ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Bakso. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bakso. Papar semua catatan

Rabu, 10 Ogos 2011

Menu Iftar ke 9>>Bakso

_DSC0378
BAKSO

Salam di ramadhan yg ke 10 buat semua insyaAllah! :-)

MEnu iftar atau berbuka puasa hari ke 9 ramadhan BAKSO resepi dr CHE'IZA , MURTABAK DAGING n JELLY TEMBIKAI kat bwh nun :D Alhamdulillah kejap jer dah masuk angka 10 ya? :D >>>mcm budak kecik2 jerrr asyik mengira dah baper hari puasa hihihi...

Buat semua yg tinggalkan komen terima kasih! Mmg tak sempat nak reply skrg ni akn reply bila masa kita sempat, n insyaAllah akn buat balas kunjungan balik, terima kasih!! Dulu2 dah buat resepi Bakso che'iza nii, pastu resepi bakso dr indonesia, mmg kita suke rasa dia sbb makan dgn hirisan kobis yg mana kita sgtttttttttt suke :D Mcm biasa kita letakkan balik resepinyer kat sini :-) Mintak halal n izin kembali resepinyer ya che`iza, tenkiuuuu!!!

BAKSO
Resepi Asal: CHE`IZA MyR

Bahan-bahan ( 7-8 org )

  • Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
  • Taugeh
  • Kobis dihiris halus
  • *UTK BEBOLA
  • 400 gm daging cincang
  • 2 biji bawang merah diracik halus
  • 2 biji bawang putih diracik halus
  • 2 sb telur (1/2 biji)>>Yg ni kita gunakan putihh telur sahaja utk 2 biji telur
  • 1 sk tepung ubi / tepung jagung
  • sedikit serbuk lada sulah n garam
  • *UTK KUAH
  • 3 biji bawang merah dihiris
  • * 3 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1sk lada sulah biji
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sb pati daging / pati ayam
  • sedikit serbuk lada sulah
  • garam n perasa

_DSC0381
Makan dgn sambal kicap sambil pakai kain batik wakakaka...

Cara-cara

  1. UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
  2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
  3. UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
  4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
  5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....


_DSC0386