Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL
Showing posts with label Foto. Show all posts
Showing posts with label Foto. Show all posts

Friday, February 11, 2011

Funny Ads

Hari ni aku rasa macam tak nak posting barang2 antik..hari ni cuba off topic sikit..tak tau la kalau para blogger naik angin,marah,feel annoyed ataupun mengkeji aku dengan posting yang ini hehe..bukan tak ada barang nak posting,ada..tapi saja jelah..mesti Blurguyz79 mengutuk aku haha..apa ngarut lah ko zal posting benda2 yang tak berfaedah macam ni..tapi niat aku 1 aja..nak buat semua orang tersenyum di hari Jumaat ni.enjoy!

ok,jadi gambar yg 1st adalah menunjukkan kebodohan driver lori PAIPsi yang mengakibatkan kesesakan trafik hahah..ni mesti mabuk terlebih minum PAIPsi kut..hihik

Yang ni pulak si mamat tengeng yang tak tau nak pilih coke ataupon PAIPsi..akibatnya apabila bercampur 2-2 air,kebabom! ha bob,ingat,kalau pepsi,pepsi ajer..jangan campuraduk dengan coke k

cool jugak iklan ni sampai semut pun buat bodoh ajer..betul ke chupa chups contains no sugar?

Kalau bapak dah gangster,abis anak dalam perut pun nak dipukulnya hahah

iklan DSLR olympus memang cepat betul autofocus dia..huhuhu

iklan durex stimulate gel,aku tak berani nak cakap pasal maksud di sebalik tangan pompuan tu hehe..sampai habis side table tu hehe tapi tak perlu tunjuk picture sebenar,ramai dah tau maksud dia

adush..memang failed la!harap2 tak berlaku lah benda ni pada kite semua..member baik sendiri pulak tu!

Camera canon with auto face detector..haha rupanya ramai jugak yang mengendap!kalau tengok dengan mata kasar,tak nampak,tapi bila guna camera auto face detector,nampak ha segala muka setan2..sampai belakang langsir pon ada kalau korang perasan

tubik ke keluar?

kata honda speciallist,tapi eja honda pon salah!haru..haru..

ni pon haru jugak MAUTAN PANTANG! haha muatan panjang ke,pantang maut?

ni kompom bangla yang tulis benda ni kan?

kalau lah ada kempen derma dadah,haha berebut kaki fit yang datang! nasib baik bukan derma dara..

cool jugak brader ni spell hotdog jadi hokdok...memang kelas!

tak boleh handle tang air haram tu pon ada jual!haha ada jugak ek menu board macam ni..apesal aku tak pernah jumpa?kalau tak sure dah bantai gelak sakan hahah

tukang pijak ke tukang pijat?kalau tukang pijak pon aku dah bantai gelak siut hahah pak sabar,pak sabar...apelah ko neh

yang ni kat pasaraya.dahlah terang2 kawasan tak halal,kalau tak tulis mengandungi babi pon orang dah paham.ni salah pulak tu tulis.MENGANDUNG BABI! lawak siak pecah perut wakakaka!

ni yang last,memang failed lah awek ni!

Tuesday, April 6, 2010

Tugu F&N


gambar ni diambil di kilang Fraser & Neave Ltd. Spore. yang duduk kat ats tugu tu ialah atuk aku sendiri. kilang ni pon kalau tak silap kat alexandra. nanti reconfirm dengan atuk aku. tarikh established nya F&N ni tertera 1883..memang banyak kenangan atuk aku dengan f&n ni. masa tahun 60an,mak aku cerita,air soda hanya dapat merasa pada hari raya sahaja. disebabkan atuk aku jadi personal driver kepada boss F&N ni, so masa hari raya beliau akan menghadiahkan ber crate2 air minuman f&n dan red lion pada atuk aku.so mak aku adik beradik dapatlah merasa air gas pada masa tu. tapi sayang nya mak aku tak simpan pulak botol2 red lion tu..kan bagus kalau meraka tahu harga market sekarang untuk botol dan signange red lion tu..aduiii..semuanya telah dihumban ke tong sampah haha..dan ada diagih2 kan pada orang2 kampung disitu. botol pendek spore-KL pon ada juga diberi pada hari perayaan. cerita atuk aku masa kilang ni ditutup,pekerja2 indonesia telah mengambil gelas2 f&n dan red lion di bilik pejabat dan store simpanan. dan mereka menjualnya pada pekerja f&n itu sendiri. dan atuk aku pon ada membelinya. dan akhirnya,jatuh ke tangan aku jua hehehe..Alhamdulillah..