Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Friday, December 15, 2017

Review Autumnz Baby Food Processor




So I bought this one from lazada. 
Harga around Rm178

Been eyeing baby food processor since anak sulung tapi tak pernah beli. 
Anak no tiga (or mybe bongsu ni) baru beli. 

well, i x guna lama sangat pon benda ni. 

maybe dalam 4-5 bulan je kot, ke kurng lagi. 

biasala , bila anak dah banyak, dorg tumbuh gigi je terus bagi makan makanan dewasa. hahaha


umi dia makin pemalas. and makin relax. 





Ni Iyaadh masa umur dalam 6-7 bulan.. Now dah setahun setengah kot! lama nya umi dia nak amik masa update blog. sorry yang, umi x banyak update pasal awak dlm blog. Bukan x sayang tau, umi bizi cari duit hahahahah

yg ni example makanan yg saya masak guna food processor ni. buat stock.


and bawah ni steps nak masak pantas!


1. Frozen blended beras sangai 
2. Campak no 1 with carrot puree, potato puree, blended chicken flesh and homemade chicken stock with a little bit of H2O. Boil for 10 mins. 
3. Once ready, transfer to smaller container and let it cool. For 6-8months baby without teeth, preferably need to blend a bit using hand blender to get smoother texture. For babies with teeth, the texture of this porridge is already smooth enough. 
4. Label and frozen it. Ready to be eaten by your babies anytime, anywhere . Just reheat or double boiling it



Boleh tgk kat video ni gak..

.. Here's an example, right after steaming, the machine will beep to indicate that the steaming process is done and the light (red) will turn off. To blend, just turn the knob to the left side and blend it to your desired texture. I bought this from Lazada (seller onebabyworld) for the price of RM173 (free postage and free 8pcs (2oz) autumnz food keeper). I am actually a loyal customer of Autumnz secara tak disedari since 4 years ago.. I also used their sterilizer, warmer (bought at the end of 2012 and still functioning well to date) and their breastmilk plastic storage. Apart from that, I am also hardcore user of Autumnz nursing wear too! Ok, that will be all my unpaid review for Autumnz product...



stock utk 3 hari.



bubur from beras yg dah blend.

blended beras

 the ingredients.
carrot
potatoes
chicken breast 


steam all in once


almost cook!


those frozen chicken, carrots and potatoes 

i mix it with the blended rice and boil them all at once!




walla ! 

got this texture.
suitable for baby 6m and above


the frozen blended rice



Tuesday, October 22, 2013

Tips flying with babies and toddlers



Assalamualaikum, sementara still segar dlm ingatan ni, nak share sikit tips 'kononnya' utk travel in flight with infant and kid(s). Based on my experience yg x seberapa, org lain yg dah selalu turun naik flight lg expert la bab ni.

kadang-kadang bila tak pernah or jarang2 travel dgn flight, kita jadi blank/ buntu apa nak kena bawa/apa yg perlu/xperlu...so nak share ni, hasil saya dok buntu sebelum ni, dan lepas dah travel dgn sorang baby and sorang infant, apa yg kena ada masa travelling ni...

oh ye, biasanya flight attendance akan bg chance la dkt passengers with babies/kurang upaya utk masuk dulu dalam flight masa nak boarding utk senang nak selesakan diri kat seat etc..tp bagi kitaorg, we did not follow their suggestion utk masuk awal...

sebabnya, once dah masuk, tak leh keluar. tak leh bangun2 sesuka hati. kena duduk, ikat tali pinggang dan berkepit lah dgn anak2 kat seat kapal terbang yg tak la berapa besar tu...

mmg kitaorg masuk antara yg last-last...sebab masuk awal, maknanya lama la bersempit2 dalam tu. 
so masuk lewat dpt anak2 chillax lagi kat departure hall...pastu masuk last last tak yah beratur panjang sambil galas beg n kelek anak2 lagi...

1. Toys & Flash Cards




  • tak perlu bawa toys yang besar-besar, cukup sekadar yg kecik-kecik, boleh sumbat dlm bag. 
  •  Imani pun dah 8 bulan lebih, dia lebih attracted pada benda2 lain selain toys, jadi mmg sy xbawa banyak sgt la. 
  • selain toys, saya bawa flash cards jugak. sebab ringan. ikat je dgn getah, masuk dlm bag. bosan2 boleh ajar Imani and Ilyaas. 


2. Stroller & Baby Carrier


  • Bagi yg travel dgn sorg baby je, mungkin tak perlu. Memadai dgn ada baby carrier saja. Tp bagi kitaorg yg travel dgn 2 budak less than 3 years old, and banyak tempat persinggahan, kehadiran both stroller and baby carrier sgt sgt membantu perjalanan kitaorg, especially bila dekat airport, n transit time adalah lama. 
  • Untuk bawa stroller ni, kena tgk jugak jenis stroller. Di cadangkan bawa stroller yg light weight, mudah dilipat, mudah di buka (jenis payung) dan tak amik space yg besar. 
  • Baby carrier pulak sy guna bila Ilyaas mengantuk or tidur atas stroller. So boleh dukung Imani dlm baby carrier. 
  • Selain penting dkt airport, penting jugak waktu berjalan-jalan sekitar tpt kita bercuti tu. Contohnya, lepas kitaorg hantar kereta sewa, pastu kitaorg jln kaki je pergi pantai tanjung aru, Ilyaas ngantuk, so tidur dlm stroller. Imani pulak selesa dalm baby carrier. 

3. Extra Infant Buckle


  • Ok, ni penting. Bagi first timer yg travel bersama bayi, sila mintak pramugari tunjuk ajar cara nak pakai infant buckle ni. Kalau segan/ xsempat, cuba ingt step yg sy tunjukkan kat sini.hihihi..
  1.  bila kita dpt buckle tu, kita check dulu la semua parts dia ok. 
  2.  Before kita buckle diri sendiri, kita selitkan tali pinggang infant/baby pada tali pinggang kita. Ada satu bahagian yg dh tersedia dkt infant buckle tu, khas utk kita selitkan. Then, kita pakai tali pinggang keledar kita. 
  3.  Lepas dah pakai kat diri sendiri, betulkan position buckle infant tu supaya bahagian yg dh tersedia utk infant/bayi tu ada kat tgh2 pinggang kita. pastu selit baby kita kat tali pinggang tu and buckle la baby kita pulak 




  • Ni Imani dlm buckle infant. boleh longgarkan so that baby boleh baring atas riba kita.




  • Ni rupa buckle infant yg dah siap di pasang pada Imani. Muka ngntuk sgt dh masa ni. 
  • Tak sempat take off dia doze off dulu... 
  • kalau baby kecik lagi, boleh order baby cot.  



4. Cardigan/Extra Cloth/ Sweater/ Socks





  • Biasanya dlm flight, lepas take off akan sejuk.. Depends dgn flight jugak kot.. Jadi sy mmg spare cardigan utk Imani. N socks utk Ilyaas. 

5. Diaper Clutch 




  • Ni penting sgt. cheeewaaaahhhh. kalau takde agak kelam kabut jadinya kalau tiba2 baby poo poo atas flight. Boleh imagine kan toilet flight sgt kecik/sempit. Muat-muat sorang dewasa bersaiz sederhana je. Kalau badan agak berisi, agak sesak kalau dlm toilet flight. Jadi, dengan nak salin baby lagi, agak susah la. 
  • Tak kan nak usung bawa beg baby besar-besar masuk toilet ni...fuhhh, nak letak tang mana pun tak tau beg baby dlm toilet ni. 
  • So, dgn ada nya diaper clutch, mmg penyelamat sgt sgt la. Imani poo poo masa otw balik KL. Harum semerbak wanginya. dlm masa less than 5 minutes, sy dpt salin pampers Imani kat toilet flight, dgn dok turbulence lagi masa tu.. Nasib baik bawa diaper clutch. 
  • Ok, promote sat..jangan marah. sapa nk beli diaper clutch, tunggu next batch yer..

6. Nursing Cover

  • Ni pon wajib ada. bagi yg menyusukan baby dgn susu ibu. Kalau formula milk, tak perlu bawa. tp boleh gak bawa, buat shawl utk diri sendiri. Sy ckp penting sgt sebab bila nak take off, telinga kita kan akan rasa berdengung...sama la dgn telinga baby. jadi nak kurangkan rs xselesa dlm telinga tu, mmg di cadangkan oleh banyak pihak supaya bg baby hisap susu. or hisap pacifier.  memandangkan Imani bukan jenis isap pacifier, so kena sumbat miss b la kat dia. 
  • Alhamdulillah, sepanjang beberapa kali naik flight aritu, dia ok bila saya buat camni. jadi nak susukan in public, kena la cover2 sikit...pakai la nursing cover..
  • sekali lagi nak promote, boleh order nursing cover yg tutup depan belakang kiri kanan badan ibu ni dari saya. heheheh....nnt kitaorg jahitkan. kain yg kitaorg guna jenis cotton english or sweedish cotton. sejuk, lembut n corak cun. 



peace yawwww


7. Take turn to handle the kid(s)



  • ni boleh la apply kalau travel lebih dari sorg adult. kalau tak, kena la kuat mental fizikal nak handle baby/kid sorang2 sepanjang dkt airport, dlm flight dn selepas tu.. 
  • Imani bnyk kali gak tak nak sleep dlm flight. n Ilyaas asyik takut2 especially bila naik Mas Wings, so syukur sgt sebab travel dgn husband skali. My sil pernah travel gi UK dgn 3 orang budak, fuh cannot imagine la mcm mana dia handle depa 3 org tu...

8. Bring/ Ask for pillow and blanket



  • Ni accessories je la. tak bawa pun takpa. dalam flight boleh mintak, kalau naik airasia, maybe leh beli comfort kit. Bila budak2 dah penat, dorg terlena, sian jugak la lena duduk tegak je kan. so ada bantal leh la sandar2 baring sikit. tp seat belt ttp kena pakai..

9. Recite Doa before depart




  • comel kan anak lelaki saya? heheheh
  • entah sapa ajar pun tak tau, dia naik flight je, siap2 nak take off, dia baca doa. 
  • agaknya dia ingt announcement keselamatan tu ajak org bc doa kot. bagus jugak, dpt praktikan budaya yg baik...lagipun, naik kenderaan apa pun mmg kena bca doa kan..


10. Let them play around and feel tired before depart



  • Ni sgt betul. Lepas main, dorg penat, naik flight dorg tido..senang kita relax la sikit atas fligh tu..
  • tp kena la rajin melayan n mengawal masa tgh tunggu flight kat airport. try la cari apa2 nak entertain dorang. 
  • kalau dorang yak2 siap2 masa ni pun bagus. 



  •  Ilyaas mewarna..isi masa yg ada sebelum boarding. sy isi buku warna yg nipis, small pencil colours and flash cards dalam satu folder yg nipis. n just masukkan folder tu dalam diaper bag je. Boleh jugak guna waktu atas flight


11. Order Kid's Meal


  • Bagi yg ada anak yg suka makan, worth it la amik yg ni. Makanan utk kanak2 akan dihantar awal. so that mak/ayah dia boleh tolong suapkan/layan anak makan dulu. pastu nnt boleh kita makan dgn aman. Berbaloi sgt la amik yg ni utk Ilyaas, sebabkan, dia ada games sekali, pastu masakan mmg sesuai utk budak2.tak pedas sgt. 
  • ada goodies jugak. kotak tu boleh potong2 sambung jadi aeroplane...so dpt isi masa atas flight tu


12. Water Bottle




  • Ini untuk kid/toddler la.penting masa nak take off. sebab telinga kan akan berdengung.. so dgn minum air, dpt kurgkan rasa xselesa tu. 
  • saya isi air siap2 je dlm botol ni. isi sikit pon cukup la...


12. Prepare a simple Diaper Bag



  • yang ni mmg susah nak citer...sebabnya saya sendiri pon beberapa kali pack dan unpack diaper bag..
  • mula-mula day 1 pakai beg yg mmg khas utk diaper bag la...ala yg jual kat section baby kat supermarket tu..tp rasa beg tu xmampu nak muatkan semua yg saya nak letak. pastu rasa bulky sgt and susah nak galas...
  • So day 2 onwards, saya just pakai normal back pack. Medium size backpack, yg lightweight, saya letak semua keperluan yg akan digunakan + extra baju/pampers dalam ni. Diaper clutch pun saya masukkan dalam ni jugak. Tak lupa camera pun dlm ni jugak. Towel kecik, cardigan, tupperware isi cerelac Imani semua dalam ni. 
  • atas flight, saya tak letak bag ni kat bahagian atas seat. letak bawah seat, depan kaki kita, so senang kalau nak amik apa2 yg kita nak..tak perlu bangun n buka compartment atas.  

Lastly, enjoy your flight 



last but not least, enjoy your plane ride. 
sangat exciting for Ilyaas. 
very different experience both for husband n myself, sebelum ni travel sdn bhd je, 
skrg ber-empat dgn anak-anak sekali...


other useful tips: 

Thursday, September 12, 2013

Peringatan pada kita, ibu bapa

Baca ni pagi tadi, risau dan takut sgt. 
Husband selalu letak Ilyaas dalam kereta, pagi-pagi sementara kitaorg masukkan beg etc dalam kereta...Kadang I drive sorang, I terpaksa tinggalkan anak-anak dalam kereta, nak keluar bukak/tutup pintu gate rumah... 
Risau kalau Ilyaas main dalam kereta, main dgn gear, dgn stereng, tingkap kereta..macam-macam boleh terjadi..Nauzubillah

Untuk peringatan kita semua, berita dari Harian Metro ni....

Semoga dijauhkan perkara sebegini dari terjadi pada kita semua...

Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.” 
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
Mohd Ali berkata, sebelum kejadian, anak keempatnya, Aiman Yasin, dipercayai mengambil kunci kereta miliknya tanpa disedari ahli keluarga lain.


Sumber: Harian Metro


Thursday, December 20, 2012

Carta Perencanaan Anak Soleh/Solehah



Source: Majalah Al-Ustaz isu 09
 
Doa Memohon Mendapat Anak Yang Soleh  

 Ø±َبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِÙŠ...Ù†َ Ø¥ِÙ…َامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. - Furqan ayat 74


Saya terjumpa carta ni dekat source yang dinyatakan. Rasa sgt membantu dalam nak mendidik khalifah-khalifah kecil ni. Tak sabar nak cari majalah ni pasaran sebab isu 09 ni berkaitan kehamilan dan kelahiran.
Gambar saya letak ni tak berapa clear.. Boleh dapatkan gambar yg clear dkt source Majalah Al-Ustaz .


Thursday, October 4, 2012

MSN Parenting Survey

Assalamualaikum,

Remember about my post on MSN Parenting Page?

I forget to tell you that MSN is currently running a parenting survey, for both father or mother to participate.

This is the link for the survey.

 http://survey-b.effectivemeasure.net/launch/dhBOHoC1l%25PSAlFV3QXFcdbv3eD7kGQbdo2a4dxtoith9gswG%25SLj7n11ct5uUP02YNSI7DR5Xfu86RrTx6PSXgioAmpHQZfcbrg/info

So, please do not hesitate to join it. I have done my part =)

Monday, September 24, 2012

Parenting Page on MSN



Bukak blog td, nampak iklan ni. Terus lah klik, bukan sebab nak bg nuffnang naik ke apa sgt, tp sebab ada title Mum's Secret Survey. 

Terus directed to page ini


And saya rasa laman web ini menarik. 

ada topic breastfeeding
pregnancy and labour
food allergies
baby products
recipes for kids
nutritional tips
kids and socirty
tips and tricks

Well, saya mmg suka baca pasal parenting. Dari mula pregnant kan Ilyaas sampai sekarang. Siap rasa nak bukak nursery lah, nak sambung study dalam children development dan sewaktu dengannya. Tp semua tu belum terlaksana lagi, hehehe. 

But, mmg tiap2 hari pun akan baca apa2 isu berkaitan parenting, motherhood dan childhood development. Mcm menjadi satu perkara yg release tension pulak rasanya bila baca topic2 ni.

So mummies and mamas and umies and ibus and emaks out there, jom kita baca parenting page dkt MSN ni.. Selain dapat tambah knowledge, dapat kurangkan stress bekerja atau belajar =)