Saturday, July 30, 2011
Poster Raya Coca Cola 2011
Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada yang beragama Islam.aku ingin mengucapkan selamat bersahur dan berbuka puasa in advance sempena menjelang kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.dijamukan juga poster coca cola yang baru sahaja keluar dari kilang berserta botol promosi hari raya 2011.selamat menanggalkan poster kat kedai2 haha.enjoy!
Friday, July 22, 2011
Phoenix Kotaraya
Masa aku bekerja kat Bukit Timbalan Johor,selalu lah makan tengahari di Plaza Kotaraya milik J-Corp.padahal kat cafe banyak makanan,tapi hati degil ni berkeras untuk ke Kotaraya jugak dengan geng2 Lelaki Hidung Belang(ayat Harian Metro).bukan ape..kat kotaraya ni banyak butik2 baju popan..spa dan pusat rawatan kecantikan.so yang menjaga kedai2 kat situ pon ada la muka macam ala2 Audrey Bitoni,Chelsea Olivia dan ramai lagi lah haha..jadi sebelum sampai di food court kotaraya tu,ada sebuah kedai bundle.nak kata aku pakai baju bundle,tak jugak..nak kata tak minat,kadang minat jugak..so 1 hari tu agaknya mata ni terpandang pada sebijik botol kat meja cashier..
berkeadaan full bottle,lengkap dengan bottle capnya sekali.so aku belek punya belek,tanyalah pada empunya kedai sama ada dia hendak menjualkannya atau tidak.malang..tauke kedai tu tanak jual..dia kata ni botol lama.susah dah nak dapat sekarang ni.aku pun menganggukkan kepala mendengar topik sejarah yang aku kurang berminat mendengarnya hehe selepas kebas telinga ni mendengar sejarah botol ni yang entah betul ke tidak,aku pun mula membuka harga.Bang,kawan offer lah botol ni rm50,amacam?Pemilik kedai menjawab,kalau rm60 boleh?dengan pantasss aku mengeluarkan dompet sampul surat aku dan menghulurkan not biru kehijau2an dan not merah.terus keluar kedai tanpa cakap banyak dah hahaha
dan yang menariknya,penutup dia Peacock brand National A.W! adakah Phoenix dan National ni duduknya dibawah 1 bumbung? minta pertolongan En.Megat untuk mejelaskan perkara ini kepada budak yang baru belajar macam saya ni hehe..

Thursday, July 21, 2011
Tambahan Poster Raya Cina
Kepada sesiapa yang tertinggal poster coca-cola tahun baru cina 2011,boleh la lengkapkan koleksi Gong Xi Fa Cai coca cola anda.kalau tidak,macam tak lengkap lah koleksi jika tidak disertakan posternya sekali..(bukan aku cakap ya)
aku dapat ni pun last2 minit.yang sedapnya,tengah dok mengopek poster ni kat tepi kedai,si Adan Coke boleh lalu kat situ haha macam takde orang lain..dikeluarkan oleh Coca-cola Beverages Singapore Pte Ltd.Enjoy!
Kata-Kata Carik Gado Of The Day:
Kalau nak merembat,pandanglah kiri kanan hahah!

Tuesday, July 19, 2011
Coin Can Coca-Cola Temasek
Sempena perayaan 125 years of Temasek Coca-Cola,berjaya jugak aku mendapatkan coin can atau tabung dengan pertolongan siapa lagi,saudara kembar budak setan dari Temasek iaitu Blurguyz79 haha..
Didatangkan dengan balutan plastik clear oleh Coca-Cola Singapore Pte.Ltd,coin can ni bukan macam coin can yang biasa kita tengok.tidak ada lubang di montotnya,tetapi di lehernya boleh diputar untuk mengeluarkan coin pabila sudah penuh.kalau yang biasa2 kita lihat,jika sudah penuh,jawabnya kene korek la pakai lidi haha..tu time terdesak la..body luar adalah pattern coca cola yang biasa
di bahagian atas terdapat satu lubang yang memboleh kan kita memasukkan coin lebihan beli nasik campur kat kedai makan Pak Ali Taman Universiti
Apapun,terima kasih diucapkan kepada Blurguyz79 yang kerja berat siang malam tanpa cuti heheh
Kata-kata Carik Gado Of The Day
Zal,kata can ni upah tolong pos barang,kene bayar jugak ea?hahaha gurau senda membawa bahagia!

Friday, July 15, 2011
125 Years Temasek
Mungkin ada diantara kolektor yang sudah memiliki set tin can 125 years coke singapore.ataupun mungkin ada yang belum berkesempatan memilikinya.sayugia dinyatakan jaman sekarang ni hampir semua kolektor telah alert untuk menyimpan lebih atau sekurang2 nya untuk koleksi sendiri.bagi yang belum ada,disini aku ingin memaparkan tin can 125 years Temasek(kontroversi)
Terdapat 3 perisa iaitu full flavor,light dan zero.berbeza dengan yang Malaya iaitu full flavor,light dan juga vanilla.di bahagian hadapan,macam biasa la trademark font Loki Cola beserta bubble2 gemerlapan
Di bahagian belakang pula terdapat perbezaan diantara tin-tin ni.untuk versi light dan juga zero,dipaparkan 'supplying smiles since 1886'.manakala untuk versi full flavor cola pula dipaparkan '125 years of energizing refreshment'
maka dengan pelancaran 125 years of Temasek ini,diadakan macam event la jugak.tapi tak besar sangat di beberapa lokasi sekitar Temasek.diantaranya adalah di Bugis Junction yang aku pegi ni.Semua yang hadir diberikan badge Coca cola seperti dibawah ini.Live Positively.dengan ucapan,hidup ni jangan lah asek nak pandang orang negatif aje hehe ko pon bukan positif sangatt
disertakan dengan pamplet coca cola bagaimana cara2 nak hidup positif.bagus ni kalau korang dapat baca.semoga kita sama2 dapat hidup secara psositif!
selain itu,disertakan juga sekeping sticker untuk dituliskan ucapan2 serta wishlist sempena 125 ulangtahun coca cola
Pastu,stiker itu akan ditampalkan ke arca yang berbentuk orang ni dan boleh la orang ramai membaca apa ucapan dan wishlist.kalau nak tau apa wishlist aku,zoom la sket heheh carik yang mana satu.hint: ada tulis alamat blog aku
Lepas dah tulis wishlist tu,apalagi,beratur la reramai untuk mendapatkan 1 pet bottle untuk tiap sorang
nampak tu berapa banyak botol coke dan ice yang belum disedekahkan kepada pengunjung.Kalau lah di malaysia ada buat camni kan best?ke aku yang terlepas event?hahaha
bayangkan dari pagi sampai malam tak putus2 orang beratur untuk mendapatkan coke free
aku kalau barang free,memang licin!untuk souvenir,aku simpan ajelah pet bottle dengan design grip handle yang baru
lepas puas meneguk bergelen2 air coke free,tiba masanya untuk melihat barang2 pameran yang disediakan oleh coca cola of singapore.terlampau banyak sangat barang.ni diantara yang aku sempat snap.pakai camera handphone je hehe..lupe beb nak bawak camera!antaranya adalah,Truck coca cola
Button
cardboard sign
pelbagai botol dan can dari asia.dibelakang tu ada iklan original dari keratan majalah singapore di dalam bahasa tamil dan Jawi
calendar
dan seluar pyjamas coca cola.ke seluar buat jalan2 ni?ada ke orang nak pakai?tapi kalau Pepsi buat seluar macam ni,kompom Bob pakai buat jalan pegi pasar karat haha
semua barang2 ni dipamerkan di dalam showcase yang tak boleh aku nak umpil hehe..terdapat juga info digital di hadapan showcase tersebut.bukan ini sahaja,banyak lagi showcase yang aku tak sempat nak snap.sorry ya kawan2..hope di Malaysia akan diadakan event seperti ini kelak
Enjoy!
Kata-kata carik gado of the day:
kadangkala aku pelik dengan sikap orang MELAYU yang kolot masih bersifat racist membeza2kan warna kulit.dan kadangkala pernyataan Saudara kita ini macam orang yang tak habis darjah 6 sekolah Melayu.agak berbeza sekali dengan seorang rakannya yang berbahasa agak ilmiah.yang tu aku respek sikit.walaupun ada sedikit krisis,blognya memaparkan barangan yang boleh aku menjadikan sumber atau rujukan.memang nampak beza bahasa orang yang baca buku dengan orang yang tak habis sekolah.agaknya Saudara kita ni tak sedar ke semua orang mentertawakan dia haha dan ingat,Saudara pun bukan putih sangat kah kah kah..nak aje aku tepek gambar muka kesian Saudara kita ni bersama keluarga terchenta di Hari Raya(aku dan Blurguyz79 pernah suatu ketika dulu terbahak-bahak mentertawakan gambar ni) haha dan aku suke hendak quote kata2 Susan Lankester di dalam Filem Mekanik "orang putih ke,orang hitam ke,orang coklat ke,orang BIRUUU ke,kita kan orang Malaysia"-sebut dengan slang mat saleh-

Thursday, July 14, 2011
Kisah Bai Jual Kain
Hendak dijadikan cerita,ada seorang makcik ni nak pergi ke Ipoh dari Kuala Lumpur.Nak membeli pinggan mangkuk lama katanya di Lokain.hendak menaiki teksi sapu,dilihat dalam pursenya,macam tak mencukupi pulak.so dia pun memutuskan untuk menaiki bas ekspress non-stop.selepas membeli tiket,maka bermulalah perjalanan si makcik tersebut.
Malangnya,tempat duduk hadapan semua fully occupied.yang ada hanyalah tempat duduk di belakang.betul2 di sebelah Pintu Kecemasan.nak tanak,kena lah duduk juga.Pada mulanya,perjalanan sangatlah smooth.bas ekspress pun meluncur dengan laju.Si makcik pun terlelap..dan apabila terjaga,dia terasa pundi kencingnya memulas2.memang hendak terkucil sangat ni.cuba ditahannya.tak boleh jadi,dah tak senang duduk.sekejap ke kiri,kejap ke kanan.si makcik pun pergilah ke depan berjumpa dengan driver.Nak,boleh tak berhenti sekejap,makcik nak buang air kecil ni.Makcik,bas ekspress ni non-stop.kalau saya berhenti,nanti apa kata penumpang lain?Lain kali jangan lah ngada2 nak naik bas non-stop!Si makcik pun kembali ke tempat duduk dengan hampa.ditahannya sekali lagi.ketuk2 lutut sudah,goyang2 kaki pun sudah.namun air tetap di paras hidung.menunggu masa untuk meletop sahaja.Si makcik mendapat 1 akal.dicarinya botol mineral water.mana lah tau boleh melepaskan hajat di dalam botol.tapi malang,time ni la 1 botol mineral pon takde!Maka ternampaklah dia satu lubang kecil sebesar mulut di celahan pintu kecemasan.ah,ngam2 ni size aku.bedal ajelah!di Recce nya penumpang kiri kanan,semuanya dibuai mimpi.Senanglah kerja aku! hehehe..apalagi,disingkapkan kain,terus diletakkan 'anu' nya di celah lubang tersebut.aaahhhhhh lega rasanya nooo!Balaih si Makcik selepas melepaskan hajat membuang air kecil.
Nak dijadikan cerita pulak,semasa sesi pembuangan air kecil tu,ada seorang Bai Penjual Kain menaiki motosikal di belakang bas ekspress tersebut.maka terpercik lah sisa buangan Makcik tadi ke mukanya.Cilaka punya orang!takde kesedaran sivik langsung!dikejarnya bas ekspress tersebut dan melambai2kan tangan supaya pemandu bas tersebut memberhentikan bas.terus si Bai Kain ni dengan nada marah,Siapa punya kirija ini ludah2 sampai kina saya punya muka!Cit pui!semua penumpang kebingungan.masakan ada orang meludah,sedangkan semua lena tidur?si makcik pun berasa bersalah lalu mengangkat tangan.Makcik jangan sibuk ini hal!kata Bai Kain tersebut.Baik mengaku siapa punya kirija ini!si makcik pun lagi sekali hendak bersuara dan mengangkat tangannya.Makcik!berapa kali aku cakap,makcik jangan campur ini urusan!Makcik dudouk sana diam2!marah Bai Kain tersebut..Ini Last Warning aku bagi sama Kao Worang!Si Makcik pun bersuara,sebenarnya Bai..sayalah yang..Makcik! kenapa Makcik degil ha!saya tahu ini mesti kerja worang lelaki!sebab saya nampak dia punya bibir ada MISAI sana lubang kicik ludah sama saya!

Wednesday, July 13, 2011
Bangi Kopitiam
Sewaktu kunjungan ke Shah Alam, aku singgah la ke sebuah kopitiam yang berdekatan dengan Monfort's Boys School.Bangi Kopitiam namanya.aku memang suka melepak kat kopitiam2 ni seluruh Malaya.bukan apa..saja je nak tengok konsep yang diketengahkan oleh pekedai2 kopitiam ni.ada yang memuji,ada yang senyum sinis,dan tak kurang juga hanya bersandarkan pada title 'Kopitiam' sahaja..jom kita lihat apa yang ada di Bangi Kopitiam cawangan shah alam ni..
wah,ada kipas antik! tapi sekarang ni jangan tertipu.made in India pun dah berlambak kat jonker walk tu..meja & kerusi kopitiam pun ada jugak..
Gerobok showcase ada 1 kira besar jugak..adalah tinggi dalam 8 kaki..dipenuhi dengan pelbagai tin dan botol2 f&n dan green spot..
Deretan tray2 f&n dan 7up serta signboard coca cola..tapi ni semua print n paste jek kat dinding..
Enamel F&N sold here pun ada..tapi sama jugak konsepnya..kadbod print n paste kat wall
Dan ada 1 poster yang agak besar rumah jugak dilekatkan menjadi wallpaper kopitiam bangi ni disertakan tagline "Muhibbah" yang memaparkan gambar 1 Malaysia 3 bangsa utama yang duduk minum semeja..
Jika anda berpeluang sampai ke sini,cubalah Roti Kuaci nya..memang Tebaekk! Enjoy!

Friday, July 1, 2011
Can? Glass???
Sempena pagi Jumaat yang tenang ni,takde buat apa,dan kerapkali diminta untuk mengupdatekan blog,maka aku akan mengreviewkan satu koleksi yang dikeluarkan pada bulan lepas yang banyak menipiskan dompet aku.gila kau sekali makan je dah mencecah average rm15.semata2 untuk mendapatkan gelas yang dah lama keluar kat U.K sana.
Selepas menikmati alam berumahtangga ni,rejeki pon makin melimpah ruah,dicucuk pula dgn kehadiran set meal can glass ni,makin naik lah jugak size pinggang dari 32 ke 34 haha cinabeng tol.nak cakap makan banyak,tak jugak,tapi makan sikit jek,dia punya kembong,mak ai..mengalahkan orang mengandung 2 bulan!mana taknya,setiap hari khamis,bantai 2 ketul ayam goreng mekdi spicy selama 6 minggu berturut2 tanpa henti.dahla pakai ayam inject,tapi disebabkan can glass ni punya pasal,balun!
So tanpa melengahkan masa lagi,mari aku introducekan kan con can glass edisi Malaya kepada para blogger di luar malaya sana yang berkenan untuk mendapatkan siri atau set ni.set yang aku paparkan ni tidaklah mengikut date hari keluarannya.aku post random sahaja.yang pertama,the legendary glass,GREEN!
BLUe!
PURPLE!
LIME!
PINK!
dan yang terakhir,CHARCOAL!
Disini aku ingin membuat perbandingan diantara can glass perbuatan Malaya dan can glass perbuatan Temasek(yang tidak berapa digemari oleh sesetengah kolektor).Jika kalian zoom gambar tu,akan nampak lah perbedaan diantara keduanya.dari segi packaging,memang tiada perbedaan yang ketara.hanya can glass Malaya adalah perbuatan China dan can glass temasek adalah perbuatan Turkey.dan tidak dinafikan China amat popular dengan pengeluaran porcelain nya dan Turkey pulak amat femes dengan penghasilan glassware.jom kita lihat
Jika kita teliti secara mata kasar memang lah tidak nampak.tetapi jika kita lihat pada ketebalan embossed coca cola nya,ia amat sharp dan jelas embossed nya pada can glass Malaya
Beralih pada can glass temasek,embossed nya adalah kurang timbul dan berkeadaan lebih flatten sedikit berbanding can glass malaya.jika tanya pada aku,ternyatalah aku memilih yang timbul dari yang flat hehe tapi tak tau pula jika ada orang suka melepek.. hehe citarasa masing2..
aku tertarik dengan quote seorang kolektor di facebook yang menyatakan complete set itu mestilah beserta dengan poster promosi seperti di bawah ni.BETUL KE????
apa pun,jom kita enjoyyy!!

Subscribe to:
Posts (Atom)