Bahan A :
1 cawan gula merah
2 cawan air
Daun pandan (simpul)
Bahan B :
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
1 bungkus yis (11 gram)
Cara Membuatnya :
1. Masak gula merah dengan air dan daun pandan hingga gula
larut.
2. Sejukkan dan tapis air gula merah tersebut.
3. Satukan tepung gandum, garam, gula dan juga yis.
4. Campurkan bahan A dengan bahan B. Gaul hingga rata.
5. Perap adunan selama satu jam.
6. Oles acuan dengan minyak terlebih dahulu. Tuang adunan
dalam ¾ acuan.
7. Didihkan air pengukus. Kukus selama 15 hingga 20 minit.
8. Hidang dengan kelapa parut yang telah dikukus.