Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di [email protected] atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 23 April 2012

Tak sedap hati

Di  petang yang indah, Che Mid sedang dalam satu mesyuarat. Tiba-tiba hati ni rasa berdebar-debar dan tak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu sedang berlaku.

Berdoa dalam hati semoga tiada perkara tak baik terjadi, namun sukar untuk fokuskan perhatian pada isi perbincangan.

Setibanya di rumah, dah masuk waktu Maghrib. Tengok kereta abahnya takde. Bila Farah buka pintu, terus je mulut ni bertanya, " Abah mana?".

" Abah pergi tengok Faris... tadi dia jatuh motor". Tersentap... " Oooh.. patutlah ibu asyik berdebar-debar je tadi.." Farah bagi tahu yang Faris tak apa-apa tapi motor tak boleh bergerak sebab roda dah bengkok. Abah tengah pergi tengok dan mungkin cuba bawa balik motor tu.

Naluri seorang ibu....

Sunday, 8 April 2012

Lontong

Majlis perjumpaan keluarga hari tu, Che Mid tak merasa langsung lontong. Jadi lepas geram punya pasal, Che Mid pun masak sendiri dua-tiga hari lepas tu. Jom telan air liur manyak-manyak..

Lontong orijinal .. Che Mid tempah je, harga RM 1.20 sebatang. Memang jauh lebih ummph dari nasi himpit..

Serunding daging - baki dari majlis perjumpaan hari tu yang dimakan dengan nasi ambeng.

Ha.. yang ini barulah Che Mid masak. Kegemaran Che Abang sayang - daging palembang

Kuah lontong pun Che Mid masak sendiri. Nampak tu.. tempe, kentang, tahu, kubis, lobak, suun dan kacang panjang. Che Mid akan masak kuah tu lama-lama sikit hingga sayuran jadi lembut.

Sila lah..awak satu

Saya satu. Memang sedap banget bila dah campur semua. Berulang kali makan dari sarapan sampai makan malam.. sampai puas...

Friday, 6 April 2012

Senda Jumaat - Agar-agar masuk longkang

Salam penuh barokah di penghulu segala hari.

Dah lama tak buat agar-agar santan.

Dalam periuk sedang menggelegak campuran air dan agar-agar. Tak lama lepas tu, masukkan air pandan segar yang telah ditapis, tambah dengan setitis dua pewarna hijau untuk mencantikkan lagi warna agar-agar.

Lepas tu masukkan dua cawan gula dan kacau perlahan-lahan. Sambil mengacau tu, hati terdetik, " Napa rasa berat je bila kacau gula dan agar-agar ni, pelik la."  Angkat senduk, jelas nampak warna putih gula.. " Eh, napa tak hancur lagi.."

Lepas tu Che Mid tuang santan pulak. Masih gak terasa kasar-kasar dalam periuk tu. Tak puas hati, Che Mid celup jari telunjuk dalam senduk, dan merasanya. Mak ai... MASIN!!

Che Mid capai bekas 'gula' tu tadi. Tengok betul-betul , ah rupanya dalam bekas tu garam yang suami Che Mid bawa balik dari rumah Sungai Petani. Che Mid sangkakan gula sebab rupanya nampak sangat putih dan bersih. (Pada Che Mid warna garam sepatutnya lebih keruh sedikit dibandingkan dengan gula).

Suami pula tak beritahu yang dalam balang tu garam, Che Mid pulak tak konfem balik yang dalam tu garam. 

Akhirnya... kempunan Che Mid nak makan agar-agar santan..ke longkang jua akhirnya agar-agar tu..




Tuesday, 3 April 2012

Tou fu.. halal ke..

Semalam, di pasar malam.

Lama tak makan yong tou fu. Suka sangat tapi bila nak beli tu, fikir banyak kali. Was-was tentang halal haramnya. 

Bila tiba di gerai tau fu, Che Mid berhenti.. sambil memikir lagi nak beli ke tidak. Kakak penjual sedang sibuk memotong tou fu pelanggan, Tiba-tiba ternampak suami kakak tadi sedang mengisi raga-raga dengan pelbagai jenis tou fu. Bungkusan tou fu tu jelas tertera logo halal Jakim. 



Saja membuka bicara, " Sekarang ni senang ke dapat tau fu halal?". Abang tu kata, " Kena pilih betul-betul dari pembekal yang betul. Saya memang pastikan ada logo halal. Kalau makanan laut tu, tak kisah sangat tapi kalau bahan dari ayam memang saya tak beli walaupun ada tanda halal... kecuali sosej ni. Harga yang ada halal ni mahal sikit tapi saya beli juga."

Isterinya yang mendengar perbualan kami, menunjukkan semula paket tou fu yang kosong. Memang nampak penampilan abang tu dengan berkupiah, memang dia tahu hukum. Che Mid 'menjolok' lagi, " Besar tanggung jawab penjual ni kan... " Jawabnya, " Hish.. memang besar tanggung jawab peniaga ni.. nak bagi orang makan, kita pun carik rezeki..kena betul-betul tahu halalnya.."

Alhamdulillah, malam tu Che Mid menikmati tou fu tanpa ragu-ragu...