahan Jepun. Kaum Melayu sudah tidak
mempercayai kaum Cina secara keseluruhan apabila komunis yang mulanya ingin
menentang Jepun mula mengganggu soal beribadat di surau dan masjid (Mohamed Ali
Haniffa dan Ayu Nor Azilah Mohamad, 2017). Perkara ini menyebabkan perbalahan
antara kaum berlaku dan menyebabkan kehidupan masyarakat tidak tenteram. Namun
jika dilihat pada masa kini, semua kaum dilihat dapat hidup di bawah satu bumbung.
Perkara ini adalah disebabkan oleh adanya Perlembagaan Malaysia yang jitu. Menurut
Mansor Mohd Noor (2018, 18 Disember) menyatakan bahawa “Perlembagaan
Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia
yang dipersetujui oleh negarawan kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul
Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T Sambanthan”. Masyarakat kini dapat hidup
aman damai kerana Perlembagaan Persekutuan ini mengambil kira terhadap semua
rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa. Sebagai contoh Pesuruhjaya
Penyemak Undang-Undang (2010) ada menyatakan bahawa dalam Perlembagaan
Persekutuan, Perkara 10 ada menyentuh tentang perkara kebebasan beragama yang
mana telah menjelaskan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya
dan Perkara 3 yang menjelaskan Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan ini
sememangnya membantu menjurus kepada pembentukan perpaduan antara kaum.
Selain itu, antara medium lain yang digunakan bagi mewujudkan dan mengutuhkan
perpaduan antara kaum adalah dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantara. Penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar ini amat penting bagi
membolehkan masyarakat faham perkara yang ingin disampaikan oleh orang lain. Malah
Nazarudin Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Mohd
Rashid (2001) ada menyatakan bahawa “Bahasa Melayu mudah dipelajari dan difahami
serta mempunyai bilangan penutur majoriti di Malaysia,” Namun, penggunaan bahasa
lain tidak dihalang untuk digunakan dalam kehidupan seharian seperti mana yang
dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 151 yang menyatakan
Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang parlimen dengan syarat bahawa tiada seorang pun
dilarang atau dihalang daripada menggunakan bahasa atau daripada mengajarkan atau
belajar apa-apa bahasa lain (Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, 2010).
Dalam mewujudkan integrasi nasional, sudah pasti akan adanya halangan dan
cabaran yang mana akan mengeruhkan hubungan antara etnik-etnik di negara ini. Hal ini
adalah disebabkan oleh cabaran globalisasi yang semakin menjadi-jadi. Menurut Dewan
Bahasa dan Pustaka dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu (t.t) menyatakan bahawa
globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat. Ini
bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mempunyai kaitan dengan
perpaduan kaum. Pada masa kini, kita dapat lihat bahawa terdapat banyak kes di mana
masyarakat banyak menggunakan TMK ke arah yang salah. Sebagai contoh, terdapat
individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat-maklumat palsu dan ada
juga individu yang menggunakan TMK untuk menghina individu agama lain. Baru-baru ini
terdapat satu kes tergempar di mana terdapat seorang individu yang berani menghina
kematian seorang anggota bomba. Tindakan tertuduh menghina kematian anggota
bomba tersebut ketika seluruh negara meratapi dan berkabung dengan kematiannya
adalah melampaui hak kebebasan bersuara yang dijamin perlembagaan dan tertuduh
didakwa membuat kenyataan yang mengapi-apikan kaum Melayu dan bukan Melayu
(Fatin Hafizah Mohd Shahar, 2019, Ogos 2). Perkara seperti ini sememangnya akan
membuatkan perpaduan negara kita terjejas. Bagi mengatasi masalah ini, badan-badan
tertentu seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seharusnya
bertindak lebih proaktif dan mengambil tindakan yang tegas ke atas individu-individu yang
melakukan kesalahan yang melibatkan penggunaan TMK. Jika perkara ini tidak
dipandang endah, maka, konsep negara bangsa semestinya sukar untuk dibentuk dan
akan membawa kepada perbalahan antara kaum.
5.0 PENUTUP
Chew F., P. (2006). Pembentukan Negara Bangsa Melalui Pendidikan Sastera. Jurnal
Pengajian Melayu, 17. Diakses melalui http://www.myjurnal.my/filebank
/published_article/24071/Article_6.PDF
Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2019, Ogos 2). Penjaja Dipenjara 30 Bulan Hina Nabi,
Agama Islam Dan Kematian Adib, BH Online. Diakses melalui
https://www.bharian.com. my/berita/kes/2019/08/593290/penjaja-dipenjara-30-
bulan-hina-nabi-agama-islam-dan-kematian-adib
Harzidatul ‘Aini Bohari. (2015). Dasar Ekonomi Baru: Kesan Sosioekonomi Di Daerah
Manjung, Perak (1970-1990)(Ijazah Sarjana). Diakses melalui
http://eprints.usm .my/30129/1/HARZIDATUL.pdf
Jamaie Ismail. (2005). Dinamika Pembangunan Melayu: Dari Kepimpinan UMNO. Journal
of Internasional Studies. Diakses melalui http://jis.uum.edu.my/images
/pdf/1jis/8dinamikapem.pdf
Khairul Azhar Meerangani’. (2019). Peranan Ulama Dalam Penyebaran Ajaran Islam Di
Pulau Besar, Melaka. Jurnal Al-Tamaddun, 14(2), 65 – 74. Diakses melalui
https://www.researchgate.net/publication/338187603_PERANAN_ULAMA_DALA
M_PENYEBARAN_AJARAN_ISLAM_DI_PULAU_BESAR_MELAKA
Mahyuddin Khalid dan Ashrof Zaki. (2016). CTU555 Sejarah Malaysia – Pluralisti
Masyarakat di Alam Melayu. Diakses melalui https://www.scribd.com/
doc/35703413/Hubungan-Etnik-Pluraliti-dan-Pluralistik
Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin. (2014). Pengajian Malaysia (Ed 5). Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Mohamed Ali Haniffa dan Ayu Nor Azilah Mohamad. (2017). Impak Penjajahan British
Dan Jepun Terhadap Hubungan Melayu-Cina di Tanah Melayu. Jurnal Sultan
Alauddin Sulaiman Shah, 4(2). Diakses melalui http://journal.kuis.edu.my/jsass
/images/files7/jsass_vol4bil2_014_mohammadali.pdf
Mohd Faris Dziauddin, Nasir Nayan dan Kamarul Ismail. (2016). Mengukur Perubahan
Segregasi Kaum di Malaysia Menggunakan Indeks Entropi dan Sistem Maklumat
Geografi (GIS): Kajian Kes Negeri Perak Bagi Tempoh 1991-2000. Geografia
Online Malaysian Journal of Society and Space, 12(4), 12 – 25. Diakses melalui
http://ejournals.ukm.my/gmjss/article/download/17665/5425
Nazarudin Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Mohd
Rashid. (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan (ed
2), Petaling Jaya: Prentice Hall.
Nazri Muslim, Fazilah Idris, Rozita Ibrahim, Rozmel Abdul Latiff, Nasruddin Yunos,
Ahmad Zamri Mansor dan Hasanah Abd Khafidz. (2016). Persepsi Pelajar UKM
Terhadap Hubungan Etnik di Malaysia. Al-Hikmah, 8(2), 38 – 59. Diakses melalui
http://journalarticle.ukm.my/9944/1/242-893-2-PB.pdf
Ruslan Zainudin, Zaid Ahmad , Ahmad Tarmizi Talib, Nazri Muslim, Najeemah Mohd
Yusof, Sarjit Singh Gill, Lee Yok Fee dan Ho Hui Ling. (2013). Hubungan Etnik di
Malaysia. (ed 3).
Shaharuddin Pangilun dan Farhah Zaidar Mohamed Ramli. (2017). Penyebaran dan
Perkembangan Islam Di Alam Melayu, Persidangan Antarabangsa Pengajian
Islamiyyat Kali Ke-3, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. Diakses melalui http://conference.kuis.edu.my/irsyad
/images/eproceeding/2017/1015.pdf
Siti Norayu Mohd Basir. (2012). Perpaduan Etnik Menerusi Penggunaan Bahasa Melayu.
Diakses melalui https://www.researchgate.net/publication/269223543_
PERPADUAN_ETNIK_MENERUSI_PENGGUNAAN_BAHASA_MELAYU
Syahredzan Johan. (2019, April 15). Demokrasi dan raja berperlembagaan, BH Online.
Diakses melalui https://www.sinarharian.com.my/article/23528/KOLUMNIS/
Demokrasi-dan-raja-berperlembagaan
Zainudin Hassan dan Rozeyta Omar. (2003). Aktiviti Keusahawanan Masyarakat Melayu
pada Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Diakses melalui http://ir.
upsi.edu.my/1647/1/Aktiviti%20Keusahawanan%20Masyarakat%20Melayu
%20pada%20zaman%20kegemilangan%20kesultanan%20Melayu%20Melaka.pdf
LAMPIRAN