Showing posts with label others. Show all posts
Showing posts with label others. Show all posts

Wednesday, December 6, 2017

Merendah Diri (Tawadhuk)

بســـــم الله الرحمن الرحيم
الســـلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesungguhnya, kebahagiaan dan kemuliaan sejati adalah dimiliki oleh kekasih-kekasih Allah, iaitu insan-insan yang ketika di dunia selalu bermuraqabah kepada Allah SWT dengan melakukan segala perintah-Nya, tanpa rasa jemu dan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT.

Bukan orang yang tawadhuk itu merasa bahawa ia telah mengalah, tetapi orang yang tawadhuk itu ialah bila berbuat sesuatu merasa diri belum layak mendapat syurga dengan amal dan ibadah melainkan dengan kehendak dan kekusaan Allah SWT.

Thursday, November 16, 2017

Sifat mahmudah


  • Taubat (membersih hati)
  • Khauf (takut kepada Allah)
  • Zuhud (menggunakan nikmat dunia sekadar yang perlu)
  • Syukur (memuji setiap nikmat daripada Allah)
  • Ikhlas (setiap perbuatan hanya untuk keredhaan Allah)
  • Tawakal (menyerah diri sepenuhnya kepada Allah
  • Muhabbah (sentiasa ingat kepada Allah)
  • Redha (tenang hati terhadap apa yang dating daripada Allah)
  • Zikrulmaut (bersiap sedia dan sentiasa mengingati mati)

Thursday, November 19, 2015

Pesan Imam al-Ghazali


yang paling dekat dengan manusia ialah kematian
yang paling jauh sekali dengan manusia ialah masa lampau
yang paling besar dalam dunia ialah nafsu
yang paling ringan dalam dunia ialah meninggalkan solat
yang paling tajam dalam dunia ialah lidah manusia
yang paling berat dalam dunia ialah amanah

wallahualam...

Tuesday, March 17, 2015

Wahai sahabat

  • siapa boleh jamin yang kita masih boleh bernafas sehingga hari esok.
  • siapa boleh jamin yang malaikat maut masih lambat mencabut roh kita.
  • siapa boleh jamin dengan amalan yang kita ada sekarang sudah cukup untuk menghalang kita dari ke neraka.

Sedarlah setiap saat yang kita lalui akan membawa kita semakin hampir kepada kematian. Dan orang yg lalai ialah orang yang sepanjang harinya tanpa sekalipun berfikir akan kematian.

wallahualam.,

Monday, August 18, 2014

Cara Potong Kuku



Walaupun tidak ada hadis sahih menyebut bagaimana cara Nabi SAW memotong kuku, tp yg pasti menjaga kebersihan diri dan menjaga penampilan diri adalah salah satu daripada sunah yang boleh kita amalkan., mudah-mudahan setiap perkara yang kita lakukan dikira ibadah., selamat beramal., wallahualam...

Tuesday, November 26, 2013

Sakaratul Maut (audio)

mereka yg sezaman ngan aku mesti pernah dengar benda ni.,
so... untuk hari ni aku mnta izin pinjam mase dr korng kjap jer.,
jom layan sesama., tak rugi pun.,



...teringat masa sekolah dulu., snior pasang kaset ni kat hostel tengah malam., punya la seram masa tu., sampai nk gi toilet pun takut...

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah



Doa Akhir Tahun
Maksudnya : Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang, segala pujian bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad serta keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.

Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri

                                                                          design by : zuhdi sanusi

Ihklas dari Melodi Usang (tuan tanah - zuhdi sanusi) Maaf Zahir Batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Other Site