Mek Google

Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Tuesday, September 17, 2013

Dari Terbuang...

Salam...

Dah hampir seminggu tak menulis...takde idea dan mood nak bercuti...hihii nanti diceritakan hal cuti cuti..:D

Sekarang ni musim buah..macam-macam buah....free jer dapat..buah durian, mangga, manggis, duku, langsat, rambutan, binjai, dan rambai...untung orang ada kebun kan...mama sekeluarga tompang sekaki untung rezeki berkawan dengan orang ada kebun..hihihi

Ini mama nak kongsi kan kisah buah mangga yang terbuang..hihih takde la terbuang apa pun..asalnya pokok ni tiap-tiap tahun berbuah dengan lebat..dan mungkin rasa nya lemak manis..sampai ada pekerja-pekerja di sini siap booking dengan menandakan nama masing-masing pada buah nyer...pokok mangga ni ditanam zaman dulu kala lagi di sekitar kawasan kilang tempat mama bekerja...hanya sepokok ni yang boleh diharap...berbuah elok...:D

Tapi tahun ni buahnya luruh lebih awal...jadi rasanya kurang lah sikit..dan menjadi lumrah benda yang kurang sedap..takde la orang berebut ye dak...:D

Nak dijadikan rezeki mama kali ni...ada hamba Allah yang kutip semua buah yang luruh dan masih berkeadaan elok...dan dibahagi-bahagi kan dalam office....kalau ikutkan mama memang tak makan buah masam-masam..tapi atok Naufal sayang nak buang..jadi atok Naufal proses buah mangga masam ni menjadi jeruk mangga...masa proses menbuat tu mama memang ada berkata-kata dalam hati.."tak jadi..memang menbazir lah gula & garam..hihihi"

Selepas 5 hari...taraaaaa..balik kerja...mama tengok Naufal sedang kunyah sesuatu yang berwarna kuning! Apa tu...nenek Naufal pun cakap.."gi la amik dalam fridge nu..sedap jeruk pauh (mangga) ayah buat"...haih jadi ke jeruk..mesti sedap kalau Naufal boleh makan penuh nikmat...heeeeeeeeee



Ini cuba dulu...semangkuk kecik...mama memang tak suka kalau masam-masam...tapi lepas abis semangkuk ni..mama bantai sebekas besar..abis...rasanya manis-manis lemak...mangga muda wat jeruk ranggup krup krap makan...:D


Jadi haruslah mama nota kan cara penyediaan nya di sini:

1. Kupas dan potong buah mangga (8-10 biji) kecik-kecik. Kemudian cuci dan toskan
2. Kemudian rendam dengan air garam (4-5 sudu besar) dan biarkan berada disuhu bilik selama 2-3 hari.
3. Selepas itu, siram buah mangga dan toskan sehingga kering.
4. Selepas kering, rendamkan buah mangga dengan gula/gula kastor pula...gula ni sukatan 3-4 senduk. Masukkan ke dalam peti ais...selepas 2 hari boleh lah merasa jeruk homemade!

Selamat Mencuba!

Monday, May 13, 2013

Jambu Batu @ Guava

Salam Dihari Isnin,

Okey ini mama nak tepek beberapa gambar jambu batu yang ditanam oleh atok Naufal...dah lebih 10 tahun kut usia pokok jambu ni...hmm tak pasti lah mama cuma yang pastinya buahnya sangat sedap! kali ni banyak pulak berbuah...biasanya berebut dengan pak kera...suka sangat petik semasa buah jambu masih kecik...kali ni tak nampak pulak diorang ni..mungkin dah berhijrah ke tempat lain. 

Aktiviti petik dan membalut buah jambu yang masih muda ni dilakukan pada petang Jumaat lepas....mama tolong tunjuk aja mana buah yang dah besar..lepas tu tolong makan dengan kuah rojak Mak Bee..nyummm!




Atok Naufal balut buah nya dengan beg plastik untuk elak disuntik serangga perosak...tapi heran jugak..walaupun dibalut ada 2-3 biji telah digigit sebelah sahaja oleh musang..tapi pembalutnya masih elok..dah buah ditinggalkan dalam plastik beg elok masih tergantung..adakah musang pandai membuka plastik beg? Entah lah...:D 

Ini hasilnya pada petang itu...:D

Rezeki kami...alhamdulillah..:D

Semalam khas hari Ibu yer..nampak ramai wishes for Ibu...mama confuse hari apa sebenarnya hari Ibu ni....heheh..tapi suka jugak tahun ni tiba-tiba dapat combine celebrate Hari Ibu & Hari Kelahiran mama di bumi Allah....alhamdulillah....dan rasa-rasanya Allah kurniakan sesuatu untuk mama sekeluarga...doakan semuanya selamat & dipermudahkan urusan mama...amin..:D