Mek Google

Showing posts with label Carrot. Show all posts
Showing posts with label Carrot. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Tempoh Menanam Sayuran - Part 4

Tanaman:
Lobak Merah aka Carrots - 5 bulan setengah dapat tuai hasil yang tak menjadi. (Tapi ikutkan tempoh sebenarnya 2-3 bulan dah boleh tuai)


Masalah:
Daun diserang sang arnab dan sang belalang. Pertumbuhan carrots terbantut.

Cara atasi:
Daun kembali tumbuh dan mama pasang jaring disekeliling patch pokok carrots untuk elak dari arnab.

Tanaman:
Kacang Buncis - 2 bulan dapat tuai hasil

Masalah:
Cabaran mencambahkan benih. Benih dicuri burung dan semut.

Cara atasi:
Belum dikenal pasti lagi caranya. Redha rezeki mereka.


Tanaman:
Kangkung - 3 minggu dapat tuai.

Masalah:
Daun diserang sang belalang

Cara atasi:
Sembur cecair campuran minyak & sabun pencuci.


Tanaman:
Kacang Panjang - Sebulan setengah dapat tuai hasil

Masalah:
 - Tiada masalah cuma hasilnya tak gemok..keding! 


Ini semua record untuk tanaman sebelum ini...in shaa allah bulan 4 ni..selepas urusan majlis pakcik Naufal selesai.....mama nak start menyemai benih yang baru dibeli dari blog Kebun Bahagia Bersama & Tanamsendiri....recycled container pun mama dah kumpul sikit-sikit...haih tak larat la nak beli pasu..:D

Sunday, February 10, 2013

Diari Lobak Merah...Selepas 5 Bulan..

Salam Ceria,

Taraaaaa....ini carrots mama hehhehehe....next time cuba lagi lah..:D




p/s: Auto published..mama sedang berangkat ke Kota Madinah (3 hari) dan ke Kota Mekah (7 hari)...doakan perjalanan kami dipermudahkan dan selamat semuanya...panjang umur jumpa lagi...amin.

Sunday, November 4, 2012

Diary Lobak Merah...Di Batasan

Ini sambungan kisah carrot yang ditanam pada September lepas....:D

Bila carrots ni dah keluarkan daun ketiga, mama alih kan pada patch yang baru dibuat khas untuk carrots...tapi disebabkan tanah limited mama dah tanam terung dan bayam dalam patch yang sama. Aci la kan??

30hb September & 9hb October 2012

Carrots dialihkan berperingkat sebab ada dua batch..tapi batch yang kedua lagi bagus pembesaran nya...awal-awal kurang menjadi...:D

Since dah alih pada patch, every week mama bajakan..sekarang makin teguh bediri pokok carrots ni..maybe sebab dapat pencahayaan pagi yang baik, air yg cukup dan baja yang cukup...:D

Tetapi ada juga dugaan, seminggu selepas alihkan pokok-pokok carrots ni...tiba-tiba nampak tanah macam terusik...hohoho..rupanya sang meow buat tempat pembuangan sisa organik dia...mama buang kan sisa nya dan gemburkan tanah...taruk air banyak sikit...then letak baja tahi kambing disekeliling patch...Alhamdulillah sekarang sang meow dah tak datang membuang..maybe terbau tahi kambing kut...hehhehehe entah lah labu!

3hb November 2012

Ini gambar latest carrots....daun carrots tumbuh elok...tapi biasa lah..ada je yang makan....biarlah rezeki sang belalang....:D

Sebahagian pokok carrots yang ada daun
Kat tengah tu dah kena ngap ngan sang belalang

Saturday, September 22, 2012

Diary Lobak Merah

Ini adalah kisah kehidupan sayur yang bernama lobak merah @ carrot...:D benih dibeli dari blog http://www.tanamsendiri.com/ 
Jom kita ikuti rentetan proses menanam nya..:D

6hb September 2012

Mama tanam beberapa biji benih carrot ke dalam pasu kecil. Semai dalam pasu lagi senang untuk monitor perkembangan sayur yang ditanam. Ia juga senang untuk dialih ke atas batas. Nanti batas akan lebih sistematik.


11hb September 2012

Setiap pagi dan petang mama akan siram semua sayur dan pokok bunga yang ada...tapi pada pagi ni..mama nampak ada cambahan dalam pasu carrot.halus jer..mcm juntaian rumpai...mama perhati betul-betul sebelum cabut...takut tersalah cabut plak...memang betul cambahan carrot.....alhamdulillah..dah bercambah...:D

22hb September 2012

Cambahan anak pokok carrot dah semakin besar...:D Semalam dah disembur dengan baja organik...Harap-harap cepatlah membesar!!!


Pasu semai pertama ada 4 cambahan

Pasu kedua ada 6 cambahan

1hb October 2012

Kesemua cambahan sudah dialih ke batas lobak merah. Beberapa cambahan baru telah tumbuh dan mungkin minggu depan boleh dialih pada batas.