Kenapa Magnesium ni penting pada tubuh badan kita ?

by - Rabu, Januari 08, 2025



Aku pinjam penulisan Dr. Zubaidi Hj Ahmad di Facebook. Aku kira dah cukup lengkap dan mudah untuk difahami rakan rakan pembaca blog aku ni. Kan ? 

" Magnesium adalah salah satu mineral yang penting dalam tubuh. Ia disimpan dalam tulang dan sebahagian kecil dalam aliran darah. Ia mengekalkan fungsi otot dan saraf, juga degupan jantung. Selain kalsium, magnesium juga menjadikan tulang lebih kuat.

Tahap magnesium yang rendah dalam tubuh akibat pengambilan dari makanan yang tidak seimbang, akan menyebabkan ginjal cuba mengurangkan kehilangannya dalam air kencing. Namun jika berlaku untuk jangka masa yang panjang, ia boleh menyebabkan kekurangan magnesium, atau dikenali sebagai hypomagnesemia. 

Keperluan dari makanan yang dicadangkan (Recommended Dietary Allowances, RDA) .
Dewasa : 400-450 mg (lelaki) dan 300-350 mg (wanita)

Makanan yang banyak Magnesium seperti Coklat Hitam, Pisang, Tauhu , Kekacang, Sayuran hijau,  Ikan, dan avocado. Tanda kekurangan magnesium adalah kehilangan selera makan, rasa loya, muntah, cepat letih, dan rasa lemah. Ia juga boleh menyebabkan rasa kebas, rasa mencucuk-cucuk, kekejangan otot, degupan jantung yang tidak normal dan sawan.

Punca kekurangan magnesium adalah  disebabkan oleh penurunan penyerapan magnesium dalam usus atau peningkatan pengeluaran magnesium dalam air kencing. Tahap magnesium yang rendah di kalangan orang yang sihat adalah normal. Ia bersifat sementara kerana tahap magnesium dikawal oleh ginjal. Ginjal akan meningkatkan atau menurunkan pengeluaran magnesium berdasarkan keperluan tubuh. 

Kekurangan magnesium secara serius boleh berlaku di kalangan mereka yang mengalami penyakit tertentu, pesakit yang menjalani pembedahan, atau mengambil ubat sintetik tertentu. Antara pesakit yang mungkin mengalami masalah ini adalah pesakit yang mengalami masalah penghadaman, warga emas, pesakit diabetes, pesakit hipertensi yang menggunakan ubat diuretik (seperti furosemide), rawatan dengan kemoterapi, dan sejarah ketagihan alkohol.

Pemeriksaan darah selalunya dapat menentukan sama ada seseorang itu mengalami masalah kekurangan hipomagnesium. Bacaan normal bagi tahap Magnesium dalam darah adalah 1.5-2.5 mEq/L. (Bacaan ini mungkin berbeza sedikit bergantung makmal yang melakukan ujian).

Pesakit yang mengalami masalah kekurangan magnesium biasanya dicadangkan mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi magnesium. Jika tidak mencukupi, doctor mungkin mencadangkan pengambilan suplemen. Secara amnya, dua peratus populasi dunia mengalami masalah ini, terutama mereka yang ditahan di dalam wad. Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 70 peratus warga yang berusia lebih dari 70 tahun, mengalami masalah ini.

Kekurangan magnesium untuk jangka masa yang lama atau tahap magnesium dalam darah terlalu rendah akan menyebabkan komplikasi seperti sawan, degupan jantung yang tidak menentu, dan pengecutan saluran darah koronari sehingga menyebabkan serangan jantung secara mengejut. " 


Alhamdulillah.. 100% kakao. Memang pahit tapi sedap ditelan. 


Secara jujurnya , aku mencari lama dah dark chocolate ni selepas mengetahui kebaikannya ! Sebelum ni memang je makan tapi bukanlah 100%. Ada la gula sedikit. Tapi selepas mengetahui fakta kebaikan coklat gelap ni, maka aku mencari bersungguh sungguh.

Bukan apa.. kalau kita dah faham sedikit sebagai bagaimana tubuh badan kita ni berfungsi , inshAllah kita akan berikan yang terbaik untuknya. Kenapa nak rosakkan ? Kalau rosak.. sendiri susah. Nak kena gi jumpa doktor, duit lagi ! Aduh.. ubat ubatan bukan murah. Pastu bukan sehari dua dah sembuh.. makan minggu lak tu ! 

Aku sendiri pun dah berhenti amik whey protein sebagai makanan tambahan. Aku lebih nak fokus pada pemakanan sebenar. Jadi untuk ganti whey tu, aku amik yogurt greek bersama dark chocolate ni. Tambah sedikit madu asli dan..padu hasilnya ! Tak teringin dah sama sekali nak makan ais krim. Anak anak pun gitu gak. Masing masing tak teringin dah ais krim walaupun ada depan muka. Alhamdulillah. 

Kena tahu perbezaan ya ! Jangan ingat sama lak. Nayaa je nanti kena diabetis !


Antara kebaikan magnesium pada tubuh : 
  1. Membantu menjaga fungsi saraf dan otot yang normal 
  2. Membantu mengukuhkan sistem kekebalan tubuh yang sihat 
  3. Menjaga metabolisme tubuh 
  4. Menjaga kesihatan tulang kerana dapat membantu penyerapan kalsium serta vitamin D di dalam tubuh 
  5. Mencegah berbagai gangguan fungsi jantung kerana dapat mencegah penyumbatan pembuluh darah dan darah tinggi 
  6. Memaksimakan hormon insulin yang bertugas mengatur kadar gula darah, sehingga sangat baik diasup terutama oleh penderita dibetes 
  7. Berperanan dalam proses metabolisme tubuh yang menghasilkan tenaga atau energi 
  8. Membantu dalam produksi energi dan protein


Yogurt greek ditambah dengna dark chocolate


 

You May Also Like

0 comments