Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, September 15, 2008

Bubur Lambuk...

Satu lagi resepi diadaptasi dari myresipi oleh [email protected]...


Bahan-bahan:
1 cawan beras
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
Daging (ikut suka.. kalau suka letak byk daging)
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan kasar
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cawan santan pekat
6 biji bawang merah - buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
kiub pati lembu
Air secukupnya

Cara:
  • panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..
  • lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  • kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air... masukkan air halia... biar mendidih.
  • lepas tu masukkan air biasa...agak2 ler...
  • bila air dah mendidih.. letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  • masukkan beras.. masak hingga beras jadi hancur.. kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  • selepas beras dah hancur.. masukkan garam dan udang kering.
  • kemudian bolehlah letak pati santan..ikut suka.. kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
  • bila dah pekat bolehlah letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
  • kalau suka boleh letak sayur2 kegemaran..

Tuesday, July 8, 2008

Nasi Kerabu


Budu

Belajar buat nasi kerabu ni dgn Ann & Aishah.. Buat untuk kali ke dua...


Saturday, January 19, 2008

Bubur Nasi

Bubur ini dibuat semasa anak sulung akak (Yong) tak sihat hari tu...

Bubur nasi makan dengan ikan bilis goreng, kacang goreng, lobak masin hancur, bawang jeruk & bawang goreng.

Monday, January 14, 2008

Nasi Pilaf 'Mak Daro'

Resepi dari Mak Daro (Kak Nis)... memang sedap & bahan2pun senang nak dapat.. akak guna separuh dari bahan2 yg digunakan oleh kak nis...




Bahan-bahan:
1kg beras basmathi
180gram butter
Rempah tumis secukupnya (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga)
2 helai daun pandan (disimpul)
1 1/2 biji bawang besar
Air secukupnya
Garam
Daun ketumbar & daun pudina
Bawang goreng
Kismis kuning (akak guna kismis hitam, takde stok punya pasal)

Cara-cara:
  • Cuci beras, rendam selama 1/2 jam & toskan hingga kering airnya.
  • Panas periuk letrik. Cairkan butter.
  • Masuk rempah tumis & daun pandan.
  • Masukkan bawang besar, gaul rata.
  • Masuk beras & gaul (jgn terlalu cepat, nti beras pecah). Goreng beras sebentar dgn cara clockwise hingga sebati dengan butter supaya nasi akan berderai & masak cantik tidak melekat.
  • Masuk air (sukatan hendaklah betul).
  • Tanak nasi macam biasa. Tabur kismis, bawang goreng, daun pudina & daun ketumbar.

Tuesday, January 8, 2008

Nasi Goreng 'Crab Stick'

Untuk perabihkan stok mix vege & crab stick dalam fridge ler ni...

Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi semalam
1 cawan mix vege
5 batang crab stick
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
Sedikit kiub pati ikan bilis maggi
1 sudu besar sos tiram
Garam
Minyak

Cara-cara:
Gaul nasi dengan garam. Potong crab stick ikut suka. Kisar bawang merah & bawang putih. Tumis cilis kisar & bawang hingga naik bau. Masukkan sos tiram. Gaul sebentar kemudian masukkan crab stick & mix vege. Masukkan kiub pati ikan bilis. Lepas itu barulah masukkan nasi, gaul rata & balik2kan.. Sedia utk dihidangkan.


Monday, December 24, 2007

Nasi Daging ala kak pah sherry

Nasi daging versi kak pah ni akak main hentam ikut selera sendiri je... tp rasanya tidak mengecewakan...

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi
200 gram daging (direbus ambil airnya)
6 cawan air rebusan daging
3 sudu besar butter
1 inci halia (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 kiub rice seasoning
Rempah tumis secukupnya (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih & kulit kayu manis)
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk. Ambil 6 cawan airnya utk dimasukkan ke dalam nasi. Daging dihiris nipis, ketepikan. Bersihkan beras & toskan. Masukkan butter dlm periuk elektrik, masukkan bawang, halia & rempah tumis. Tunggu sehingga naik bau, masukkan garam & rice seasoning. Masukkan beras & goreng sebentar supaya bila masak nti dia akan berderai & cantik. Masukkan air rebusan daging. Kacau & gaulkan supaya sekata. Tutup periuk. Tunggu sehingga nasi setengah kering baru masukkan kepingan daging tadi. Sedia utk dihidangkan.


Ini ler rupanya rice seasoning yg selalu akak gunakan utk dimasukkan ke dalam apa jua jenis nasi... seperti nasi minyak, nasi tomato, nasi ayam & apa jua jenis nasi. Rasanya memang amat sedap sbb dia mengandungi rempah yg tersendiri. Kiub ini pemberian orang Arab. Tak tau ler ada tak dijual di Malaysia.

Sunday, December 16, 2007

Nasi Lemak Lengkap

Semalam ada tetamu datang dinner kat rumah akak, Prof Michael Corris & anak gadisnya Polly iatu selepas dia org tgk wayang dgn anak2 dara akak yg 2 org tu (Yong & Adik). Akak tak tau nak masak apa sebenarnya... Jadi hubby suruh le buat nasi lemak lengkap. Kebetulan di sebelah paginya akak dah buat Laksa Utara.. hidang le sekali laksa tersebut.

Nasi lemak ini gabungan nasi lemak negeri Perak & Sarawak...

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi/beras wangi/beras biasa
5 cawan air (ikut jenis beras)
200ml santan pekat
2 sudu teh garam
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 hirisan halia
2 batang serai (diketuk)
1 sudu teh lada hitam biji

Cara-cara:
Bersihkan beras. Masukkan dalam periuk letrik. Kemudian masukkan air, santan pekat, bawang merah, hirisan halia, garam, serai & lada biji. Gaul rata supaya semua garam larut & bahan2 sebati. Masak seperti biasa. Tunggu sehingga nasi betul2 masak barulah dibalik2kan (org Perak kata diserih2kan).


Sambal Udang

Bahan-bahan:
250gram udang basah (kupas, buang urat, bersih & toskan)
2 sudu besar cili kisar (klu nk pedas boleh tambah lg)
1 sudu teh serbuk cili (jika suka)
Sebesar ibu jari belacan (bakar, hancurkan dgn air panas)
6 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air asam jawa
Garam & gula
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Tumis cili kisar & bawang hingga naik bau. Masukkan belacan, biar sebentar. Kemudian masukkan udang, gaul rata & tunggu udang masak baru masukkan air asam jawa, garam & gula. Tambah air jika terlalu kering. Sesuaikan rasa, masin, manis & masamnya. Hidangkan bersama nasi lemak.


Ayam Goreng Bercili (Lauk tambahan jika suka)

Bahan-bahan:
6-8 ketul ayam (bersih & toskan)
2 sudu cili kisar
4 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
1 sudu besar serbuk kunyit
Garam
Gula
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Gaul ayam dengan garam & serbuk kunyit. Goreng ayam hingga garing & masak. Ketepikan. Tumis cili kisar, bawang merah & bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, garam & gula. Akhir sekali masukkan ayam yg telah digoreng tadi. Balik2kan hingga rata & sebati. Boleh dihidangkan bersama nasi lemak & nasi minyak & sebagainya.


Bahan-bahan sampingan lain:
Telur rebus (dibelah 2)
Kacang tanah (digoreng dgn minyak)
Ikan bilis (digoreng garing)
Timun (dipotong nipis bulat)

Saturday, December 15, 2007

Kuah Kacang Sarawak

Kuah kacang ini orang Sarawak punya stail... kalau kt tempat lain jarang org letak daging/ayam dlm kuah kacang.. tp kebanyakan org2 Swk memang suka letak bahan2 tersebut.. ala2 mcm mkn dgn sate le jugak... tp ada juga org2 Swk ikut stail kuah sate tempat yg lain.. terpulang pada selera masing2...

Bahan-bahan:
200 gram daging lembu (potong kecil & nipis)
250 gram kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit & ditumbuk kasar)
6 biji bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
1 sudu besar cili kisar
50 gram udang kering (rendam dgn air panas, kisar halus)
1 inci lengkuas (kisar)
5 batang serai (kisar)
2 keping asam gelugur (asam keping)
50ml santan pekat
Garam
Gula melaka/gula apong (gula Swk)
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Tumis cili kisar, bawang, lengkuas & serai sampai naik bau. Masukkan udang kering & daging. Biar sebentar hingga air daging agak kering & daging empuk. Masukkan air secukupnya. Masukkan kacang tanah & asam gelugur. Biar sebentar & tutup periuk. Masukkan santan, garam & gula. Sesuaikan rasanya. Hidangkan bersama nasi impit atau ketupat.

Kuah kacang ala Sarawak.

Friday, December 14, 2007

Lontong

Belum Hariraya Aidiladha lg akak dah teringin macam2... nak makan lontong le..kuah kacang & nasi impit le... alahai..cuaca sejuk buat perut selalu mencari2 apa nk diisi kat dalamnya... hahahaha. Ini akak buat sayur lodeh ikut apa yg ada dlm peti ais je... tanpa tempe, kacang panjang & sengkuang.. (hentam saja le labu...)


Sayur Lodeh


Bahan-bahan:

Udang Basah (kupas, buang urat)
Udang kering (rendam, kisar)
Tauhu (digoreng & potong nipis)
Suun (rendam dgn air panas, toskan)
Sayur Fucuk (rendam dgn air panas, toskan)
Karot
Kobis Bunga
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar
1/2 tin santan
1 sudu teh serbuk kunyit
Kiub pati ikan bilis maggi
Garam & gula
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Tumbuk bawang. Tumis cili kisar, bawang & serbuk kunyit. Biar sekejap kemudian masukkan udang kering, tumis hingga garing. Masukkan udang basah, biar sekejap hingga udang separuh masak. Masukkan santan pekat. Biar santan mendidih sekejap. Masukkan sayur2an dimulai dgn karot, kobis bunga, suun, sayur fucuk & tauhu goreng. Masukkan bahan2 perasa. Biar sebentar, tutup api. Sedia utk dihidang bersama nasi impit & sambal sotong.



Sambal Sotong

Bahan-bahan:
2 ekor sotong besar (potong ikut suka)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk cili (klu suka)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar (potong bulat)
Sebesar ibu jari belacan (dibakar)
Air asam jawa
Garam & gula
Minyak utk menumis
Sedikit air

Cara-cara:
Tumbuk bawang. Belacan dihancurkan dgn air panas. Tumis cili kisar, serbuk cili & bawang hingga naik bau. Masukkan belacan. Tumis sebentar kemudian masukkan sotong. Masukkan bahan2 perasa & air asam jawa. Kalau terlalu pekat masukkan sedikit air. Sedia utk dihidangkan bersama sayur lodeh & nasi impit.




Nasi Impit

Akak guna nasi impit segera Adabi je... tp kalau rajin nak buat ada dalam blog Rozie

Sunday, December 9, 2007

Nasi Goreng Udang

Sarapan pagi tadi...


Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi sejuk
15 ekor udang (sederhana besar)
1/2 mangkuk kecil mix vegetable
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar (hiris bulat)
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
Sedikit kiub pati ikan bilis
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
Gaulkan nasi dgn sedikit garam (jgn byk garam sbb nti kena masukkan kicap). Udang dikupas, buang urat hitam dibelakangnya, bersih & toskan. Tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis cili kisar & bawang sehingga garing & naik bau. Masukkan sos tiram, gaul rata. Kemudian masukkan udang. Biar udang masak dahulu baru masukkan sayur campur & bawang besar. Masukkan nasi, balik2kan hingga rata. Baru masukkan kicap (kicap dimasukkan kemudian kerana kicap sifatnya cepat hangus & hangit) & kiub pati ikan bilis. Sedia utk sarapan bersama teh @ kopi panas.

Sunday, November 25, 2007

Set Lengkap Nasi Ayam

Semalam buat nasi ayam lengkap. Menu nasi ayam ni amat digemari oleh anak2 akak terutama yg sulung.


Nasi Ayam

Bahan-bahan:
4 cawam beras basmathi
5 cawan air rebusan ayam
2 sudu makan butter
1 kiub pati ayam maggie
2 sudu teh garam
1 inci halia (dihiris bulat2 nipis)
3 ulas bawang putih (hiris nipis)

Cara-cara:
Bersihkan beras, tos & masukkan ke dalam periuk letrik. Masukkan air rebusan ayam, garam, halia, bawang putih, kiub pati ayam & butter. Gaul rata. Kemudian masak seperti memasak nasi biasa. Tujuan meletakkan butter supaya warna nasi kekuningan, sedikit berminyak & rasanya sodap!


Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong ikut suka)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
5 biji bawang merah (1/2 biji bawang besar)
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
3 sudu besar madu/gula melaka/gula apong (gula sarawak)

Cara-cara:
Kisar semua bahan hingga halus. Kemudian perapkan dgn ayam selama paling kurang 2 jam. Lagi lama lagi sebati bahan2 perapan masuk ke dalam ayam. Selepas itu goreng ayam seperti biasa. Sedia utk dihidangkan bersama nasi ayam.


Sup Ayam Berempah
Bahan-bahan:
500 gram bahagian tulang2 ayam (bhgn kaki, kepak dsbnya)
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kari
Rempah tumis (kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga & bunga lawang)
Garam, gula & kiub pati ayam maggie
Air
Minyak

Sayur-sayuran
2 biji kentang (belah 4)
1 biji tomato (belah 4)
2 btg saleri (hiris menyerong)
1 batang karot (hiris menyerong)

Hiasan:
Bawang goreng
Daun bawang

Cara-cara:
Rebus ayam dalam periuk (air rebusan itu juga boleh diambil utk membuat nasi ayam). Tumbuk bawang putih & halia. Kisar ketumbar & jintan. Tumis semua bahan2. Masukkan rempah tumis & akhir sekali serbuk kari. Tumis hingga garing. Terus masukkan ke dalam rebusan ayam. Tunggu sehingga ayam empuk baru masukkan kentang, saleri & tomato. Hiaslah dgn bawang goreng & daun bawang.


Sos Cili Nasi Ayam
Bahan-bahan:
5-10 biji cili merah besar
5-10 biji cili padi (klu nk pedas boleh tambah)
3 biji limau kasturi (ambil sebiji kulit limau blender sekali dgn cili)
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 cawan cuka
Gula & garam

Cara-cara:
Kisar semua cili, bawang putih & halia. Perah limau kasturi, ambil jusnya & campur ke dlm cili. Masukkan cuka, garam & gula. Sesuaikan rasa masam, masin & manisnya. Sedia utk dihidangkan sebagai pencicah salad, timun & tomato.

Bahan tambahan lain utk nasi ayam:
Lettuce (salad)
Timun
Tomato

Set Lengkap Nasi Ayam

Monday, November 19, 2007

Nasi Minyak Hujan Panas

Semalam (Ahad) ada tetamu yg datang ke rumah. Hubby suruh le masak apa2 yg senang nak masak tetapi menyelerakan. Jadi akak pilih menu yg selalu akak buat bila kawan2 bangsa asing hubby datang berkunjung.

Menu hari ini:
Nasi Minyak Hujan Panas

Ayam Masak Merah

Kari Daging Lembu
Jelatah Nenas & Timun

Fruit Coctail & Cream Custard (desert)


Nasi Minyak Hujan Panas
Resipinya di sini


Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit (utk menggoreng ayam)
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan cili kering kisar
1 inci halia
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan susu cair
Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & bunga cengkih)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
1/2 kiub pati ayam maggie
Minyak utk menumis

Bahan Lain:
1 tin kecil kacang peas
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang besar (belah 4)
Sedikit daun bawang

Cara-cara:
Potong ayam, bersih & toskan. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit & garam. Goreng ayam sehingga setengah masak & ketepikan. Tumbuk/kisar halia, bawang merah & bawang putih. Gunakan minyak selepas menggoreng ayam tadi utk menumis, anggaran dlm 1/2 cawan. Tumis semua cili kisar & bahan2 tumbuk tadi. Tumis sebentar, kemudian masukkan rempah tumis. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili & sos tiram. Gaul hingga naik bau. Masukkan susu cair, garam, gula, kiub pati ayam & serbuk perasa. Biarkan sebentar. Barulah masukkan ayam, balik2kan hingga sebati. Masak sekejap, masukkan bawang besar, tomato & daun bawang. Akhir sekali barulah masukkan kacang peas. Sedia utk dihidangkan bersama nasi minyak hujan panas.

Nota: Ayam masak merah versi kak pah ni memang tidak menggunakan air, hanya minyak sahaja. Sebab itulah ketika menumis minyaknya agak banyak.


Jelatah
Jelatah (acar mentah) ni, hubby yg buat. Dia memang suka sangat jelatah ni.. hampir setiap minggu dia buat.

Bahan-bahan:
1 biji timun
1/2 biji nenas
1 inci halia
2 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar
3-5 biji cili merah/hijau/cili padi
2 sudu besar jus lemon
Garam & gula
1/2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak & ditumbuk kasar)

Cara-cara:
Potong timun & nenas ikut suka. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, halia & cili. Gaulkan semua bahan hiris dgn timun & nenas. Masukkan jus lemon, garam & gula. Akhir sekali masukkan kacang goreng yg telah ditumbuk tadi. Sesuaikan rasa masam, manis & masinnya. Sedia utk dimakan bersama nasi minyak hujan panas.

Kari Daging Lembu
Resepi ini sudah ada.
Di sini

Fruit Coctail & Cream Custard
Bahan-bahan:
1 tin fruit coctail
1 tin cream custard (akak guna jenama Ambrosia)
1/2 cawan susu cair
3 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dalam bekas. Gaul rata supaya cream custard tidak berketul. Masukkan dlm gelas atau mangkuk kecil yg sesuai. Hias dgn buah strawberry, anggur, kiwi atau apa saja buah2an yg disukai.

Sunday, November 18, 2007

Nasi Dagang

Akhirnya projek buat nasi dagang yg dah tertangguh beberapa minggu dapat juga dibuat semalam. Tp buat sendiri je. Alhamdulillah berjaya jugak akak buat nasi dagang untuk pertama kalinya. Masa tinggal di Ulu Bernam, Selangor dulu akak pernah belajar kt satu akak dari Kelantan yg mak dia berniaga nasi dagang. Tp dh lama sangat, ingat2 lupa dah. So akak belek2 blog2 member yg lain seperti Jo ayee, Kak E & Mesra.net... Lebih kurang sama juga dgn apa yg akak belajar dulu. Jadi akak gabungkan semuanya sekali... nasi dagang Kelantan & Trengganu... Jgn marah ye org Klate & Trengganu kalau salah.... amponnnn! Terima kasih Jo & Kak E kerana jd bahan rujukan saya.

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
1 cawan beras pulut
200ml santan pekat
200ml santan cair
1 sudu teh halba
1 inci halia (hiris nipis)
4 biji bawang merah (hiris nipis)
1 sudu teh garam

Cara-cara:
Beras basmathi & beras pulut disatukan. Rendam semalaman. Keesokannya basuh & toskan. Sediakan pengukus. Kukus nasi dalam pengukus hingga setengah masak. Angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula hingga masak. Angkat lagi dan gaulkan dengan santan pekat, garam, bawang merah, halba & halia. Kukus sekejap lagi sehingga bawang & bahan2 lain layu sedikit.


Gulai Lemak Mackerel

Bahan-bahan:
2 ekor ikan mackerel
6 biji bawang merah (1 biji bawang besar)
1 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (1 sudu besar serbuk kunyit)
2 sudu makan kerisik
2 mangkuk santan pekat (1 tin santan)
2 sudu besar cili kering kisar
3 keping asam gelugur
Minyak utk menumis
Air secukupnya
1/2 kiub pati ikan bilis maggie
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:
Potong ikan ikut suka, cuci & toskan. Kemudian rebus ikan dalam periuk. Letakkan air separas ikan. Masukkan asam gelugur & sedikit garam. Tunggu hingga air kering. Tutup api.
Tumbuk bawang merah, bawang putih & kunyit. Lengkuas & halia dihiris nipis. Masukkan minyak dalam kuali, tumis cili kisar & bahan2 yg telah ditumbuk td. Masukkan lengkuas, halia & kerisik. Gaulkan sekejap, kemudian masukkan santan. Tunggu sehingga santan mendidih baru masukkan ikan bersama air rebusannya sekali. Masukkan garam, gula, kiub pati ikan bilis & serbuk perasa (jika suka). Masak sebentar, tutup api & sedia utk dihidangkan.


Sambal Goreng Kelapa
Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut (putihnya sahaja, kulit hitam buang)
(tp kat sini akak guna kelapa kering & gaulkan dgn 3 sudu besar santan pekat)
50 gram udang kering
3-5 biji cili hijau/merah/cabai burung/cili padi
4 ulas bawang merah/1/2 biji bawang besar
1 batang serai
Garam & gula
Minyak utk menumis

Cara-cara:
Kisar udang kering. Bawang, serai & cili dikisar sekali. Masukkan minyak dlm kuali. Tumis bawang, serai & cili tadi. Biar sekejap, baru masukkan udang kering. Masukkan kelapa. Goreng sebentar hingga agak kering & garing. Masukkan garam & gula. Sesuaikan rasa. Angkat & bolehlah hidangkan bersama nasi dagang.


Acar Timun

Bahan-bahan:
1 biji timun (buang empulurnya)
1/2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
3 sudu makan cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Cara-cara:
Potong timun ikut suka. Hiris nipis bawang besar & cili hijau. Larutkan cuka bersama garam & gula. Kemudian campurkan dengan timun. Gaulkan hingga rata. Sedia utk dihidangkan bersama nasi dagang.


Set Nasi Dagang.

Wednesday, November 7, 2007

Nasi Goreng Sardin Kak Pah


Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi sejuk
1 sudu besar cili kering kisar
3 ekor ikan sardin dlm tin
4 biji bawang merah (boleh guna bawang besar)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kiub pati ikan bilis maggie
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Gaul nasi sejuk dengan garam terlebih dahulu. Hancurkan ikan sardin dalam mangkuk kecil. Tumbuk bawang merah & bawang putih.

Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis cili kisar, gaulkan sebentar. Masukkan bawang merah & bawang putih. Gaul sekata hingga naik bau. Masukkan sos tiram. Lepas itu masukkan ikan sardin. Masak sebentar sehingga agak kering. Kemudian masukkan kiub pati ikan bilis maggie. Masukkan nasi, gaul rata. Balik2kan nasi hingga sebati. Sedia untuk dihidang ketika panas. Yummy...

Wednesday, October 31, 2007

Nasi Tomato

Projek masa bulan puasa dulu. Saja nak kongsi resipi dengan kawan-kawan semua.

Nasi tomato, udang masak merah, sambal telur & jelatah.

Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tomato puree
3 biji bawang merah (kat sini guna bwg merah besar tu, 1/2 biji)
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (hiris nipis)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 biji tomato (dicincang halus)
1 helai daun pandan (disimpul)
Butter/minyak secukupnya (terpulang pada kesukaan masing2, atau campur keduanya sekali)
Rempah tumis secukupnya
1 Kiub pati ayam maggie
Garam secukup rasa
Air biasa/air rebusan ayam secukupnya (kalau guna air rebusan ayam tak perlu guna kiub pati ayam)

Untuk hiasan:
1 tin kecil kacang peas
Bawang goreng

Cara-cara:
Basuh beras dan toskan. Di dalam periuk letrik panaskan butter/minyak. Masukkan rempah tumis, bawang merah, bawang putih, bawang besar & halia. Tumis sekejap. Kemudian masukkan tomato yg telah dicincang. Masukkan tomato puree, biar sekejap. Terus masukkan susu cair, garam, kiub pati ayam maggi dan air. Akhir sekali masukkan beras & daun pandan. Masak nasi seperti biasa.

Bila nasi sudah masak barulah taburkan kacang peas & bawang goreng di atasnya atau ketika nak menhidang. Makan dengan ayam/udang masak merah, sambal telur & jelatah.

Tuesday, October 23, 2007

Nasi Goreng Kampung


Bahan-bahan:

1 mangkuk besar nasi
15-20 biji cili padi/cabai burung (tak nak pedas kurangkan)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Segenggam ikan bilis
Sedikit kiub pati ikan bilis
Garam & gula

Bahan hiasan:
Bawang goreng
Telur dadar (digulung & dihiris)

Cara membuatnya:
Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih & ikan bilis. Bawang besar dimayang. Tumis semua bahan-bahan sehingga naik bau & garing. Masukkan nasi putih, gaul rata. Masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ikan bilis, garam & gula. Sesuaikan rasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yg telah dimayang. Untuk hiasan taburkan bawang goreng & telur dadar (ikut suka).

# resepi ini adalah resepi mak saudara Zahuri (Alang) dari Klang, Selangor.