Wednesday, July 31, 2013

Ramadhan 2013: anak2 dan rezeki

Dah 2 hari berpuasa sebagai seorang suri rumah, beranak 2. 
Fuhhhhhhhh, satu cabaran hebat. 
Kagum sangat dengan korang yang full time housewife, puasa, jaga anak, bagi anak susu direct, masak suap anak makan, sidai baju, lipat baju, kemas mainan bersepah, dodoikan anak ngantuk, layan anak demand itu demand ini, masak untuk berbuka. Hebat hebat hebat.
Babysitter amik cuti 2 hari. Gi anta anak dia nak masuk kerja jadi nurse kat Hosp. Pantai Bangsar. 
Kasi chance la kan, anak sulung dia. 

30hb ada submission full paper untuk publish dalam journal.memang terkejar-kejar buat full paper tu. 
ulang alik jumpa sv lagi. 
malam 29 tu, nak siapkan map untuk image dalam paper. sambil tu proof read paper husband. kesian husband sv dia busy gila tak menyempat amik tau perihal anak didik. so, sebagai isteri bertanggungjawab, kite check dulu paper husband dgn penuh kasih sayang. 
jadi kol 12 baru tido. 
kol 4.30 plan nak bangun masak sahur. 
kol 3.30 Ilyaas merengek nak susu. badan panas pulak ....dalam hati, dahhhhh cakap oh noooooooo.anak a
ku demam pulak. 
bagi susu kat dia, Imani plak nak susu sekali. ok layan budak tu menyusu dulu. tertido. 
Kol 4, pegang dahi Ilyaas, panas!.
K, tak leh jadi ni. bangun basah kain kain, demah kepala dia, then bermulalah siri Ilyaas ngamuk bersama umi di pagi buta. 
Paksa dia makan ubat. Tak nak. Last last muntah. 
Sambil2 tu masak kat dapur. Ala kadar je, seb baik lauk semalam tu ada lagi,panaskan je. 
Lepas solat subuh, tertidur balik sebab nak tidurkan budak-budak. 
Alhamdulillah sepanjang siang semalam, Ilyaas dpt makan ubat dgn penuh kerjasama. resulted to free from fever by malam tadi. 
Ikutkan puasa kali ni terasa masa occupied sgt. dari segi keluarga. dan jugak perkembangan research. 
jarang update kat blog pasal masak apa semua mcm tahun lepas. 
Dah bosan makan nasik lauk. cuba buat western pulak minggu lepas. masak spaghetti bolognese ngn salad telur.
habis licin kami suami isteri makan waktu berbuka. betul lah orang kata, sekali sekala ubah selera mmg best. 
Production susu sepanjang puasa maintain. syukur alhamdulillah. sampaikan freezer dah penuh balik. 
ini merisaukan. 
mana nak letak kerepok lekor nnt bawa balik from ganu. 
Imani minum sikit-sikit. sekali panaskan ebm, 2oz, sekali minum 1oz habis. simpan kejap, habis another 1oz. 
kalau letak lebih, amik masa 4 jam baru habis. 
dia minum banyak sekaligus kalau waktu pagi subuh. tu mmg lama mengempeng. 
maybe sbb skrg dah start makan kan. so kurang la. 


makan pon kena ada style. nak berdukung. tak nak duduk dlm rocker, or walker or bumbo chair. 
dukung pulak sambil jalan. tengok alam. 
kalau time xmakan pun, dia banyak nak berdukung. berdodoi. 
tidur nak berenjut. jenuh la umi ayah berjoget nak tidurkan Imani. 
penat, rasa mcm buat aerobik lepas sahur. or buat poco-poco sebelum waktu berbuka. 
kalau tak kurus lagi ramadhan kali ni, tak tahulah. 
Imani skrg pantang nampak umi. nampak je merengek mintak di dukung, ajak main. 
sampai Imani join umi tulis paper. 
Ilyaas pulak makin bertanggungjawab. sgt. 
baik anak sulung umi ni. 
manja jugak. tapi memahami. 
ceria dah happening. 
kalau umi pujuk, baik jadinya. 
kalau ayah pujuk, lambat sikit nk menjadi. 
byk words yg dia dah pndai sebut. hari hari blk dr rumah babysitter dia ckp nk tgk wiewie. (tv)
fav skg bilang berapa byk bus, lori besar, lori kecik, lori sampah, motor dan kete di atas jln raya.
hari hari dia rindu acu dia. siap ambil ipod buat gaya telefon acu,

minggu ke 3 cuti nuzul quran tu kitaorg blk penang. berbuka dgn air tgn ibu adalah yg terbaik. 
mkn byk gila. kesian mak kn masak byk kitaorg blk. 
tahun ni raya kt ganu. jd kn la blk png dulu sebelum tu.baru adil saksama rukun rumah tangga.hihi
visited my third bro merangkap Lang Amir kpd Ilyaas Imani. struggling dia utk SPM. InsyaAllah kakak doa yg terbaik utk Amir ye. 
mak ayah still sedih sikit2 sebab Imran ada jauh. tp dorang ok je. imran pun enjoy je kat sana. 
bulan 10 nnt kitaorg 4 orang gi KK. nnt singgah tgk Imran jugak di estet dia. 
rezeki anak-anak la dpt pegi jalan jalan KK sbb umi ayah kena buat oral presentation kat sana. 
Kadang kadang Allah datangkan permintaan kita tu lebih cepat dr apa yg kita rancang kan. 
kami plan nak ke KK lepas habis master. tup tup rezeki dpt sedikit sponsor untuk ke sana. cuma bayar tiket anak2 je. 

boleh la mula rancang perjalanan di sana nnt. tunggu la blog2 yg ada buat review pasal percutian ke KK, pasti akan dikunjungi. sapa nak tinggalkan link pasal entri korang ke KK pun sila lah. insyaAllah sya akan baca dan surely berguna buat kitaorg kat sana nnt. 

ni petang ni dpt jengah blog kejap. sebab gas habis. tak dpt masak. call kedai runcit yg biasa hantar gas tu, dah 5 kali tak berjawab. ko cuti agaknya tauke? 

tunggu husband balik kerja dulu la, dia gi tgk kedai tu bukak ke tak. sebab jauh gak dari rumah. nak berjalan kaki, mau pengsan tgh2 puasa ni. hehehe. eh over nye .. dulu pegi field trip tgh2 ramadhan tak kisah pun kan. ni baru jaga 2 orang anak, dah lembik semacam. (mana taknya, dituruti virus cir-bir sekali gus selama 2 hari ni). 

emmm okayla, Imani dah hi pitch mintak didukung tu. 


selamat berbuka korang2. 

Thursday, July 25, 2013

update laju-laju sambil pejam mata

Lama tak jenguk sini. 
Imani demam. 
Arini dah masuk hari ke tiga. hari pertama demam dah bawa ke poliklinik, doc bagi paracetamol. 
suhu dia jenis tak nak turun2 walaupun dah makan ubat. dah demah bagai. 
semalam naik sampai 38.7 darjah celcius. 
Risau gila. 
Jadi fobia dan paranoid sekaligus. 

Ni first time Imani demam semenjak lahir. 
Cukup 6 bulan je, dia demam. 
Instinct seorang umi, rasanya anak nak tumbuh gigi. 
Gusi dah keras. Bayang2 putih dah nampak. 
Tapi giginya belum muncul. 

Tapi tak nak main instinct2 ni, petang ni nak jumpa child specialist. 
Dah 3 hari demam tak baik. 
Mungkin perlukan antibiotik. 
Antibiotik semulajadi dari susu umi dah tak cukup utk melawan viral demam ni. 

At the same time umi macam zombi bergerak. Ayah jugak. 
Umi ada paper kena siapkan dan dihantar pada co-auhor. 
Banyak maps perlu di edit untuk paper tersebut. 
Tak sempat siap. 
Dateline submission 30 July!

Ya Allah, permudahkanlah. 
Sembuhkan Imani dari demamnya. 

Good things, malam ni berbuka di rumah mak. Esok sahur dgn mak ayah. 
Ahhhh, rindunya kat dorang.


ok bye, 
nak sambung tulis paper. 


Wednesday, July 17, 2013

Hard disk dan ceramah ustaz kazim elias

Thank You pada semua readers yang concern pasal kes external hard disk saya yg rosak smlm.
Status external tu ialah totally ROSAK!
Tapi orang kedai komputer tu tgh cuba recover data-data dalam tu. dan transfer pada external satu lagi. 
Tadi baru gi hantar external satu lagi 1T kat dia. 
Nasib baik mmg dulu ada beli external baru khas untuk simpan confidential industry data. 
data-data dlm external lama adalah one-off transfer only. 
lepas transfer external lama tu dah xleh guna langsung. 
tak kisah la, janji data data dalam tu boleh recover semula. 
penat kot nak buat semua balik. 
moga esok semuanya berjaya la dipulihkan.

apepun kena tawakal kat Allah. Semua ni atas kuasaNYA kan. 
lagipun bulan puasa, kena la bersabar. 
petang smlm balik umah je, membebel saje kat husband. Sian dia terpaksa dgr. 
pastu dah puas membebel, dah nangis2 sebab sedih sgt pasal external tu, terus mintak maaf. 
sebenarnya membebel sebab rasa tertekan dan risau dan sedih. 
so nak luah perasaan kat sapa lagi kan. 
kat anak-anak dorang bukan paham pun. 

pastu kat tv ada ceramah ustaz kazim elyas. 
pasal isu poligami. 
kata beliau, Siti Fatimah, puteri bongsu Rasullullah mampu melayan Saidina Ali mcm 4 orang isteri layan seorang suami, sedangkan Siti Fatimah sorang je. 
MashaAllah, terus rasa sgt bersalah sebab I jauh panggang dari api untuk capai tahap tu. 
Masak pun kekadang skip. 
Inikan pula nak melayan suami mcm 4 orang isteri layan. 
Pinggan mangkuk pun suami basuh kan. 
Baju pon suami jemur, suami lipat. 
Nasib sahur tak pernah ter skip lagi sampai ke hari ni. 
Kalau tak lagi la rasa bersalah kat suami. 
bab suka berleter tu pun I no satu jugak. 
Alahai, penyabar nya suami saya. 
Syukur Alhamdulillah. 

Hmmmmmm

Harini dah penat semacam. 
Kekdahnya tadi sahur makan 3 keping roti gardenia kismis + coklat, dgn nugget ayam. 
minum vico, susu low fat ngn air kosong je. 
pastu pagi tadi kena tolong lecturer bagi tutorial, pastu sembang ngn member pasal babysitter.pum 2x. 
pegi kedai komputer, pegi beli kurma ngn jus. 
kat luar dah la agak terik. 34 darjah celcius. pemanasan global sungguh. 
ni dah terpikir pikir xnak masak. 
kejam x?
tapi rasa drained sgt. 
balik kang, imani sure ngn menggombeng dulu satu dua round. 

takde mood nak upload gambar gambar masak bulan posa tahun ni. 
sebab mmg masak tahap simple satu dua lauk je. 
serius tak menang tangan dgn dua anak ni. 
kekadang hilang sabar jugak, tp cepat2 istighfar peluk anak. 
susahnya ngandungkan dorang, susahnya nak beranakkan dorang, 
I cant lepaskan geram dan hilang sabar dalam mendidik dorang. 

semoga sentiasa dalam lindungan NYA. 

untuk customer yg bayar smlm, esok baru I pos ye. 
maaf arini tak sempat pegi pos ofis.
korang sesapa yg nak beli diaper clutch, visit la facebook myhafiy blogshop

https://www.facebook.com/MyHafiyBlogshop

sebab sekarang yg imported fabric pun harga sama ngn local fabric.
RM50. postage RM7.
local fabric tinggal satu je, brown violet.
imported fabric ada banyak lagi.

lagipun nak raya ni senang la nak travel balik kampung gi rumah sedara mara beraya bawa diaper clutch je. tak yah dok bawa beg baby besar2 masuk rumah orang masa ziarah raya kan.

eh, sempat pulak promote.
ok lah.
bye korang.







Tuesday, July 16, 2013

Alahai External Hard disk ku =(

Lepas lebih 4 tahun berjasa, tibe-tibe arini komputer tak dapat detect ko.

kenapa la hai :(

tau tak dalam tu ada semua benda penting...

pictures dari zaman kat perth, singapore, US, kawin, pregnant ilyaas, beranak ilyaas, pregnant imani,beranak imani, jalan sana, jalan sini...

thesis ku yang baru mula ditulis...habis

gambar gambar screen shot nak masuk thesis...habis jugak

papers yang dah tulis untuk conference..

data from petronas, data from shell

thesis thesis senior

surat menyurat permission nak minta data, surat menyurat scholarship

HABIS semuanya tak leh recover!!!!!

ada la beberapa yang di back-up dekat external satu lagi...


tapi tak banyak yg di back-up.


stresssss nya pepagi dapat berita sedih ni..terus takde mood.

seriously, down!

hopefully kedai komputer boleh tolong recover kan...


hope sgt.

i sanggup bayar berapa pun janji semua files dalam hard disk ni boleh recover...

sangat penting for me...


nangis la pagi ni...sambil berdoa jap lagi orang kat kedai komputer boleh tolg recover kan.....


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


*ptg smlm ada kawan terjatuhkan external tu masa dia guna komputer ni*


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

nangis lagi....



*on the better note, our papers are accepted for conference this Oct, tp semua data dalam hard disk....*


uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, July 9, 2013

Jom Recap Niat dan Adab2 Solat Terawikh =)


Assalamualaikum, 


Terbenam matahari kejap lagi, InsyaAllah semua yang membaca blog ni akan berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana masih beri kesempatan pada kita untuk bertemu dgn bulan mulia ini sekali lagi, InsyaAllah. 

Malam ni, kita semua akan mula berterawikh. Bagi yang ada kesempatan, tak de kekangan apa-apa, elok jugak kalau berterawikh di surau or masjid. Dapat memakmurkan masjid, besar pahalanya kan. 

Saya pulak mungkin akan berterawikh di rumah sahaja. InsyaAllah berimamkan suami. 
bertemankan dua permata hati kami,Ilyaas Hafiy dan Imani Hafiyya. 

Saya suruh suami ke surau atau masjid berdekatan supaya dia dapat merasai kelebihan bulan ramadhan, saya boleh jaga anak-anak di rumah, dan solat terawikh kemudian selepas suami dah balik dari masjid,

 tp dia cakap

" kalau abg sorang ke masjid, pahala tu abg sorang je dapat. tapi kalau abg solat dgn sayang kat rumah, pahala tu kita berdua dapat"

MashaAllah. Alhamdulillah. 

Memang Allah kurniakan saya seorang suami yang terbaik. 

Dia pemimpin saya. Dia pemimpin anak-anak saya. 


InsyaAllah sampai ke syurga. 




Jadi, untuk malam jom kita recap niat dan adab-adab solat sunat terawikh. 
Sudah setahun lalu kita tunaikan solat sunat ni.



Dimulakan dengan niat solat sunat tarawikh


Di ikuti Bacaan Tasbih dan Selawat selepas Solat Fardhu Isyak. Sebelum memulakan Solat Sunat Terawikh




Memulakan Solat Sunat Terawikh


Diteruskan dengan solat sunat terawikh 2 rakaat sama seperti solat sunat yang lain. 

Biasanya dilakukan sehingga 8 rakaat, atau 20 rakaat. 


Di ikuti pula dengan Solat Sunat Witir 3 rakaat

Niat Witir untuk 2 rakaat pertama


  • Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
Selawat Selingan
  • Sesudah salam, Bilal membacakan selawat


Niat Witir 1 rakaat


  • Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.

Pada malam ke 15, kita tambah doa qunut di dalam solat witir kita



Untuk rujukan penuh, boleh rujuk di sini 


Semoga entry ni membantu kita semua. 


Selamat Berterawikh dan Berpuasa



Bagi yang menyusukan atau mengandung, InsyaAllah yakin boleh. 


Ini kali kedua saya berpuasa semasa menyusukan anak. 
Dua kali jugak berpuasa sewaktu mengandungkan mereka. 
Moga kali ini turut diberi kekuatan seperti Ramadhan2 yang lalu. 


InsyaAllah


Favourite Spot Riadah kami



TASIK UTP

sebab ada banyak 


IKAN

which means Ilyaas loves Ikan ish so much
suka bagi ikan makan roti

"ikan ish makan oti"

ayat Ilyaas setiap kali nampak UTP

so mostly kalau petang-petang yang ada kelapangan, kami bawa anak-anak ke sini. 

Ramai orang riadah kat sini kalau cuaca elok. 
sekarang musim panas, tambah jerebu aritu kan, air tasik pun jadi kering. ikan-ikan banyak gi ke tengah. sedih je bila bawa ilyaas nak bg makan ikan, tak bnyk ikan berebut-rebut nak makan roti..

ni gambar-gambar ni semua before musim panas 


Ayah accompany Ilyaas bg roti kat ikan

Yash nak oti



adik join tengok ikan sekali


ada geng yang main layang-layang. 
indah je rasa. 
syukur. kalau duduk di kl, belum tentu sempat bersiar pada hari bekerja. 
senja baru dapat jumpa anak di rumah pengasuh


Father-Son relationship





Monday, July 8, 2013

International Pancake House

Assalamualaikum, 


Korang pernah dengar tak nama kedai International Pancake House ? Orang dok KL maybe dah biasa kot dgn kedai ni. tp bagi luar KL, agak new la. Sekarang ni kitaorg 3 beranak (minus Imani yg xleh makan makanan orang dewasa lagi) tengah season suka makan kat  International Pancake House ni. Setiap kali gi Aeon Station 18 je, surely kitaorg dinner kat sini. Dah lama kedai ni kat sini, tp sebelum ni macam tak pernah berminat nak mencuba. Well, sebenarnya, saya berminat je, terliur lagi tgk iklan pancake dia, tp mengetahui husband jenis nak makan nasi sokmo, so simpan je la hajat ni. Tapi aritu bila gi ari Jumaat, tgk ada weekday promotion. ada nasi ngn lauk lauk. So, husband ajak la cuba. sekali cuba, terus nak lagi. 


Kat Malaysia belum banyak cawangan di buka. ada kat tempat-tempat ni je




Setiap kali gi, kitaorg amik set A untuk Ilyaas. tp aritu dia tgk ayah dia makan nasi goreng garlic, dia nak nasi pulak. so next time maybe amik nasi tu je kat dia. lauk tapau lauk ayah sebab lauk dia mmg lumayan banyak. 

First time datanf saya makan Set F. lauk daging goreng. sedap. husband cuba lauk ikan talapia goreng. pun sedap. 

Second time datang, saya cuba pulak Set E, mmg terbaik la burger dia! kenyang tak ingt. cheese dia sedap sgt. 

Husband cuba Set D, tp ganti waffle dgn garlic rice. ayam dua ketoi dapat. sedap lak tu. kenyang sangat2. pastu setiap set ni dapat 2 pieces mini pancake. so amik 3 sets, dapat 6 pcs mini pancake. super fluffy and marveleous. next time gi makan sini, nak cuba blueberry pancake ngn ice cream pulak la. tgk kat website dia mcm best je. 



Pastu kalau mak mertua kita datang nak ajak dia datang sini. sebab mmg faveret mak makan waffle ngn ice cream. sini waffle pun ada gak. tp belum pernah cuba. 

satu lagi faveret kitaorg air juice dia. husband dah berapa kali order jus timun + mangga muda + celery

saya plak mmg suka carrot juice dia. boleh request tak nak ice. tp kuantiti jus still sama banyak dgn ada ice. 



suasana pon cozy je. bersih. and nice deco. 

harga affordable. tak la mahai gila. less rm10 pun ada. set set tu semua less than rm10. 


boleh la kot bulan puasa ni nak cuba berbuka kat sini nnt kan kalau dah takde idea nak masak ape.  

heheheh



He's leaving for Tawau



My brother is now on his first flight experience to Tawau. Will be landing at 10.30am today to a new place where he's going to start his new phase of life. Well, kitaorg adik beradik memang tak pernah naik flight, honestly none of us pernah naik flight masa kecik-kecik. Jadi, naik flight untuk pertama kali adalah something very memorable to us. Myself took my first plane ride masa umur 19 tahun, to Miri. 

and now my brother's time to fly to Borneo, but different part of Borneo. It's Tawau. at the age of 22, to start working as Assistant Manager for SimeDarby Plantation. His work place will be Estate Jelata Bumi, Kunak. 2 hours drive from Tawau Town. 

Takde apa-apa pun yang nak sedih. Infact all of us rasa proud of him sebab berjaya habiskan study, terus dapat kerja within one week of graduation. Tapi biasala, experience first timer untuk ke tempat orang, tanpa anybody yang dikenali, and Ramadhan is approaching, so sedikit sedih jugaklah, especially for my parents. Myself pon sedih jugak. kalau fikir dulu I flew many-many times to Miri, to Perth, to Melbourne, to USA, Hong Kong, Singapore yada yada.. tp semuanya berteman. Pergi sebagai student lain, semua disediakan. 
Pergi waktu bekerja, I was lucky got friend to accompany (yet that friend turn out to be my husband now!)

Imran, my brother. in the middle with his friends during their graduation 

It's ok. He's flying as an executive. an employee for SimeDarby. so everything is provided. Transportation and Accomodation semua dah ready. 

I'm not worried pun actually. Just bila terkenang kesusahan adik yang seorang ni dari kecik sampai ke besar dari segi pelajaran, I feel sebak. Tp kalau kita yakin rezeki Allah sentiasa ada, InsyaAllah, kita di jalan yang benar. 

Imran is not a super genius student at school. Rarely got opportunity like me. like my other brothers. 
Siapa sangka dia akan bekerja jauh dari family. Rezeki dia kan. Untuk melihat tempat orang. 
Jangan kau bawak balik gadis Tawau sudah ya! 
tapi kalau betul jodoh dia orang sana, kitaorg ok je. 
tp yang kat sini camne? Ehems...


The boys during his graduation. semua kena hantar merata-rata. 
Selamat bertugas la korang semua. 
Some of them dah mcm adik jugak to me. Sebab ada yg selalu ikut Imran balik Penang time cuti. 

Apepun, nanti when u have internet connection and read this entry, Kakak wishes you all the best! 
Enjoy la fasting kat tempat baru, raya kat tempat baru. 
Dulu kan abang selalu jealous dengan kakak selalu pergi tempat orang. 
Now it's your turn!

Remember, I always tell you


Kita akan fly (read take plane ride) with our own effort!
Tak guna duit mak ayah.


It's more meaningful kan? =)








Friday, July 5, 2013

oh brother

teman berborak dan bergomol


teman bermain teman tidur berirama

Ilyaas -one and half year ago

Assalamualaikum :)


Saya godek-godek blog ni. Terjumpa gambar lama. Gambar anakanda sulung. Ilyaas Hafiy yang pada masa ni belum lagi berusia satu tahun. 

Lain dah wajah Ilyaas sekarang dah setahun lebih yang lalu. He used to be very chubby. Now very slim. Thin. He used to be not talkative. Now, mulut banyak betul bercerita itu dan ini. Bikin umi dan ayah tak kering gusi melayan. Ada ada je words baru setiap hari. 

Syukur Allah kerana masih memberi kesempatan pada saya and suami untuk membesarkan permata hati sulung kami. Semoga nikmat ini dipanjangkan pada kami untuk melihat permata-permata hati kami membesar dgn sihat dan jadi soleh solehah.

Ilyaas. di rumah Sentul. Belajar bertatih. 
Masih fully bf masa ni. 
Beg Madela masih setia di bawa kemana sahaja

Ilyaas di KLCC
Adik sudah dlm perut. 
tp umi tak tau adik dah ada. 
dengan kak hana and abg amjar.
amjar pon bolat lagi masa ni


Ilyaas 11m I think. 
dekat restoran di aeon setiawangsa
dgn thomas 

10 months old
dirumah sentul
suka main dalam bakul baju
mata bulat sangat
adik Imani mata sepet sikit ikut ayah

Ilyaas 10m. Belajar bertatih di rumah sentul. 
nak keluar ke balcony tolong ayah sidai baju



Published with Blogger-droid v2.0.2

Persediaan Menyambut Ramadhan









Thursday, July 4, 2013

Imani Hafiyya - 5bulan

Assalamualaikum, 

Pagi pagi ni rasa lebih tenang sikit. first sebab semalam dah selesai present untuk progress report. dan mendapat komen yang ku rasakan best. 

"You are doing Phd? " - tanya examiner
"No, Master Dr"- jawab saya
"Ok, then these are enough. You should find a conclusion now"- jawab examiner

Fuhhh, dalam hati berbunga, tp hakikatnya masih ada yang perlu dilaksanakan untuk lebih strong dan valid.Wallahualam. 

Ok, sebenarnya nak update pasal Imani Hafiyya, puteri kesayangan umi, dah masuk 5 bulan setengah dah sekarang. lagi dua minggu akan masuk 6 bulan. Umi pun InsyaAllah bakal dapat diploma dalam breastfeeding untuk kali kedua. Tq Allah for this chance. 

Imani dan umi serta kepala abg Ilyaas (gambar bawah)

Jom kita tengok update perkembangan Imani Hafiyya.  

Umur Imani 5 bulan, kami bagi dia explore dunia menggunakan walker. Initially I plan to let her use walker masa umur 7 bulan. Maksudnya dah boleh merangkak. Tapi bila babysitter dua tiga kali bertanya pasal walker, memandangkan Imani makin rajin explore segenap ruang rumah sambil menjulur ke belakang, maka saya pun cuba test daya ketahanan Imani dalam walker. 


First time Imani naik walker@rocker ni, she was very excited. Same goes to his brother yang end up dia yang duduk dalam walker ni. Imani tak nangis, tak merengek mintak didukung, bahkan dia ketawa kegembiraan pulak bilak duduk dalam ni. Since our walker boleh conver jadi rocker, kitaorg send this to the babysitter. while dekat rumah, we used my sil's walker for Imani. the good part of this is I got little accompany while cooking in the kitchen. 


Imani with her Pak Ngah, whom will be going to Kunak, Tawau next week.

At 5 month plus, Imani dah kenal orang. tapi belum pandai memilih. 
Nangis pun makin kuat. Pandai merajuk. Pandai nangis melerek-lerek sambil bibir cebik. 
Dah bersunat,Alhamdulillah. Big girl already. hehehe
Belum amik pneumococal injection. we plan to take after 6m, InsyaAllah.
Got her first batuk & selesema due to bad haze last two weeks, still recovering now.
Sekarang Imani dah makan.yes, I did not follow the 6m rules for both my kids.


Imani first food. 
Nasik lembik di blend , campur susu umi. 
She starts he first solid food at the age of 4 months 5 days.
Sebelum tu again my babysitter keep on asking my permission to give her solid food since she is 4m. I've been postponed it until almost a month. Then, realize that Imani wasn't sleeping well at babysitter's sebab perut dia kosong. She refused to drink milk in bulk quantity. Walaupun I bekalkan 16oz susu, selalunya sekali minum cuma 2oz, dan dia minum just 4 kali. the rest susu kena buang. tp still tidur tak nyenyak. walaupun dalam buai. So, I tried to cook nasik lembik, kemudian blend, put my fresh milk inside and suap dia.  she accepts it well. siap meleleh-leleh air liur. ok susu umi sedap la tu. Hahahha.

I choose nasi@ beras as first food lepas baca blog Shakina Farhan. 
Plus after realizing my own experience with Ilyaas, where I started him with fruits puree, then setiap meal dia nak ada rasa manis-masam. Jadi I tried something more plain, more natural for Imani. 
Until today, she's still taking this nasik lembik with umi''s milk. 
Patut start umur 6 bulan ye. Tapi Mom knows best! Tepuk dada tanya selera. Bukan ikut orang lain, bukan jugak terlalu mengikut maklumat dalam internet. hehehe. 

Apa lagi yek update Imani ni, oh ye, berat 6.4kg, panjang 63 cm. She's not bloating like her brother. dulu masa umur ni dia dah almost 8kg! Ilyaas debab dulu. 
Imani ayu dan slim. 




just like umi. 

-LOL, langsung tak. -
1: umi tak ayu. umi ganas. 
2: umi tak slim. sebab tu umi kena makan supplement untuk kurus.hahah


oklah, Imani 5 bulan, umi punya update pulak ialah. 

- belum bersukan lagi- sebab benar-benar susah mencari masa yang sesuai. 
- decided for long-term prevention- :P




ok till then. 
nak pi siapkan susu Imani untuk hantar ke babysitter pulak. 



bye. 




*doakan puteri saya ini jadi anak solehah ye, tqia*





Tuesday, July 2, 2013

Sedihnya hati seorang ibu, siapa yang tahu

Sedihnya saya bila baca luahan hati Aunty Hani. 

Terus hilang mood saya untuk update pasal cerita sendiri. 
Mungkin nnt. 
Kita sama-sama doakan yang terbaik buat Pja. Semoga Allah permudahkan segala yg telah ditetapkanNYA.




Sakit kat mana ni sayang?

Ja dah di tolak ke bilik Endoskopi untuk PEG.
Kesian Ja, sakit lagi dia hari ni.
Papa iring Ja sebagaimana Papa iring ja dulu sewaktu Ja bergelar pengantin baru yg akan melangkah ke rumah mertua.
Kalau dulu Wan nampak segak gagah bagai Hang Tuah, hari ni Wan melangkah longlai di belakang.
Saya di sini, tunggu di Wad saja sebab saya rasa tak daya sgt untuk tengok perarakan sengsara itu.
kalau ada pilihan lain, saya tidak lagi mau menyakitkan Ja yg dah banyak sakit.
Rasanya nak cucuk jarum kecil di badan dia pun saya tak izin,
tapi apa daya saya...
mampu tengok dan berharap Ja tak rasa sakit.
Sudah sudah lah....
Sudah sudah lah...
Ja, cuba beritau mummy di mana sakit nya?
Masa ja kecik2 dulu kalau terhantuk, mummy tiup2 dan gosok hingga Ja berhenti menangis.
Bila jari Ja luka, mummy sembuhkan dgn menampal plaster dan aiskrim ubat nya.
Kalau demam Mummy lap kepala Ja dengan tuala basah dan sehingga pagi Ja lena di ribaan mummy.
Dulu mummy pandai ubatkan Ja tapi sekarang tidak lagi.
Mummy hanya mampu menangis dan menangis, berdoa dan berdoa, berharap dan berharap.
Tapi Ja tetap sakit jugak.
Buntu mummy ni Ja.
Tak reti dah mummy ni.
ja, tell me what to do? 



Copyright of Aunty Hani. Pja's mummy. 
Source: http://debumelukut.blogspot.com