UpDaTeR

Pengikut

Pages

Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan

Isnin, 15 April 2013

My Princess Birthday Celebration (16th years)

Ni Cerita Besday Celebration for my princes.....Fatin Noralyani Nadhirah yang ke 16 tahun....Sweet Sixteen gtue....

Story-mory hari tu...lets the picture telling the story
Sesekali nak speaking Londong dengan kamoo - kamoo semua....PEACE YO!

Tiramisu Cake for besday gegirl...
Besday gegerl request Red Velvet Cake....TAPI..
Jenuh si omak nih tawaf satu Bandar Kajang, kedai kek banyak tutup (hari Ahad kot...)

SO....Ni lah hasilnya 
Beli kat Metro Kajang je
Nama kedai tak hengat coz resit dah buang lepas bayor harga macam mahal sangat (he3....x baikkan..dengan anak pon nak berkira....Ya ampunnnnnnnnn)....:P


Senyuman suweetttt dari besday gegirl...

Masa dah time (haa...kan English kampung aku dah keluar...)
Masa untuk potong kek

Posing dua beranak
Si anak dengan muka comey plus si ayah dengan muka separuh bajet comey (Itu pon jenuh belatih... ada dia kesah ; bukan kamera orang lain pong..:P )

Masa untuk posing dengan si ibu yang bajet muka ayu walaupon dah kertu.....hu3....

Spagetti ni request by Besday gegirl


Ni nak citer pasal celebration hari tu..
Mula-mula nak celebrate kat Pizza Hut je as usual....TAPI....
Besday gegirl kata dah bosan asyik-asyik Pizza Hut je...
Asyik-asyik Pizza Hut....celebrate besday je....ye ke???

So at last we alls ke Alamanda, Putrajaya je
celebrate kat Kenny Rogers
Coz ada orang tu (si ayah ni) yang teringin nak makan kat sini
Ngalahkan yang sambut besday lagi..he3...


Muffin ada dua flavour..tapai tak hengat apa namanyerrrr
Tekak Melayu memang susah nak ibgat makanan cam gini.......


Main menu
Set nasi dengan ayam panggang ni
Nasi sedap = lembut jer dan wangi
Ayam = sayangnyer aku bukan penggemar ayam tegar 
SO.. Bagile pada si gegirl ngan si ayah tu yang menyantapnyer

Air tak ingat nak amik gambo
Kos semua sekali around RM 60 jer....
kenyang..alhamdulillah


Lepas makan sesi bagi hadiah 
Yang dapat hadiah senyum manis
Yang bagi hadiah...dok fikir taon depan nak bagiapa plak ni....he3....


Muka teruja dan ceria
Bila hadiah dah ada depan mata
Dia hepy...aku pon gembira


"Ya Allah kau panjangkan usia anakku dalam keberkatan..
Kurniakan dia kesihatan yang baik dan berterusan...
Luaskan dan berkatilah rezekinya...
Tetapkan dirinya dalam iman...
Kekalkan dia dalam ibadah dan solatnya....
DAN
Jadikan dia anak yang solehah...... cemerlang dunia dan akhirat.....
Amin Ya Rabbal Alamin "

Jumaat, 12 April 2013

Salam Jumaat - Jom Doakan Dirinya

Salam Jumaat buat kamoo-kamoo teman kesayangan semua...Banyakkan doa di hari. Mohon kempunan dari Ilahi


Perbualan dengan seorang rakan mengundang rasa insaf dan syukur dalam diri..
Bila mana dia menyatakan ....
" Saya suka tengok awak dah berubah , dan saya pon teringin nak berubah" 

Dia mohon didoakan untuk perubahan diri.....
berhijrah selangkah demi selangkah demi utk terus memperbaiki diri
Permintaannya mohon 'DIDOAKAN' itu yg menyentuh perasaan....
KERANA....

Saya bukan sapa-sapa teman..
Hanya insan biasa banyak khilaf yang sentiasa mengharapkan Dia memberikan pertolongan....

TAPI....

Demi kamoo teman...
Saya aakn turut mendoakan
Doa untuk dirinya dan kamoo-kamoo kesayangan semua dalam solat dan munajat seharian
Mudah-mudahan Allah makbulkan......
Sayau bukan sapa-sapa..hanya mampu berkongsi pengalaman..
Allah jua yannug mengizinkan utk setiap perubahan kebaikan

"Ya Allah kurniakandiriku ,  temanku itu dan kami semua dgn HidayahMu...dan Istiqomahkanlah diriku, dirinya dan diri kami semua dalam ibadah dan perkara kebaikan. 
Amin Ya Rabbal 'Alamin "


* Hidayah milik Allah..pohon pada-Nya dalam setiap sujud dan munajat kita...jangan putus asa...terus bertatih dan berlari dalam mendapatkan redha Ilahi* 

Isnin, 8 April 2013

Allah Sebaik-Baik Tempat Memohon dan Berlindung

Riadah @ Taman Wetland, Putrajaya


Assalamualaikum semua....
Nak berkongsi sesuatu yang mungkin besar nilainya buat yang memerlukan
Perkongsian ilmu dari saya sebagai teman kepada kamoo-kamoo semua teman kesayangan.
Jom berdoa dan meminta hanya padaNya....


Allah sebaik-baik tempat berlindung
Berdoa dan meminta hanya padaNya.....

'YA ALLAH,

Saat Engkau mengurniakanku harta, janganlah Engkau cabut kebahagiaanku
Ketika Engkau berikan aku kekuatan, janganlah Engkau hilangkan kebijaksanaanku
Apabila Engkau mengurniakan aku kuasa, janganlah Engkau cabut tawadhu'ku
Ketika Engkau berikan aku kerendahan hati, janganlah Engkau hilangkan kemuliaanku
Saat Engkau kurniakanku kehebatan, janganlah Engkau tarik sifat kasih dan pemaafku

AMIN '


*Special tengs to : Ustazah Norhafizah Musa (facebook) *

Rabu, 6 April 2011

DOA ITU SENJATA ..



Baru je selesai mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz Hakim ; ustaz yang bertugas kat sini. Doa adalah senjata bagi kita sebagai seorang Islam. Doa yang merupakan pergantungan kita hanya kepada Allah semata-mata.

Andai apa jua yang terjadi sentiasa dalam peliharaan dari-Nya. Andai apa jua keputusan yang dibuat ; biarlah dengan petunjuk dari Allah. Agar hidup kita selamat sentiasa.Insyaalah...amin.


P/S: SELAMAT PAGI UNTUK SUME....:)

Jumaat, 4 Mac 2011

DOA DULU..PELAWAT TU FAHAM...

Selamat pagi semua. baru selesai sama2 mengaminkan doa yang dibaca kan oleh ustaz Hakim tadi. Kebetulan ada plak pelawat dari luar yang datang kerana ada mesyuarat di sini. Dan serentak dengan itu ada seorang pegawai kat sini yang kebetulan baru sampai.

Boleh plak dia datang kat aku sambil bisik2 tanya .."Pelawat2 tu dari mana?". Aku ni tengah tadah tangan ni sama2 baca doa.....slumber je aku jawab.."Tak sempat tanya Tuan", sambil tunjukkan isyarat doa kat dia.

Alahaiiii..macam2. Kalau iyapun tunggulah doa habis dibacakan dulu , barulah tanya. Kan kita ni dah diajarkan adab2 berdoa sejak kecik lagi. Tak kisah le secara formal atau tak formal. Lagipun pelawat2 yang datang tu pun aku dapat agak mereka faham situasi waktu tu ; sebab diaorang pun sama2 menadah tangan mengaminkan doa tu.....

.....Selesai je ustaz membacakan doa , terus aku tanyakan pelawat2 yang datang tu tentang tujuan mereka.Dan seperti yang aku jangka ; mereka menjawab dengan senyum mesra...Tak de lah nak marah2 pun........hu3...

Rabu, 2 Mac 2011

PAGI DAN DOA

Selamat pagi. Pagi ni macam bese dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Hakim ; ustaz yang bertugas kat office aku nih....

"Bagi memulakan tugas2 kita pada hari ini, marilah kita sama2 berniat kerja2 yang kita lakukan sebagai ibadah. Mudah2an kita mendapat keberkatan untuk setiap kerja yang kita lakukan"

Diantara kandungan doa yang dibacakan oleh ustaz tadi. Jom sama2 kita pasang niat macam tu. mudah2an keberkatan untuk kita semua.Insyaalah..

Selasa, 18 Januari 2011

SELAMAT PAGI ; MULAKAN PAGI INI DENGAN DOA ..

Baru je selesai sama2 mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ustaz yang bertugas pagi ini.. Doa senjata kita sebagai perantara untuk memohon sesuatu perkara dengan Allah Yang Maha Berkuasa.

Jadi sebaiknya doa itu difahamai maksudnya agar kita dapat berdoa dengan penuh khusyuk dan yakin.Insyaallah Dia tidak akan menghampakan hamba-Nya yang sentiasa ingat pada-Nya.

So, mulakan kerja2 hari ini dengan doa yang terbaik untuk kita semua….:)

Rabu, 13 Oktober 2010

DOA

Setiap pagi seorang Ustaz kat office aku ditugaskan untuk membaca doa. Yang bestnya doa tu dibaca dalam Bahasa melayu ; bahasa yang mudah sume orang faham!

Yelah memang lebih afdhal kita memahami doa yang kita baca supaya apa yang dipohon itu benar sampai ke dalam jiwa. dan kita yakin dengan apa yang kita pohonkan.....

Apa2 pon timekaih banyak untuk Ustaz Hakim yang setiap hari tak jemu2 membacakan doa untuk kesejahteraan sume kakitangan di sini! (Walaupon may be Ustaz tu tak baca blog aku ni.....uhuksssssss.....)

Jumaat, 18 Jun 2010

BeRDoALaH, MoHoN PaDa-NyA

~ Mari Berdoa.... by Google.....

Awal pagi macam ni elok kalau kita mulakan dengan doa. Mohon yang terbaik untuk perjalanan kehidupan kita sepanjang hari ni dan untuk hari2 yang seterusnya. Cuma, sebagai manusia biasa, kadang2 kita terlupa untuk berdoa. Bermula dari bangun tidur...terlupa nak menadah tangan bersyukur dipanjangkan usia untuk meneruskan kehidupan lagi....sampailah hingga ke malam harinya....terlupa pulak nak berdoa menyatakan kesyukuran atas rahmat dan rezeki yang Dia kurniakan sepanjang hari untuk kita.....Inilah kelemahan kita ....


Dan kalau ada pun yang berdoa..(tapi tak semua, sebahagian sahaja...termasuk juga aku, yelah manusia biasa)..... berdoa tidak bersungguh2....Mana taknye, sambil berdoa..... jawab sms, sambil berdoa lagi.....berbual2 dengan kawan, dan ada yang sampai menadah tangan dengan sebelah tangan sahaja.....sebelah lagi buat kerja2 lain......


Sedangkan Tuhan dah menjanjikan, sesiapa yang berdoa kepada-Nya akan dimakbulkan doa itu...dan sesiapa yang bersyukur kepada-Nya akan ditambahkan lagi dengan nikmat2 yang lain pula.


Sesungguhnya janji Allah itu benar..... So, marilah kita sama2 berdoa selau dengan penuh khusyuk dan merendah diri kepada-Nya. Jangan main2 lagi dalam berdoa okay......







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i SeRvE nUfFnAnG aDs