Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di [email protected] atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday, 28 September 2013

Siapa Hilang Coli dan Seluar Dalam?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kakak-kakak, adik-adik sekalian..

Agak-agak terkejut tak bila dapat sms macam ni

"  Sesiapa yg kehilangan coli dan sluar dlm didapti bersepah dpn toilet lelaki surau *******" 

Tentu ada yang ketawa rasa macam kelakar dan yang rasa pelik pun adakan..

Beberapa hari sebelum tu ada juga jiran yang bertanya samada Che Mid ada hilang ke tak. Tapi Che Mid ok je sebab ampaian Che Mid dalam kawasan rumah (rumah lot tepi, ada laman lebih sikit) Yang mengadu hilang bra dan panties tu menyidai kain di belakang rumah. Perumahan kami takde tanah lebih, maknanya bahagian belakang takde pagar. Jadi sesiapa yang nak menyidai kain di belakang rumah, kena sidai atas jalan.. 

Ada jiran yang tak perasan langsung, tau-tau je stok bra dah habis.. menggelabah cari satu rumah. Akhirnya dapat tau ada orang jumpa banyak bra dan seluar  di tandas surau kami.

Dua malam lepas, perkara ini dibawa ke mesyuarat KRT kami. Memang ada ajk yang terjumpa seluar dalam dan bra tercicir.. tapi masing-masing ingatkan jiran sebelah punya.. tapi bila masing-masing tak mengaku, barulah terasa ada yang tak kena ni.. Hai, siapalah gerangan yang sudi mencuri benda-benda ni????

Penduduk dinasihatkan menyidai pakaian dalam di dalam rumah untuk mengelak kejadian lebih buruk berlaku. Sehingga sekarang, pencuri itu belum 'kantoi' atau tertangkap lagi. Sah-sah le, orang tu masih lepas bebas lagi di luar tu.. aduiii... Macam mana nak kenal muka pencuri tu ya? Ada sesapa boleh bagi tips tak?

Yang kelakarnya, sewaktu mesyuarat berlangsung, memang riuh rendah jadinya.. ada yang ketawa, ada yang tanya bra dewasa ke budak-budak.. ajk surau jawab " Mana aku tau, takkan aku nak ukur.. aku kutip pas tu buang je la kat tong sampah..". 

Kebetulan, ada ajk yang ke tandas, untuk tunaikan hajatnya kut.. balik dari tandas dia kata," Aku jumpa bra la.. saiz lebih kurang macam ni", sambil tangannya menunjukkan 'cup' bra tu.." Gamat semula mesyuarat jadinya..

Gelak-gelak juga kan.. tapi perkara ni serius dan agak menakutkan!! Semoga Allah menjauhkan kita dari bahaya yang lebih besar! Amiiin. Di tempat anda, ada ke kes-kes macam ni?

P/s : Ingat tadi nak tepek gambar bra dgn panties dr gugel.. tapi ish tak jadi la.. silap-silap nanti ada orang ingat tu i punya saiz.. tak kuasa tau! kih kih .. 


Wednesday, 25 September 2013

Melepas Rindu di Batu Kawan, Penang

Sebelah petang mengacara di rumah Cik Julima (entri lepas) malam pulak mengacara di Rumah Terbuka taman sendiri. Cadang tu nak sekejap je, agak-agak boleh 'pas' keje kat orang lain, Che Mid nak bergegas balik ke rumah sebab nak bertolak ke Penang malam tu juga, untuk mengacara di sana keesokkannya. Tapi seronok sangat majlis tu, rasa sayang nak tinggalkan majlis.. 

Program rumah terbuka pada 31 Ogos bersekali dengan sambutan merdeka.. ada makan-makan hari raya, pertandingan gerai ikut tema, persembahan qasidah dan cabutan bertuah.. 

Che Mid sempat turun dari pentas pengacara, nak menyibuk dengan kawan-kawan.. khabarnya gerai lemang menjadi rebutan.. 10 minit dah langsai!!

Nak tau pukul berapa Che Mid bertolak ke Penang.. pukul 12 tgh malam.. Che Abang kata takpe dia memandu, jadi Che Mid boleh rehat (tidurrrr..) dalam kereta. Aleh-aleh, dia yang mengantuk sakan, stop kereta tepi jalan dan suruh Che Mid ganti... dari selepas Tapah, Che Mid terus memandu sampai Gunung Semanggul tau.. jalan punya la sunyi sepi.. dan gulap gulita... mulalah terbayang wolkswagen kuninglah.. benda putih melintas lah... aduii... jalan berkabus dan sejuk menggigit pulak tu!! Pukul 4.30 pagi baru Che Abang memandu semula. Kami tiba di homestay menjelang Subuh, dapatlah tidur sekejap.

Tapi nape Che Mid beria sangat nak ke Penang??

Tak lain tak bukan sebab nak berjumpa dengan puteri yang dirindui laaa... Farah.. sambil menyelam minum air he he. Rasa best sangat dapat mengacara sama-sama dengan Farah. Memang rindu sangat nak dengar Farah mengalunkan suaranya yang lembut merdu tu.. (suara Che Mid lebih lantang)

Sebenarnya kami ke rumah kakak pada suami Alang.. kami jadi 'hadiah kejutan' buat pengantin sekeluarga. Kami pun teruja juga.. Aturcara dan skrip majlis pun tuan rumah dan pengantin tak tau, semua info dapat dari Alang dan keluarga. Che Mid bawa lagu "Kasihnya Ibu'" sewaktu ibu pengantin beri restu di pelamin, sebab ayah pengantin baru meninggal. Memang suasana jadi pilu sekejap.  Pengantin lelaki baca doa selepas nikah pun sambil menangis.. 

Inilah pengantinnya.. dapat anak mami la you...

Che Mid dan Farah ajak sekali alang dan Joe ber Ya hanana..sporting kan! Suasana hujan tidak menghalang majlis berjalan seperti yang direncana.

Usai majlis, kami pun ke Permatang Pauh untuk hantar Farah balik asrama. Sebelum tu pekena dulu burger bakar Abang Burn.. kalau tak silap cawangan ke 19..Farah memang teringin sangat makan . Tapi tengoklah muka adik tu.. muka penat.. Kami tinggalkan Farah di hostel dan balik ke Klang dalam pukul 8.30 malam, tiba di rumah jam 2.30 pagi. Memang sangat penat tapi hilang macam tu saja bila dapat sms macam ni..

Alhamdulillah syukur.. dapat respon yang baik dari orang Penang.. Insyaallah, ada rezeki kami ke sana lagi.. boleh jumpa Farah lagikk!! Suka suka suka!!

Ha, sebelum berundur, Che Mid ada satu lagi cerita ni.. 

Pagi Ahad lepas, lepas Subuh (Subuh gajah...)  Che Mid turun ke dapur. Isi kain baju dalam mesin basuh, panaskan gulai asam pedas siakap yang sedap sangat tu atas dapur. Pukul 9 nanti nak keluar mengacara, jadi lauk dah ada untuk suamiku tercinta yang akan ditinggalkan nanti. Lepas tu Che Mid duduk depan TV, tengok Tanyalah Ustaz...eh eh.. ngantuk lagi.. terkuap-kuap je mulut ni. Terus naik atas.. masuk bilik...kunci pintu dan zzzzzz...

Bangun semula kira-kira satu jam selepas itu. Buka pintu.. tengok tingkap bilik Farhan terbukak luas terbentang.. ada bau menyengat hangit.. tapi tak sedar diri lagi tu Mata melilau carik Farhan. Rupanya dia di tingkat bawah.. atas sofa... pintu depan, dapur, tingkap semua terbukak seluas-luasnya.. " Ayan, apa yang terbakar ni?" Wah, Che Mid meninjau-ninjau keluar tingkap.. tengok-tengok.. kut ada kilang terbakar ke? Jiran bakar sampah tak hengat ke??

"IBU LAH... ibu masak apa atas dapur? " ADOIII.. PERIUK DAH HITAM.. LAUK SIAKAP yang sedap sangat tu DAH RENTUNG!!


Friday, 20 September 2013

Kenapa Tinggal Khadeeja?

Assalamualaikum sahabat semua...

Sebelum Che Mid berceloteh, Che Mid ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pembaca senyap blog ini. Rupanya ada pembaca setia ... Che Mid terima satu panggilan dua, tiga hari lepas dan kami berborak panjang. Puan Azizah si empunya nama, arwah atuk dan neneknya sekampung dengan Che Mid. Mungkin ada entri yang dibaca menyebabkan ada rasa 'dekat' di hati Azizah.. akhirnya jadi pembaca setia. Jazakallah khairan kathira.. teruskan bersilaturrahim, semoga Allah semakin mengasihi kita.. ada rezeki kita akan bersua wajah juga nanti..

Jom kita borak-borak sambil tengok gambar-gambar ni..majlis walimatul urus Cik Julima pada 31 Ogos lalu.



Cik Juliza ni, jumpa Che Mid melalui blog ini, semasa mencari emcee Islamik untuk majlis persandingan kakaknya. Mula-mula dia ingat Che Mid orang Kedah berdasarkan profil blog ni (akibat malas edit.. dah pindah lama masih tak tukar profil..) Tapi bila bertukar-tukar sms, rupanya kami tinggal sekampung. Tak sampai 5 km pun.. cuma taman je lain-lain.. kalau dah rezeki Allah aturkan, memang tak ke mana..

Kami bertemu dua kali dan berhubung selalu melalui emel untuk berbincang tentang program majlis. Keluarga ini sangat berhajat untuk menjadikan majlis yang Islamik.. tiada merenjis atau tepung tawar tapi diganti dengan pengisian yang baru. Ada saudara mara menentang tapi mereka sekeluarga kuatkan hati. Si ayah, seorang bilal masjid, pun sering mengingatkan pengantin untuk jaga aurat.. Emak pula tak berapa sihat untuk mengurus majlis jadi adik perempuan 'take the lead'. Alhamdulillah, majlis dirancang penuh teliti akhirnya berjaya dan lancar walaupun malamnya terputus bekalan air dan siangnya pula hujan lebat sekejap.

Majlis yang 'simple' tapi sangat meriah dan berhemah. Nikah di sebelah pagi dan kenduri pada tengahari hingga petang.

Kali ini tuan rumah ubah sedikit aturcara.. menyantuni dan memohon restu ibu bapa dan mertua,  pengantin yang turun dari pelamin bertemu mereka. Selepas itu barulah pengantin ke meja makan beradab.

Che Mid provoke sedara mara pengantin untuk bawa lagu Ya Thoibah dan Ya Hanana. Memang sporting.. ada yang google dari hp masing-masing cari lirik..

Hujan lebat selepas bersanding menyebabkan air bertakung di depan pelamin. Kaum keluarga bergotong royong mengalirkan air ke longkang, pengantin tetap setia di pelamin.

Che Mid dan Farhan bersama pengantin.

Seronok on the job dengan anak sendiri.. 

Jadi tumpuan peminat cilik.. anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Desa Fahmi yang dijemput khas, becok tanya abang Farhan itu ini. Tangan-tangan kecil pun mula pegang sana, cuit sini..eksited tengok pa sistem tu..

Berebut bersalaman dengan abang Farhan.. macam artis la pulak..

Sepulangnya dari rumah cik Juliza ni, Che Mid mengacara di Rumah Terbuka taman sendiri hingga pukul 11 malam. Lepas tu bergegas balik ke rumah dan bertolak ke Penang jam 12 malam. Kita sambung kisah di Penang nanti ya.

Sebelum Che Mid berundur, meh nak cerita sikit pasal Khadeeja ni..




Semalam, Deeja main sorang-sorang dalam bilik kakak. Tak lama lepas dia masuk bilik Che Mid sambil menangis teresak-esak.

Ibu           : Kenapa Khadeeja nangis ni?
Khadeeja : Khadeeja sedih
Ibu           : Kenapa Khadeeja sedih?
Khadeeja : Kenapa ibu tinggal Khadeeja?
Ibu           : Ha...????
Khadeeja : Tadi Khadeeja tengok gambar.. semua orang ada. Ada ibu...abah.. kakak Farah.. abang Aish, abang Ayan.. abang Firdaus pun ada.. gambar Khadeeja takde pun.. Khadeeja sedih.. Kenapa ibu tinggal Khadeeja..

Bila Che Mid suruh dia ambil gambar tu...


Gambar inilah yang menyebabkan Khadeeja menangis beria-ia..(Abahnya terjumpa dalam stor masa mengemas hujung minggu lepas, jadi abahnya letak dalam bilik kakak.. dalam gambar tu semua orang ada kecuali Khadeeja)

Memanglah masa ni Khadeeja takde sebab belum lahir lagi sayannng..!! Satu hal la pulak nak pujuk dia...

Wednesday, 18 September 2013

Oii Makcik Pengantin, Jangan Over!

Jam 10.15 pagi, tempat di lokasi persandingan.. di tengah padang sebab konsep kawen dalam taman kut..

Seperti biasa, sampai  je di lokasi, Che Mid akan tanya pihak tuan rumah, di mana 'port' sistem PA dan pengacara. Biasanya Che Mid suka tempat yang boleh nampak pelamin dan meja makan beradap, tak le terjenguk-jenguk bila mengacara nanti. Tapi hari ni, mood jadi hilang sebab...masa tu makcik pengantin yang baru sampai tengah komplen kaw-kaw pada perancang perkahwinan. 

"I told you already, tempat laluan karpet merah tu dari sana ke sini, bukan dari sana tuuu.." (sambil tangannya menunjuk sana-sini)

"This one ah.. why like this aah.. i don't like this one, you better change.." (Masa tengok susunan bunga-bungaan di pelamin.. rupanya pelamin kena pasang pagi tu juga, sebab malam sebelum tu hujan lebat. Yalah, kan ke sekarang musim hujan.. ndak juga buat garden wedding..)

"I ask for the white flower in the pot kan.. where is it, i didn't see... "( Che Mid pun ikut menyirap jugak dengar makcik ni punya bahasa dan nada suara..tapi si wedding planner tu diam je.. angguk je..customer always right kut..)

Lepas tu, makcik tu perasan pulak kerusi pengantin di meja beradab sama je dengan tetamu. "Eh, why the chair sama je dengan yang lain.. you should bring the other chair.. go and change now.. i don't care.." (Padahal, masa bincang, pengantin tak request pun.. nasib baik ofis wedding planner tu dekat-dekat situ je.) 

Masa tu jam dah pukul 11 lebih, tak habis-habis lagi komplen.. (Tetamu patut mula datang pukul 12 tengahari)

Bila makanan sampai, dia komplen lagi.." Eh, the buffet table shouldn't be here you know.. it should be in the third tents not second one.. " Aduii... terlebih-lebih pulak dia ni. Masa tu, si waiter-waiter tu pun tak tau, samada nak bubuh makanan ke tak.. masa berjalan ni..Orang katering tu cuba eksplen yang tanah tak rata sebab baru kena hujan.. bla bla bla.." Akhirnya makcik tu akur juga, tapi bila jumpa Che Mid lain pulak dia cakap.." Dia orang patut fikir macamana nak ratakan tanah tu.. taruk la papan ke apa ke.. bagi rata..hisshh.. i ni kalau nak cakap memang banyak.. dulu i pernah buat COGHM punya makan.. beribu orang tau.. takde problem macam ni bla bla.." Che Mid senyum je..

Bila makcik tu tengok meja VIP, "  I want THREE table with dome for VIP not TWO.. later not enough how?".  Tapi pengantin mintak dua je meja VIP... sabor je le..

Khemah-khemah tu pulak cuma cukup-cukup untuk tetamu dan meja bufet. Habih yang kami ni, nak berjemur keee?  Isshh.. tak pernah kami datang majlis macam ni teruk punya planning. Akhirnya, kami undur kereta bawah pokok, buka pintu belakang dan buka meja di belakang kereta. Dah jadi macam 'car boot sale' tau.. Dah pakat-pakat, kalau hujan, kami kemas barang-barang dan duduk diam-diam dalam kereta...

Bila mak pengantin datang, si makcik ni buat laporan pulak pada mak pengantin.. lagi satu sesi komplen berlangsung. Che Mid buat tak dengar je la.. peduli apa I. Tapi dalam hati terbit gak suara jahat, " Kalau hujan lebat kang, baru padan muka... over sangat.."

Pas tu, orang cendol pulak datang... terkial-kial cari tempat. Bolehnya.. mak pengantin tunjuk ke tengah padang, tak de bumbung.. dia ingat apa? Orang cendol tu referee ke?? Nasib baik la, kat umah pengantin ada khemah kecik.. mak pengantin suruh adik Che Mid pi tolong angkat.. wah, bagi instruction macam semua orang kuli dia..! Itu belum bab tarik bekalan elektrik lagi.. rumah dah la jauh dari padang. Mujur kami memang ada kabel panjang, yang abang cendol tu? Macamana dia nak mesin ais dia? Nasib baik la kita orang baik tau.. so, kongsi-kongsi extension cable..

Masa bersanding semua ok... tak de  masalah apa la.. (muka pengantin lelaki macam tak happy je.. tak tau le kalau muka jenis boring je..) tapi tetamu tak ramai seperti yang dijangka kut. Masa sesi ambil gambar di pelamin, kami tak pasal-pasal kena tengking dengan makcik tu, " Oii.. pelan speaker tu.. kami tak dengar!" Rupanya si makcik tu sibuk mengatur orang yang berposing atas pelamin. Sape sebelah kiri, sape sebelah kanan.."  Tak lama lepas tu, dia datang lagi ke tempat kami sambil menjerit, " Pelan lagi la volume tu, fotografer tak dengar arahan!!!". Ha, masa tu ada seorang lelaki datang ke tempat kami, dia pun dah hilang sabar dengan perangai makcik tu kut.." Hey, kalau ya pun nak cakap.. elok-elok le sikit".

Tak tau lah nak cakap macamana kan.. Che Mid pergi buat kerja di majlis kahwin orang, rasanya inilah yang paling cerewet sekali. Majlis tak sebesar mana, enam khemah je pun dan pakej pun rasanya yang simple dan murah je. Tuan rumah pun nampak sombong dan tak campur orang. Sebab, Che Mid tengok.. jiran-jiran dia pun tak nampak 'meraikan' majlis. Banyak pintu bertutup rapat.. sedara mara pun macam tak ramai je.. kalau ada pun, lebih suka lepak di meja taman dan tengok anak-anak main buai!

Yang buat Che Mid bengang sikit lagi tu, tuan rumah mintak kompang yang ada gendang. Tapi Che Mid dah tempah kumpulan yang takde gendang. Wedding planner merayu pada Che Mid untuk cari juga gendang, sebab dia kata orang tu cerewet sangat. Che Mid pun usahakan cari pemain gendang tambahan dengan ekstra kos tau, nak ikut cakap punya pasal.. tapi ironinya, bile time berkompang .. si makcik tu cakap, " Eh, takde GONG ke? Kan dah minta awai-awai.. " Lepas suami dia (kut) menyampuk " Tu, kan ada GONG .. tak dengaq ke? " "Oh.. ya ada..baru dengaq.. tadi tak dengaq..." Ha, Nak kata bodoh kang marah pulak!  GENDANG dan GONG tak reti beza?? Makcik tu GENDANG dibuat dari kulit dan di palu. GONG tu dibuat dari tembaga ke apa ntah yang bila dipukul berdengung satu alam!

Selalunya bila akhir majlis, tuan rumah dan pengantin akan ucap terima kasih dan puji Che Mid la (walaupun mungkin sekadar berbahasa) tapi yang ini.. Che Mid macam tak ujud dalam majlis tu. Bila nak balik, Che Mid bersalaman tapi sebijik 'goody bag' yang berlambak atas meja pun tak dapat. Tak tanya pun kita dah makan ke belum.." Yang Che Mid dengar, si mak pengantin dan makcik kuat komplen tu tengah bincang macamana nak habis nasi dan lauk pauk yang sangat banyak berlebih...

Yang lagi syiokk.. kamera pulak buat hal, bila snap je jadi putih je... jadi NO PIKCE laa...

Pengajarannya...??? 










Saturday, 14 September 2013

Banyak Sangat Kad

Satu hari dalam perjalanan untuk mengacara, Che Mid dan Farhan singgah di stesen minyak untuk ke Mesin ATM Maybank. Terkenal dengan sikap kelam kabut (terutama bila dah lewat) Che Mid ambil kad dari dompet dan masukkan di tempat "Insert card" macam selalu. Pas tu tekan nombor pin dan tunggu. Tiba-tiba kad terkeluar balik. Apa hal pulak ni!

Che Mid masukkan semula dan tekan no pin lagi.. keluar balik.. eh eh.. apa yang tak kena ni. Issh taim nak cepat, taim ni la nak buat masalah!!

Farhan : " Nape ibu guna KAD MESRA PETRONAS????"


Wednesday, 11 September 2013

Orang Beraya, Kita Mengacara

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti..apa khabar.. kabare.. how are you.. ni how ma..? Harap semua sihat dan ceria belaka ya. 

Seperti yang Che Mid kata hari tu.. bulan ini agak sibuk sedikit dengan jadual mengacara majlis perkahwinan dan persembahan Rumah Terbuka. Alhamdulillah, Yahanana Events telah dilantik sebagai  'Official  emcee dan pa sistem' untuk Wedding Studio Sdn Bhd. Maknanya, setiap pakej perkahwinan mereka yang dilengkapi dengan emcee/deejay, pa sistem dan kompang, bahagian tersebut akan diserahkan kepada kami. Tetapi kami  tetap menerima tempahan terus Yahanana Events, jangan risau la, Insyaallah Che Mid akan cuba memenuhi permintaan cewah  kepada sesiapa yang berminat.

Daripada satu set sistem pa, kami telah pun membeli set kedua yang sesuai untuk persembahan secara live. Jadi takde masalah jika tuan rumah atau pengantin nak jemput live band atau kumpulan vokal untuk menyerikan majlis, kami akan sediakan kelengkapan sistem pa nya.

Kerana kesukaran untuk mendapatkan kumpulan kompang, kami sedang berusaha untuk menubuhkan kumpulan kompang sendiri. Kompang telah pun ditempah di Batu Pahat dan mungkin minggu depan akan diterima. 

Dah habis baca, jom kita tengok gambar apa yang ada untuk anda tatap...

 Job pertama selepas cuti raya.. di Kota Damansara, majlis persandingan En Shukri dan pasangannya

 Ada sesuatu yang tidak kena dengan hidangan.. mula-mula perhati je, tapi lepas tu gelak besar.. sebab..pelayan dah terlonggok nasi minyak atas dome tu...

 Ha, baru betul... nasi dan lauk pauh diletak dalam bekas berasingan..

Suka sangat tengok couple ni.. yang perempuan tu adik kepada pengantin lelaki, sedang menunggu hari melahirkan anak pertama. Nampak keletihan tapi bersemangat ke sana ke mari menjayakan majlis abang tersayang.

Yahanana Events dijemput membuat persembahan di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PPR Seri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 25 Ogos. Teruk juga kami bersiap sedia kerana diberitahu saat akhir. Anak-anak perkusi tu ialah kawan-kawan Faris yang juga ahli/bekas ahli kumpulan nasyid sekolahnya, sementara Che Mid dan kawan baik, Zie menyanyi. Persembahan bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. 

Cuaca mendung dari awal semakin gelap.. dan akhirnya..


Hujan lebat turun menyebabkan kami 'terperangkap' di atas pentas. Nasib baik pentas tu tinggi dan bumbung pun luas, cuma angin yang agak kuat menyebabkan kain dan belakang badan kami basah.. Disebabkan tak boleh ke mana-mana, persembahan kami yang sepatutnya cuma 30 minit dah jadi 1 jam lebih. Kami 'redah' je lagu-lagu dan selawat yang ada dalam 'simpanan', dan selangkan dengan lagu dari mp3.. 

 Anak-anak perkusi yang komited, ada yang Che Mid baru kenal. Lain kali ada rezeki, Che Mid panggil lagi tau!

 Team kami, sedang menjamu hidangan raya yang sangat sedap.. khabarnya majlis ini banyak ditaja oleh orang besar-besar.. memang nampak dari menu yang disaji. Ada nasi Arab, sate, mi kari, kambing bakar dll..Deeja pun ada tapi di bawah kawalan ketat abahnya.. kalau tidak, dia pun sibuk nak pegang mikrofon.


Sambil makan, kami pula dihiburkan oleh cik abang bersampin yang berdansa lagu Oppa Gangnam Style..  hingar bingar tempat tu sekejap.. ada back up dancer lagi youuu..si Pakcik tu berdiri je kat depan tu.. ada hati kut nak join tapi maluuu..

Berkemas sebelum balik.. penat tapi happy!! ( Ini set pa sistem baru kami..pertama kali keluar dari kotak..)


Dalam masa yang sama Farhan dan kawan baiknya Izat, telah mengacara di majlis persandinga Dr Fayyadh di Bukit Beruntung. Dah memang orang nasyid, mereka bawakan beberapa lagu nasyid secara minus one. Emm.. memang tak rugi ambil kami.. boleh mengacara dan menghibur DENGAN SATU HARGA!

Dr Fayyadh dan Dr Atiqah - Selamat Pengantin Baru dari Yahanana Events

Setakat ini dulu entri ini. Rehat dulu, nanti Che Mid datang balik dengan gambar lain dan majlis lain pulak.. Jumpa lagi!

P/S : Besar sangat ke gambar header kat atas tuu?