Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Tuesday, April 1, 2008

Satay Daging

Resepi dari Jo & Ayee... Kuah sataynya pulak cilok resepi dr blog Jun. Pertama kali akak buat satay sendiri sbb seperti biasa selalu beli aje kat pasar malam... kehkehkeh... atau makan yg orang lain buat klu masa hariraya...



Akak agak2 aje bahan2 yg dibawah ni... kalau kurang rasa boleh tambah lg.. misalnya manis dsbnya.

Bahan-bahan:

1kg daging
Lidi penyucuk sate secukupnya (rendam lidi dlm air selama 30 minit)

Bahan-bahan perap:
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Serbuk kunyit secukupnya
5 sudu besar gula apong/gula melaka
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
Garam secukupnya

Cara-cara:
  • Potong daging sebesar ikut kesesuaian.
  • Kisar semua bahan2 di atas & perapkan dengan daging yg telah bersih & dipotong tadi selama 1-2 jam (lebih lama lg sedap supaya rempah ratus meresap ke dalam isi daging).
  • Selepas itu cucuk dgn lidi penyucuk sate. Bakar sate cara tradisi atau akak kat sini guna oven je... kehkehkeh... sambil direnjiskan minyak ke atasnya dengan menggunakan serai yg dititik.

Kuah Kacang

Bahan-bahan:
250gram kacang tanah (goreng tanpa minyak, buang kulit & tumbuk kasar)
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 batang serai*
1 inci lengkuas*
2 sudu besar udang kering*
2 sudu besar cili kisar
3 biji buah keras*
1/2 cawan air asam jawa
1 senduk gula apong/2 keping gula melaka
Sedikit gula pasir
Garam secukupnya
Air secukupnya
Minyak utk menumis
Sedikit santan (resepi asal takda, akak tambah utk menambahkan lemak & pekat kuahnya)

* dikisar

Cara-cara:
  • Tumis cili dan bahan2 yg telah dikisar tadi sehingga naik bau.
  • Masukan kacang tanah, masak sebentar
  • Kemudian masukkan air asam jawa & semua bahan2 perasa seperti gula, garam.
  • Akhir sekali masukkan santan.

Thursday, March 27, 2008

Soto Daging lagiii...

Resepi ulang tayang... entah dah berapa kali buat... cuaca sejuk kat sini memang sedap sangat klu dapat makan sup panas-panas... yummy! Disebab resepi sudah ada... akak cuma letakkan resepi pegedil daging sahaja di sini.




Pegedil daging ni hasil penjelajahan ke blog kak nis nun jauh di singapore... terima kasih ye makdaro kerana bagi resepi yg sodap banget!


Pegedil Daging


500 gram kentang (kupas, cuci & potong)
200 gram daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun ketumbar (cincang)
2 tangkai daun bawang (cincang)
1 sudu teh lada sulah
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
2 biji telur (pukul sikit)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:

Kentang direbus hingga empuk, lecek2kan ketika masih panas. Gaulkan semua bahan2 bersama kentang kecuali telur & minyak. Bulat2kan adunan & leperkan sedikit. Celup ke dalam telur sebelum digoreng dlm minyak yg panas. Angkat bila kekuningan. Sedap dimakan bersama soto atau dicicah dgn sos begitu sahaja.



Friday, December 28, 2007

Dendeng Daging

Resepi dicedok dari blog Jun yg cute.. Sedap ler Jun, terima kasih berkongsi resepi ni.

Saturday, December 22, 2007

Soto Daging

Kebetulan pergi berziarah rumah kawan pada hariraya aidiladha yg lepas & dia bagi nasi impit punya ler banyak. Akak cari idea nk makan apa dgn nasi impit tu.. Hubby pulak bg cadangan buat soto daging.. memandangkan dia tak berapa gemar makan sup ayam... jadi akak buat ler sup daging.. Tengok pulak bahan2 ada ler lebih kurang... Ini versi soto akak yg paling simple & senang nak buat... Dulu akak pernah belajar buat soto dgn org Johor tp soto ayam... dan menurut beliau memang ada sup khas utk buat soto... akak buat ikut apa yg terlintas difikiran je.. janji dpt makan soto...














Sup Daging/Tulang

1 kg tulang & daging lembu
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 kiub tulang rusuk maggie
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Air secukupnya

Cara-cara:
Rebus tulang & daging dlm periuk. Kisar bawang & halia. Tumis semua bahan & rempah tumis tadi hingga naik bau. Masukkan dalam periuk daging tadi. Setelah daging empuk keluarkan dari periuk & hiris nipis2. Tinggalkan tulang dlm periuk.

Bahan-bahan lain utk soto:
Nasi impit secukupnya
Suun (digoreng dengan minyak)
Kacang tanah (digoreng)
Bawang goreng/daun bawang
Sambal Kicap

Sambal Kicap:
15 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 biji lemon (ambil jusnya)
1/2 cawan kicap manis & kicap masin

Cara-cara:
Kisar cili & bawang putih hingga hancur. Masukkan dlm bekas. Tuang kicap & jus lemon di dalamnya. Rasa manis & masinnya. Sedia utk dimakan bersama soto.


Friday, November 30, 2007

Kurma Daging Lembu

Selalunya akak buat kurma stail masak kari je... cuma tukarkan serbuk kari dgn rempah kurma. Tapi kali ini akak cuba pulak stail perap dulu daging dgn rempah kurma & bahan2 tumbuk. Memang rasanya lebih sodapppp gitu!

Bahan-bahan:
1kg daging lembu (potong ikut suka)
200ml santan pekat
4 biji lada hijau (belah 2)
2 biji kentang (belah 4)
2 biji tomato (belah 4)
1 biji bawang besar (belah 4)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1-2 sudu cili kisar
3 sudu besar minyak sapi
Rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih & buah pelaga)
Sedikit daun ketumbar (hiris halus)
Air secukupnya
Garam, gula & sebuk perasa (jika suka)

Bahan perap:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3-5 sudu besar rempah kurma

Cara-cara:
Kisar/tumbuk bawang merah, bawang putih & halia, perapkan dgn daging yg telah dipotong tadi bersama dgn rempah kurma. Perap lebih kurang selama 30 minit ke 1 jam.

Sementara itu kisar/tumbuk bawang merah & bawang putih. Masukkan minyak sapi dlm periuk, tunggu sehingga panas. Tumis cili kisar, bahan2 tumbuk & rempah tumis hingga naik bau. Masukkan daging yg telah diperap tadi. Gaul hingga sebati. Tutup periuk sehingga air daging agak kering sedikit. Tambahkan air, masak lg hingga mendidih. Masukkan santan pekat. Lepas itu masukkan bahan2 perasa seperti garam, gula & serbuk perasa (jika suka). Masukkan kentang. Bila kentang agak empuk baru masukkan bawang besar, cili hijau & tomato. Biar sekejap, tutup api & barulah taburkan daun ketumbar. Sedia utk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi putih dsbnya.

Thursday, November 15, 2007

Daging Lada Hitam

Daging masak lada hitam versi kak pah ni takde campur sayur macam Mat G punya. Hanya daging lembu sahaja. Ini versi paling simple je...


Bahan-bahan:
500 gram daging batang pinang
1 sudu besar lada hitam biji
1 sudu besar sos tiram/sos cendawan
3 sudu besar sos lada hitam
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dimayang bulat)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
Minyak utk menumis
Sedikit air

Cara-cara:
Potong daging nipis2, bersih & toskan. Kisar lada hitam (jgn terlalu halus, biar kasar2). Tumbuk bawang merah & bawang putih. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang sekejap, kemudian masukkan lada hitam. Masukkan daging, balik2kan supaya rata dan biar sekejap sehingga air daging agak kering sedikit. Masukkan sos tiram & sos lada hitam. Tutup kuali sebentar sehingga daging empuk. Tambah air sedikit jika kuah terlalu pekat. Masukkan garam, gula & serbuk perasa. Akhir sekali masukkan bawang besar yg telah dimayang tadi. Sesuaikan rasa. Angkat & boleh le dihidangkan.

Friday, November 9, 2007

Roti Canai & Kari Daging Lembu

Projek membuat roti canai & kari daging lembu semalam. Roti canai resipinya belajar dari kakak ipar di Kuching, Sarawak.

Bahan-bahan:
Roti Canai:
500 gram tepung gandum
250 ml air (kalau pekat tambah air)
1 biji putih telur
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh garam
Margerin/butter secukupnya

Cara-cara:
Masukkan semua bahan kecuali margerin/butter ke dalam breadmaker. On dough. Tunggu sehingga selesai diuli. Apabila selesai diuli, keluarkan. Bulat2kan dough menjadi lebih kurang 15 biji. Selepas itu lumurkan semua doh dengan margerin/butter sehingga menutupi setiap doh dan menjadi berminyak. Biarkan doh semalaman. Esoknya barulah dicanai.

Untuk mencanai roti ni senang je, ambil tray/talam yg agak besar, letakkan butter/minyak di atasnya. Ambil sebiji doh, tepek di atasnya, kemudian tarik di setiap bahagian tray (akak tak reti nak menebar mcm tukang buat roti canai tu..hehehehe). Kemudian ambik satu bahagian bucu roti canai tu, tarikkan.. kemudian buat macam sanggul (tak reti akak nk explain). Buatlah begitu sehingga hbs semua doh. Setelah itu doh yg mcm sanggul tadi ditepek sekali lagi menjadi bulat. Bila nak menggoreng, minyak utk menggoreng tu hendaklah dicampurkan dgn sedikit mentega/butter supaya roti canai garing & gebu. Setelah digoreng hendaklah roti canai tersebut ditepuk2 berulang kali dengan menggunakan kedua belah tangan (buat mcm penampar jepun..hehehehehe).

# Bagi yg tak ada breadmaker, boleh uli semua bahan menggunakan tangan seperti biasa.


Kari Daging Lembu

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
5 biji bawang merah (bawang besarpun boleh, 1/2 biji)
3 ulas bawang putih
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan serbuk cili
5-6 sudu besar serbuk kari (akak guna kari adabi+kari pakistan)
2 inci halia
2 sudu makan kerisik
100 ml santan pekat (akak kurangkan santan, sebab sudah ada kerisik)
3 biji tomato (dicincang halus)
2 biji kentang (dibelah 4)
Rempah tumis (cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang)
Garam, gula & serbuk perasa (jika suka)
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Potong daging ikut suka. Bersih & toskan. Kisar bawang merah, bawang putih & halia. Sediakan kuali & masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak panas, baru masukkan cili kisar & serbuk cili, biarkan sekejap. Masukkan rempah tumis, gaul rata. Masukkan bahan2 kisar dan tomato, gaul sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari, gaul sekejap dan masukkan kerisik. Kemudian barulah masukkan daging lembu, balik2kan sehingga rata semuanya, biarkan sekejap sebelum masukkan air kedalamnya. Biar sehingga daging separuh empuk, baru masukkan santan pekat & air asam jawa. Akhir sekali masukkan kentang. Tutup kuali & biar mendidih. Masukkan bahan2 perasa seperti garam, gula & serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Bila daging betul-betul empuk barulah diangkat & dihidang panas. Makan dgn roti canai, roti & nasi.

Tuesday, October 23, 2007

Rendang Pedas Perak


Bahan-bahan:
1 kg daging/ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula


Cara-cara membuatnya:
Potong daging ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.

Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan daging/ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.

Tunggu sehingga kuah pekat dan daging/ayam empuk. Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat.

# resepi ini adalah resepi keluarga di Perak... tapi telah diubah suai ikut selera sendiri.