Satu hari ketika Rasulullah SAW sedang berkumpul bersama dengan sekumpulan para sahabat dalam satu majlis, melintas lah seorang arab badwi yang baru pulang dari memburu. Beliau membawa seekor biawak padang pasir (dhab) yang ditangkapnya dan disimpan didalam lengan baju jubahnya.
Arab badwi itu mula tertarik apabila dia melihat seorang lelaki yang dikelilingi oleh orang ramai. Lalu dia mendekati dan bertanya "siapakah gerangan lelaki yang menjadi tumpuan itu" tanya arab badwi kepada salah seorang sahabat disitu. Apabila diberitahu bahawa orang itu ialah Nabi maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata "Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad! Kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa, tentu saja aku sudah penggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya.!”