Berbesar hati sungguh Che Mid dan kawan-kawan dijemput bermarhaban di rumah Tan Sri Rozali Ismail. Melalui fb Yahanana Events tentunya blog ini, sekali lagi kami 'ditemui'. Berbaloi juga Che Mid tayang gambar marhaban dan 'update' info tentang aktiviti kami.
Pejabat Puncak Niaga menghubungi Che Mid bertanya tentang marhaban kami. Ada soalan kelakar yang ditanya, " Berapa umur ahli-ahli marhaban Che Mid ni, kalau boleh kami tak nak tua-tua.. " Che Mid jawab, " Dari 30 an hingga 40 an. Yang warga emas adalah dalam 2, 3 orang." Kemudian orang tu komen pulak, " Tapi, kalau tengok dalam gambar kat fb ni.. semua ok je.. tak nampak pun tua-tua.." Foto dah edit le dik..kih kih
Kami bertolak seawal jam 7.30 pagi... silau mentari pagi.. Bas Puncak Niaga dah tunggu tapi cuma ada 18 seater.. jadi 4 orang lagi naik kereta seorang staf Puncak Niaga yang turut ada memantau kami. Bukan main lagi kan.. macam VIP pulak gitu..
Bergambar selepas sarapan pagi. Berlatar belakangkan padang golf. Oh, lupa.. rumah Tan Sri ni di Tropicana Glof and Country Resort. Unifom hari ni, jubah hitam dan tudung merah jambu. Sendiri punya atau pinjam-pinjam.. sebab baju ni bukan unifom 'official'. Ada yang las minit beli dan tengah malam ketuk pintu rumah kawan mintak alter.. semua gara-gara nak ke rumah Tan Sri. Memang pun Che Mid carik ahli 'ekstra' untuk mengganti ahli yang kebetulan tak dapat hadir, biar nampak ramai..
Mak bawa anak dara sekali. Dari kiri tengah Kak Syikin dan Zainon.. antara ahli aktif Helwa.
Dari kiri Kak Ita (kansel kenduri pada hari tersebut), Kak Edah (cuti niaga), Cik Nah dan Zie serta anaknya Zira yang mati kutu sebab takde gang. Che Mid tak bawak Deeja dan Kak Ita tak bawa Asha untuk mengelak suasana kecoh dan huru hara. Che Mid bagi tau Deeja yang ibu ada "meeting".
Adik ipar ku Dila, ahli baru, dan adikku Nor, ahli tenggelam timbul.. harap-harap lepas ni.. timbuuulll je ye..
Dari kiri, Ita (sepatutnya keje hari tu.. mintak cuti gak ke..?) dan Baiti yang bawa mak tersayang sekali.
Che Mid... alahai.. takde Farah rasa semacam juga..
Macam tu la rupanya.. kita bersarapan.. orang main golf kat belakang rumah..
Bergambar di hadapan buai sebelum acara bermula.
Che Mid sedang membaca doa tahnik, sementara Tan Sri bersedia untuk mentahnikkan baby Nur Natrah.
Cik Nah sedang membaca berzanji. Alhamdulillah, ahli semakin berkeyakinan membaca rawi dan tak 'takut' mikrofon selepas seorang Ustaz memberi nasihat, " Tidak mengapa menggunakan mikrofon, jika niat kita untuk mengajak orang ramai sama-sama membesarkan Nabi saw". Che Mid rasa terharu sangat bila hampir semua orang ikut kami mendendangkan qasidah Yahanana dan Ya Thoibah.
Che Mid diberi penghormatan oleh Tan Sri untuk memotong rambut. Selalunya Che Mid akan bacakan doa, " Allahumma faqehufiddin" sambil meniup ubun-ubun baby.
Selepas jamuan makan tengahari yang amat-amat sedap dan istimewa, kami diminta untuk berselawat sempena sambutan harijadi Nur Najwa. Tengok la tu, kek lagi besar dari beday girl..
Bersama Puan Ros dari Jabatan PR Puncak Niaga. Bertungkus lumus dari malam sebelum tu lagi membuat persiapan di lokasi. Ada seorang lagi iaitu YBhg Dato' Yunus, Pengarah Pejabat Pengerusi Puncak Niaga menghubungi sendiri Che Mid bagi memastikan semuanya lancar. Pagi tadi Che Mid menghantar sms terima kasih kepada beliau dan berharap agar semuanya berpuas hati dengan marhaban kami. Dato' jawab, " Kalau saya happy biasanya, mereka pun happy. Terima kasih bebanyak le Ye. Dyunus".
Sebelum balik, kami diberi cenderahati. Dalam beg tu ada kain batik, ferero roche dan air minuman.
Time balik, semua nak naik bas.. biar bersempit tapi tak nak berpisah. Huda dan Iva duduk atas tangga bas pun boleh senyum sokmo.. Nor dan Che Mid duduk atas tempat letak lagej.. Riuh rendah bila Che Mid umumkan yang kami diberi sagu hati wang tunai yang Alhamdulillah lumayan. Semuanya sepakat untuk membelanjakan duit itu untuk beli unifom baru!
Mission accomplished!! Yeah!! Syukran jazilan atas komitmen penuh anda!!