Case Study Miopia

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN TAHUN 2


SEMESTER II

PENEMPATAN
PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH BUNTONG

TAJUK CASE STUDY


MIOPIA (RABUN JAUH) DIKALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH
TAHUN 6

NAMA : AHMAD FAIZ AZANI BIN AHMAD AMIR

NO. MATRIK : BPP2018-0074

NO. I/C : 931213-02-5355

TARIKH PENEMPATAN : 5/8/2019 – 16/8/2019


ISI KANDUNGAN
PENGENALAN .................................................................................................................. 1

PENYATAAN MASALAH DAN RIWAYAT PESAKIT ................................................ 2

Butiran Peribadi Pesakit .................................................................................................. 2

Aduan Utama .................................................................................................................. 2

Sejarah Penyakit Terkini ................................................................................................. 2

Sejarah Keluarga ............................................................................................................. 3

Sejarah Perubatan............................................................................................................ 3

Sejarah Pembedahan ....................................................................................................... 3

Hasil Pemeriksaan ........................................................................................................... 3

LITERATURE REVIEW DAN PERBINCANGAN ......................................................... 4

Patofisiologi Miopia........................................................................................................ 6

Rawatan........................................................................................................................... 7

RUMUSAN......................................................................................................................... 8

RUJUKAN .......................................................................................................................... 9

i
PENGENALAN

Miopia atau rabun jauh adalah apabila mata tidak dapat fokus dengan baik menyebabkan
objek jauh kelihatan kabur. Ini adalah satu masalah normal bagi mata di mana cahaya
menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina. Mereka yang mempunyai masalah
miopia lazimnya boleh melihat objek yang dekat tanpa masalah tetapi objek yang jauh
kelihatan kabur. Kecacatan yang bertentangan dengan miopia adalah hiperopia atau rabun
dekat di mana kornea menjadi terlalu leper atau mata terlalu dekat. Seseorang yang
mengalami rabun jauh boleh melihat objek dekat dengan jelas berbanding objek jauh yang
kabur kerana mereka yang rabun jauh cenderung untuk mengecilkan mata untuk melihat
objek jauh. Penglihatan kabur ini disebabkan oleh imej yang di fokus berada di hadapan
retina dan bukan tepat di retina.

Rabun jauh berlaku apabila mata lebih besar dan panjang daripada mata mereka
yang normal. Rabun jauh adalah proses semula jadi yang berkembang dengan pantas
terutamanya ke atas kanak-kanak sekolah atau remaja dan terus berlaku semasa proses
membesar. Ini menyebabkan mereka perlu memakai kaca mata atau kanta sentuh. Proses
ini akan berhenti apabila umur meningkat dalam usia 20-an. Mereka yang mempunyai
keturunan lebih berkemungkinan menghidapinya sama ada lelaki atau perempuan.
Kebanyakan rabun jauh adalah normal tetapi sebilangan kecil mereka yang rabun mungkin
mengalami komplikasi kelekangan retina atau retinal thickening. Ini berlaku apabila retina
lekang daripada lapisan koroid yang akan menyebabkan gangguan fungsi retina dan boleh
menyebabkan buta jika tidak dirawat. Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang
yang rabun jauh. Pesakit juga mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan sebelah
bawah.

1
PENYATAAN MASALAH DAN RIWAYAT PESAKIT

Pada 07/08/2019, Pasukan Kesihatan Sekolah Klinik Kesihatan Buntong telah


menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atas murid-murid tahun 6 SK Cator Avenue, Ipoh.
Pemeriksaan merangkumi ujian penglihatan menggunakan Snellen chart, pemeriksaan am
oleh pelatih Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat. Seorang murid lelaki telah
diperiksa dengan ujian Snellen chart dan mendapati penglihatannya sangat teruk. Pelajar
ini juga sering mengadu kabur penglihatan semasa di dalam kelas dan diletakkan di barisan
hadapan sekali pada waktu kelas.

Butiran Peribadi Pesakit

Nama Dalziel Lim Jianyi


Umur 12 Tahun Jantina Lelaki Bangsa Cina
Berat 56 kg Tinggi 154 cm BMI 23.6 (Normal)

Aduan Utama

Tidak dapat melihat objek jauh semasa sesi pembelajaran di dalam kelas dan tidak boleh
melihat cahaya terlalu lama.

Sejarah Penyakit Terkini

 Mengecilkan mata semasa melihat objek jauh.


 Membaca, menulis dan menonton televisyen pada jarak dekat.
 Mata sering berkedip dan berair.
 Sering mengadu sakit kepala.

2
Sejarah Keluarga

Bapa memakai cermin mata semenjak berumur 20 tahun.


Ibu memakai cermin mata semenjak berumur 18 tahun.

Sejarah Perubatan

Tiada sebarang masalah perubatan.

Sejarah Pembedahan

Tiada sejarah pembedahan atau sebarang prosedur yang dilakukan.

Hasil Pemeriksaan

Snellen chart

Right eye Left eye


Without PH 6/24 6/24
Pin Hole 6/18 6/18

3
LITERATURE REVIEW DAN PERBINCANGAN

Menurut World Health Organisation (WHO) (1995), seseorang itu dianggap mengalami
kecacatan penglihatan apabila penglihatan mata yang lebih baik kurang daripada 3/60
setelah dibetulkan dengan sebarang alat yang terdapat pada masa kini seperti kaca mata
dan sebagainya diikuti tahap medan penglihatan kurang daripada 10 darjah pada kedua-
dua belah mata. Hal ini membuktikan bahawa pesakit yang mengalami kecacatan atau
penglihatan mata apabila pemeriksaan menunjukkan kedua belah mata berada 6/9 dan
setelah dibetulkan menggunakan pin hole, penglihatannya semakin pulih. Bagi
mengenalpasti masalah penglihatan yang dihadapi kaedah akuiti digunakan. Merujuk
kepada Lippincott William (2000) visual akuiti atau ketajaman penglihatan adalah
bertujuan untuk menguji sejauh mana keupayaan mata melihat sesuatu objek pada jarak
normal untuk tujuan pendiagnosaan terhadap sebarang keabnormalan dengan
menggunakan Snellen chart.

Pesakit mengalami masalah ini semenjak berumur 6 tahun dan lebih jelas apabila
masuk sekolah rendah. Pesakit telah didiagnos mengalami miopia. Manifestasi miopia
merupakan kabur bila melihat objek pada jarak jauh, ia juga dikenali sebagai ‘near-
sightedness’. Berdasarkan kenyataan American Optometry Association (2006), kanak-
kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang melengkung atau bola mata yang
terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan
bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya. Maka objek yang dilihat menjadi kabur
kerana tidak dapat ditafsirkan dengan sempurna. Masalah ini bukanlah disebabkan oleh
kecacatan. Menurut Serena (2001), sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah
normal. Apa yang berlaku adalah biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding
orang yang tidak rabun sekaligus mengganggu pancaran cahaya imej terus jatuh ke retina
malah jatuh di hadapan retina dan menyebabkan objek jauh dilihat menjadi kabur.

4
Pembesaran mata dalam kejadian miopia degenaratif boleh menjejaskan rupa saraf
optik. Retina akan merenggang jauh dari saraf optik. Retina oeriferi juga akan terjejas,
menghasilkan cirri-ciri perubahan miopia degenaratif. Degenerasi kekisi meningkatkan
dalam kelaziman kurang daripada 1% dalam mata dengan panjang paksi 22mm kepada
kira-kira 16% di mata dengan panjang paksi sekurang-kurangnya 30mm. apabila mata
membesar, retina pigmen epitelium menipis dan mengakibatkan satu tessellated rupa
fundus dan penglihatan meningkat daripada choroidal vasculature.

5
Patofisiologi Miopia

Bagi orang yang mempunyai penglihatan yang normal, sinar cahaya selari memasuki mata
dan dibengkokkan oleh kornea dan kanta (proses ini dikenali sebagai pembiasan) untuk
memberi tumpuan tepat pada retina dan menghasilkan imej yang jelas. Dalam mata miopia
kuasa tumpuan kornea (struktur pembiasan utama mata) dan lensa adalah terlalu besar
akibat daripada pemanjangan biji mata. Sinar cahaya yang terlalu banyak akan berkumpul
di hadapan retina. Ketidaktepatan ini dipanggil satu kesilapan refraktif (refractive error).
Dalam erti kata lain, imej kabur yang terlebih focus dihantar ke otak. Terdapat banyak jenis
miopia. Sesetengahnya termasuk:

 Secara fisiologi
 Secara patologi
 Secara diperolehi

Setakat ini yang paling biasa, miopia fisiologi yang terjadi kepada kanak-kanak yang
berumur antara 5-10 tahun dan secara beransur-ansur berkembang sehingga mata matang
sepenuhnya. Miopia fisiologi mungkin termasuk miopia biasan (kornea dan sifat-sifat lensa
lentur adalah terlalu kuat) dan miopia paksi (bola mata terlalu panjang). Miopia patologi
yang tidak normal jauh lebih biasa. Keadaan ini bermula sebagai miopia fisiologi tetapi
mata tidak stabil dan terus membesar pada kadar yang luar biasa (myopia progresif).
Miopia jenis ini lebih jarang berlaku dan boleh membawa kepada perubahan degeneratif
dalam mata (myopia degenerative). Keadaan ini boleh dilihat dalam pesakit diabetes yang
tidak terkawal dan beberapa jenis katarak. Ubatan anti hipertensi dan ubat-ubatan lain juga
boleh menjejaskan kuasa biasan kanta.

6
Rawatan

Rawatan yang biasa digunakan untuk menyelesaikan masalah ini antaranya dengan
menggunakan kaca mata, kanta lekap dan pembedahan pembetulan rabun seperti PRK
(Photorefractive Keratectomy), SMILE (Small Incision Lenticular Extraction) atau
rawatan terbaru iaitu laser atau LASIK (Laser Assisted In-Situ Keratomileusis) yang
memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata. Bagi kanak-kanak
yang mengalami rabun yang tidak serius digalakkan menggunakan cermin mata.

Masalah utama bagi mereka yang mempunyai miopia yang tidak dibetulkan adalah
kekaburan pada jarak jauh. Miopia hanya boleh dibetulkan dengan pemakaian kanta
cekung. Kanta cekung adalah kanta yang mempunyai bahagian tengah nipis berbanding
dengan hujung kanta. Sekiranya kuasa kanta cekung adalah tinggi maka mata yang
memakai kanta ini akan kelihatan lebih kecil dari saiz asal. Pesakit telah dirujuk kepada
optometri untuk mendapatkan rawatan lanjut dan mula memakai kaca mata. Menurut Dr.
Michele (2001) rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam
persekolahan seawal-awalnya 6 tahun. Pada umur remaja dimana ketika tubuh badan
membesar dengan cepat, rabun dekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun
kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

7
RUMUSAN

Kesimpulannya, rabun jauh atau miopia adalah masalah biasa yang menjejaskan
penglihatan seseorang dan boleh menyumbang kepada peningkatan risiko untuk keadaan
‘vision threatening’. Rabun berlaku disebabkan ketidakseimbangan di antara panjang bola
mata dengan kuasa kornea dan kanta mata. Gejala utama miopia yang kebiasaannya
dihadapi oleh golongan remaja dan kanak-kanak ialah kabur melihat objek jauh dan
penglihatan lebih jelas pada objek dekat. Masalah ini telah menjejaskan lebih 1.6 bilion
penduduk di seluruh dunia. Rawatan yang biasa digunakan untuk golongan kanak-kanak
ialah penggunaan kaca mata dengan kuasa kanta yang bersesuaian dengan pesakit. Ini dapat
dicapai dengan menjalani beberapa saringan berbentuk ujian mata contohnya Snellen chart.
Rabun yang tidak dikawal mungkin akan menyebabkan kecacatan penglihatan yang akan
menyebabkan masalah pembelajaran, tahap rabun semakin meningkat dan mata mala atau
amblyopia. Pemeriksaan fizikal yang dilakukan di setiap sekolah di negara ini dapat
membantu mengenalpasti kes-kes keabnormalan yang memerlukan rawatan lanjut.
Pasukan Kesihatan Sekolah telah berjaya membantu menjamin kesihatan di kalangan
murid sekolah sekaligus mengurangkan kadar penyakit dalam negara.

8
RUJUKAN

1. Colenbrander A. (2009). Measuring vision and vision loss. In : Tasman W,


Jaeger Duane’s Ophthalmology. 15th ed. Philadelphia, Pa : Lippincott Williams
& Wilkins : chap 51.
2. Miller D, Schor P, Magnante P. (2008). Optics of the normal eye. In : Yanoff
M. Duker JS. Eds. Ophthalmology. 3rd ed. St Loius, MO : Mosby Elsevier : chap
2.6
3. Farrall, H. (2010). American Academy of Ophthalmology Preferred Practice.
Pattens Committee. Preferred Practice Guidelines. Comprehensive Adult Medical
Eye Evaluation. San Francisco. CA :American Academy of Ophthalmology.
4. Bischoff, P. (1995) Long – term results of low-vision rehabilitation in age related
macular degeneration. Doc. Ophthalmology. 89 : 305-311.
5. Kementerian Kesihatan (2001). Masalah penglihatan kanak-kanak. Retrieved
August 11, 2019 from http://www.mohr.gov.my.
6. Portal rasmi my health kementerian kesihatan Malaysia. Retrieved August 11,
2019 from http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/dewasa/kesihatan-
orang-kurang-upaya/kecacatan-penglihatan.

Anda mungkin juga menyukai