Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, February 25, 2020

Trip Makan Penang 2020

Assalamualaikum kepada pembaca2 blog yang masih setia dan masih old skool mengikuti blog aku ni haha sebab ada orang kata blog is sooo yesterday! ah persetankan lah mereka tu semua. Buatnya tidak, mengkondem orang je pandai. Senantiasa iri terhadap perbuatan orang lain. Walaupon info yang aku beri kadang tak lengkap, tapi aku bangga masih dapat membantu pada orang yang memerlukan. Kalau tak banyak, sedikit pon jadilah k..at least kau ada buat sesuatu kat muka bumi ini heheh Ok, so tanpa leceh, trip kali ni masih di dalam Malaysia. Last aku pergi trip ronda2 penang ni masa jaman aku sekolah 1995-1996. Selepas tu aku ada pergi sekejap ke Penang untuk tournament Bowling SUK SeMalaysia pada tahun 2015?2016? Entah, aku lupa. Tapi semasa tournament bowling tu aku tak sempat nak meronda. Hanya main bowling, balik. Kali ni aku menggunakan khidmat tambah murah Air Asia iaitu RM16 pergi dan RM16 balik. Total RM32 sahaja untuk tiket penerbangan pergi dan balik. Murah bukan? Aku depart dari Senai, Johor pada 4 Februari 2020 pada jam 12.50pm dan mendarat di Pulau Pinang tepat pada jam 2 petang. Tempoh penerbangan adalah 1 jam 10 minit. Sampai sahaja di Bayan Airport, kereta sewa yang aku tempah di JB sehari sebelum penerbangan sudah menunggu di Balai Ketibaan. Aku memilih untuk menyewa Proton Saga baharu yang kondisi nya amat cemerlang. Aircond sentiasa aku bukak dalam mode Full Blast hahaha alang2 guna kereta orang, kalau kereta sendiri, bukak aircond paling slow sekali hehehe..Bayaran sewa kereta adalah sebanyak RM300 untuk 3 hari 2 malam. Aku bajet nak ambik perodua Alza. Tapi kebanyakan tempat mereka caj RM120 untuk satu hari. So Saga adalah pilihan terbaik bagi aku
Bila dah naik kereta sewa, aku terus menuju ke Hotel yang sudah ditempah di booking.com iaitu Armenian Street Heritage Hotel yang terletak 19km dari Airport Bayan Lepas.
Rupa luaran hotel amat klasik dan old skool. Aku suka style vintage yang telah dibaikpulih dan sudah dijalankan proses restorasi.
Rupa lobby hotel ini juga amat simple. Tak ada lounge atau tempat minum2. Hanya ada welcome drinks, Kedai Serbaneka dan terdapat cafe yang linked ke lobby hotel ini. Semua adalah amat basic termasuk receptionistnya sekali hehe..tapi aku tak kesah, aku bermalam di sini hanya untuk tidur sahaja. Buat apa nak grand2 sangat?
Semasa aku tembah bilik hotel ini, aku tak sempat baca review. Selepas aku dah tempah, baru lah aku baca review di trip advisor yang menyatakan hotel ini berhantu! hahaha dikatakan terdapat ketukan beberapa kali dalam almari bilik dia menginap. Ok, kita tunggu malam ini! haha..sususan ruang dalaman bilik hotel bagi aku ok la not bad. Aku ambik katil 2+2+1 disebabkan aku datang berlima. 3 dewasa, 2 kanak-kanak
Bathroom toilet dia mantap! Bersih, design dia pon aku suka. Memang aku rekemen hotel ni. So, bersih2 kan diri apa yang patut. Bagi refresh sket, tukar baju apa yang patut, Ok kita mulain dengan Food Hunting yang pertama! Memandangkan naik flight perut pon dah kebulor, so destinasi pertama adalah Deen Maju Nasi Kandar!
Hanya 2km dari Armenian Street Heritage Hotel, Deen Maju Nasi Kandar ini terletak di Jalan Gurdwara
Tengok perkataan Nasi Dalca tu pun dah mantap haha..aku memang perut pon dah lapor. Menjejes air liur tengok kuah2 kari tu haha
Tuuuuudiaaaaa aku ambik sotong kari 2 ekor sama sayur bendi. RM14! kira ok la kan harga dia.Kuah kari semua aku campor. Dengan Kuah kicap sikit. Pehhhhh padu siol. Walaupun aku belum merasa nasi2 kandar yang lain, bagi aku Nasi Kandar Deen Maju ni paling tersedap dan terbaik. Walaupon haritu masuk TV3 kedai nasi kandar ni kena kompaun sebab kotor kahkahkah nasib baik rancangan 999 tu keluar selepas aku dah pekena nasi kandar deen maju ni hahaha Bila tekak dah berapi penangan kari campor, mestilah carik penyejuk tekak heheh. So lokasi seterusnya, Ais Tingkap! Terletak 2km dari Deen Maju Nasi Kandar
Terletak di Lebuh Tamil, bersebelahan Pasar Chowrasta.
Beratur panjang ok! dekat 45 minit jugak beratur untuk dapatkan seikat ais tingkap ni fuh!
Aku susah nak describe rasa ais tingkap ni. Sesuatu yang baru bagi tekak aku. Apa yang aku nampak, ada ais parut, sirap, selasih, kembang semangkuk, air kelapa, isi kelapa dan sarbat. rasa dia, wow! SEDAP. Lepas tekak dah basah, aku bergerak ke Cucur Udang Chowrasta. Terletak berdekatan dengan ais tingkap juga. Tak jauh.
Aku try order sepinggan cucur udang special. Tengok camne pegi dia
Tuan2 boleh tengok senarai harga yang terpampang di gerai ni. Boleh like Facebook dan boleh call nombor yang tertera untuk tempahan. Yang syoknya cucur udang chowrasta ni, tuan2 kena order dulu, baru dia goreng atau masakkan untuk tuan2. So apa yang disaji tu memang panas2. Bukan macam goreng pisang yang dah sejuk macam kat tepi jalan tu
Rasa dia? wow..sesuatu yang baru juga bagi aku. Memang berbeza dari rojak mamak atau seumpamanya kat JB ni. Sos dia tu pun rasa lain. Aku tak pernah rasa sebelum ni di mana2 tempat. Memang wow.. Bila makan tu, tekak haus pulak dah. Ok try order teh sarbat satu!
Pehh...memang mantap wa cakap lu..piaw habis rasa sarbat dia. Dia punya berapi rasa sarbat lalu kat tekak tu, fuhhhhh mantappp. Memang aku rekemen sangat2 bagi penggemar teh sarbat!
Senarai minuman dan harga boleh tuan2 tengok dan pilih sendiri apa air yang tuan2 kehendaki heheh..gaya lepak situ, aku suka. Old skool gerai tepi lorong Waktu pun dah nak masuk Maghrib. So aku balik ke hotel Amenian Street Heritage untuk buat apa yang patut. Lepas mandi, solat ape semua, aku keluar semula untuk memburu makanan! Lokasi seterusnya adalah Sany Char Kuey Teow yang terletak 14km dari Armenian Street Heritage Hotel. Tapi malang Sany char kuey teow pada malam tu. Dahla jauh dari hotel, masa pulak suntuk. Tutup pulak tu haha ape lah nasib. So tanpa aku membuang masa, aku teruskan perjalanan ke Batu Feringghi yang terletak sejauh 30km dari Sany Char Kuey Teow. Sampai2 di Batu Feringghi, aku terus menerjah ke Hard Rock Hotel Penang untuk membeli sedikit souvenir memandangkan jam sudah menunjukkan puklul 9.45 malam. Aku menjangka Rock Shop akan tutup jam 10malam. Rupa2nya ia tutup jam 11malam tuan2. So sempat lagi aku memilih sedikit souvenir untuk aku.
Cap Hard Rock Cafe Penang untuk bapak mertua aku RM95 dan sehelai t-shirt untuk aku berharga RM139 jadilaaa buat ada2 tuan2 Selepas kelam kabut grab barang di Hard Rock Hotel Penang, aku berjalan kaki ke Night Market di sepanjang jalan Batu Feringghi ni
Ok juga barang2 disini. Lokal stuff la orang cakap tuan2..t-shirt2 penang ada..
Beg2 pon ada..aku sempat juga capai tote beg untuk mak aku dan mak mertua aku untuk dijadikan souvenir
Aku tak ronda habis tuan2 sebab barangnya berulang2. lepas beg, baju, pastu seluar, pastu beg semula, pastu baju, sampai la kesudah hehehe problem sini adalah parking. Aku takut jugak nak parking sebarang. Dahla sewa kereta, kang kena saman pulak kereta orang. So aku parking jauh dari tepi jalan untuk mengelakkan di saman. Kalau nak park di bahu jalan takut mengganggu lalulintas pula. So tuan2 kena hati2 nak parking ya. Bila berjalan kaki tu lama, so perut pun dah lapar, Ok kita hunting food yang seterusnya!
Sejauh 17km dari Hard Rock Hotel Penang, Nasi Kandar Beratur Original terletak di sebelah Masjid Kapitan Keling. Sesampainya aku kat sini, takde pun orang beratur. Memang rezeki aku agaknya, selepas aku ambik makanan, baru lah orang beratur panjang kahkah
Yang bestnya Nasi Kandar Beratur Original ni, dia mula bukak kedai pada malam hari sahaja tuan2. Iaitu bermula dari jam 10malam sehingga? Aku pun tak tahu dia tutup pukul berapa. Ada yang kata 4pagi dia tutup. Ada yang kata 10pagi keesokan harinya. Entah la tuan2. Aku tak sanggup menunggu sampai kedai ni tutup haha..review? Mungkin ada pemintanya yang tersendiri, tapi bagi aku, ni bagi aku k, kuah karinya agak kuarang mantap. Kuah kicapnya pun tak macam kicap. Dan telur ikan goreng pun keras kematu. Mungkin sudah digoreng semula beberapa kali. Agak frust aku malam ni. Tapi boleh tuan2 tidak bersetuju dengan aku. Seperti aku cakap, mungkin ada peminatnya sendiri. Tapi aku tak mungkin akan return kesini. Ini hanya pendapat tekak aku sendiri k. Bila sudah kenyang, jam pun dah menunjukkan pukul 11malam, nyamuk pula banyak di gerai ini. So aku pun bergerak balik ke Armenian Street Heritage Hotel yang terletak sejauh 350meter sahaja dari Nasi Kandar Beratur Original ini. Sampai hotel, mandi, tido! 05/02/2020 RABU. Aku start pagi pada jam delapan pagi untuk lokasi food hunting di Astaka Taman Tun Sardon yang letaknya di Gelugor. Hanya 11km dari Armenian Street Heritage Hotel. Bermacam2 makanan dan sarapan pagi ada dalam astaka ni. Aku macam nak try semua hahaha dan first, aku try Nasi Lemuni!
Berbungkus seperti Nasi Lemak, berharga rm1.50 sebungkus, dimasak bersama daun lemuni aku syak, sebab berdasarkan namanya tu. Rasa? macam rasa nasi lemak sikit. Boleh try
Ni gerai Nasi lemuni tu. Masuk je dari pintu tengah, dah nampak gerainya
Char Kuey Teow? Ok laaaa not bad..boleh juga dimakan
Kuey Teow Sup Sri Buana? Beratur juga nak dapatkan kuey teow sup ni. Rasanya agak mantap juga sampai aku tak sempat nak ambik gambar bagaimana rupa Kuey Teow supnya hehehe so next?
Gerai yang agak kena beratur jugak, Sandwich!
Tuan2 pernah try Sandwich Ketam? Kalau tak pernah, ok boleh kat sini heheh
Malang kali ni gerai Apom tutup!
Begitu juga dengan Kuih Serabai. Tutup!
Tak dapat aku merasa kuih serabai yang sedap sangat sepertimana yang digembar gemburkan oleh food hunter. Frust!
Next? Roti Bakar Telur Meleleh! Ini memang mantap tuan2. Sampai dua kali kita orang repeat order! Ok setel semua makan. Eh, nanti! aku terpandang orang beratur di luar Astaka. Nampak macam orang menjual kat motorsikal
Roti Sapu! butter dan kaya. Fuhh memang padu tuan2..harga? rm2 untuk 4 keping siap sapu kaya dan butter. bagi aku penggemar roti, agak sedap la sapuan dia tu. Memang aku habiskan semua tanpa pelawa kiri kanan hahaha Lokasi seterusnya! Bukit Bendera atau Penang Hill
Aku sampai di penang hill ni dalam pukul 9 lebih pagi dekat pukul 10 juga lah gitu. Masih tak ramai orang. Atau boleh aku kata tak ada orang hehe..Memang berbeza dengan 20 tahun lepas yang aku datang masa aku sekolah lagi. Terdapat parkir bertingkat di sebalah kiri jalan masuk Penang Hill ini. Agak memudahkan la juga untuk pengunjung park kereta. Sistem berkupon dan mesin automatik untuk bayar parking. Dah maju! hahaha
Tuan2 boleh rujuk la gambar di atas untuk senarai harga tiket untuk naik ke Bukit Bendera ini
Keadaan amat lengang untuk beratur membeli tiket heheh
Laluan masuk ke train sudah modennnn mueheheheh
Ok train sudah sampai! fuhhh laju gilos. Dulu terkial2 train yang lama nak merangkak naik ke Penang Hill hahaha adalah dalam 45minit untuk sampai. slow gila! haha tapi kali ni dalam 10-15 minit dah sampai! Fantastic ada kemajuan kehkehkeh
Ok kita layan dulu gambar apa yang terdapat di Penang Hill ni
Agak berkabus pemandangan Georgetown
Kalau tuan2 nak skodeng anak dara mandi pon boleh. Bayar je untuk menggunakan khidmat teropong ni. Kalau bawak teropong sendiri lagi bagus. Tuan2 teropong lah apa yang diteropong dari atas sini
Owl Museum pon ada! Bukan yang hidup la tapi..heheh
Tunggu jugak ada pertunjukkan burung ke ape. Tapi takde. Kalau nak bergambar dengan ular sawa atau burung kakak tua, ha boleh. Bayar je. Berapa ringgit entah
Aku mengambil keputusan untuk masuk Zombie House & Dinosaurs ni. Bayaran tiket rm10 kot gitu
Mula2 ada poster pasal saiz dinosaur
Dinosaurs dan super heroes terletak di tingkat atas
Boleh la kalau nak bergambor dengan ironman. Ruangan pun terhad. Aku ingatkan besar sangat macam dewan hahaha
Selepas bergambor dengan super heroes, tuan2 akan diarahkan untuk turun ke aras bawah untuk masuk ke Rumah Hantu. Orang yang jaga kaunter tiket tu cakap semuanya patung. Tapi tuan2 kena berhati2 dengan yang ini. Aku sangka dia bergerak2 biasa je. Sekali eh makin lama makin dekat dengan aku. Lama2 dia kejar pulak. Ah sudah memang hidup rupanya! Celake betol aku cakap. Bertempiaran semua orang lari termasuk aku hahahaha lepas aku pegi Rumah Hantu ni, aku naik Buggy keliling Penang Hill dengan bayaran rm30 per ride. Untuk melihat2 rumah banglo2 lama dan sightseeing. Ok la not bad. Tuan2 boleh try tuan2. Lepas buggy ride, aku turun balik ke kaki bukit bendera untuk ke lokasi seterusnya. perut pun dah lapor nih
Food Hunting seterusnya adalah Nasi Kandar di Hameediyah Restaurant. Terletak 8km dari Penang Hill di Lebuh Campbell. Cedok makanan di bangunan ni
Dan nanti pekerja dia bawakkan makanan tuan2 di lot kedai yang ini. hanya selang beberapa lot sahaja.
Rasa dia? agak berasa sikit dari Nasi Kandar Beratur Original. Telur sotong yang bulat2 tu hambik kau dia cedok. Sebanyak2 tidak. Nasib baik syahdu je masuk mulut hahaha ramai juga orang beratur disini. Macam yang aku perkatakan, ada peminat2 nya tersendiri. Bagi aku, ok la not bad Bila tekak dah panas kena kari sebesen, kenalah cari penyegar tekak tuan2
Famous Teochew Chendul yang terletak di Lebuh Keng Kwee hanya 450meter dari Hameediyah Restaurant
Agak dalam 30 minit la beratur untuk mendapatkan semangkuk cendol ni haha
Tapi rasa diaaaa haaaa boleh saing2 cendol Jonker Street lah tuan2. Memang puas hati. Perfect la bagi aku rasa dia.
Sambil2 tu selang dengan rojak buah yang dijual disitu pon ngam jugak. Kat situ tuan2 boleh minum cendol secara berdiri, atau pekena rojak di dalam kedai yang selang beberapa lot dari gerai cendol ni. Boleh rilek2 sket menikmati cendol yang power ni heheh
Lepas tu tuan2 boleh la membeli belah segala jenis macam jeruk menjeruk iaitu di Jeruk Asli Pak Ali yang terdapat bersepah di sekitar Penang ni
Untuk opis mate aku, jeruk yang 500g sudahla memandangkan aku naik flight. harap diorang paham. Kalau naik kereta, aku dah belikan sebesen haha Panas pon terik, so balik la ke Armenian Street Heritage Hotel untuk bersiram kejap segarkan badan. Lepas mandi apa semua, aku keluar balik sambung Food Hunting! Lokasi seterusnya! dekat je. Connecting dengan Armenian Street Heritage Hotel. Dari lobby tuan2 boleh pegi. Sebelah hotel je iaitu Kafe Bean Heritage
Aku order Tau Fu Fa gula merah atau brown sugar. Rasa dia? pehhhhhh aku cakap kau..tuan2 kena cuba sendiri lah tuan2..dah banyak tempat aku try taufufa. Yang ini antara dalam list aku. Sedap weh. Disaji fresh2 panas dari dalam bekas dia. Tempat pun santai2. Takde apa yang nak dikejar tuan2. Teringat aku masa makan taufufa kat Petaling Street. Dahla panas menggelegak. Orang lain pulak nak cepat. Makan berdiri plak tu haha rasa pulak tak seberapa kahkah
lagi satu aku order Iced Jelly. Not bad. Walaupun bukan diantara yang terbaik. Lokasi seterusnya! Mee Sotong Hameed Pata!
Terletak tak jauh pun dari Armenian Street Heritage Hotel. Hanya 2km. Tapi aku dok terpusing2 di area Esplanade Park ni. Owh rupanya di tapak food court. Masa aku adatang ni, jalan disitu tengah naik taraf. So park jelah tepi2 jalan tu.
beratur dalam 20 minit jugak lah hehe..Masa aku beratur tu, rasanya towkey dia kot yang goreng mee. Tengok pakai smart je. Tak pakai pakaian pekerja. Nampak gaya pun sempoi goreng mee tersebut tuan2. Memang ada style.
Ok siappppp!!! Mak ai rasa dia..sesuatu yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Dah umur 40 tahun tapi aku tak pernah rasa Mee yang sebegini rupa. Memang sedap tuan2. Percayalah cakap aku. Tuan2 kena try Mee Sotong Hameed Pata ni. Aku bagi 10/10 lah. Sedap gila haha! Ingat nak order lagi sepinggan. Tapi tak apalah. Banyak tempat lagi nak hunting ni. So next location is Rollney Desserts yang terletak di Lebuh Leith dalam 3km sahaja dari Mee Sotong Hamid Pata ni. Masa aku dah sampai ke destinasi, aku dok terpusing2 kat situ mencari signboard Rollney. Tapi tak jumpa. Call la nombor kat google. Dia kata alamat yang sama. Cuma signboard je dah tukar kepada Cruzty
Aku harap benda yang sama la dia jual
Try la masuk. Simple n nice deco dia. Cuma tak banyak pilihan. Ada dua je. Sugar glaze sama Cinnamon sugar. Aku try dua-dua
Pehhhhh meletop lah rasa dia tuan2. Dalam banyak2 snack/ desserts yang aku penah makan, ni lah yang paling sedap tuan2. Serius PALING SEDAP. Rasa ice cream nutella dia tu fuhhh..sedap oi. Pastu part makan pastry/ dough dia tu. Masyallah sedapnya..macam orang pelahap aku makan tuan2 hahaha kalau aku jumpa menatang ni lagi, memang aku pasti beli. Aku bagi 10/10! Lepas bedal Cruzty ni, kami lepas waktu maghrib dulu dan bergerak ke Avatar Secret garden
Yang terletak di Tanjung Bungah
Masa aku datang ni tengah ramai orang juga main mercun. Parking juga mudah. Ada apek2 tua situ tolong jaga lalulintas. Bayaran parking cuma rm2 sahaja. Masuk ke Avatar Secret Garden ini adalah percuma
Nak kata 100% macam dalam movie Avatar tu tak lah. Tapi boleh la dapat experience ambik gambar dengan lampu2 mirip avatar ni. Nice jugak. Bila dah habis 1 round di Avatar Secret Garden ni, time untuk makan! Lokasi seterusnya adalah misi untuk mencari pasembur!
Disco Pasembur ni letaknya di Gurney Drive Hawker Centre. Parking agak payah kat area ni. dekat 5 kali aku tawaf cari parking. Tapi masih tak jumpa jugak tempat kosong. Sudahnya aku park je di tepi roundabout hawker centre ni. Tengok ramai je parking situ. Harap2 selamat la tak kena saman hehehe
Dulu aku pernah makan pasembur di tepi laut yang aku lupa dah kat mana. Tak sedap langsung! aku cakap dalam hari macam ni ke orang Penang cakap sedap pasembur? Dengan kuah yang cair. Isinya pun dah keras. Macam telah digoreng beberapa kali. Selepas dari hari tu, aku memang banned pasembur. Tapi kali ni, aku baru merasa rasa pasembur yang sebenar! Fuhhhh mantap la tuan2 rasa kuah kacang dia tu. Sesuatu yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Ada pedas2 sikit. Manis2 sikit. Memang power! Dan aku memang rekemen Disco Pasembur ni. Mantap! Nampak macam gunung, tapi aku boleh habiskan sampai licin tuan2 hahaha..So selesai untuk hari ni. Kita sambung esok pula ok? 06/02/2020 KHAMIS Hari ni last day aku kat Penang. So masih sempat lagi food hunting mueheheh tapi sebelum tu tuan2, bagi penggemar barang vintage, tak sah kalau tak pergi pasar karat. Aku memang tak dapat penuhkan jadual untuk hunting barang karat. Sebab trip kali memang pack gila! Sentiasa berjalan, makan, takde rehat tuan2. Semua tempat makan nak di pergi dalam tempoh 3 hari. So pagi ni subuh2 aku dah bangun untuk pergi ke Pasar Karat atau Lorong Kulit Flea Market. Mengikut kata teman aku, flea market ni dah bukak seawal jam 6 pagi.
Sesampainya aku kat situ, lalat pun belum bangun! Celake punya member aku maki di dalam hati kahkah
Baru ada seorang je peniaga hahah siol lah. So aku kensel projek nak hunting barang karat. Aku patah balik hotel semula. Jaga ko member, lain kali aku kenakan kau pula! So, Lokasi pertama food hunting, adalah Roti Canai Transfer Road!
Lokasinya dah tentu2 lah kat Transfer Road tuan2. Dah namanya pun Roti Canai Transfer Road kahkah. Letaknya hanya 1.2km dari Armenian Street Heritage Hotel. Parking pun kena gamble. Boleh parking di sekitar tepi jalan ni. Boleh makan di bawah gerai ini sendiri, ataupun boleh order dari hadapan kedai tersebut. Ada table yang disediakan berhadapan dengan gerai roti canai ni.
Haritu ada masuk TV3 pasal Roti Canai transfer road ni di kompaun kerana gerainya yang kotor hahaha..nasib baik masa rancangan 999 tu keluar, roti canai yang dah masuk dalam perut aku, telah selamat sampai ke loji kumbahan Pulau Pinang hahaha
Rasa dia? Bagi aku, roti canai dia biasa2 je. Kalau kat JB roti canai macam ni, aku kategorikan tak sedap. Tebal dan tak empuk. Tapi disebabkan dicurahkan kuah keatasnya, jadilah ianya lembut. Yang menjadi kelainan adalah Peha Ayam yang dicombokan bersama roti canai ni. Memang besar gedabak peha ayam yang disertakan. Nak kata kuah kari banjir, bukan. Nak kata Asam Pedas ayam, pon bukan. Dia ada rasa dia tersendiri. Macam kari mix asam pedas. Cuma lebih ke asam pedas. Karinya kurang. Aku kurang untuk rekemen, tapi tuan2 boleh cuba. Nak sesuatu yang baharu kan? Haaa boleh try isi ayam yang dimasak betul. Sangat lembut isinya. Lepas dari pekene Roti Canai Transfer Road, aku nak bergerak ke Kopi Peng Famous Aunty. Tapi bila aku google, hari Khamis aunty tu tutup! Frust betul aku tuan2 tak dapat nak merasa kopi ais padu aunty tu. Sebab orang review memang piaw kopi ais dia. Tak apalah mungkin di lain waktu aku boleh dapat merasa air tangan kau aunty hahaha So aku teruskan perjalan ke Bangkok Lane
Mee Goreng Bangkok Lane! Gerai dia bodo je tuan2. Macam takde ape yang berlaku. Macam bukan tempat Viral. Terdapat kerusi meja yang tak dipenuhi orang, dan hanya 1 tempat kecil untuk menggoreng mee
Walaupun tampak bodo, tapi rasa dia tuan2, meletop la! Walaupun perut aku dah kenyang makan roti canai transfer road dengan ayam gedabak tadi, aku masih boleh makan dengan lahap tuan2 mee goreng dia ni. Aku bagi 10/10! Bukan biasa2 k mee goreng dia ni. Kalu tuan2 tak cuba memang rugi. Sangat sedap!
Kalau tuan2 pandang di hadapan kedai Mee Goreng Bangkok Lane ni, terdapat warung yang menjual Roti Bakar.
Jangan disangka warung yang tak semenggah tu. Tapi roti bakar cheese dia pehhhhhhh melantun sedap lah rasa dia! Aku bagi 10/10 juga. Kat JB memang susah nak jumpa roti bakar kaya dan butter yang sedap macam kat sini. dua set aku order. Sepertimana yang tuan2 tahu aku adalah penggemar roti, so aku agak memilih roti yang sedap ni. Yang ni memang aku rekemen sangat. Must Try!
Perjalanan di teruskan ke Lebuh Cannon dan aku singgah ke Fruitmade
Not bad decor dalaman cafe dia. Cun gak untuk ambil gambar
Pilihan juga tak banyak. Hanya 1 flavour untuk 1 bulan. Dan akan ditukar pada bulan berikutnya. Patutlah tak ramai orang datang. Flavour bulan ni adalah Grapefruit. Agak ok2 saje bagi aku bagi menyejukkan tekak. Presentation, mantap. Rasa? Biasa2 saje. So lepas kena Fruitmade ni, aku berjalan kaki di sekitar untuk ambil2 gambar. Ada juga aku jumpa antique shop. Ok juga barang2 dia. Harga? agak mahal juga berdasarkan tanda harga yang tertera. Tapi tauke tu kata harga masih boleh runding lagi. Nampak dah berhabuk barang2 apek ni. macam dah bertahun tak dibersihkan kerana dia sibuk menjalankan bisnes sewa basikal untuk pengunjung. Tuan2 boleh la tengok2 apa yang di jual kalau tuan2 berkenan
Banyak juga di sepanjang jalan ni menjual souvenir. Hati2 tuan2 dengan harga. Ada juga peniaga yang tekan harga. Macam adik ipar aku terkena. Beli t-shirt dengan harga rm32
Aku beli t-shirt disini hanya RM20 sahaja
Boleh la buat geli2 untuk pakai tido. Tuan2 kena pandai bezakan harga ya. Untuk mengelakkan dari ditipu. So setel jalan2 di area bandor ni, jam pun dah menunjukkan pukul 11 pagi, ada masa sejam untuk bersiap packing2 barang untuk check out. Selesai je check out, aku menuju ke Jalan Perak untuk membeli Kacang Tumbuk yang orang kata sedap tu
Kedainya simple je. Semasa aku datang tu, takde pulak live cara pembuatan kacang tumbuk ni.
Harga sekotak hanya RM10. Terdapat 10 keping kot kacang tumbuk dalam tu.
Rasa dia? Bolehhhhh laaaaa...aku letak dia kat no.2 dalam list kacang tumbuk aku. Sebab aku pernah rasa yang lagi sedap dari ni. Setel beli apa yang patut, aku bergerrak menuju ke area Bayan Lepas. So tak kalut kalau terlambat nak naik flight kan. Lokasi seterusnya? Original Penang Kayu Nasi Kandar!
Kali ni aku pulun habis! Sebab ni lokasi terakhir aku makan nasi kandar untuk 3 hari ni
Balun semua! Dari Sotong kari, Telur Sotong, Ayam Goreng, Peria Goreng, Sayur Bendi, Kobis Goreng, ah rasa macam nak makan semua hahahaha Aku pernah menginap di apartment berhadapan Kayu Nasi Kandar ni semasa pertandinan bowling SUK Semalaysia. Dan aku letak Original Penang Kayu Nasi Kandar ni selepas Deens Maju Nasi Kandar. Tapi ini mengikut tekan aku k tuan2. Sebab Nasi Kandar ni mempunyai peminat2 nya yang tersendiri. Dan tekak kita pun lain2 tuan2. Nasihat aku, tuan2 cuba semua nasi kandar yang ada di Penang ni. Baru dapat rasa perbezaannya. Setiap kedai mempunyai rasanya yang tersendiri ok. So jam menunjukkan baru pukul 4 petang. Masih ada banyak masa lagi. Memandangkan flight aku jam 7.50malam. So aku nak rasa lalu di bawah Jambatan Pulau Pinang. Kat mana nak tuju kalau dah seberang tu? Aku sempat la singgah ke Harley Davidson of Penang
Sempat la juga capai sehelai t-shirt untuk aku dan abang ipar aku. Harga standard la RM139-RM145. Lepas guna HD International VIP card, dapat lah potongan persen jadi RM100 untuk sehelai t-shirt. So lepas menyopping sikit, patah balik seberang Jambatan Pulau Pinang. kali ni aku singgah ke Ayu Mee Udang yang terletak di Teluk Kumbar
Masa aku sampai tu, orang pun tak ramai. Walaupun kami berlima, aku hanya order sepinggan sahaja Mee Udang yang basic
Eh, mana udang?
Tuuuu dia udang beratur hahaha rasa dia? lebih kepada sos tomato kimball heheh tuan2 cuba lah rasa sendiri ya. Masih banyak masa ni. Jom kita carik makan lagi!
Alang2 dah berada di Bayan Lepas ni, so aku cuba nasib lagi untuk singgah ke Sany Char Keuy Teow
Disebabkan hari selasa tuari dia tutup kan. Hari ni aku menjadi pelanggan pertama yang masuk ke kedai dia
Rasa dia? ok laaaaaa mungkin ada peminat dia yang tersendiri. So jam pun dah menunjukkan pukul 6 petang, baik aku ke airport. Kita jumpa lagi di lain masa tuan2. Bagi aku, Penang ni best untuk food lovers, food hunters, hampir semua makanan2 dia sedap2 belake. So bagi yang cancel flight ke Penang semata2 untuk kerja,(anda tahu anda siapa haha) aku doakan kalian sampai ke Penang untuk try port2 makanan yang aku sajikan ni hahaha Selamat Makan! Cheers!
"Keep It Until Hard To Find"

1 comment: