Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di [email protected] atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 26 December 2013

Kemaman Pulak..Kempunan Lagiii...

Kali ni Che Mid ke Kemaman bukan sebab mengacara atau hantar bantuan banjir ya..tapi sebab ikut Che Abang kerja luar. Sepatutnya kami menginap di banglo syarikat Che Abang, tapi keadaannya sangat tidak 'menyelerakan' jadi kami ambil keputusan mencari hotel bajet. He he hotel bajet je la kan sebab kami takde bajet ha ha..


Pusing punya pusing, akhirnya kami menginap di Hotel Sri Kemaman ni. Che Abang kata, " Bolehlah..untuk buat tidur jeee..."

Esok paginya, awal pagi lagi ( ceh..awal pagi orang bercuti..tentu tak berapa awal la kan..menggeliat campur bergolek campur sorang kejut sana sorang bangunkan sini..) Che Mid ajak keluar bekfes..niat di hati nak cari nasi dagang..

 Kami memandu perlahan-lahan mencari pantai..nak tengok laut la kan..dah alang-alang ke Ganu, rugi le tak tengok laut..Psst, jangan cakap orang tau..kami sume tak mandi pagi lagi tau..errr..tapi wajah tetap berseri-seri dan suci gitukan..terutama si kecik Deeja tu...

 Kami singgah di Pantai Mak Nik (diterjemahkan sebagai 'Monica Bay'.. wah kelas gitu..) memang ombak amat menggerunkan..papan tanda tak boleh mandi terpampang... sekali tersimpul dalam ombak menggulung tu, belum tentu boleh bangun,masyaallah.. tapi Allah jadikan lautan sebagai punca rezeki bagi nelayan-nelayan yang akhirnya rezeki itu ada dalam hidangan kita. Hormat sungguh pada para nelayan kita!

 Tiada penghuni .... cuma sampah sarap berserakan... tanda air naik malam semalam menghanyutkannya semula ke pasiran pantai. 

 Bergambar berlatar belakangkan lautan luas terbentang...

Memang le ada warung-warung menjual sarapan pagi yang tentu ada jual nasi dagang, tapi asal nak berhenti je tak jadi..eh..nanti lah..gerai kat depan lah..akhirnya tak jumpa dah gerai..Kami berhenti di sebuah restoran di bandar Chukai, tapi takde jual nasi dagang. nasi lemak, nasi berlauk, nasi kerabu dan nasi minyak adalah.. 


Dengan separuh hatinya, Che Mid pilih nasi lemak berlauk sardin dan ayam goreng berempah.. not bad rasanya, tapi bila dah rasa kempunan nasi dagang.. oh nasi dagang di mana dikau...

Balik dari Chukai, kami ronda-ronda lagi ke kedai makan lain.. mencuba nasib untuk dapatkan nasi dagang tapi hampa wal hampeh!

Balik hotel, Che Abang bersiap ke ofis..kami pulak sambung zzzzzzzz... maklumlah cuaca sejuk sebab hujan malam tu dan ditambah dengan kedinginan aircond, perut pulak kekenyangan dengan nasi lemak..apa lagi..membuta je le...bukan kena mengemas rumah ke sapu lantai ke kannnn..


Deeja memang tak berenggang dengan kakak..tapi sempoi dan selekeh..malas nak siapkan Deeja sangat..duduk dalam kereta most of the time kan.. pakai baju kat umah je..

Tengahari tu, kami check out dan berlepas balik ke KL. Ya, kejap je kan..dalam perjalanan, berhenti di Cherating beli keropok Cap Kapal Layar, Ikan Kurau kering dan satar kegemaran Faris. Che Mid beli 10 ketul je satar panas-panas sebab nak makan dalam kereta, nanti habis boleh berhenti dan beli lagi kat depan tu ha..tapi sedihnya..jalan lagi  dan lagi sampai simpang Kuantan - Gambang dah tak nampak batang hidung satar..adui..perahh menungging !! Che Mid betul-betul makan seketul itu pun kongsi dengan Che Abang..aduhai kempunan! Rasa macam nak pusing balik tapi takut nak ajak Che Abang!!

Kami menyimpang ke Gambang sebab nak ziarah kawan lama masa di Sungai Petani dulu dan sekarang dah pindah semula ke Gambang.


Bergambar dengan Puan Ida di hadapan rumah keluarganya. Nanti Che Mid buatkan entri khas tentang keluarga tabah ini, Insyaallah.

Dari Gambang kami masuk ke Lebuhraya Timur Barat.. berhenti di R&R untuk solat jama'. Masuk ke kereta ..alamak..kereta tak boleh start..bateri ok..radio masih ada suara, lampu menyala..apa yang tak kena ni..Che Abang mula menggelabah tapi Che Mid ok je..hati sesedap rasa..Insyaallah ok..rupanya Che Abang sudah letak itu gear di 'N' bukan 'P'. Itu pasallah kereta tak mau hidup maaa... kalau Che Mid yang drive tentu kena marah..tapi bila orang lelaki buat salah..'takpe' je memanjang kan..

Mengada-ngada nak makan patin Temerloh pulak..walaupun hari dah petang..dari hiway keluar exit Temerloh, nak mencari tempat makan patin yang terkenal di Temerloh tu..ntah apa ke nama tempat tu..beberapa kali pergi dah...boleh nya tak jumpa gak..aduhaii..kempunan lagi..dulu lalu jalan lain..dari arah KL, bila datang dari arah Kuantan..konpiuss! Las-las, perut dah lapo tak makan tengahari lagi..mood pun dah 'panas', kami makan kat kedai tomyam tepi jalan je..mana ada patin!!

Sampai rumah hampir tengah malam. Semalam Che Mid boleh tersenyum lebar..sebab apa ??


Sebab Che Mid dapat masak kari ikan kurau kering dan rasanya sedap seperti yang Che Mid nak. Ingatkan nak masak dengan nenas tapi tak jumpa lak kat kedai.. jadi masak ala-ala dalca but without the dal..petang tu adik ipar dan famili datang, kami makan kari ni cicah roti pulak..tak kempunan dah ha ha!







Tuesday, 24 December 2013

Mengacara dan Ziarah Pembaca Senyap di Kedah

Jumaat pagi, bertolak ke Kedah untuk satu program mengacara di sana. Pergi dengan abahnya, Faris dan Deeja. Singgah di UiTM Penang untuk mengambil Farah yang kebetulan bercuti sampai awal tahun 2014. Farhan tak dapat ikut sebab tak dapat cuti.


Singgah di Sungai Petani, berjumpa dengan jiran lama, kak Nuriah, dulu pernah bertadarus bersama-sama. Lama sangat tak berhubung, rupanya dia jadi pembaca senyap blog ni, banyak perkembangan terkini Che Mid dan famili dia tahu.. best juga kan berblogging ni, kawan-kawan jauh boleh tahu cerita pasal kita walaupun dah tak 'keep in touch'.

 Tak jauh selepas keluar dari rumah Kak Nuriah, perasan ada satu kereta ikut kami, pas tu potong dan melambai-lambai suruh berhenti. Rupanya seorang lagi kawan lama Che Mid, tak sempat ke rumah Kak Nuriah sebab baru balik mengaji tapi terjumpa di tengah jalan. Dia cam kereta Che Mid.. berpeluk-peluk le kami di tepi jalan..alahai..

Sejak akhir-akhir ni Che Mid banyak juga dapat sms dari pembaca senyap blog Che Mid yang tak seberapa ni. Masa sibuk dengan bantuan mangsa banjir hari tu, ada yang call dan sms tanya macamana nak hantar bantuan. Di celah-celah kesibukan mengurus bantuan tu, tiba-tiba Che Mid dapat call dari seorang lelaki. 

Ingatkan nak beri bantuan banjir jugalah, rupanya dia penghidap penyakit TB macam Farah dan arwah Firdaus dulu. Jadi dalam keadaan terkejut dan bercelaru, maklumlah..tak sangka doktor kata dia kena TB sebab dia tak batuk-batuk pun, pesakit ini mencari info melalui blog dan terjumpa kisah Farah di http://hamidah-surirumah.blogspot.com/2010/01/farah-sakit-tb.html .Banyak yang dia baca dan akhirnya buat keputusan untuk menghubungi Che Mid sendiri. 

Oh, rupanya Cikgu Fauzi orang Kedah..syoklah berborak. Bila dia tanya Farah mengaji di mana, rupanya anak cikgu tu pun belajar di UiTM Penang, sama tempat dengan Farah..nak jadi cerita kan...

Kebetulan kami ke Kedah, ambil peluang menziarahi keluarga Cikgu Fauzi di Kg Berjaya. Sekejap cuma, tapi sempatlah kami berkongsi pengalaman. Farah dan anak perempuan Cikgu Fauzi yang sama-sama belajar di UiTM pun ada... Semoga Cikgu Fauzi sekeluarga tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. Insyaallah, kesembuhan akan berpihak kepada Cikgu. Teringat kata-kata cikgu, " Saya tergerak untuk telefon puan sebab nampak dari blog, puan ni terbuka..tak macam kebanyakan blog lain (tentang penyakit TB..)". Oh ya ka..

Niat baik berblogging, harap yang baik-baik juga yang datang..setakat ini begitulah..walaupun ada nombor telefon terpampang, mohon dijauhkan dari makhluk yang berniat serong. 

Minggu lepas, Che Mid dapat satu sms di tengah-tengah malam. Pun dia kata, masuk blog Che Mid dan terbaca entri tentang Che Mid jadi emcee di satu majlis bantuan untuk orang susah. Dia minta Che Mid beri nama dan alamat orang-orang yang layak dibantu terutama sempena nak masuk musim persekolahan baru ini. Che Mid tak terus jawab, ya lah..kena berhati-hati juga sebab kita tak tau siapa sebenarnya orang yang sms ni kan. Bila dah bercakap sendiri, barulah Che Mid yakin dan berusaha untuk bantu mana yang mampu. Kalau jadi projek ni nanti, kita tepek foto banyak-banyak kat sini k..

Semalam, Che Mid terima satu sms lagi..kali ni dari cik Liza.. pasal sahabat Che Mid jual novel terpakai di Program Masak2 TDB hari tu. Dia berminat nak beli koleksi novel tu. Jadi Che Mid forward je no telefon kak Noraini pada cik Liza ..mudah-mudahan berhasil. 

Ada juga dua, tiga panggilan lagi dari pembaca senyap yang kata suka baca blog yang entah apa-apa ni. Jazakallah wa barakallah. Sesiapa pun anda di luar sana, salam dihulur ukhwah bersambut.. insyaallah.

Ok, habis bab pembaca senyap ni. Meh cerita tentang bisnes Che Mid di utara pulak. Ha ha macam bisnes beso pulak ya... Che Mid jadi pengacara majlis persandingan Cik Nurul Asyikin dan Muhammad Shamsul di Dewan Ukir Mall, Alor Setar pada Sabtu, 21 Disember 2013. Cik Syikin bekerja di Telekom Malaysia Shah Alam, tapi asal dari Alor Setar. Adik ipar Che Mid, Alang yang satu ofis dengan Cik Syikin rekemen untuk Che Mid jadi emcee. Dah berbulan booking, alhamdulillah semua berjalan lancar.

Cedok gambar dari fb..kawan-kawan pengantin dari KL turun ke Kedah  untuk raikan pengantin..depan sekali Ira dan Alang.. lokasi di Masjid al-Bukhary tempat berlangsungnya akad nikah.

Selamat dinikahkan selepas waktu Asar. Pengantin lelaki berasal dari Johor, maka ramailah orang Johor naik ke Alor Setar ..memang meriah. Tuan rumah pulak sangat peramah dan baik hati, tak heran kalau tetamu ramai yang datang. 

Gambar dari fb D'Jati Photograaphy...cantik...


Photo: Congrat ekinn...smga bhgia hngga akhr hyat
Pinjam gambar dari Afifah Fadhilah..kenal dari lepas SPM lagi you..

 Kami buat tiga slot persembahan selawat dan qasidah..kali pertama bawa lagu Law Kanana Bainana.. tak ketinggalan Ya Hanana, Ya Badrotim dan Ya Thoibah juga..

 Acara membaca doa selepas nikah..dah jadi 'trade mark' Yahanana Events ni..he he

Persembahan gendang dan silat dari Warisan Anak Tuah.. anak-anak muda bawa lagu Tegar dan Putih-putih Melati tau!

Mama dan ayah pengantin perempuan erat berpegangan tangan semasa Che Mid bawa lagu Kasihnya Ibu.. berlinangan airmata terharu bercampur gembira anak perempuan kini dah berpunya. Adik beradik pengantin turut naik ke pelamin memberi ucapan kejutan untuk kak Ngah. Adik yang bongsu tak boleh berkata-kata dek tenggelam dalam tangisan. Selesai ucapan, mereka meluru berpelukan dengan Kak Ngah. 

Ramai tetamu yang hadir, jauh dan dekat. Menjelang tamat majlis pun masih ada lagi yang baru sampai. Secara peribadi, memang Che Mid sangat puas hati dengan komitmen dari pihak tuan rumah, walaupun ada masalah teknikal dari pihak dewan tapi dapat diatasi dengan baik dan majlis berjaya dan lancar. 

Dengan Mak Su aka 'Floor Manager' yang cekap. Bila ada back up team yang bagus, acara akan tersusun dan lancar. Bertuah pengantin kerana dikelilingi oleh keluarga dan saudara mara yang rajin membantu. 

Petang itu juga kami balik ke Klang, tapi sempat singgah di Langgar untuk berjumpa dengan gang  Alang dari Telekom Malaysia yang balik kampung. Berkumpul sambil makan laksa sedap!!


Kopi dari fb Sharil Cien (tuan rumah) yang sangat peramah. Baru pertama kali jumpa tapi macam dah kenal lama. Tapi muka Che Mid takde dalam gambar tu...belum sampai lagi sebab kami ke rumah Cikgu Fauzi dulu..

Itu dia perjalanan kami ke utara kali ini. Bertugas sambil menyinggah menambah kenalan..terutama dari blog ke alam nyata. Terima kasih dan setinggi penghargaan buat pengantin Cik Nurul Asyikin atas jemputan.



Pada bakal pengantin di luar sana, jom dapatkan khidmat Yahanana Events di 013-3672459 untuk aturcara majlis lebih Islamik tetapi meriah!!

Sunday, 22 December 2013

Nak Jumpa Che Mid Tak?

Salam..tak boleh borak lama-lama..Semalam Che Mid dapat berjumpa dua orang "silent reader" di Sungai Petani dan Alor Setar..

Che Mid on the way to Kemaman ni.. kalau ada rakan blogger di area Pekan, Kuantan dan Kemaman nak kami singgah umah untuk pekena secawan teh dan berkenal-kenal silakan..mana tau Che Mid ada rezeki dan kesempatan kita bersua wajah.. call atau sms Che Mid k..013-3672459..

Doakan kami selamat pergi dan balik..bye!!

Thursday, 19 December 2013

Bantuan Banjir - Misi ke 2

Balik dari menghantar bantuan banjir ke Kuantan, tengah malam 9 Disember 2013..badan menggigil. Terus cari ubat dan berselimut tebal. Esok paginya..demam berkurang tapi kepala sakit yang amat. Makan ubat lagi dan tidur lagi...Esoknya, Rabu, ada misi mengumpul barangan banjir lagi (sama hari dengan Program Masak-masak TDB) macamana pun gagahkan juga ke kedai untuk membeli barangan lagi dengan wang tunai sumbangan orang ramai.

Sementara itu, di Surau al-Faizin orang ramai dah mula menghantar barangan bantuan..bermacam jenis, bermacam saiz.


Che Mid bergegas ke kedai tilam..dapat beli tilam saiz bujang untuk anak-anak..RM25 sekeping, Che Mid tempah 50 keping. Esoknya, lori kedai perabut hantar ke surau.



Che Mid beli dapur memasak dua tungku... dapat harga agak murah. Suami Che Mid tolong ambil dan hantar ke surau juga. Ada dua tiga kotak tepi tu, orang hantar last minute..tak mengapa..

Pasukan petugas mula mengangkut barangan ke atas lori..hari mula hujan..aktiviti jadi perlahan..oops ada diapers baby tertinggal..itulah akibatnya bila barangan tidak dibungkus..beli di kedai terus hantar, tapi petugas dah siap-siap bawa pelekat dan kotak kosong..mereka tahu apa nak buat dengan bungkusan yang terkoyak atau tak kemas.. tabik sungguh dengan adik-adik ni..langsung tak komplen atau merungut.. masyaallah..! 

Maaf Che Mid nak sentuh sikit, ada kalangan penyumbang yang 'malas' membungkus elok-elok..tak keruan jadinya bila dah berlonggok di surau ni terutama pakaian terpakai. Tak taulah, samada betul ikhlas menyumbang atau nak 'clear' stok baju lama. Apalah susahnya kita mengasingkan pakaian lelaki dan perempuan atau kanak-kanak, dengan kesusahan mangsa banjir yang terpaksa membelek satu persatu dalam longgokan kain baju..entah mana kain, mana baju..mana baju anak kecil, mana baju orang tua...fikir-fikirkan lah ya...

Dari surau al-Faizin, kami berjaya mengumpul 3 lori bantuan yang dianggarkan dalam RM5000.  Campur dengan jumlah dari misi pertama RM3000, jadi RM8000..Alhamdulillah wa syukurillah.

Kumpulan inilah yang telah membawa barangan sumbangan anda semua ke Pahang. 

Che Mid ada juga pesan, kalau suka boleh tulis nota kecil dan no telefon dalam bungkusan sumbangan..mana tau ada yang membalas dengan sms ke..bukan nak menunjuk tetapi sekadar mahu tau ke mana barangan tu sampai.. 

Photo: Alhamdulillah.. ayu terima message pagi ni. TQ to all my friends yg berhempas-pulas.. kepada para dermawan. Tabik hormat kat uol. <3
Alhamdulillah...moga dapat meringankan beban serba sedikit..nota comel diterima oleh Ayu (penyumbang)..



Photo: Saya terima mms ni dgn notes 'Syukran'. 
Para dermawan..Mudah2an semua brg2 yg anda sumbangkan sampai kepada yg layak dan berhak. Amin.

Satu lagi...satu mms yang diterima oleh Ayu (penyumbang)... dengan kata 'syukran'..cukup menggembirakan bila tahu barangan kita sampai pada yang berhak. Melihat pada gambar lantai tu..dapat agak macamana agaknya keadaan rumah mangsa..hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Selepas itu, masih ada lagi sahabat yang memberi sumbangan wang tunai, dan telah pun Che Mid masukkan ke akaun Madrasah Fadhululoom Tahfiz al-Quran al-Islamiyah, Kuantan yang juga mengalami kerosakan akibat banjir.

Selesai sudah.. satu tanggungjawab sosial..dariku untukmu....salam mahabbah dari Che Mid!

Tuesday, 17 December 2013

Pagar Rumah Siapa?

Assalamualaikum sahabat...

Dari pagi Che Mid sibuk rewang di rumah mak sebab ada kenduri tahlil dan cukur jambul lepas Zohor nanti. Si tukang jahit tiba-tiba call.

Ana    :       Che Mid, Ana nak balik kampung ni. Baju yang Che Mid tempah tu dah siap..Ana   
                   sangkut kat pagar rumah tau..nanti ambik ya, dalam plastik biru.

CM     :      (Memang nak pakai baju marhaban terbaru tengahari ni jugak..tu yang Ana beria-ia
                   telefon). Ok, Ana..terima kasih. Duit nanti bayar kemudian ya..

Dalam pukul 12.30 tengahari Che Mid balik ke rumah untuk mandi dan bersiap-siap. Terus tengok pintu pagar..ish.takde pun beg biru tersangkut kat pagar. Mana pulak baju ni..Che Mid tengok dalam rumah, kut-kut Farhan dah ambilkan dari pagar tadi.. melilau-lilau cari..takde pun..ah sudah..pagar rumah sape pulak Ana pi sangkut baju aku ni...

Che Mid terus telefon Ana.

CM     :     Ana dah sampai kampung ke?

Ana     :     Dalam perjalanan kak.. nape kak?

Aduh..dah mula panik dah ni..tetiba teringat yang Ana tak pernah sekali pun datang rumah..selalunya Che Mid yang ambil sendiri baju siap dari rumah Ana.

CM     :      Ana sangkut beg baju Che Mid kat mana? Takde pun kat pagar rumah Che Mid..Betul ke
                  Ana letak di pagar umah Che Mid..ke Ana salah rumah ni??

Ana    :      Ana sangkut baju di PAGAR RUMAH ANA la..

O ala... di pagar rumah dia, bukan rumah sayaaaa... dan masa itu hujan mula turun dengan lebatnya..dan basahlah baju tu yang masih tersangkut di pintu pagar rumah Ana..akhirnya semasa majlis marhaban, Che Mid seorang yang tak pakai baju 'uniform' tu..




Sunday, 15 December 2013

Masak-masak Pulak

Lepas satu-satu aktiviti Che Mid sepanjang musim cuti sekolah ni..Mula-mula program Muslimat surau, lepas tu uruskan bantuan banjir dan hari ni nak kongsi Program Masak-masak pulak. Kalau ada kawan-kawan yang dok buntu idea untuk program setempat..baca entri ni..mana tau ada idea melekat lak..

Apa yang ada dalam program tu selain dari pertandingan masak-masak masakan panas? Oh, kita ada pertandingan masakan esotik dan pertandingan kek mentega yang di bawa dari rumah. Gerai jualan dan persembahan pun tak ketinggalan..Kutipan Bantuan Banjir Fasa 2 juga diadakan pada hari yang sama.

Macam biasa Che Mid jadi Pengarah Program dan incaj untuk acara dan persembahan selain dari jadi emcee. Yang tak bestnya, kali ini ramai 'orang kuat' kami yang tak sihat..ada yang demam teruk sampai tak dapat datang langsung. Che Mid pun masih tak sihat selepas balik dari Kuantan hari tu, tapi tetap gagahkan juga..

 Kain rentang yang sebelum ni digantung di tepi jalan besar, dah dialih ke bawah khemah. Terima kasih kepada si tukang gantung dan si tukang alih...

 Antara gerai-gerai comel yang ada..gerai buku/novel terpakai dipunyai oleh Puan Noraini Sulaiman, si kaki novel yang akan berpindah ke Melaka..mengambil kesempatan untuk 'clear stock' buku-bukunya..

 Saat-saat akhir Che Mid dapat panggilan dari tauke Jeruk Penang ni..nak join gak..

 Gerai Helwa..khas untuk ahli menjual kuih muih..gebus-gebusnya donat dan pau tu.. masa program hari tu tak sempat menjamah apa pun..bila tengok gambar macam ni alahai ..ruginya...

 The Jajanssss..

 Untuk acara Makanan Esotik - salah satu penyertaan ialah kulit nangka jeruk..pernah dengar ke? Che Mid tak pernah tau pun...dan jangan tanya macamana rasanya k..tapi nampak macam sedap je kan..

 Juara Masakan Esotik - Belulang dalam resepi Sambal Tahun

 Buntil Cendawam Kukur..tak tau le ni..masakan Jawa atau masakan Banjar..

Pertandingan kek mentega - tidak mementingkan hiasan tapi lebih kepada rasa..

 Inilah pemenangnya..simple tapi tentu sangat sedap..

Aiskrim Kifayah..baru sampai je dah jadi tumpuan anak-anak

Sekarang jom tengok bahagian persiapan yang paling sukar dan rumit sekali iaitu persiapan bahan dan peralatan pertandingan. Bahan asas pertandingan memang disediakan tetapi peserta boleh membawa sendiri bahan lain yang dirasakan perlu atau boleh membantu kemenangan mereka. Seramai 15 orang petugas disediakan untuk bahan dan peralatan juga membantu peserta. 

Malam sebelum program, petugas telah turun ke lokasi untuk kupas bawang dan cuci sayuran dsb. Sebanyak 4 buah dapur masak (dua tungku), 4 tong gas dan banyak periuk dan kuali, senduk dipinjam dari ajk dan jiran tetangga. Memang leceh, tapi semuanya dapat disediakan ikut yang dirancang.

 Hampir RM400 dibelanjakan untuk bahan dan makanan. Syaratnya ialah hasil pertandingan tidak boleh dibawa pulang kerana semuanya akan dimakan bersama-sama. Untuk makan tengahari, pihak kami cuma memasak 10kg nasi dan sup ayam sahaja, dan semua tetamu boleh makan. Memang licin..( Che Mid jugak tak merasa.. dek kesibukan dan tekak tak berapa selera sebab demam..)

 Lobak dan epal tu untuk pertandingan jus buah... 

 Cik Jah kita tengah celur mee segera untuk pertandinga mee segera goreng kategori remaja..

 Sambil-sambil tu sempat jugak dia ni kira biji buah betik untuk pertandingan teka biji betik..tapi tak menang pun....he he

 Kumpulan nasyid The Soul Brothers membuat persembahan pembukaan dengan lagu Law Kana Bainana..

Barisan hakim dari pertubuhan WI dah bersedia..rasanya mereka ni tak berehat langsung, terima kasih daun keladi ya puan-puan..

 Acara pertama - pertandingan Kuey Teow goreng (ibu-ibu)

Sebaik sahaja masa bermula, peserta terpaksa mengambil bahan di bahagian belakang..

Inilah bahan yang dah diambil.. kalau tak cukup bahan..berlarilah lagi ke belakang..ala-ala masterchef gitu...Masa nilah nak tengok macam-macam gelagat lucu peserta dan penyokong (penyertaan mengikut lorong-lorong rumah masing-masing..)

 Hakim mula menjalankan tugas..

 Abah Che Mid pun sibuk juga di dapur tu buat apa...?? Tumpang seronok ya bah..

 Peserta kuay teow goreng terlalu ramai, jadi pertandingan terpaksa buat dua pusingan..

Macam-macam jenis kuey teow ada....ini nampak macam Char kuey teow kan..

Makcik-makcik Chef mula masak Asam Pedas Ikan kembong..sorang sekor..ha ha..tentu tak pernah masak asam sekor je ikan kan..


 Taraaa... hasilnya...

 Acara paling ditunggu-tunggu.. memasak mee segera goreng untuk anak-anak.. tau tak..peserta paling ramai lelaki rupanya... perempuan sorang je..heran tak? Riuh rendah jadinya..emak ayah peserta tak senang duduk tengok anak memasak!

 Budak baju biru tu..Faris namanya.. dah masuk bahan..baru masukkan minyak masak ha haha..

 Cantik je budak bersongkok tu goreng telor kan.. Badrul Annam (baju hijau muda) yang menang...

Ini yang dia buat..hebat kan!!

 Acara lelaki dewasa pulak..masak sardin dalam tin... Farhan kiri sekali.. lawan dengan atuk Jamil... tapi Farhan dapat no 2, atuk kalah teruk..sampai sekarang atuk tak percaya dia kalah ha ha...

Inilah rupanya..sardin yang orang 'jantan' masak..jadi rebutan masa makan tengahari..licin sokmo!!

 Acara suami isteri..buat minum petang...isteri buat cekodok pisang...

 Suami buat ayaq panaih!

Seorang lagi suami tengah buat minuman panas..

Siap dengan deko sekali....

 Sebenarnya ada lagi pertandingan masakan secara berkumpulan tapi bateri kamera dan kong kali kong...
Apa pun memang happening dan memang memenatkan...program berakhir selepas solat Zohor dengan majlis penyampaian hadiah dan penyerahan barangan bantuan banjir kepada Ketua Kampung. 

Persembahan silap mata dari badut benar-benar mencuri perhatian.. 

Tu dia Program Masak-masak kami..kalau anda berminat nak Che Mid uruskan program macam ni..hubungi je Che Mid di 013-3672459 atau emel di [email protected]