Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, May 26, 2016

Coin Can Vanilla Coke Zahid Akademi Fantasia

Masih ingat Akademi Fantasia musim ke-2 tahun 2004? Siapa juaranya? Tak lain dan tak bukan Zahid!! Masa ni aku hanya mendengar cerita2 dari mulut orang sahaja. Sebab masa ni rumah pon rumah flat. Asterok pon takde. Atau dalam erti kata lain, aku fak asterok multi million blood-suckin company
Paparan tin can ini di bahagian hadapan adalah merupakan normal vanilla coke seperti yang lainnya
Tapi di belakangnya terpapar muka Zahid yang begitu hansemmm skali (kihkih)
Perbezaan can ini dengan yang lain, adalah di bahagian atas terdapat lubang yang hanya memuatkan duit syilling. Tapi di bahagian bawah,hanya mungkum seperti can biasa. Kalau dah penuh, kena tebuk atau korek lah ya hehehe Adakah can ini rare? nahhh bagi aku can ini biasa2 sahaja kerna ramai orang Malaysia memilikinya. Limited? Ya, pada pendapat aku ianya limited kerna pengeluarannya hanya terhad kepada beberapa tin sahaja. Jika dilihat full set koleksi can ini, terdapat 3 lagi design yang memaparkan muka Linda, Farah dan Adam. Adakah selebriti2 yang lain ini terdapat juga versi coin can? Kita sama2 tunggu p/s: aku syak Zahid pon tak simpan coin can mukanya sendiri
"Keep It Until Hard To Find"

Sunday, May 22, 2016

Acrylic Sign 4 in 1

Holaaaa semua!
Kali ni aku akan paparkan satu signboard yang aku dapat di Selangor. Jenis nya adalah berunsurkan acrylic back print sign. Jadi kalau tergarik atau calar di bahagian hadapan, tidak menjadi masalah bagi sign ini. Ketebalannya ada beberapa mm sahaja. Size nya pula adalah lebih kurang 1ft. tinggi, 1.2ft. lebar
Yang menariknya, sign ni terdapat 4 sekali jenama yang amat popular di amerika. Yang paling femes di antara keempat2 brand ni adalah Kickapoo joy juice. Yang dimiliki oleh Nugrape di amerika dan dimiliki oleh Permanis S/B di Malaysia
Brand yang kedua adalah Dad's root beer yang popular di Temasek suatu ketika dulu pada jaman 60-70an sebab mak aku cakap dia suka minum air ni pada jaman tu haha brand ni pon dimilik oleh Sun Crest
Korang penah minum air jenama Sun Crest? serius aku tak penah minum atau boleh kata kat Johor Bahru ni takde kedai yang jual air soda jenama Sun Crest ni. Ke, aku terlepas pandang?? Ataupun aku tak alert mungkin
Nu Grape yang poluar sejak 1930an,memang aku tak penah minum air ni haha dan tak ada info yang banyak aku perolehi pada otai2 soda. Maka aku tak perlu bercerita lebih lanjut tentang jenama yang satu ini, kang salah info hehehe kat Sarawak femes tak brand ni?
Jadi, sila bayar bila dihidang!
"Keep it until hard to find"