Contoh Ind 1 BBM

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

ALOR GAJAH CAMPUS

FACULTY OF COMMUNICATION & MEDIA STUDIES

PRINCIPLES OF TRANSLATION (BBM 422)

INDIVIDUAL ASSIGNMENTS 3 & 4

(TRANSLATE & ANALYSE)

NAME: NUR SYAMILAH BINTI YUSOF

STUDENT ID: 2016331843

CLASS: MC242 2A

LECTURER’S NAME: MR AHMAD HARITH SYAH BIN MD. YUSUF

SUBMISSION DATE: 28TH NOVEMBER 2017

PROGRAMME: BACHELOR OF MASS COMMUNICATION (HONS)


PUBLIC RELATION
PRAKTIS
TERJEMAHAN 3
The Importance Of Eating Healthy

Why is eating healthy so important? Why does it do anything for me? It does so much for your
body. It can prevent and control health problems. It has shown to help and prevent heart disease,
high blood pressure, type 2 diabetes and even some cancers. It is not the same as going on a diet.
Diets are temporary and make you eat less food rather than the right food. Dieting can cause your
body to not get the nutrients it needs while eating healthy boosts and balances the amount of
nutrients in your body.

But how do you start your healthy diet? You have to aim for balance in the different food groups.
Make sure you look for a variety, it helps you get the nutrition you need. Overall, you need to
pay attention to what you eat. You need to stay balanced to make sure you have enough vitamin
and minerals. It also improves your mood, helps you handle stress and gives you more energy.
(Healthy)

As a teenager it is even more important to eat healthy. You are growing. While growing you are
hungrier because you need the extra calories to grow. If you over eat, not exercise and eat
unhealthy it can cause obesity. You need to make healthy choices to avoid obesity. Eat healthy in
meals and snacks. Try avoiding refined grains and high amounts of starch next time you’re
hungry, reach for something with whole grains such as oats. Eating healthy will provide the
necessary nutrients that your body needs to function and create new cells. You will also have
more energy and become more alert.
Kepentingan Pengambilan Makanan Yang Sihat

Mengapa pengambilan makanan yang sihat adalah amat penting? Apakah kesannya
terhadap badan anda? Sememangnya, pengambilan makanan yang sihat dapat memberi kesan
terhadap badan anda iaitu dapat mengelakkan dan mengawal anda daripada masalah
kesihatan. Bukti juga menunjukkan bahawa pengambilan makan yang sihat dapat membantu
dan mencegah anda daripada penyakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis tahap 2
dan juga kanser. Diet bersifat sementara dan membuatkan anda mengambil makanan dengan
kuantiti yang sikit berbanding makanan yang betul. Diet menyebabkan badan anda tidak
mendapat nutrien yang cukup sementara pemakanan makanan secara sihat dapat
meningkatkan dan menstabilkan bilangan nutrien dalam badan anda.

Persoalannya, bagaimanakah anda memulakan pengambilan makanan yang sihat?


Perkara yang anda perlu lakukan adalah untuk memastikan keseimbangan pelbagai kelas
makanan. Pastikan kelas makanan yang anda ambil adalah berbagai-bagai kerana ia dapat
membantu anda untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan. Secara keseluruhannya, anda
perlu peka ke atas makanan yang anda ambil. Anda juga perlu memastikan pengambilan
makanan adalah seimbang supaya kandungan vitamin dan mineral adalah cukup. Hal ini dapat
meningkatkan semangat, membantu anda untuk mengatasi tekanan dan memberi anda lebih
banyak tenaga.

Sebagai seorang remaja, pengambilan makanan sihat adalah amat penting. Semasa
membesar, anda sememangnya memerlukan kalori yang sangat tinggi. Jika anda mengambil
makanan yang berlebihan, kurang senaman dan makan makanan yang tidak sihat dapat
menyebabkan obesiti. Anda perlu membuat pilihan yang bijak untuk mengelakkan diri dari
obesiti. Apabila anda lapar pada masa akan datang, cuba dapatkan makanan yang bijirin
berkhasiat seperti oat dan elakkan makanan yang bijiran halus serta mengandungi jumlah kanji
yang tinggi. Pengambilan makanan yang sihat dapat menyediakan segala nutrient yang
diperlukan oleh tubuh kita untuk berfungsi dan mencipta sel yang baharu. Anda juga akan
mempunyai lebih banyak tenaga dan menjadi peka.
a) PENGENALAN

Terjemahan berasal daripada perkataan bahasa Arab ‘Terjemah’ yang bermaksud


mentafksirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Newmark (1981),
mengatakan penterjemahan merupakan satu kesenian yang mengandungi usaha untuk
menggantikan mesej dan atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau
pernyataan yang sama dalam bahasa lain. Nida (1969) dalam Ainon Mohamad dan Abdullah
Hassan (2003), mengatakan terjemahan membawa maksud ‘Penyalinan semula ke dalam
bahasa penerima maklumat daripada bahasa asal dalam bentuk persamaan terdekat dan
bersahaja: pertama dari segi makna dan kedua dari segi gayanya. Penterjemahan adalah
bertujuan untuk menghasilkan satu karya (teks sasaran) yang membawa makna yang sama
dengan satu karya bahasa asing (teks sumber). Secara tidak langsung, apabila terjemahan
dibuat penyebaran ilmu pengetahuan menjadi semakin mudah dan cepat serta membolehkan
masyarakat menikmati ilmu daripada budaya asing.

Artikel yang dipetik melalui laman sesawang http://www.teenink.com/opinion/all/article/5

86940/The-Importance-Of-Eating-Healthy/ ini membincangkan tentang ‘Kepentingan


Pengambilan Makanan Yang Sihat’. Semua individu terutamanya remaja perlu sentiasa
mengamalkan diet pengambilan makanan yang sihat untuk mencegah mereka daripada
menghadapi pelbagai penyakit kronik. Misalnya, sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes
dan kanser. Dalam konteks ini, terdapat pelbagai langkah yang remaja boleh lakukan untuk
mengawal masalah kesihatan agar berada dalam keadaan terkawal. Salah satu caranya adalah
remaja perlu bijak mengambil diet yang seimbang yang terdiri dari pelbagai kelas makanan. Hal
ini adalah bagi memastikan mereka mendapat kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi
b) Analisis Teks

i. Kaedah Terjemahan yang digunakan

Menurut Arizah Ardi dalam bukunya Penghantar Prinsip Penterjemahan pada tahun
1950-an, terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis
terjemahan. Penggunaan pelbagai perkataan seperti strategi, taktik, kaedah, proses, prinsip
dan prosedur hanyalah satu kekeliruan istilah sahaja. Aspek seperti format, rima rentak, bunga
bahasa dan ciri-ciri kebahasaan yang khusus dalam teks asal. Kaedah lama ini menitikberatkan
persamaan formal (formal equivalence).Kaedah formal ini terbahagi kepada empat jenis iaitu
Kaedah Pinjaman, Kaedah Peniruan, dan Kaedah penggantian atau Harfiah.

Kaedah baru pula mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca.
Sambutan pembaca terjemahan hendaklah serupa dengan sambutan pembaca eks sumber,
begitu juga dengan emosi yang dialaminya. Kaedah baru ini menitikberatkan persamaan
dinamik (dynamic equivalence) dan disebut sebagai kaedah terjemahan dinamik. Vinay dan
Darbelnet dalam Venuti (2000) telah mengutarakan tujuh jenis kaedah terjemahan berdasarkan
dua kategori kaedah utama tersebut iaitu Kaedah Formal terdiri daripada Kaedah Pinjaman,
Kaedah Peniruan dan Kaedah Penggantian atau Harfiah. Kaedah Dinamik pula terdiri daripada
Kaedah Transposisi, Kaedah Modulasi, Kaedah Persamaan dan Kaedah Penyesuaian.

Kaedah yang pertama ialah kaedah yang pertama ialah Kaedah Pinjaman iaitu kaedah
yang dilakukan dengan cara meminjam sepenuhnya perkataan tersebut. Pinjaman kata berlaku
hasil daripada pertemburan bahasa atau kontrak bahasa. Kaedah pinjaman boleh dianggap
sebagai kaedah yang membenarkan kata atau perkataan daripada bahasa sumber digunakan
dalam bahasa sasaran.Misalnya:

Bahasa Sumber It has shown to help and prevent heart disease, high blood pressure, type 2
diabetes and even some cancers
Bahasa Sasaran Bukti juga menunjukkan bahawa pengambilan makan yang sihat dapat
membantu dan mencegah anda daripada penyakit jantung, darah tinggi,
penyakit kencing manis tahap 2 dan juga kanser

Berdasarkan contoh di atas, bahasa sumber cancers telah diterjemahkan menjadi


bahasa sasaran iaitu kanser. Contoh yang berikutnya pula ialah:
Bahasa Sumber You need to stay balanced to make sure you have enough vitamin and
minerals
Bahasa Sasaran Anda juga perlu memastikan pengambilan makanan adalah seimbang
supaya kandungan vitamin dan mineral adalah cukup.

Di samping itu, terdapat juga Kaedah Peniruan (Loan Translation/Calque. Peniruan


berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran. Namun, istilahnya
sahaja yang ditiru atau diterjemah. Terdapat dua jenis peniruan iaitu Peniruan Penyampaian
dan Peniruan Struktur. Peniruan Penyampaian merupakan kaedah meniru cara penyampaian
sesuatu konsep melalui pemindahan bahasa tanpa mengubah struktur bahasa sasaran. Dalam
kata lain, peniruan yang berlaku tidak mengekalkan struktur bahasa sumber sebaliknya,
mengikut peraturan tatabahasa ke dalam bahasa sasaran. Misalnya

Bahasa Sumber Heart Disease


Bahasa Sasaran Sakit Jantung

Berdasarkan contoh di atas, bahasa sumber ‘heart disease’ telah diterjemahkan ke


bahasa sasaran menjadi ‘sakit jantung’. Hal ini dapat dikelaskan sebagai Kaedah Peniruan
kerana frasa ‘sakit jantung’ telah ditiru daripada bahasa sumber iaitu ‘heart disease’ tanpa
mengubah struktur yang terdapat dalam bahasa sasaran.

Kaedah yang berikutnya ialah Kaedah Penggantian atau Harfiah (Literal


Translation). Kaedah ini ialah kaedah ideal yang cuba dilakukan oleh penterjemah dalam
proses pemindahan maklumat sama ada pada peringkat leksikal (perkataan) mahupun
peringkat sintaksis (ayat). Kaedah ini digunakan dengan menggantikan perkataan atau frasa
dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau
susunannya. Hal ini bermakna setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan
persamannya dalam bahasa sasaran dan pada masa yang sama struktur ayat bahasa sumber
dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar.Kaedah ini kerap diamalkan bagi
sesebuah teks yang berbentuk risalah (informative) yang ditulis dalam bahasa sumber yang
ringkas atau tidak kompleks (misalnya, dalam menterjemah ayat selapis, ayat Tanya, ayat
seruan, ayat perintah dan ayat keterangan). Contoh bagi kaedah ini dapat dilihat dalam petikan
di bawah:

Bahasa Sumber As a teenager, it is even more important to eat healthy.


Bahasa Sebagai seorang remaja, pengambilan makanan sihat adalah amat penting
Sasaran

Contoh petikan di atas dapat dikategorikan sebagai penggunaan Kaedah Penggantian


atau Harfiah.Hal ini adalah kerana, bahasa sumber ‘As a teenager, it is even more important to
eat healthy’ cuma menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan
perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya apabila diterjemahkan ke
bahasa sasaran menjadi ‘Sebagai seorang remaja, pengambilan makanan sihat adalah amat
penting’.

Bahasa Sumber If you over eat, not exercise and eat unhealthy it can cause obesity.
Bahasa Sasaran Jika anda mengambil makanan yang berlebihan, kurang senaman dan
makan makanan yang tidak sihat dapat menyebabkan obesiti.

Kaedah Dinamik pula terbahagi kepada empat jenis iaitu Kaedah Transposisi
(Transposition), Kaedah Modulasi (Modulation), Kaedah Persamaan (Equivalence) dan Kaedah
Penyesuaian (Adaptation).

Kaedah Transposisi (Transposition) merupakan kaedah terjemahan yang mengubah


golongan kata atau menukar kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa mengbah
maksud warta atau maklumat teks asal. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk menyampaikan
warta dalam bahasa sasaran secara paling bersahaja dan tidak berbau terjemahan. Di samping itu,
kaedah ini perlu digunakan untuk memperjelaskan lagi kandungan warta yang mungkin boleg
megelirukan jika kaedah transposisi tidak digunakan (Puteri Roslina Abdul Wahid, 2007).

Kaedah Transposisi yang dapat dikenal pasti dalam artikel ini ialah Kaedah Transposisi
dari segi struktur kata yang melibatkan kaedah yang menukar struktur tatabahasa bahasa sumber
dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta. Kaedah ini juga boleh digunakan dalam
satu bahasa yang sama. Contoh yang dapat dikenal pasti dalam petikan adalah:
Bahasa Sumber Try avoiding refined grains and high amounts of starch next time you’re
hungry, reach for something with whole grains such as oats.
Bahasa Sasaran Apabila anda lapar pada masa akan datang, cuba dapatkan makanan
yang bijirin berkhasiat seperti oat dan elakkan makanan yang bijiran
halus serta mengandungi jumlah kanji yang tinggi

Kaedah yang digunakan untuk menterjemah ayat di atas adalah kaedah transposisi dari
segi struktur. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan struktur frasa bahasa sumber ‘Try avoiding
refined grains and high amounts of starch next time you’re hungry, reach for something with
whole grains such as oats apabila diterjemah kepada bahasa sasaran menjadi ‘Apabila anda lapar
pada masa akan datang, cuba dapatkan makanan yang bijiran berkhasiat seperti oat dan elakkan
makanan yang bijirin halus serta mengandungi jumlah kanji yang tinggi’.
ii. Masalah-masalah yang dihadapi sepanjang proses menterjemah teks

Penterjemahan sememangnya bukan sesuatu yang mudah kerana rata-rata penterjemah


menghadapi kesukaran untuk menterjemah kerana kurang mematuhi prinsip-prinsip dan proses
penterjemahan. Dalam konteks ini, penterjemah perlu memahami bahasa sumber dan bahasa
sasaran agar maklumat yang cuba disampaikan adalah tepat. Penterjemah bukan sahaja perlu
memainkan peranan untuk mengalihkan karya dari bahasa sumber ke bahasa yang lain tetapi
juga perlu wajib memahami situasi dan konteks karya yang diterjemahkan. Sepanjang
melakukan proses penterjemahan, terdapat pelbagai kesukaran yang saya hadapi.

Masalah yang utama sekali adalah kesukaran untuk menterjemah kerana perbezaan
bidang. Petikan artikel yang saya perlu terjemahkan bertajuk ‘Kepentingan pengambilan
makanan yang sihat’. Oleh hal yang demikian, kebanyakkan frasa dan istilah yang digunakan
adalah berkaitan perubatan yang sememangnya di luar bidang yang saya pelajari iaitu
perhubungan awam. Contoh-contoh istilah perubatan dan kesihatan yang terdapat dalam artikel
ini adalah vitamin, mineral, kalori dan sebagainya. Hal ini juga memerlukan saya untuk
memahami frasa-frasa tersebut secara teliti dan mendalam sebelum melakukan penterjemahan.

Masalah seterusnya yang saya hadapi ialah kelemahan untuk menerangkan proses
yang cuba disampaikan pengarang. Proses yang saya maksudkan adalah berkaitan cara-cara
yang perlu dilakukan untuk pengambilan makanan yang sihat. Misalnya, bahasa sumber, ‘You
need to stay balanced to make sure you have enough vitamin and minerals telah diterjemahkan
ke bahasa sasaran ‘Anda juga perlu memastikan pengambilan makanan adalah seimbang
supaya kandungan vitamin dan mineral adalah cukup’. Semasa menterjemah ayat ini, saya
perlu meneliti maksud yang hendak disampaikan pengarang agar maklumat mudah difahami
oleh pembaca.
a) KESIMPULAN

Konklusinya, teks ini adalah sangat bagus untuk dibaca oleh semua golongan umur
terutama sekali golongan remaja. Hal ini adalah kerana rata-rata remaja pada zaman sekarang
ini sering kali dilihat memandang remeh akan permasalahan kesihatan. Namun begitu, mereka
sepatutnya perlu lebih peka dan menganbil berat tentang kesihatan mereka. Hal ini kerana
terdapat pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung,
obesity yang mempunyai kesan yang negatif kepada penghidapnya. Jika remaja pada zaman
sekarang gagal mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang, golongan ini
akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit tersebut.

Pelbagai kaedah terjemahan yang telah digunakan oleh penterjemah untuk


menterjemah teks ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan pembaca memahami keseluruhan
teks sama ada teks asal (bahasa sumber) mahupun (bahasa sasaran). Namun begitu,
penterjemah perlu berhati-hati dalam mengesan kaedah penterjemahan yang bakal diguna
pakai kerana kesalahan penterjemah mentafsir teks bahasa sumber ke bahasa sasaran akan
menimbulkan kekeliruan dikalangan pembaca.

Oleh hal yang demikian, terdapat cadangan yang ingin ketengahkan kepada penulis.
Misalnya, penulis perlu menambah maklumat secara lebih mandalam dalam teks yang
dikarang. Sebagai contoh, penulis ada menyatakan ‘You have to aim for balance in the different
food groups’ tetapi tidak menyatakan secara mendalam tentang pengkelasan kumpulan apa
yang patut mereka ambil bagi memastikan pengambilan makanan yang diamalkan adalah sihat
dan seimbang.
PRAKTIS
TERJEMAHAN 4
 Diversity of fascinating handicraft in Malaysia.

i. Labu Sayung

Labu Sayung is a black gourd-shaped clay pitcher. It can also be used to store water and acts as a
water cooler.

ii. Belanga

Found in many Malaysian village, the ‘belanga’ is often characterized by a round base and wide
rim. It is often used to cook curries since it is believed that its round base allows heat to be
distributed more evenly.

iii. Seni Kayu

It was originally made from Malaysia tropical timber. Traditionally, the whole house is made
from hand carved logs.

iv. Seni Besi

Remarkably famous since long time ago, copper and traditional bronze are still in practice to
make various tools. With the discovery of tins in Malaysia on the 19th century, hence pewter was
becoming even more popular. Iron craft products have become a choice of society at home. In
the past, ‘keris’ is used as a weapon by Malay warriors when they are battling.

 Hand-woven Crafts
i. Batik

The colour of batik lasts longer than the painted or printed fabrics as the fabric is completely
dyed into the dye. To avoid the colour from absorbing, the process uses a blockage technique
that covering the entire surface of the fabric with a wax.

ii. Songket

In the past, this thick and luxurious fabric symbolizes the social status of Malay nobility. The
fabric is made of gold thread, which is then inserted into the left and right of silk yarn according
to the predetermined pattern.

iii. Pua Kumbu

Fabricated from yarn dyed threads individually using traditional weavers. The motifs on these
fabrics are inspired from ancient fantasy, beliefs or animism. Its pattern is a combination of
reality and mystic.
a) PENGENALAN

Terjemahan berasal daripada perkataan bahasa Arab ‘Terjemah’ yang bermaksud


mentafksirkan perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain. Newmark (1981),
mengatakan penterjemahan merupakan satu kesenian yang mengandungi usaha untuk
menggantikan mesej dan atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau
pernyataan yang sama dalam bahasa lain. Nida (1969) dalam Ainon Mohamad dan Abdullah
Hassan (2003), mengatakan terjemahan membawa maksud ‘Penyalinan semula ke dalam
bahasa penerima maklumat daripada bahasa asal dalam bentuk persamaan terdekat dan
bersahaja: pertama dari segi makna dan kedua dari segi gayanya. Penterjemahan adalah
bertujuan untuk menghasilkan satu karya (teks sasaran) yang membawa makna yang sama
dengan satu karya bahasa asing (teks sumber). Secara tidak langsung, apabila terjemahan
dibuat penyebaran ilmu pengetahuan menjadi semakin mudah dan cepat serta membolehkan
masyarakat menikmati ilmu daripada budaya asing.

Artikel yang dipetik melalui laman sesawang http://www.malaysia.travel/ms-my/my/about-


malaysia/culture-n-heritage/handicrafts berkisarkan tentang ‘Kepelbagaian kraftangan yang
menarik di Malaysia’. Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara yang kaya dengan
kepelbagaian kraftangan yang unik berbanding negara-negara lain. Rata rata masyarakat pada
masa dahulu juga turut menggunakan kraftangan sebagai satu alat praktikal untuk
memudahkan kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, labu sayong dapat berfungsi untuk
menyimpan air serta menyejukkan air minuman. Bukan itu sahaja, belanga yang bertapak bulat
dan bersisi lebar pula sememangnya mempunyai fungsi yang menarik kerana dapat digunakan
untuk memasak kari. Kraftangan lain yang sering kali mencuri tumpuan penduduk dan
pelancong-pelancong asing yang berkunjung ke Malaysia ialah kraftangan seni anyaman
tangan. Misalnya, batik dan songket. Fabrik batik dicelup sepenuhnya ke dalam pewarna
manakala kabrik songket pula adalah tebal dan mewah serta melambangkan status sosial
bangsawan Melayu. Contoh-contoh yang demikian jelas membuktikan bahawa produk
kraftangan di Malaysia sebenarnya amat versatil berdasarkan kualiti, kepelbagaian dan
keunikan kraf.
b) ANALISIS TEKS

Menurut Arizah Ardi dalam bukunya Penghantar Prinsip Penterjemahan pada tahun
1950-an, terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk menterjemah dan menganalisis
terjemahan. Penggunaan pelbagai perkataan seperti strategi, taktik, kaedah, proses, prinsip
dan prosedur hanyalah satu kekeliruan istilah sahaja. Aspek seperti format, rima rentak, bunga
bahasa dan ciri-ciri kebahasaan yang khusus dalam teks asal. Kaedah lama ini menitikberatkan
persamaan formal (formal equivalence).Kaedah formal ini terbahagi kepada empat jenis iaitu
Kaedah Pinjaman, Kaedah Peniruan, dan Kaedah penggantian atau Harfiah.

Kaedah yang pertama ialah Kaedah Pinjaman iaitu kaedah yang dilakukan dengan
cara meminjam sepenuhnya perkataan tersebut. Pinjaman kata berlaku hasil daripada
pertemburan bahasa atau kontrak bahasa. Kaedah pinjaman boleh dianggap sebagai kaedah
yang membenarkan kata atau perkataan daripada bahasa sumber digunakan dalam bahasa
sasaran.Misalnya:

Bahasa Ditemui dalam kebanyakan rumah kampung di Malaysia, belanga biasanya


Sumber bertapak bulat dan bersisi lebar
Bahasa Found in many rural Malaysian homes, the belanga is often characterized by
Sasaran a round base and wide rim

Berdasarkan contoh petikan di atas, perkataan ‘belanga’ dalam bahasa sumber


dikekalkan sebagai the belanga dalam bahasa sasaran kerana perkataan atau konsep belanga
merupakan sesuatu konsep yang baru dan tidak ada dalam bahasa sasaran iaitu bahasa
Inggeris.

Contoh yang berikutnya juga dapat dilihat melalui petikan di bawah:

Bahasa Dengan penemuan biji timah di Malaysia pada abad ke-19, pewter pula
Sumber menjadi semakin popular
Bahasa With the discovery of tins in Malaysia on the 19th century, hence pewter was
Sasaran becoming even more popular

Kaedah Pinjaman juga amat jelas sekali dapat dikenal pasti melalui petikan berkenaan Seni
Anyaman Tangan yang berikut:
Bahasa Sumber Warna pada ‘batik’ tahan lebih lama berbanding fabrik yang dicat atau
dicetak kerana fabrik ‘batik’ dicelup sepenuhnya ke dalam pewarna
Bahasa Sasaran The colour of ‘batik’ lasts longer than the painted or printed fabric as the
fabric is completely dyed into the dye.

Terjemahan bahasa sumber ke bahasa sasaran yang berikut merupakan kaedah pinjamanan
kerana masih lagi mengekalkan klausa ‘batik’. Pinjaman tersebut berlaku tanpa mengubah
sebarang perubahan termasuk ejaan tetapi ditulis secara miring dalam teks.

Di samping itu, Kaedah Generalisasi merupakan kaedah yang paling mudah dan
ringkas. Kaedah ini merupakan kaedah yang menjadikan makna terjemahan lebih umum atau
tidak khusus. Namun hal yang demikian, kaedah ini hanya boleh digunakan seandainya
pengabungan makna terjemahan tersebut tidak mengubah mesej teks asal. Misalnya:

Bahasa Sumber Diperbuat daripada sumber kayu-kayan daripada Hutan Hujan Tropika
Malaysia.
Bahasa Sasaran It was originally made from Malaysia tropical timber

Berdasarkan petikan di atas, kaedah generalisasi jelas sekali dapat dilihat apabila ayat
‘Diperbuat daripada bahasa sumber kayu-kayan daripada Hutan Hujan Tropika’ telah
diterjemahkan menjadi ke bahasa sasaran ‘It was originally made from Malaysia tropical
timber”. Dalam konteks ini, klausa ‘Malaysia tropical timber’ merujuk kepada kayu-kayan yang
membesar dan tumbuh di Hutan Hujan Tropika , Malaysia.

Kaedah Formal yang seterusnya ialah Kaedah Peniruan (Loan Translation/Calque).


Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran. Namun,
istilahnya sahaja yang ditiru atau diterjemah. Terdapat dua jenis peniruan iaitu Peniruan
Penyampaian dan Peniruan Struktur. Peniruan Penyampaian merupakan kaedah meniru cara
penyampaian sesuatu konsep melalui pemindahan bahasa tanpa mengubah struktur bahasa
sasaran. Dalam kata lain, peniruan yang berlaku tidak mengekalkan struktur bahasa sumber
sebaliknya, mengikut peraturan tatabahasa ke dalam bahasa sasaran. Misalnya:
Bahasa Sumber Terkenal sejak zaman dahulu, acu tembaga dan gangsa tradisional masih
lagi diamalkan untuk membuat pelbagai jenis alatan.
Bahasa Remarkably famous since long time ago, copper and traditional bronze are
Sasaran still in practice to make various tools

Bahasa Sumber Pada zaman dahulu, keris digunakan sebagai sebagai senjata oleh
pahlawan-pahlawan Melayu semasa bertarung.
Bahasa In the past, ‘keris’ is used as a weapon by Malay warriors when they are
Samaran battling

Berdasarkan contoh petikan di atas, perkataan ‘gangsa trasional’ kepada ‘traditional bronze’
diklasifikasikan sebagai Kaedah Peniruan Penyampaian kerana melalui pemindahan bahasa
tanpa mengubah struktur bahasa sasaran yang asal.

Seperti contoh yang sebelumnya, perkataan pahlawan-pahlawan Melayu terjemahkan ke


‘Malay warriors’ merupakan peniruan yang berlaku tidak mengekalkan struktur bahasa sumber
sebaliknya, mengikut peraturan tatabahasa dalam bahasa sasaran.

Bukan itu sahaja, terdapat juga contoh lain bagi menerangkan kaedah peniruan iaitu:

Bahasa Sumber Melambangkan status social bangsawan Melayu


Bahasa Symbolizes the social status of Malay nobility
Sasaran

Contoh di atas menjelaskan bahawa bahasa sumber ‘status sosial’ telah diterjemahkan
menjadi ‘social status’. Klausa ini diklasifikasikan sebagai kaedah peniruan kerana berjaya
mengekalkan struktur bahasa sasaran yang terlibat.

Kaedah yang berikutnya ialah Kaedah Penggantian atau Harfiah (Literal


Translation). Kaedah ini ialah kaedah ideal yang cuba dilakukan oleh penterjemah dalam
proses pemindahan maklumat sama ada pada peringkat leksikal (perkataan) mahupun
peringkat sintaksis (ayat). Kaedah ini digunakan dengan menggantikan perkataan atau frasa
dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau
susunannya. Hal ini bermakna setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan
persamannya dalam bahasa sasaran dan pada masa yang sama struktur ayat bahasa sumber
dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar.Kaedah ini kerap diamalkan bagi
sesebuah teks yang berbentuk risalah (informative) yang ditulis dalam bahasa sumber yang
ringkas atau tidak kompleks (misalnya, dalam menterjemah ayat selapis, ayat Tanya, ayat
seruan, ayat perintah dan ayat keterangan). Contoh bagi kaedah ini dapat dilihat dalam petikan
di bawah:

Bahasa Mengikut tradisi dahulu, keseluruhan rumah dibina daripada kayu balak
Sumber berukiran tangan
Bahasa Traditionally, the whole house is made from hand carved logs.
Sasaran

Terjemahan di atas berikut menggambarkan Kaedah Penggantian atau Harfiah kerana


bahasa sumbernya iaitu ‘Mengikut tradisi dahulu, keseluruhan rumah dibina daripada kayu
balak’ tidak melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya
apabila diterjemahkan ke dalam bahasa sasaran yang menjadi ‘Traditionally, the whole
house is made from hand carved logs’.

Contoh lain bagi kaedah penggantian atau harfiah pula adalah:

Bahasa Motif pada fabrik ini diilhamkan daripada mimpi dan kepercayaan purba atau
Sumber animism
Bahasa The motifs on these fabrics are inspired from ancient fantasy, beliefs or
Sasaran animism

Berdasarkan teks selari di atas, bahasa sumber ‘Motif pada fabrik ini diilhamkan
daripada mimpi dan kepercayaan purba atau animism’ telah diterjemahkan ke bahasa sasaran
‘The motifs on these fabrics are inspired from ancient fantasy, beliefs or animism’. Hal ini jelas
menunjukkan terdapat usul kaedah penggantian atau kaedah harfiah memandangkan segala
maklumat yang diperoleh melalui bahasa sasaran adalah sama dari segi struktur ayat bahasa
sasaran tersebut.

Kaedah Dinamik pula terbahagi kepada empat jenis iaitu Kaedah Transposisi (Transposition),
Kaedah Modulasi (Modulation), Kaedah Persamaan (Equivalence) dan Kaedah Penyesuaian
(Adaptation).
Kaedah Transposisi (Transposition) merupakan kaedah terjemahan yang mengubah
golongan kata atau menukar kedudukan frasa atau klausa dalam bahasa sasaran tanpa
mengbah maksud warta atau maklumat teks asal. Kaedah ini digunakan bertujuan untuk
menyampaikan warta dalam bahasa sasaran secara paling bersahaja dan tidak berbau
terjemahan. Di samping itu, kaedah ini perlu digunakan untuk memperjelaskan lagi kandungan
warta yang mungkin boleg megelirukan jika kaedah transposisi tidak digunakan (Puteri Roslina
Abdul Wahid, 2007).

Kaedah Transposisi yang dapat dikenal pasti dalam artikel ini ialan Kaedah Transposisi
dari segi struktur kata yang melibatkan kaedah yang menukar struktur tatabahasa bahasa
sumber dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta. Kaedah ini juga boleh
digunakan dalam satu bahasa yang sama. Contoh yang dapat dikenal pasti dalam petikan
adalah:

Bahasa Proses tersebut menggunakan teknik sekatan; menutupi keseluruhan ruang


Sumber permukaan kain dengan lilin untuk menyekat warna daripada menyerap
Bahasa To avoid the colour from absorbing, the process uses a blockage technique
Sasaran that covering the entire surface of the fabric with a wax.

Kaedah yang digunakan untuk menterjemah ayat di atas adalah kaedah transposisi dari
segi struktur. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan kedudukan ayat “Proses tersebut
menggunakan teknik sekatan; menutupi keseluruhan ruang permukaan kain dengan lilin untuk
menyekat warna daripada menyerap” apabila diterjemah kepada bahasa sasaran menjadi “To
avoid the colour from absorbing, the process uses a blockage technique that covering the entire
surface of the fabric with a wax”.
b) Huraikan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang proses menterjemah teks yang dipilih
(Huraian masalah mestilah secara akademik dan berkait dengan teori terjemahan yang telah
anda pelajari)

Penterjemahan sememangnya bukan sesuatu yang mudah kerana rata-rata penterjemah


menghadapi kesukaran untuk menterjemah kerana kurang mematuhi prinsip-prinsip dan proses
penterjemahan. Penterjemah yang menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran yang baik
tidak semestinya boleh menterjemah dengan baik. Penterjemah bukan sahaja perlu memainkan
peranan untuk mengalihkan karya dari bahasa sumber ke bahasa yang lain tetapi juga perlu
wajib memahami situasi dan konteks karya yang diterjemahkan. Sepanjang melakukan proses
penterjemahan, terdapat pelbagai kesukaran yang saya hadapi.

Permasalahan yang utama sekali adalah kelemahan untuk menguasai bahasa sasaran.
Sememangnya dalam penterjemahan, penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran perlu
seiring. Hal ini adalah penting untuk memastikan kefahaman pengguna berada di tahap yang
memuaskan agar mereka tidak berasa keliru dengan maksud penterjemahan yang cuba
disampaikan oleh penterjemah. Misalnya, klausa ‘labu sayung’ bukannya membawa maksud
labu iaitu ‘pumpkin’ jika terjemahkan ke dalam bahasa sasaran, sebaliknya merujuk kepada
sebuah bekas yang berbentuk labu. Kebiasaannya, labu sayung ini diguna untuk menyimpan air
dan bertindak sebagai menyejukkan minuman.

Permasalahan yang seterusnya ialah, kurang kefahaman mengenai usul budaya bahasa
sasaran. Budaya yang dimaksudkan merangkumi pelbagai aspek iaitu budaya ekologi, budaya
kebendaan, budaya sosial dan sebagainya. Dalam teks yang dibincangkan sebelum ini, istilah
budaya masyarakat Melayu yang dapat dikesan ialah belanga, batik, songket, keris dan labu
labu saying. Sebagai seorang penterjemah yang baik, kita seharusnya memahami konteks
budaya sesebuah masyarakat. Justeru itu, istilah-istilah ini perlu dikekalkan kerana ianya unik
dan tiada makna yang sepadan dalam bahasa sasaran.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teks ‘Kepelbagaian Pelbagai Kraftangan di Malaysia’ memberi


banyak manfaat kepada pembaca. Hal ini kerana, teks ini membolehkan pembaca mengetahu
maklumat yang menarik berkaitan seni kraftangan yang terdapat di negara kita. Sebagai rakyat
Malaysia, kita seharusnya menghargai segala kraftangan yang ada dan berbangga kerana
kraftangan di Malaysia sememangnya unik dan mempunyai nilai berharga yang tersendiri. Oleh
kerana teks ini berbentuk formal, maka segala maklumat yang cuba disampaikan adalah sangat
mudah difahami oleh semua golongan masyarakat. Oleh hal yang demikian, proses
penterjemahan yang dilakukan tidaklah begitu sukar kerana tiada unsur yang tersirat
terkandung dalam teks tersebut.

Pelbagai kaedah terjemahan yang telah digunakan oleh penterjemah untuk


menterjemah teks ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan pembaca memahami keseluruhan
teks sama ada teks asal (bahasa sumber) mahupun (bahasa sasaran). Namun begitu,
penterjemah perlu berhati-hati dalam mengesan kaedah penterjemahan yang bakal diguna
pakai kerana kesalahan penterjemah mentafsir teks bahasa sumber ke bahasa sasaran akan
menimbulkan kekeliruan dikalangan pembaca.

Cadangan yang saya ingin ketengahkan kepada para penterjemah yang ingin
menterjemah teks ini adalah seeloknya mereka membuat kajian terlebih dahulu terhadap setiap
kraftangan yang telah dibincangkan. Hal ini dapat memastikan bahawa segala terjemahan yang
dilakukan adalah tepat dan benar.
RUJUKAN
1. N.A (2013). The Importance Of Eating Healthy. Retrieved from
https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8
&ved=0ahUKEwjfv5eRweDXAhVMq48KHQyQDxcQFgg9MAM&url=http%3A%2F%2Fw
ww.teenink.com%2Fopinion%2Fall%2Farticle%2F586940%2FThe-Importance-Of-
Eating-Healthy%2F&usg=AOvVaw0ycRyCbgYuPx5OOh_NU06U

2. The history and Technique of Batik. Retrieved from http://www.asia-


art.net/indonesian_batik.html

You might also like