Wednesday, September 23, 2015

Quotation untuk Grill & Awning Rumah Teres 2 tingkat

Assalamualaikum semua, 

Quotations below are for rumah teres 2 tingkat with

3 sliding doors
1 long balcony
1 short balcony
Open Backyard

"UPDATE PEMASANGAN GRILL DAN AWNING"

Grill ni benda pertama yg kitaorg bayar deposit. Rasanya semua orang yg beli rumah, tak kisah rumah atas tanah or rumah jenis kondo/apartment, akan buat yang sama which is pasang grill. 
Untuk pasang grill ni, kami pada mulanya aim bajet dalam RM5.5k.  Sekali bila tanya kakak2 and abang ipar, kos grill rumah dorang pon ranges dari Rm3.5k ke Rm11k, semua depends dengan jumlah pintu/sliding door and tingkap yang ada. 

Untuk tempah grill dan cari quotation harga, apa yg kita perlu tau ialah berapa jumlah kaki persegi (in total) untuk grill yang akan dipasang di keliling rumah. Pengalaman kami, panggil seorang tukang besi untuk ukur dan alert dengan semua ukuran2 yg dia ambil. Kita simpan satu record berapa ukuran untuk setiap pintu/sliding doors/tingkap bilik/tingkap toilet etc (boleh je kalau nak ukur sendiri- guna ukuran kaki -ft). Guna ukuran yang sama, untuk tanya kedai2 besi lain berapa harga sekaki persegi dan kita estimate total bayaran nya. 

Selain harga ikut kaki persegi, harga jugak depends dengan jenis besi yang nak digunakan dan ketebalan. Sama ada wrought iron atau metal steel. (I think this part deserve an entry secara berasingan sebab ramai yg blur terutamanya orang perempuan mcm I mmg xfaham memula, kena husband terangkan baru reti)

Then, kena ikut design/pattern pada grill yang kita nak. 

Finally, jenis cat yang digunakan. 

Ni I listkan hasil survey I dgn husband tentang grill rumah kami
(untuk rujukan sendiri di masa depan and sharing apa yg patut pada pembaca)

Magic Sealer


Assalamualaikum dan Salam 9 Zulhijjah, 

Harini I nak share pasal satu item yang best. Ni bukan sponsored post tau. I nak review ikhlas sebab I rasa item ni mmg berguna dan sangat membantu urusan kerja kat rumah. 

Nama item ni seperti title entry ni lah, which is MAGIC SEALER. 

I beli dekat Perak Home Expo, last August. 

Actually, dah lama kot benda ni dekat pasaran, just I je yang tak aware. hehehe. 

Magic Sealer ni memudahkan urusan nak simpan produk makanan dalam plastik macam kerepek, milo paket, susu tepung, nestum, biskut dan macam-macam lagi lah. 



contoh magic sealer yang I gunakan untuk lock kan milo, susu anlene and susu dugro Imani. 

Tuesday, September 22, 2015

Pusara Zarifa

Assalamualaikum, 

Genap 3 bulan Zarifa, si wildan syurga pergi meninggalkan kami semua. 
Pasti dia tengah gembira bermain-main di taman syurga dengan kawan-kawan yang lain. 

Alhamdulillah, dalam tempoh 3 bulan ni, saya, suami dan anak-anak berkesempatan menziarahi pusara Zarifa. Memang letaknya dekat dengan rumah abang ipar, jadi tak susah untuk singgah. Ayah dan Mama Zarifa pun dah tempah batu nisan yg comel untuk anak kesayangan mereka ini.  


Ilyaas dah besar, dah pandai baca Al-Fatihah, jadi dia pun tahu untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Zarifa. Bukan sahaja kalau ke kubur, kalau kat rumah pun, kadang2 diorang tersalah sebut Zafira dan Zarifa, atau terlihat gambar2 Zarifa di hand phone or laptop, saya dan suami akan pesan, ingat Zarifa, ktia kena baca Al-Fatihah. 



Monday, September 21, 2015

Sukaneka tadika kemas Ilyaas Hafiy

Assalamualaikum semua, 


31 Ogos 2015- Ilyaas Hafiy's First Time Participating in Sports' Day!
My favorite picture of Ilyaas during his 1st sports day.
Proud umi. Run sayang, run, run like umi did before.
but, please run better than me
heheheheh 
{sorry sayang, umi lambat update dalam blog, dah almost a month baru umi dapat type entry ni}

Friday, September 18, 2015

Ambil kunci rumah & first round check defects

Assalamualaikum, Salam Jumaat. 

Harini genap seminggu kitaorg dapat kunci rumah. Our first home. Syukur Alhamdulillah. 

Dengan itu, kebanyakkan entry saya selepas ni mungkin berkisar kepada rumah dan rumah dan rumah. Oleh yang demikian (skema pulak), saya nak buat DISCLAIMER terlebih dahulu. 

DISCLAIMER

Saya harap those yang membaca blog ni tak rasa annoyed bila lepas ni banyak entry berkaitan hal rumah. Tujuan tulis di blog BUKAN untuk menunjuk-nunjuk pasal rumah yg kami ada ni. Bukan tujuan untuk berlagak, riak atau pun berbangga. Saya harap semua readers/kawan2 di blog faham. 
Sebab, saya pernah berada dalam situasi, bila baca blog orang pasal rumah (terutamanya orang yg saya kenal), dan masa tu saya ada keinginan yg sangat tinggi nak ada rumah sendiri tapi belum berkemampuan, timbul perasaan jealous. Tapi, cepat2 kita tepis perasaan tu, sebab kita kena yakin rezeki Allah SWT pada hambaNYA telah ditetapkan. cepat atau lambat sahaja. Masing2 ada bahagian yg dah ditentukan. Jadi, saya pon harap, my readers akan jadikan entry2 berkaitan rumah di blog ni sebagai panduan utk pengetahuan bersama, bab2 berkaitan proses membeli dan pindah rumah baru. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menimbulkan sebarang rasa kurang selesa kepada yg membaca. Awal2 saya minta maaf sekiranya dalam tempoh penulisan di entry berkaitan rumah kami #athihalimcrib #ourhome #home sweet home akan/telah/sedang menimbulkan rasa kurang senang dalam hati pembaca blog saya.



Inilah rumah kami. Baiti Jannati. 

Lepas 5 tahun hidup bersama, kami berjaya beli rumah pertama kami. 
Lokasi tak jauh dari tempat kerja dan memiliki ciri-ciri rumah idaman kami suami isteri. 
Rumah teres dua tingkat. Lot tengah. 

Monday, September 14, 2015

Thank You DWJ Hotel, Ipoh

Assalamualaikum all, 

Last three week, My husband and I buat short discussion and quickly decided to bring our kids to Lost World of Tambun [The entry for Lost World will come later :D].

 Since I still have a voucher for one-night stay at DWJ Hotel after I did review about this hotel last March, kitaorg rasa it's the most suitable time to make use of the voucher too. 

Thank You DWJ Hotel for giving us the free voucher for one night stay. 

Friday, September 11, 2015

Fesyen Pakaian Pejabat Wanita Muslimah

Assalamualaikum ladies, 
Hari ni hari Jumaat kan.. .. dah baca surah Al-Kahfi? kalau tak dapat baca full surah pun takpe, at least, baca 10 ayat terawal dari surah Al-Kahfi ni tau.. banyak manfaatnya.. 

Sempena meraikan hari Jumaat nan indah ni (selain daripada I dah habis tanda exam papers), nak share sikit pemakaian wanita muslimah yg bekejaya. Macam kita-kita ni lah. yg bekerjaya.. 
Cheewaaah, dulu I student, so tak bekerjaya la , tahun ni boleh dikategorikan sebagai sudah bekerjaya...tp I ada beberapa masalah iaitu I always rasa my work attire tak cukup disebabkan kebanyakkan baju yg ada adalah baju casual ataupun baju lama (read dah sendat) :D 

Ye la dulu size 8, sekarang bukan kata size 10, size 12 pon muat2 je kot. I am besar now. Dun care, asalkan bahagia dan sihat, InsyaAllah. 

Bila dah berkerja ni, office work dan sebagai lecturer, mmg dh kebiasaan sangat after work pon kerja belum habis. Especially bab menanda jawapan students. Buat research dan sebagainya. Peluang untuk shopping dan lepak seperti dahulu kala dah jarang2 dapat di utilize kan sepenuhnya. Nak online shopping pon honestly agak susah nak cari masa. Sebab tu I suka online shopping kat Zalora je , sebab semua benda ada. Especially banyak sangat baju yg suitable untuk muslimah bekerjaya mcm kita-kita ni...

some muslimah work attire yg ada di Zalora Online Boutique

Tuesday, September 8, 2015

Blessed lunch time




Baru balik from lunch. dekat KFC je:) tp bermakna sebab dengan anak2 sekali. 

Hari ni dapat makan tengah hari dengan anak-anak. 

Feeling grateful and blessed. 

Syukur punya tempat kerja yg tak terlalu jauh dari rumah dan rumah pengasuh. 

Syukur punya kesempatan masa untuk keluar ambil anak dari tadika, pick up Imani from babysitter dan bawa mereka pergi lunch. 

Sekali sekala buat mcm ni, anak2 pun suka,. myself and husband pon happy. 

Rasa mcm recharge energy bila dapat cium bau masam anak-anak. lepastu send them back to babysitter's and I continue with office work. 

Alhamdulillah. 


* Tak salah decision berhenti kerja di KL 3 tahun lepas dan pindah di area kampung sebegini*


Thursday, September 3, 2015

Sabah Fieldwork: Tip of Borneo, Kudat

Last entry for Sabah Fieldwork yo!

Ni part paling best kot. We went to Tip of Borneo! 

The last land in Sabah aka Borneo. 


Tengoklah kami berdua berpijak di atas batu yang boleh tenggelam bila-bila masa sahaja. 
At the very end of land in Borneo. Terasa sangat teruja dapat jejakkan kaki di sini. 
Walaupun sebenarnya formation batu di sini tak termasuk dalam research kami, tapi haruslah kena pergi jugak ke Tip of Borneo since dah sampai ke Kudat. 

Di belakang kami tu terbentang luas South China Sea. Saya pegang suami kuat-kuat sebab angin sangat kuat masa ni. Takut termasuk dalam air. Belakang tu terus laut dalam. 

Kawasana ni ditenggelami air laut kalau air pasang. Time kami sampai ni, air dah surut so dapat la turun ke kawasan ni. If not, tengok dari atas (viewing point je). 

Insya Allah, tak lama lagi dapat kunci

Assalamualaikum semua, 

Memang menjadi rutin kami empat beranak untuk meninjau kawasan perumahan yg bakal kami duduk nanti. 
Rumah pon dah nampak siap sepenuhnya. Last sekali pusing minggu lepas, after work. 
Biasalah kan, orang yg excited nak masuk rumah pertama ni, kalau boleh hari2 nak tatap rumah tu. hahahah . I think semua yg pernah melalui fasa ni ada perasaan yang sama mcm kami laki bini kot. 
bukan kata kami je, anak2 pon sama-sama excited and turut join berangan itu dan ini. 

Masa round kawasan tu dah nampak sorang pak guard meronda. naik motor pusing2 kawasan rumah tu. dan yg paling gembira, semalam dapat call dari developer inform yg dorang dah hantar surat kepada I dgn husband bagitau yg kami dah boleh collect kunci dan sekarang tengah tunggu clearance statement dari bank je. Alhamdulillah. 

Syukur sangat-sangat. InsyaAllah, lepas dapat amik kunci kami akan check dulu defects yang ada. 
Sebenarnya, dari luar rumah lagi dah boleh nampak defects yg agak ketara. Retak!

Rumah kami je yg ada retak kat bahagian tu, dan dah memang tahu kenapa. Sebab our house adalah berada di selekoh. Bilik yg terlibat kat area selekoh tu je yg retak. It is very obvious mmg dari dalam kereta pn boleh nampak. Harap nya nanti developer buat la something lepas kami isi borang complaint tu. 

Wednesday, September 2, 2015

Si Bunga Syurga Zarifa



Tapi, betul kata orang... yang indah dan baik itu akan sentiasa dalam hati. Definitely, entry terakhir buat Zarifa ku sayang bukanlah yang terakhir sebenarnya. There was another entry, 2 weeks after that, hasil nukilan rasa daripada ayah Zarifa sendiri. 

From the facebook post that went viral, Ayah Zarifa di hubungi pulak oleh wartawan Majalah Ibu & Anak yang tersentuh hati bila membaca entry viral di fb tersebut. Sememangnya niat di hati kami sekeluarga untuk educate rakyat Malaysia tentang Trisomy 18 ataupun Edward Syndrome yang menjadi punca Zarifa istimewa dari bayi yang lain. 

Bila journalist Ibu & Anak berminat untuk publishkan kisah Zarifa dan memberi ilmu tentang Trisomy 18 kepda pembaca-pembacanya, Ayah Zarifa tak fikir panjang dan bersetuju untuk berkongsi cerita bagaimana Zarifa berjuang dengan Trisomy 18 sepanjang hayatnya,