ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Kudapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kudapan. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mei 2012

Maruku Gunting

_DSC0053
MARUKU GUNTING

Assalamu`alaikum wbt, salam petang jumaat sume :-)

Sesi utk menghabiskan draf2 yg ada :D Sbb mulai minggu depan kita akn bercuti insyaAllah, bila akn kembali biar masa menetukan, minggu depan terlelau ketat jadual kita, pergi sekolah meeting, pergi tadika meeting jugak, hari yg berlainan dan isnin, rabu dan jumaat mmg kena keluar rumah hantar tuition pheewww... sambil2 tu boleh diet balik ehehe... frust makcik da beberapa hari ni ehehe...

Ok, maruku gunting atau nama biasa kita dgr kuih pagoda jugak sgt2 femes n sedapppp! semalam kak watie tyg kuih maruku gunting nya, mlm terus buat, sbb satu adunan ikut resepi tak dpt byk mmg sesuwai utk kita yg nak makan ni :D rangupppp sedappp! Buat kak watie, minta izin n halal kembali resepinya, terima kasih! buat semua terima kasih tak terhingga dgn kunjungannya :-) dan akhir sekali happy weekend!!!

MARUKU GUNTING/KUIH PAGODA
Resepi Asal : KAK WATIE

Bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit2...)
  • sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya

_DSC0045_DSC0039
rangup dan cukup semua rasa rempah :-)

Caranya:
  • Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk
  • Tuang bahan kisar kedalam tepung
  • masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  • Masukkan air sedikit demi sedikit....sampai adunan kenyal
  • Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap
  • Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai
  • Kemudian canai nipis2...& panjang
  • taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat
  • potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting
  • ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai
  • pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat
  • Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma)
  • Bila dah garing angkat dan sejatkan
  • Siap untuk dimakan


_DSC0046-2

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kuih Siput

_DSC0157
KUIH SIPUT

Salam kembali buat semua!! :D

Sejak2 ni sgt sukalah main gentel2 :D ni ni ni kuih kat atas ni pun kena gentel2 dulu pastu lenyek kat papan dia hihihi.... asal tgh hari kita tak tahu nak buat apa selain sudah mengaji kan kan, buatnyer tak susah leceh tang kena gentel2 dulu kecik2 baru leh lenyek, itu amatur mcm kitalah, tak tahulah kalau ada teknik golek besar2 kat papan dia tuu wakakaka... Kiranyer kita buat kuih ni dah 2 kali tp resepi yg berlainan, kali ni ambik kat MyR dr SYAHMI< tenkiuuu tuan resepi minta izin n halal kembali resepinyer :-)

Pastu yg paling nyampah nak menggoreng dia nii haish! rtak leh bukak api besar2 kalau tak kaler dia tak cantek ala2 ireng aka geseng gituuu yg tu tak sukeeeeee :D kena bukak api sederhana pelan baru masak dia cantek :D Ok, minta undur diri dulu, kalau tak sempat blogwalking kita sambung esok, sbb skrg ni tak leh janji malam2 sbb mesti terbongkang dulu akakaka.... Selamat berbuka bila masuk waktunyer buat sume!! Kita nak masuk opissss pulakkkk :D

KUIH SIPUT
Resepi Asal: SYAHMI MyR

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine>>Campur ngan butter
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )>>yg ni kita gantikan daun kari
  • Santan secukupnya untuk menguli
  • 1 sk serbuk kari>> Yg ni kita tambah

_DSC0149
Bermacam macam jenis sepupu sepapat siput nii ada kecik ada besor ada panjang ada pendek ada gemuk ada kurus ahahaha...

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.
  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.
  3. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  4. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

_DSC0142_DSC0147

Jumaat, 1 Julai 2011

Kuih Tiram / Lidah/ Selayang

_DSC0034
KUIH TIRAM/LIDAH/SELAYANG

Salam jumaat buat semua,

Menghitung hariiii detik demi detikkkkk~~ nanges** Sedihnyer semalam ninja kol tanyer dia mcm mana, makan ke tak, dia ckp tak de selera nk makan, alahaiiii sedihnyer dgr :'( Kita pun boleh jadi tak nak makan atau pendek kata tak de selera jugak.. Bila leh selesai tak tahu masing2 masih berkampung kat kilang lagi dgn customer2 sekali ada, mmg tak leh nak lari lerr tanggungjawab berat buat masa ni, n kita kena ambik tempat dia buat sementara ni maknanyer kerja kita pun bertambah, nak kena belanja sorang2 nak jg ank2 lagi dgn aktivitinyer, kesian pulak lah kat budak2 nii, nak bwk dia org g jalan2 kat park sabtu nanti.. Tutup citerlah, nanti org boring kan kan..

Berbalik gmbr kat atas tuuu, dah buat lepas CHE'IZA publish n3 nii, terus malam tu g menguli, tp tak tabur gulalah sbb dah lewat sgt cuma abis goreng sejukkan n simpan dulu sampai esoknyer utk ditabur gula. Tak sampai 1 hari dah habes hihihi.... Kuih paling kita suke n tunggu2 kalau mak balik dr rewang, nostalgiaaa betulll lah.. dan kalau nak tahu setiap tempat gelaran kuih ni lain2, teringat dulu2 masa kat forem MyR sampai kol mak nak tanyer apa nama kuih nii :D Tak puas hati betul sbb mak kita sebut lain tp kakak2 yg kat porem bg jawapan yg sama atau lain dr kita, kuih tiram dgn kuih lidah ya? wakakaka.... Resepi asal dr Kak S SHAMEN MyR, mmg resepi ni best! rangupppp sgt! tp paling menyampah kalau budak2 yg makan mesti berkecah abuk2 dia tuuu itu jerr lah yg paling tak gemor sekali huh! Dah namanyer pun budak2 yg marah tu pun perangai mcm budak2 jugak ahahaha... Jom tgk resepi, ari ni mood kurang, akn berblogwalking bila sume setel insyaAllah, terima kasih sume!!! Mintak Izin n halal resepinyer :-)


KUIH TIRAM/ SELAYANG
Resepi Asal: S SHAMEN MyR
Sumber: Che'Iza

Bahan- bahan
  • 500gm tepung
  • 1 biji telur
  • 2 sb margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air
  • **6 sb tepung jagung**
  • **6 sb minyak**

_DSC0029


Cara-cara
  1. Satukan bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
  2. Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit..& kalau keras, tambah air)
  3. Uli doh supaya jadi nipis. Off coz akan dapat size yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bulatan kecil baru dicanai. **note: kalau buat canai besar, kita akan dapat kuih yang besar & cepat habis kerja :D
  4. Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan paste tepung jagung..sapu rata.
  5. Gulung kemas, kemudian potong kecil lebih kurang sebesar ibu jari. Amik ketul kecil tadi & canai leper.
  6. Goreng hingga kekuningan & sira dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.


_DSC1050_DSC1051_DSC0008_DSC0012_DSC0014_DSC0018
sangat senang! dan mudah cuma jgn silap penyekkan dia jerrr hihihi... kalau tak nanti jadi bentuk lain>> ikut kejadian masa buat mula2 dulu ahahaha...

Sabtu, 28 Mei 2011

Donut Ball Pandan

_DSC0359
DONUT BALL

Salam pagi sabtu sume :-),

Sori yer semalam tak dpt nak jalan2 sgt sbb sibuk g sepital, so keputusan dr xray tu alhamdulillah tak de apa2 cuma secretion tu yg kena buat xray takut kena apa benda ntah! kita pun jd mcm tak sihat gitu tgk si abg ni asyik demam mkn ubat dia ok nanti kang suhu dia dah naik balik, kalau esok ni dia demam lg kena bwk sepital lagi utk blood test.. Mekaseh buat semua yg bertanyer kabar.

Sbnrnyer buat ni semalam lepas mengacau filling cekelat tuuu, cuaca kat luar mendung jerrr gmbr pun mendung jerlah eak hihihi.... tak leh nak taip panjang aka bebel panjang2 byk kerja nak kena buat lepas ni :'( REsepi ni leh tgk kat umah KAK MAS DUNIAKU dgn umah IZAH DAUT, resepi asal dr KAK DAYANG, mekseh sumenyer! mintak izin n halal resepinyer, kita kopipes dr umah KAK MAS, maceh kak!
Link
DONUT BALL

Copy n Paste : KAK MAS
Bahan :
  • 2 cawan tepung high protein atau tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil pelembut doh>>kita letak water roux
  • 1/2 sudu besar yis segera + 1/4 cawan air suam (direndam sehingga berbuih)
  • 90 ml susu segar (-/+)
  • 1/2 sudu kecil pes pandan atau pandan emulco
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • gula icing atau gula halus untuk saduran


_DSC0361

Cara membuatnya :
  1. Kisar/putar semua bahan (kecuali tepung, pelembut doh, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan pelembut doh. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing atau hiaskan dengan topping kesukaan.


_DSC0355
LEtak Filling cekelat, budak2 suke lerrr takat ijau gitu takut dia tk nak mkn sbb budak2 kat umah ni jakun sikit tgk yg kalerpul gini :D biar cekelat tak pe :D

Selasa, 17 Mei 2011

Roti Sosej n jejari ketam berkeju rangup :D

_DSC0124
ROTI SOSEJ n JEJARI KETAM BERKEJU RANGUP


Salam pagi selasa sume, kat sini pagi lah lagi kalau masih kul 7pg :D, hari ni last bangun lambat2 hihihi.... esok dah kean kerah balik tenaga buat bekal sigh** Sana sini org buat roti mcm ni kan? Percaya tak kita baru pestaim buat roti gini wakakaka.. pdhal bukan ssh sgt senang jerrr tp malas betull nak main sapu2 golek2 pastu goreng pagi2 gini, skrg ni tak budak2 tak sekolah lg boleh lerr kalau da sekolah mmg tak cukup tgn :D

TAPI si bujang sorang dah jatuh cinta lah pulak! dia suh bwk bekal roti ni dgn sarapan pagi! aduhhhhh... pagi mmg sibuk sgt! Tp tak pelah dah dia mintak mg dia makan.. Byk2 resepi kita ambik kat umah KAK NOR secubit garam, (secubit jer :P).. Guna Jejariketam aka kanikama sbb kita yg nak makan kalau sosej2 ni kita tak berapa minat, makan tu boleh tp tak leh habis :D..

Mintak ijin resepinyer kak nor macehhhhhhh!!! Sedap dan rangup sgt! suke3 sbb tak resap mintak sgt :D

ROTI SOSEJ n JEJARI KETAM BERKEJU RANGUP

Bahan:
  • 10kpg roti
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap>>kita guna jejari ketam/kanikama(just microwavekan dia jer)
  • 10kpg slice cheese
  • 1 bj telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
  • minyak utk menggoreng

_DSC0121

Cara:
  • Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  • Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
  • Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
  • Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
  • Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  • Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  • Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.

Sabtu, 14 Mei 2011

Kuih Udang

_DSC0003
KUIH UDANG

Salam sabtu sume :-)

Alhamdulillah wes waras meneh blogspot iki dino! Haih! Baru nak panaskan dapo kat sini blogspot buat hal 2 hari nii... Buat semua yg tinggalkan komen kat 2 entry terakhir mintak maaf byk2 bukan kita yg padam, sume ini yg bertanggungjawab adalah blogspot.com huh! Kat komen n3 sebelumnyer pun ada komen yg dah hilang! ghaib betul! sib baik bukan entry2 yg dah dipublishedkan hilang kalau tak.. kalau tak apa? wakakaka...

Malas nak bebel byk2, ninja g jepun ank bujang yg sulong g camp, sunyi betul rasa kalau tak keja nak bergaduh jer dgn bujang sorang tuu.. kiranyer merehatkan peti suara jap dlm beberapa hari ni hihihi... Resepi kuih udang ni dr umah KAK HASUE, maceh ya kak! sblm ni biasa buat mcm ni cuma tak letak pulak bwg ditumbuk sbb lebih kurang dgn cucur udang, org2 dlm umah ni cerewet, sume2 nak kena kopek baik buat mcm ni telan terus sumenyer, kerja kita pun senang hihihi... Mintak ijin resepinyer kak sue! macehhh!!! Mood kurang sikit ari ni maklomlah sibuk dgn 3 harinyer baju tak gosok lagi ahahaha...


Kuih Udang
By:[email protected]

Bahan2:

  • 250g Udang tanpa kulit (saiz L lagi best) tanpa kulit - ambil 5-6 ekor untuk dicincang halus atau tumbuk sekali bersama bawang merah)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 ulas bawang merah*ditumbuk>>yg ni kita tumbuk dgn sakura ebi kasi rasa udang yg lebih :D
  • 1 tangkai cili merah*
  • Daun bawang & Daun sup- diracik halus>>letak chive
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Secubit gula
  • Secubit soda bikarbonat
  • Pewarna kuning untuk warna menarik
  • 1sb Minyak Jagung>>kita tambah kasi rangup :D

_DSC0004
Kejadadian kuih udang kita ni mmg gerutu sbb kita hiris besar2 sume sayur dgn tak suke lah yg kulit licin :D

Cara2:

Bahan2 * ditumbuk /dikisar lumat.-cili boleh juga dihiris halus
Di dalam bekas, satukan tepung gandum, bawang merah, cili , garam dan perasa, gula dan pewarna kuning.
Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan hand whisk.(utk adunan yg benar2 sebati lebih baik guna wisk nih)
Tambahkan daun bawang,daun sup serta cili cincang dan udang yang dicincang halus.
Panaskan minyak dan celupkan udang ke dalam tepung dan goreng sehingga keperangan..
Sedia dihidang untuk minum petang atau sarapan pagi..sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos cili kegemaran anda..

Jumaat, 12 November 2010

Prawn Fritter/Cucur Udang

_DSC0843
PRAWN FRITTER/CUCUR UDANG

Salam kembali sume :D,

Hari ni terlupa pulak doblas aribulan engineer kat sini nak buat peneyelengaraan tahunan untuk elektricity jdnyer dah bg notis dr minggu lepas belakan akan dipotong mula dr jam 10pg sampai 2 ptg! nilah padahnyer keja bergosip jer wakakakaka... gosip yg tiada kene mengana dgn sume org kecuali izah ahahahaha... gurau jer ya izah, jgn ain2 dgn tun tijah nanti kena pancungggg! :D

Since dah tak menyedor yg bekalan akn dipotong sementara kita pun mcm biasalah mengemas lenggang2 kangkung bergosip dulu baru ngemas konon2nyer ni, last2 tgh syok bergosip pun terus terpotong wakakakaka... dgn umah bersepah :D kapok! hihihi... skrg ni masukkan n3 dulu lah kejap baru sambung ngemas wakakakaka...tgk tu tgk tuuuu ambik sambil lewa ni sbb ninja tu tak de gitu lerrrr pemalas dilebih lebihkan!

Resepi dr GERT, sesekali cuba guna kelainan sikit guna tepung tenpura, sedap taww! soft but crunchy mmg best cuma kita letak sikitttt jer yis nak kasi bau2 yis :D, thanks gert for sharing! as usual i copy n paste ur recipe here :-) thanks!!!! gambar kurang memuaskan lerr sbb terpaksa angkut meja kat luar kasi terang wakakakaka....

PRAWN FRITTER/CUCUR UDANG

Ingredients:

1 cup flour
1/2 cup tempura flour/mix
1/2 tsp baking powder
1 1/4cups water (the amount of water depend on how thick you like the batter to be)
Small bunch Chinese chives – cut into 1” length
1 cup of bean sprouts>>no stock i used cabbage
1 tsp chicken granules>> i put a lil bit
½ tsp turmeric powder
Salt and pepper to taste
20 medium size shrimps/prawns – clean and leave the head and tail intact
Oil for frying



_DSC0853
jom jom ada lg beberapa ketul sambung mkn malam,(alasan malas masak malam lagi :P)

Method:

1. Combine the flour, tempura flour, baking powder, turmeric, chicken granules and salt into a mixing bowl. Add water and mix it with a spoon to make a fairly thick batter. Leave the batter aside to rest for 15 minutes. Then stir in the chives and bean sprouts.
2. Heat the oil for deep frying over medium heat. Place a medium size ladle in the oil to and heat it for 2 minutes. Remove the ladle from the oil and allowing excess oil to drip off.
3. Spoon enough batter to fill the ladle almost to the top and press a prawn into the center of the batter and gently lower the ladle into the oil.
4. After 2 to 3 minutes, when the base of the fritter has formed a crust, gently loosen the out the fritter from ladle by using small knife and allow it to continue frying until golden brown.
5. Refill the ladle with more batter and continue until all the batter is used up.
6. Remove fritters and drain the oil on paper towel. Allow the fritters to cool down before cutting it into cubes and serve with some chili sauce.

Khamis, 26 Ogos 2010

Apam Balik

DSC_0727
APAM BALIK

Salam kembali ;-),

Lepas masukkan n3 ni mintak diri dulu, nak jg yg kecik tu, yg buat kunjungan akn dbalas dgn kunjungan bila free nanti ;-)..

Malas nak but kuih2 sgt tahun ni tp akn buat juga kalau sempat nak buat insyaAllah... Resepi ni ramai dah yg cuba n hasilnyer pun menjadik, tapi peliklah kitanyer apam balik ni tepi2 dia tak mo garing, kita suke kalau tepi2 dia garing gitu yg tengah2 pulak lembap ni sbb pan kita ni pelik sikit :D Resepi asal dr cik biskut OREO@MyR, mekaseh for sharing, mmg best resepi ni tapi jgn tanyer kita mcm kat pasar malam ke tak buat dulu baru tahu :-).. Mcm biasa ya cik biskut OREO mintak halal n izin kembali resepinyer :-)...

Selamat berpuasa!! n semoga amalan kita hari ini dan juga seterusnyer dterimaNYA insyaAllah...

APAM BALIK

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar

DSC_0729

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!

Jumaat, 20 Ogos 2010

Cucur Udang II n Pulut+Durian+Santan

DSC_0981
CUCUR UDANG II

Salam ramadhan kembali buat hari ni :D,

Yihaaaaaa, ari ni tuan umah kemalasan nak memPROJEK satu punnnn xpriment :D dah nak last2 ni kena relaxkan bdn tak mo letih2 esok byk kerja menanti.. Yg bestnyer esok mmg lapang lah rumah sbb staff com ninja tu nak ambik sume2 fish tank yg ada skrg ni, sedih jugak dgn ikan2 yg kecik tu sbb dah lama tuu berasama sama dgn kita org :-( tp tak pelah tanggungjwb nak jg ikan2 tu semua pun berat jugak, bg makan mana boleh kebulur ikan2 tu sume tak baik menyeksa kan kan..jdnyer jalan mudah sedekah jer lah kat sapa2 walau pun dah habis berpuluh ribuuu lebih untuk sume2 tu haih!

Balik pd buku resepi semula :D, kita mmg suke jugak cuba2 resepi lain kali ni cucur udang resepi dr KAK RINNCHAN n skodeng umah KAK HANA macehhhhh!!! Mintak izin n halal ya resepinyer mcm kebiasaanyer lah :D Cuma untuk resepi ni kita tambah yis sbb suke bau2 yis gitu :D makan pulak bersiramkan sos yong tau foo semalam tu mmg buat lebihhh..syedappppp!!!! :D jemput makan! :D

CUCUR UDANG

Bahan-bahan
  • 300gm Tepung gandum
  • Udang besar secukupnya, bersihkan
  • Sebiji bawang besar - dimayang nipis-
  • Segenggam taugeh....Nak taruk lebih pun ok !!!
  • Daun bawang dan daun saderi secukupnya, dipotong kecil2
  • 2 biji telur
  • 1 cawan air panas (bukan air mendidih yaaa... )
  • Air biasa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 camca teh baking powder
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1/2 sk yis>>yg ni kita tambah
DSC_0982

Cara-cara
  • Panaskan minyak untuk menggoreng dan sementara menunggu panas, rendamkan bahagian senduk yg bulat. Tujuannya adalah untuk memudahkan cucur udang lekang dari senduk.
  • Masukkan tepung dalam satu bekas.
  • Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air panas dan air sejuk. Gaul-gaul lebih kurang.
  • Tuang air panas sedikit demi sedikit sehingga tepung bersalut air.
  • Tuang air biasa sehingga adunan secukupnya elok untuk dijadikan cucur udang.
  • Keluarkan senduk yg terendam dalam minyak tadi dan isi dengan adunan dan letakkan seekor udang di tengah2nya.
  • Masukkan ke dalam minyak dan tunggu sebentar sehingga cucur lekang dari senduk. Goreng sehingga garing.
  • Ulang hingga habis.
  • Hidangkan dengan sos cili thai, kuah cili pedas atau kuah kacang. ikut selera masing2.


DSC_0897
PULUT+DURIAN+KUAH SANTAN

Yg ni adik beradik Khao Niaow Ma Muang :D, cuma gantikan durian jer lah n pulut tu pulak sajer2 letak pandan paste kasi wangi sikit :D pastu tabur bijan itam kasi semakin glamer sikit pulut tu ahahaha... :D Oleh kerana tak mkn nasik ari ni gantikan dgn pulut, yg ni mmg lah heaven sbb kita jer yg melantak sorang ekekeke... oowwhh.. lupa untuk kuah santan tu kita buat pekat2 tgk tu tuang atas durian kuahnyer pun tak nak jatuh wakakaka... sedapppp tuuuu! AWAS>> jangan makan byk2 kang hangin satu bdn :D, Resepi tak yahlah since sume org pandai mengukus n mengKUAH dgn gaya tersendiri ikutlah cara sendirik ya.. untuk kuah santan tu cuma letak gula, grm mesti ada manis2 sikit n masin, pastu letak bancuhan tepung jagung ikut kepekatan yg dkehendaki.. sekian :D tuan umah nak berehat sampai ahad :D kalau rajin sok update ler kang kalau malas tunggu hari isnin insyaAllah.. ;-)

Bahan2

PULUT
DURIAN SEGAR
KUAH SANTAN

^______^//

DSC_0898
sila2 cuit sikit2 jan byk2, bahayer :D