Published Journal Articles by Muhammad Febriansyah
Discourses, Agency and Identity: Critical Perspectives, 2021
The emergence of a significant number of Malay-language independent publishers in Malaysia in rec... more The emergence of a significant number of Malay-language independent publishers in Malaysia in recent years coincided with the spread of 'alternative' cultural discourses in relation to music, fashion, activism and lifestyle. Defining terms such as 'scene', 'cool', 'hipster' and 'rebel' have been used by official agencies, the media and scholars seeking to describe this cultural phenomenon. At its core, independent publishing positions itself in opposition to the domination of mainstream publishers and the institutionalisation of language and literature championed by the government agency Dewan Bahasa dan Pustaka. In a self-proclaimed spirit of freedom and celebrating diversity, those involved in independent publishing aim to provide fresh alternatives to the products already in the market while seeking to revolutionise old ways of publishing along the way. The chapter begins with a theoretical discussion on the concepts of 'mainstream' and 'alternative', developing ideas first articulated by theorists of the counterculture and resistance. Based on participant observation and interviews with key informants, the analysis then critically interrogates the claims made by and on behalf of independent publishers. We argue that independent publishing is merely a new form of competition within the dynamics of capitalism that strategically targets the youth market. Thus the main focus is on commonplace measures such as effective marketing strategies and increased sales as they remain the key measures of success; as such, these strategies are little different from those of larger and more mainstream publishers. The novelty of the discourse or critical messages or resistance conveyed in publications are of secondary or peripheral importance. In short, we suggest that Malay-language independent publishers have become a part of what they themselves claim to oppose. Given the recent downturn in the fortunes of the Malaysian book industry as a whole, the indie moment in publishing may already be a thing of the past.
WIJI THUKUL AND THE STRUGGLE FOR HUMAN RIGHTS IN POST-AUTHORITARIAN INDONESIA, 2019
Asian Journal of Political Science, 2020
This paper examines the election monitoring in Indonesia with a specific focus on a unique elemen... more This paper examines the election monitoring in Indonesia with a specific focus on a unique element in Indonesian elections that is the Elections Supervisory Agency (Bawaslu), an official institution established to observe and monitor the electoral process. Bawaslu had gained considerable juridical authority since 2017, granted by the election law, to not only monitor and provide recommendations, but also has the power to intervene with the electoral process and to judge any electoral offence. In the case of 2019 concurrent election, Bawaslu’s newfound authority had led to a constant conflict with the General Election Commission (KPU). It is also argued that Bawaslu’s existence is one of the causes that have led to the declining participation of local or international civil society in election monitoring in Indonesia. This research uses observational study to evaluate the 2019 concurrent election and interviews with KPU, Bawaslu, as well as local and international election monitoring NGOs in Indonesia. We argue that Bawaslu’s current role is not ideal in the context of Indonesian electoral system because the participation from civil society in election monitoring is still very much needed in democracy consolidation in Indonesia.
Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 2018
Rave sebenarnya ialah satu bentuk ekspresi sub-budaya. Walau bagaimanapun, tularnya video tarian ... more Rave sebenarnya ialah satu bentuk ekspresi sub-budaya. Walau bagaimanapun, tularnya video tarian rave dalam media sosial di Malaysia telah lebih memfokuskan ia kepada konteks budaya negatif dan hedonisme. Hal ini ditambah lagi dengan isu pergaduhan antara kelompok raver dan hipster. Yang berpunca daripada stratifikasi sosial. Pada asalnya, rave ialah tarian yang diiringi oleh muzik berentak rancak dan elektronik yang dimainkan oleh deejay. Kebanyakan acara tarian ini ada di konsert, parti dan kelab eksklusif. Namun, sesetengah kelompok raver di Kuala Lumpur boleh ditemui menari di kawasan membeli-belah seperti di KLCC (Kuala Lumpur City Centre) dan Pavilion. Situasi ini menunjukkan seakan-akan ada ekspresi yang cuba disampaikan oleh mereka dengan menari di tempat umum, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak bersefahaman dengan kelompok hipster. Kajian ini membincangkan rave dari sudut sub-budaya, pemikiran dan aktiviti yang dilakukan oleh segolongan remaja raver di Kuala Lumpur. Ia bermatlamat untuk mengenal pasti ekspresi sosial, amalan-amalan dan penggunaan ruang oleh kelompok raver dan hipster. Teori dan konsep seperti sub-budaya, arus perdana, dan ruang awam turut dibincangkan. Kajian ini adalah berdasarkan data empirik daripada pengamatan langsung terhadap aktiviti yang dijalankan oleh golongan raver dan temu bual mendalam dengan beberapa anggota kelompok raver. Kajian ini mendapati rave ialah ekspresi sub-budaya sebagaimana rock, skinhead, punk dan goth yang menjadi pencetus kepada kepanikan moral di negara ini. Budaya rave di Malaysia yang dipaparkan oleh mereka dilihat telah disesuaikan mengikut keadaan sosial di negara ini. Kata kunci: Raver, hipster, sub-budaya, media sosial, Kuala Lumpur.
Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 2018
Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan dua parti kiri, iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti S... more Pilihan Raya Umum Ke-14 menyaksikan dua parti kiri, iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen selepas beberapa dekad. Ia juga merupakan kali pertama semua calon PSM bertanding atas logo parti mereka sendiri setelah menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam dua PRU sebelumnya. Namun keputusan PRU-14 tidak satu pun memihak kepada mereka kerana semua calon yang bertanding kehilangan deposit. Artikel ini akan membincangkan penglibatan kedua-dua parti tersebut dalam PRU-14. Pengkaji beranggapan bahawa hasil PRU yang tidak memihak kepada parti-parti kiri bukan penolakan sepenuhnya terhadap idea dan parti kiri di Malaysia. Ia kerana bagi parti kiri, partisipasi pilihan raya bukan satu-satunya cara untuk mencapai cita-cita politik. Namun PRM dan PSM gagal membuktikan bahawa mereka adalah alternatif sehingga membenarkan pandangan umum bahawa PRU-14 adalah segalanya tentang persaingan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Books by Muhammad Febriansyah
MALAYSIA-INDONESIA: NARASI-NARASI LINTAS BUDAYA DAN NEGARA, 2021
Koleksi esei-esei di dalam buku ini merupakan sebuah cerminan hubungan inter-personal yang rumit ... more Koleksi esei-esei di dalam buku ini merupakan sebuah cerminan hubungan inter-personal yang rumit namun mengikat kita yang mendiami ranah ini. Ia menawarkan sebuah kilasan terhadap dunia dalaman Asia Tenggara di mana idea kepemilikan bersama masih wujud, meskipun tidak semestinya diartikulasikan melalui perbendaharaan kata mencerminkan hal tersebut. Kualiti organik esei-esei ini – memandangkan ianya datang dari hati dan sangat dekat dengan pengalaman kita sehari-hari, kerinduan dan keresahan – menunjukkan kedudukannya sebagai suara pinggiran (subaltern) sebenar, iaitu mereka yang tidak semestinya berada di pusat kekuasaan atau yang memegang kuasa, tetapi hidup mereka dibentuk oleh kuasa – ekonomi, politik, diplomasi. Oleh itu, ia mencerminkan kehidupan sebenar masyarakat Asia Tenggara saat ini.
Punk seringkali dipandang negatif dan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan seperti sampah masyaraka... more Punk seringkali dipandang negatif dan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan seperti sampah masyarakat, tidak berguna, tidak berakhlak dan sebagainya. Realitinya, wujud komuniti-komuniti punk lain yang melakukan bermacam-macam aktiviti dengan maksud untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Buku ini cuba untuk menampilkan sesuatu yang berbeza, iaitu tindakan politik dan aksi langsung yang telah dilakukan oleh komuniti punk seperti Rumah Api di Kuala Lumpur, Malaysia dan Komunitas Taring Babi di Jakarta, Indonesia. Buku ini juga menonjolkan nilai-nilai penentangan, pemberontakan dan kemandirian punk yang boleh dilihat melalui pelbagai prinsip seperti kerja bertukang sendiri (do-it-yourself). Oleh yang demikian, buku ini berkeyakinan bahawa punk harus dilihat dalam lensa sub-budaya, ketidakakuran, penentangan dan transnasional bagi membolehkan mana-mana individu atau komuniti punk dapat difahami dengan lebih dekat sebagaimana Rumah Api dan Komunitas Taring Babi. Kajian tentang perlawanan politik di luar gelanggang rasmi seperti pemilihan umum dan parlimen masih sedikit. Justeru, buku ini menawarkan sebuah penerokaan budaya penentangan yang sungguh menarik. Ia memberikan penjelasan mengenai kedudukan khas seni dalam budaya penentangan tersebut dan keterbatasan dalam budaya tersebut bila berhadapan dengan konsumerisme. Proses ini mencerahkan dinamika budaya, sosial, dan politik yang tidak jelas kelihatan tetapi tetap membawa kepada perubahan masyarakat.
Unpublished Conference Presentations by Muhammad Febriansyah
Marjinal adalah sebuah kumpulan muzik punk dari Jakarta yang banyak mencipta dan mempersembahkan ... more Marjinal adalah sebuah kumpulan muzik punk dari Jakarta yang banyak mencipta dan mempersembahkan lagu-lagu politik menentang ketidakadilan, terutama dalam konteks Indonesia. Komunitas Taring Babi pula adalah sebuah komuniti tempat para ahli Marjinal mempraktikkan penentangan terhadap ketimpangan sistem sosial, ekonomi, politik, dan budaya tidak hanya melalui lagu, tetapi juga dalam kehidupan keseharian. Dalam tradisi budaya perlawanan punk, praktik ini disebut prinsip DIY, singkatan daripada do-it-yourself. Apa yang dilakukan oleh Marjinal telah menarik minat komuniti muzik punk di Malaysia yang melihat Marjinal dan Komunitas Taring Babi sebagai ikon budaya perlawanan. Atas dasar itu, mereka telah terdorong membina sebuah jaringan transnasional untuk membina kesefahaman dan saling belajar. Salah satu hasil dari jaringan ini, Marjinal telah dijemput oleh beberapa komuniti punk di Malaysia untuk mengadakan siri jelajah dengan tema “Marjinal—Berseronok Tour Malaysia 2013”. Kertas kerja ini akan membincangkan proses pembentukan Marjinal dan Komunitas Taring babi sebagai ikon budaya perlawanan di Indonesia dan Malaysia. Selain itu, kajian ini juga hendak melihat bentuk jaringan dan hubungan transnasional yang terbentuk di antara komuniti punk di kedua-dua buah negara dan bagaimana hubungan tersebut berperanan dalam mengembangkan kesedaran politik mereka. Kajian dilakukan melalui pengamatan langsung terhadap aktiviti Komunitas Taring Babi di Jakarta dan kunjungan kumpulan Marjinal di beberapa komuniti punk di Malaysia dalam siri jelajahnya. Temubual secara mendalam dengan beberapa individu dalam komuniti-komuniti punk di Malaysia yang terlibat juga dilakukan untuk mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati keterbukaan masyarakat dan sistem politik di Indonesia memberi lebih kebebasan bagi kumpulan seperti Marjinal dan Komunitas Taring Babi untuk berekspresi. Situasi ini tidak dialami oleh komuniti punk di Malaysia, Sehingga, mereka cenderung menjadikan rakan mereka di Indonesia sebagai ikon perlawanan budaya, bukan sebaliknya.
Kata Kunci: Punk dan Perlawanan, Politik Transnasional, Indonesia-Malaysia
Kertas kerja ini menilai pembangunan politik pasca era Mahathir Mohamad (1981-2003). Ketertutupa... more Kertas kerja ini menilai pembangunan politik pasca era Mahathir Mohamad (1981-2003). Ketertutupan dan dominasi yang selama ini mencirikan karektor rejim parti dominan, UMNO-BN berubah dengan signifikan apabila penggantinya, Abdullah Badawi (2003-2009) melaksanakan beberapa pengenduran politik (political relaxation). Biarpun tidaklah secara substantif menukar bentuk rejim dari semi-demokrasi ke demokrasi penuh, ia merupakan perubahan yang dapat dianggap berani mempertimbangkan kerigidan sistem yang diwarisinya. Pengganti Abdullah, Najib Razak (2009-kini) meneruskan pengenduran ini dengan memansuhkan beberapa akta kawalan dan mengisytiharkan era kerajaan serba mengetahui telah berakhir. Begitu pun, di sebalik pengenduran ini, pembangunan politik Malaysia dihujahkan masih terkekang dalam kerangka liberalisasi (reformasi) dan bukannya pendemokrasian (transformasi). Dengan melihat kepada beberapa perbezaan penting antara kedua-duanya, kertas kerja ini mengemukakan beberapa halangan dan kekangan yang membataskan pembangunan politik di Malaysia. Ia mengambil pendirian bahawa fasa yang sesuai menggambarkan situasi demokrasi Malaysia pada saat ini ialah transisi demokrasi (democratic transition) dan bukannya pengukuhan demokrasi (democratic consolidation). Prospek terhadap pendemokrasian disarankan turut menimbulkan persoalan apabila perkembangan selepas PRU-13 menyaksikan rejim pemerintah kembali menggunakan 'menu manipulasi'. Kata kunci: pendemokrasian, liberalisasi, politik reformasi, konservatisme
Pada tahun 1990-an, aksi-aksi demonstrasi yang dilakukan oleh mahasiswa, petani, buruh, dan eleme... more Pada tahun 1990-an, aksi-aksi demonstrasi yang dilakukan oleh mahasiswa, petani, buruh, dan elemen masyarakat yang lain menunjukkan peningkatan dalam jumlah yang tidak pernah berlaku sebelumnya pada masa Orde Baru. Aksi-aksi tersebut merupakan bahagian daripada gerakan prodemokrasi menentang kuasa otoriter Orde Baru yang mencapai puncaknya pada penggulingan presiden Soeharto pada tahun 1998, setelah 32 tahun berkuasa.
Performing art was one of the main locus for Suharto's New Order regime to sustain its hegemony. ... more Performing art was one of the main locus for Suharto's New Order regime to sustain its hegemony. The regime imposed a tight control on performing event in order to ensure that there was no political theme in any performance. Based on some of poetry-reading events, I will analyze how artists responded toward this hegemonic designs. Although some of the committed-artists were bold enough to fiddle around with political theme, yet in certain circumstance, they engaged in secure relationship with the regime during the performances. Any attempt of both artists and the regime's agencies to collaborate would only weaken the bargaining position of the former, regardless of the fact that they should have served as agents of change.
Wiji Thukul was a poet as well as a People's Democratic Party (PRD) leader. His poems considered ... more Wiji Thukul was a poet as well as a People's Democratic Party (PRD) leader. His poems considered representing working class and other marginalised groups. His opposition to the New Order regyme has led him to be a victim of force disappearance. In the collective memory of activists and intellectuals in Indonesia today, he remembered as a radical activist as well as a human rights heroic icon. This study is about a process of rebranding Wiji Thukul as he moved from being a marginalized poet and radical activist change to heroic icon after reformasi. I argued, his image nowadays reconstructed and reproduced by his family, friends, activists, and media through commemorations related to the important historical days. He became the most important symbolic against dictatorship not only because of his role in prodemocration movement during the New Order, but because of his ability to capture the imagination of people, especially activists and intellectuals after reformasi.
Kertas kerja mengenai pemisahan Timor Timur dari Indonesia ini disediakan sebagai pembanding terh... more Kertas kerja mengenai pemisahan Timor Timur dari Indonesia ini disediakan sebagai pembanding terhadap isu federalisme dan hak negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia. Sebagai sebuah negara majmuk, Indonesia pun mengalami persoalan nasional yang kerana tidak diuruskan dengan baik, menyebabkan terpisahnya Timor Timur dari negara kesatuan republik itu. Pada masa yang sama, pemerintah Orde Baru (1966-1998) dan pemerintah-pemerintah sesudahnya terus berhadapan tuntutan yang serupa di Aceh dan Papua (dahulu Irian Jaya). Ketika banyak sarjana menekankan kepada peranan antarabangsa, kertas kerja ini mencuba melihat faktor dalaman yang mendorong proses pemisahan Timor Timur dari Indonesia. Walaupun tuntutan kemerdekaan dari rakyat Timor Timur sangat kuat dan tekanan antarabangsa dari segi pencabulan hak asasi tidak pernah berhenti, tetapi rezim Orde Baru telah berjaya mempertahankan provinsi itu untuk tetap menjadi sebahagian daripada Indonesia. Partai Rakyat Demokratik (PRD), iaitu sebuah parti beraliran kiri yang pernah dianggap sebagai musuh utama rezim Orde Baru dan bergerak secara bawah tanah merupakan satu-satunya pihak yang menjadikan isu pembebasan Timor Timur sebagai program politik mereka untuk melawan Suharto. Mereka menyokong perjuangan kelompok pemisah bersenjata Timor Timur dengan membantu kempen kelompok itu untuk memerdekakan diri dari Indonesia di wilayah pusat kuasa Orde Baru, iaitu Jakarta. Walaupun PRD berperanan di dalam menurunkan Suharto dan juga pemisahan Timor Timur dari Indonesia, tetapi pengaruh mereka semakin hilang selepas reformasi. Berdasarkan fakta tersebut, kertas kerja ini berhujah bahawa pemisahan Timor-Timur dari Indonesia tidak akan terwujud jika tidak ada kekuatan politik dari dalam wilayah Indonesia itu sendiri yang menyokong upaya itu. Kes Timor Timur relevan untuk dijadikan bahan perbandingan bagi kes Sabah dan Sarawak di Malaysia yang sedang hangat dibincangkan saat ini. Selama tidak ada kekuatan politik dari Semenanjung yang menyokong tuntutan SSKM untuk keluar dari Malaysia, maka tuntutan tersebut sukar untuk diwujudkan. Tambahan pula, pendekatan kerajaan persekutuan Malaysia yang mengedepankan perundingan dilihat lebih berkesan berbanding pemerintah Orde Baru di Indonesia yang selalu menggunakan pendekatan ketenteraan dalam menangani isu pemisahan di Timor Timur, Aceh, dan Papua.
Popular Writings by Muhammad Febriansyah
Jokowi telah rasmi dinyatakan oleh Komisi Pemilihan Umumu (KPU) sebagai presiden terpilih Indones... more Jokowi telah rasmi dinyatakan oleh Komisi Pemilihan Umumu (KPU) sebagai presiden terpilih Indonesia untuk lima tahun akan datang. Senario yang sepatutnya kita lihat selepas itu adalah: Prabowo mempertikaikan keputusan tersebut di Mahkamah Konstitusi (MK), dan dalam masa dua minggu MK memutuskan sama ada Jokowi atau Prabowo yang dinyatakan sebagai pemenang.
Debat calon presiden siri kelima Sabtu malam lepas telah menandakan berakhirnya masa kempen pilih... more Debat calon presiden siri kelima Sabtu malam lepas telah menandakan berakhirnya masa kempen pilihanraya presiden (pilpres) Indonesia. Dari kelima-lima siri debat yang telah dijalankan, pasangan Prabowo-Hatta Rajasa dilihat sedikit unggul dalam retorik, akan tetapi Jokowi-Jusuf Kalla memiliki kelebihan dari segi pengalaman berada di pemerintahan yang sangat membantu dalam menyampaikan visi dan misi mereka. Penilaian siapa yang lebih dominan di dalam debat-debat tersebut sangat subjektif. Setiap pasangan calon memiliki kelebihan dan kekurangannya. Menurut hasil kajian
SEPTEMBER 29, 2015 ADMINTMI LEAVE A COMMENT Jakarta, 1 Oktober 1965, 4 pagi. Sejumlah pasukan ten... more SEPTEMBER 29, 2015 ADMINTMI LEAVE A COMMENT Jakarta, 1 Oktober 1965, 4 pagi. Sejumlah pasukan tentera pengawal keselamatan presiden, Cakrabirawa, dengan bersenjata lengkap mendatangi rumah Ahmad Yani, seorang jeneral tertinggi tentera darat. Mereka memberitahu ada situasi yang sangat bahaya dan presiden Soekarno ingin bertemu saat itu juga. Merasa pelik dan tidak percaya dengan perintah… from The Malaysian Insider / All http://bit.ly/1LYFDZ0 Jakarta, 1 Oktober 1965, pukul 4 pagi. Sejumlah pasukan tentera pengawal keselamatan presiden, Cakrabirawa, dengan bersenjata lengkap mendatangi rumah Ahmad Yani, seorang jeneral tertinggi tentera darat. Mereka memberitahu bahawa ada situasi yang sangat bahaya dan presiden Soekarno ingin bertemu saat itu juga.
Bangsa Indonesia baru saja memperingati 50 tahun peristiwa tragedi 1965, yang dalam narasi Orde B... more Bangsa Indonesia baru saja memperingati 50 tahun peristiwa tragedi 1965, yang dalam narasi Orde Baru disebut sebagai pengkhianatan G30S/PKI. Selama 32 tahun, narasi itu telah membentuk imajinasi kita tentang penculikan yang dilakukan oleh segelintir prajurit tentara Cakrabirawa dan penyiksaan kejam manusia-manusia tidak bertuhan terhadap enam jendral di Lubang Buaya. Bahkan sejak tahun 1984, imajinasi itu tergambar utuh secara visual melalui sebuah film garapan Arifin C.
Jumat ini (11/9), 2,4 juta rakyat Singapura akan memilih calon anggota parlemen mereka dalam pemi... more Jumat ini (11/9), 2,4 juta rakyat Singapura akan memilih calon anggota parlemen mereka dalam pemilu yang diperkarakan paling sengit dalam sejarah negara itu. Dalam pemilu kali ini, 13 kursi akan diperebutkan oleh calon tunggal dari PAP maupun partaipartai oposisi. Sedangkan di 16 Dapil lainnya, calon yang akan dipilih terkelompok di dalam satu grup, masing-masing grup terdiri 3 sampai 6 calon. Semuanya akan membentuk komposisi anggota parlemen yang berjumlah 89.
Uploads
Published Journal Articles by Muhammad Febriansyah
Books by Muhammad Febriansyah
Unpublished Conference Presentations by Muhammad Febriansyah
Kata Kunci: Punk dan Perlawanan, Politik Transnasional, Indonesia-Malaysia
Popular Writings by Muhammad Febriansyah
Kata Kunci: Punk dan Perlawanan, Politik Transnasional, Indonesia-Malaysia