Teori-Teori Pembelajaran

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 113

EDUP2082

PSIKOLOGI PENDIDIKAN
TEORI-TEORI
PEMBELAJARAN
PENSYARAH:
DR NAZRI BIN HALIM
Hasil Pembelajaran
Menganalisis teori-teori pembelajaran dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah;
▪ Teori Pembelajaran Behaviouris
- Pavlov - Thorndike – Skinner
▪ Teori Pembelajaran Kognitif/Kognitivist
- Kohler - Piaget - Gagne - Bruner – Ausubel
▪ Teori Pembelajaran Konstruktivis
- Piaget - Vygotsky
▪ Teori Pembelajaran Sosial - Albert Bandura
▪ Teori Pembelajaran Humanistik - Carl Rogers – Maslo
▪ Implikasi Teori-teori pembelajaran
Pengenalan

1. Proses pendidikan adalah sesuatu aktiviti yang dinamik.


2. Pendidik sentiasa mencari asas yang sesuai untuk membuat keputusan tentang kaedah
pengajaran yang harus disusun supaya pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan
(Lourdusamy, 1995).
3. Terdapat berbagai aliran yang dianuti oleh para pendidik dalam menentukan kaedah
pengajaran yang sesuai.
4. 3 aliran merangkumi teori-teori pembelajaran iaitu aliran behavioris, kognitivis dan
konstruktivisme.
TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIOURIS
TEORI PEMBELAJARAN
BEHAVIOURIS
Behavioris berpendapat pembelajaran adalah perilaku yang diperhatikan secara
1.
luaran.
2. Pembelajaran dikatakan telah berlaku jika ada perubahan tingkahlaku yang boleh
diperhatikan.
3. Antara tokoh-tokoh aliran ini ialah;
► Ivan Pavlov (1849 – 1936)
► E.L Thorndike (1874 – 1949)
► B.F Skinner (1904-1990 )
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1827)
1. Setiap rangsangan (R) akan menimbulkan gerak balas (G)
2. Gerak balas ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
3. Rangsangan ialah sebarang bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
4. Pembelajaran boleh berlaku akibat wujud perkaitan antara rangsangan dengan gerak
balas.
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1927)
Rangsangan (R) & Gerak Balas (G)

3 jenis rangsangan
▪ Rangsangan semula jadi/tak terlazim (RSJ)
▪ Rangsangan neutral (RN)
▪ Rangsangan terlazim (RTL)

3 jenis gerak balas


▪ Gerak balas semula jadi /tak terlazim(GSJ)
▪ Gerak balas neutral (GN)
▪ Gerak balas terlazim (GTL)
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1827)
Rangsangan (R) & Gerak Balas (G)
▪ Pelaziman ialah pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan antara rangsangan dengan
gerak balas.
▪ Pelaziman klasik ialah pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan antara dua
rangsangan (RN dengan RSJ).
▪ Ada tiga peringkat pelaziman:
(a) Sebelum pelaziman
(b) Semasa pelaziman
(c) Selepas pelaziman
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1827)
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1827)
SEBELUM PELAZIMAN
Daging/tulang Air Liur
(Rangsangan semula jadi) (Gerak balas semula jadi)
Bunyi loceng Air Liur
(Rangsangan neutral) (Tiada Gerak balas )

SEMASA PELAZIMAN
Bunyi Loceng Air Liur
(Rangsangan terlazim) (Gerak balas terlazim)
Daging (Rangsangan semula jadi)

SELEPAS PELAZIMAN
Bunyi Loceng Air Liur
(Rangsangan terlazim) (Gerak balas terlazim)
► Daging (Tidak ditunjukkan)
Teori Pelaziman Klasik Pavlov Classical
CONDITIONING (1827)
Konsep Asas dalam Teori Pelaziman

Klasik Pavlov
1. Pengulangan
2. Generalisasi
3. Diskriminasi
4. Penghapusan
5. Pembelajaran semula
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1827)
Konsep Asas dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov
1. Pengulangan
▪ Pembelajaran berlaku melalui proses pengulangan yang kerap sehingga wujud
perkaitan antara RN dan RSJ.
▪ Proses pengulangan menghasilkan pembelajaran yang berupa hasil pembelajaran
(association) dua rangsangan tersebut
▪ Pembelajaran berupa gerak balas kepada rangsangan yang dilazimkan (Rangsangan
terlazim)
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1827)
Konsep Asas dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov
2. Generalisasi
▪ Rangsangan yang sama/hampir sama akan menghasilkan tindak balas yang
sama/hampir sama.

3. Diskriminasi
▪ Individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan
tidak pada rangsangan yang lain (membezakan rangsangan).
Teori Pelaziman Klasik Pavlov (1827)
Konsep Asas dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov
4. Penghapusan
▪ Rangsangan terlazim yang disertai dengan rangsangan tidak terlazim akan
menyebabkan penghapusan

5. Pembelajaran semula
▪ Ulang semula (RN+RSJ) akan menghasilkan pembelajaran semula.
Teori Pelaziman Cuba Jaya E.L Thorndike (1913)
Pengenalan:
▪ Suatu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku menjadi
kemungkinan kepada tingkah laku seterusnya diulangi, diteruskan atau dihentikan.
▪ Kajian ke atas haiwan seperti kucing, ayam, anjing dan monyet
▪ Memperkenalkan pembelajaran secara “cuba jaya”
Teori Pelaziman Cubajaya E.L Thorndike (1913)
Pembelajaran cubajaya:
▪ Kucing di dalam sangkar – makanan di luar sangkar
▪ Pintu sangkar terbuka apabila tuil selaknya dipijak oleh kucing
▪ Kucing ‘cuba jaya’ untuk keluar
▪ “Hubungan antara R (makanan) dengan G (tekan selak) menjadi lebih kukuh apabila
wujud kesan yang positif. Sekiranya wujud kesan negatif, hubungan R dgn G akan
lemah (tingkah laku tidak berulang.”
Teori Pelaziman Cubajaya E.L Thorndike (1913)
Teori Pelaziman Cubajaya E.L Thorndike (1913)
Teori Pelaziman Cubajaya E.L Thorndike (1913)
Tiga hukum dalam proses pembelajaran
1. Hukum kesediaan
2. Hukum latihan
3. Hukum kesan
Teori Pelaziman Cubajaya E.L Thorndike (1913)
Hukum Pembelajaran Thorndike

Hukum Kesediaan Hukum Latihan Hukum Kesan


Kesediaan dari Latihan yang Kesan yang
segi psikomotor, diulang-ulang menyeronokkan
afektif dan kognitif untuk tingkatkan yang dpt
meningkatkan
sebelum murid sesuatu pertalian antara
mula belajar kemahiran R dengan G
Teori Pelaziman Cuba Jaya E.L Thorndike (1913)
1. Hukum Kesediaan
▪ Menurut Thorndike(1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu
tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya.
▪ Sekiranya murid tidak dapat melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita.
▪ Kalau dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak
sempurna.
Teori Pelaziman Cuba Jaya E.L Thorndike (1913)
▪ Hukum Kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan yang perlu ada, sebelum
individu itu bertindak, iaitu belajar.

▪ Tiga aspek utama kesediaan:


(i) Kesediaan psikomotor
(ii) Kesediaan afektif
(iii) Kesediaan kognitif
Teori Pelaziman Cuba Jaya E.L Thorndike (1913)
2. Hukum Latihan
▪ Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R - G) akan
bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang
▪ Individu akan menguasai kemahiran jika banyak latihan diadakan
▪ Sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa
pengukuhan
▪ Contoh: Menghafal sifir 2 hingga 12
Teori Pelaziman Cuba Jaya E.L Thorndike (1913)
3. Hukum Kesan
▪ Hukum Kesan menyatakan jika sesuatu tindakan diikuti oleh perubahan
persekitaran yg menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan
meningkat dan sebaliknya.
▪ Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan
bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan.
▪ Kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. /(Jika kucing
dalam eksperimen Thorndike mendapat kejutan elektrik yang menyakitkan apabila
keluar dari sangkar, ia tidak akan bermotivasi keluar dari sangkar lagi.)
Teori Pelaziman Cuba Jaya E.L Thorndike (1913)
3. Hukum Kesan
▪ Rumusannya:
Tingkah laku yang diikuti dgn kepuasan, tingkah laku itu akan diulang-ulang, tetapi
jika tingkah laku diikuti dengan kesakitan, tingkah laku itu tidak akan diulang lagi
Teori Pelaziman Cuba Jaya E.L Thorndike (1913)
Strategi PdP berdasarkan Teori Pelaziman Operan
▪ Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan
▪ Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respon yang betul.
▪ Memberikan dendaan untuk respon yang tidak dikhendaki
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
1. Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak
Skinner.
2. Eksperimen menggunakan tikus dan burung merpati.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
1. Mencipta Skinner Box: Tingkah laku binatang boleh dikawal dan gerak balas boleh
diperhatikan dan direkod atau diukur.
2. Menurut Skinner(1953), dlm teori pelaziman operan gerak balas boleh
diperkuatkan(diulangi) atau dihapuskan(tidak diulangi), jika diberi peneguhan sebaik
sahaja gerak balas itu ditunjukkan.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
3. Peneguhan ialah perkara yg dilakukan utk menggalakkan sesuatu perlakuan itu
diulangi.
4. Menurut Rachlin(1991), peneguhan diberikan utk memuaskan kehendak individu,
mengurangkan tekanan danmerangsang otak.
5. Menurut Skinner, terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
Lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner:
a. Peneguhan positif
b. Peneguhan negatif
c. Dendaan
d. Prinsip Premack
e. Pelupusan
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
Lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner:
a. Peneguhan positif
i. Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang
menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
ii. Satu bentuk motivasi dalam aktiviti PdP.
Contoh: Memberi kata pujian, senyuman, menepuk bahu pelajar,
memberi hadiah dan sebagainya.
iii. Mendorong murid menghasilkan kerja yang bermutu tinggi
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
Lima jenis proses dalam teori pelaziman operan
Skinner:
a. Peneguhan positif
Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku Masa
Hadapan

Guru Guru memuji Guru kemukakan lebih


kemukakan murid banyak soalan yang baik
soalan dengan
baik
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
a. Peneguhan positif
i. Peneguhan positif yg diberikan mestilah jelas
dan sistematik.
ii. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja perlu
diberi peneguhan.
iii. Guru mesti ikhlas ketika memberi peneguhan.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
b. Peneguhan negatif
i. Rangsangan serta-merta yg tidak selesa atau menyakitkan yang
diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

Tingkah Laku Kesan/ Tingkah laku


Akibat Masa Hadapan

Murid tidak Guru Murid akan menyiapkan tugasan


menyiapkan tugasan menegur yg seterusnya tepat pada
tepat pada waktunya murid waktunya.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
b. Peneguhan negatif
ii. Peneguhan boleh diberi secara berterusan atau berkala.
iii. Jadual peneguhan untuk membentuk tingkah laku yang diingini
meliputi
► peneguhan berterusan – selepas setiap gerak balas
► peneguhan berkala tetap- selepas satu jangka masa yang ditetapkan
► peneguhan berkala berubah - selepas jangka masa yang berubah-ubah
► peneguhan berkala nisbah tetap - selepas bilangan set gerak balas yg
telah ditetapkan
► peneguhan berkala nisbah berubah - selepas beberapa bilangan gerak
balas yg berubah-ubah.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
c. Dendaan
i. Suatu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan
berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.
ii. Kesan negatif yg membawa kepada pengurangan dalam
kekerapan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
c. Dendaan

Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah Laku


Masa Hadapan

Murid membuat Guru memberi Murid berhenti


bising di dlm amaran kpd membuat bising
kelas murid dlm kelas
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
c. Dendaan
Dua bentuk dendaan
i. Dendaan Persembahan (Presentation
Punishment)
ii. Dendaan Penyingkiran (Removal Punishment)
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
c. Dendaan
i. Dendaan Persembahan (Presentation
Punishment)
► Berlaku apabila sesuatu rangsangan
menyebabkan berlakunya perubahan dalam
tingkah laku diri pelajar tersebut.
► Tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat
menakutkan murid spt larian padang, sistem
demerit, guru memberi kerja tambahan dan
sebagainya.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
c. Dendaan
ii. Dendaan Penyingkiran (Removal Punishment)
► Berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.
► Contoh,tidak memberi kemudahan apabila murid
tidak berkelakuan betul, tidak membenarkan
menonton televisyen dalam tempoh seminggu
sebab tidak membuat kerja rumah
Matematik/duduk bersila.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
c. Dendaan
Untuk menjadikan dendaan lebih efektif:
► Dilakukan segera.
► Mesti tahu mengapa dia dihukum.
► Untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai
balasan perlakuannya.
► Hendaklah tekal.

Ingat: Dendaan berterusan boleh membentuk tingkah


laku negatif.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
d. Prinsip Premack
i. Mengaitkan aktiviti yang kurang diminati
dengan aktiviti yang lebih diminati untuk
mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti
yang kurang diminati.
ii. Dikenali sebagai “Grandma’s Rule”.
iii. Guru boleh selang-seli aktiviti menarik dengan
kurang menarik untuk meningkatkan kadar
pembelajaran.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
e. Pelupusan
i. Perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus
dengan sendirinya.
ii. Dapat diatasi jika;
-peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu
dapat dikenal pasti.
-peneguhan itu tidak lagi digunakan.
-guru sanggup bersabar dalam menghadapi
proses pelupusan.
Teori Pelaziman Operan B.F Skinner (1913)
Aplikasi Teori Operan Skinner dalam bilik darjah:
i. Pemberian peneguhan positif hendaklah secara
bersistematik
ii. Ganjaran harus sesuai dengan umur murid
iii. Ganjaran mengikut kadar kesukaran
iv. Berhati-hati memberi peneguhan negatif, jangan sampai
menjadi hukuman
v. Gerak balas hasil daripada rangsangan haruslah
dikukuhkan untuk membentuk pelaziman
vi. Beri keutaman kepada latihan dan gerak balas yang
berulang
TEORI PEMBELAJARAN
KOGNITIF/KOGNITIVIS
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Tokoh-Tokoh Teori Pembelajaran
Kognitif
Kohler Bruner

Piaget Ausubel

Gagne
Fokus Teori Kognitif
Proses pemikiran (kognitif/mental):
1. Aspek dalaman (internal)
2. Proses pemikiran tidak dapat dilihat
3. Berfikir secara serius untuk menyelesaikan masalah
4. Pembelajaran berlaku walaupun seseorang individu itu
tidak melakukan sebarang perlakuan (diam) – sedang
berfikir secara serius untuk selesaikan masalah.
Proses Mental yang Aktif dalam Teori Kognitif

1. Mengumpul,
2. Menyimpan,
3. Mengingat dan
4. Menggunakan ilmu/maklumat/fakta
konsep lama dan baru untuk sesuatu
menyelesaikan masalah
Proses Mental yang Aktif dalam Teori Kognitif

1. Mengumpul,
2. Menyimpan,
3. Mengingat dan
4. Menggunakan ilmu/maklumat/fakta
konsep lama dan baru untuk sesuatu
menyelesaikan masalah
Proses Mental yang Aktif dalam Teori Kognitif

1. Mengumpul,
2. Menyimpan,
3. Mengingat dan
4. Menggunakan ilmu/maklumat/fakta
konsep lama dan baru untuk sesuatu
menyelesaikan masalah
Teori Pembelajaran Piaget (1970)
▪ Seorang ahli psikologi yang berasal dari
Switzeland dan terkenal dengan kajian
perkembangan kognitif kanak-kanak
▪ Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza-beza
mengikut peringkat umur:
▪ Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)
▪ Peringkat Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
▪ Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
▪ Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Teori Pembelajaran Piaget (1970)
1. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)
Kemampuan terbatas
Otaknya masih baru- belum banyak berkerja
Suka membuat pemerhatian diikuti dengan gerak balas
Belum menguasai simbol/bahasa
Berkomunikasi melalui gerak-geri/ memegang/ menghisap
Tidak mempunyai konsep pengekalan
Teori Pembelajaran Piaget (1970)
2. Peringkat Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Telah mula menguasai bahasa/bercakap sendiri/egosentrik
(peringkat awal)
Boleh menggunakan simbol
Mula meneroka alam sekitar/suka bertanya
Boleh berimaginasi/mencipta pelbagai benda
Cuba menghubungkan simbol dan perkataan dengan objek
dengan cara intuisi – bukan dengan cara penaakulan
(reasoning)
Pemikiran sehala merasa/sentiasa benar
Teori Pembelajaran Piaget (1970)
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
Perasaan ingin tahu/belajar semakin tinggi
Penguasaan pertuturan yang baik
Menguasai konsep
pengekalan/paduan/nombor/berat/padatan
Boleh mengklafikasikan
Minat sentiasa berubah-ubah
Selalu putus asa bila/kecewa bila keinginan tidak tercapai
Boleh menimbangkan sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan.
Teori Pembelajaran Piaget (1970)
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
Peringkat perkembangan kognitif tertinggi
Dapat mengurus/mengolah persekitaran
Mampu untuk menerima pelbagai kemungkinan daripada
tindakan mereka
Perkembangan fizikal lebih pantas berbanding mental
Boleh memahami konsep abstrak
Sedar tentang falsafah hidup/etika/politik/agama
Teori Pembelajaran Piaget (1970)
Piaget mencadangkan lima konsep asas dalam pembelajaran
iaitu:
1. Skema (Schema)
2. Adaptasi (Adaptation)
3. Keseimbangan(Equilibration)
4. Asimilasi (Assimilation)
5. Akomodasi (Accomodation)
Teori Pembelajaran Piaget (1970)
1. Skema (Schema)
Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil
ORGANISASI dan bermula sebaik sahaja seseorang individu
dilahirkan.
Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian
beransur kepada skema yang lebih kompleks. Contoh :
Kanak-kanak membina skema-skema untuk mengkategori sesuatu
benda/skema untuk mengenal huruf.
Skema-skema yang dibentuk ini akan berdepan dengan situasi
yang baru. Contoh : Kanak-kanak yang telah mengenal huruf
berdepan dengan situasi baru untuk menyusun huruf-huruf
tersebut membentuk perkataan. (HURUF KE PERKATAAN)(K
+VK)
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
2. Adaptasi (Adaptation)
Adalah Proses perubahan/pertukaran skema lama kepada skema
baru dimana melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu
akomodasi dan asimilasi untuk mencapai keseimbangan.
Jika kita menggunakan skema baru untuk sesuatu situasi maka
keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru tidak
memberi penyesuaian yang baik maka ketidakseimbangan akan
berlaku
Jika ketidakseimbangan berlaku, kita akan terus membina
skema-skema baru untuk disesuaikan dengan situasi baru
tersebut.=adaptasi
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
1. Keseimbangan(Equilibration)
Proses mengorganisasi,mengasimilasi dan
mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh
individu untuk mencapai keseimbangan dimana
individu akan terus menguji minda mereka untuk
mencari keseimbangan.
Keseimbangan akan berlaku jika berjaya menggunakan
skema baru/ilmu untuk sesuatu situasi / pengalaman
yang baru.
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
4. Asimilasi (Assimilation)
Berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan
cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema
yang telah sedia ada.
Contoh: dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan
menyatakan ‘d’ sebagai ‘b’ apabila diperkenalkan.
Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba
memadankan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang
telah ada dan dibetulkan.
Teori Pembelajaran Jean Piaget (1970)
5. Akomodasi (Accomodation)
Berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk
disesuaikan dengan pengalaman baru.
Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan.
Akomodasi dengan pengalaman baru dan seterusnya
membentuk skema baru.
Contoh: Apabila kanak-kanak dapat mengenal dan
membezakan ‘d’ daripada ‘b’.
Teori Pembelajaran Gagne
(1916-2002)
Gagne telah memperkenalkan Pemprosesan maklumat
▪ Organisma menerima pelbagai rangsangan daripada
persekitaran secara sedar atau tidak sedar
▪ Rangsangan diproses oleh pancaindera
▪ Maklumat disimpan dalam ingatan jangka pendek,
SEMENTARA atau ingatan jangka panjang
Teori Pembelajaran Gagne (1916-2002)
Teori Pemprosesan Maklumat
▪ Gagne telah menganjurkan tugas pembelajaran bagi
kemahiran intelektual disusun dalam bentuk hiraki.
▪ Pembelajaran mengikut peringkat daripada asas sehingga
peringkat yang lebih kompleks
▪ 8 peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada
pengetahuan yang dipelajari (learned knowledge)
Teori Pembelajaran Gagne (1916-2002)
Hierarki Pembelajaran Gagne
▪ Pembelajaran Isyarat-spt experimen.pavlov
▪ Pembelajaran Gerak balas-stimulus/operant
conditioning-skinner/aksi/reaksi
▪ Pembelajaran Rangkaian motor-kata + gambar
▪ Pembelajaran Pertalian Bahasa cth: hubung kata:bola +bola merah
▪ Pembelajaran Diskriminasi-panggil nama pelajar spesifik
▪ Pembelajaran Konsep-benda/warna dll
▪ Pembelajaran Prinsip/hukum-prosedur/konteks berbeza
▪ Pembelajaran Penyelesaian masalah-hots
Teori Pembelajaran Gagne (1916-2002)
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel
(1918-2008)
▪ Seorang ahli psikologi Amerika.
▪ Mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan
manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam
bentuk pembelajaran resepsi-TERIMA atau
dikenali sebagai Model Pembelajaran
Ekspositori.-DEDAHAN
Teori Pembelaran Resepsi David P. Ausubel (1963,
1977)
▪ Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran
resepsi (penerimaan) atau model pengajaran ekspositori
/PENERANGAN LENGKAP/SUBJECT MATTER-kerana guru
dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang
teratur seperti dalam kaedah kuliah.
▪ Menggunakan penyusunan awal/ADVANCE ORGANIZER. Ia
merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara
konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari
tersebut./modul/rmk
Teori Pembelajaran Resepsi David P. Ausubel (1963,
1977)
▪ Ausubel telah memperjelaskan pembelajaran resepsi (reception
learning)
▪ Dalam pembelajaran resepsi@menerima ilmu, isi kandung
(content) penting pelajaran yang hendak disampaikan kepada
pelajar adalah dalam bentuk yang lengkap.
▪ Pembelajaran tidak melibatkan sebarang penemuan maklumat
tetapi pelajar-pelajar hanya perlu menginternalisasikan bahan
atau mencantumkan maklumat dalam struktur kognitifnya
dan mengeluarkannya pada masa yang diperlukan.
TEORI
PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
LEV VYGOTSKY (1896 – 1934)
1. Vgotsky sebagai orang yang dianggap
pelopor dalam falsafah pembelajaran
konstruktivisme.
2. Konstruktivisme dari perkataan asal Inggeris
Construct/pembina
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV
VYGOTSKY (1896 – 1934)
3. Pelajar sebagai PEMBINA pengetahuan, melalui
pengetahuan dan pengalaman sedia ada
4. PELAJAR bukan PENERIMA pengetahuan yang pasif
(menerima bulat-bulat pengetahuan daripada guru).
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV
VYGOTSKY (1896 – 1934)
5. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek
internal dan eksternal dalam pembelajaran.
6. Menurut Vygotsky, sistem sosial sangat penting dalam
perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi
dan berkolaborasi untuk mengembangkan sesuatu yang baru.
7. Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif seseorang
kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV
VYGOTSKY (1896 – 1934)
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV
VYGOTSKY (1896 – 1934)
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV
VYGOTSKY (1896 – 1934)
▪ Vygotsky memperkenalkan Zon Perkembangan
proksimal(zone of proximal development – ZPD
▪ Konsep ini adalah “tahap jurang atau jarak yg dikenal pasti
antara tahap perkembangan sebenar individu dalam
menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap
maksimum potensi perkembangan individu yang dibantu
oleh orang dewasa/guru/rakan)
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV
VYGOTSKY (1896 – 1934)
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV
VYGOTSKY (1896 – 1934)
▪ Dalam pembelajaran, guru adalah sebagai
pembimbing.
▪ Guru akan memberi panduan supaya murid
menghayati fungsi ini.
▪ Apabila kemahiran ini diperoleh, murid akan
memperoleh alat atau cara tertentu untuk
pembelajaran terarah kendiri (self-guided
learning).
▪ Amalan pembelajaran dengan bantuan dan panduan
ini juga dikenali sebagai scaffolding.
TEORI KONSTRUKTIVISME LEV
VYGOTSKY (1896 – 1934)
▪ Scaffolding: iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada
tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan
tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak
mengerjakan sendiri.
▪ Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan
dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh
melakukannya.
▪ Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat
dikembangkan melalui usaha dan pengalaman sendiri dalam
proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak
akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain
TEORI
PEMBELAJARAN
SOSIAL
Pengenalan
▪ Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa
pembelajaran adalah melalui proses permodelan, iaitu
melibatkan pemerhatian atau peniruan.
▪ Teori ini melibatkan tiga unsur asas iaitu individu,
pesekitaran dan tingkah laku.
▪ individu di rujuk sebagai keadaan motivasi dirinya,
pesekitaran ialah rangsangan luar dan dan tingkah laku
sebagai perlakuan.
Pengenalan – Teori Pembelajaran
Sosial/BANDURA I

Tiga Unsur
Asas:
I = Individu
P = Persekitaran
T = Tingkah
Laku

P T

Rajah: Interaksi unsur asas dalam pembelajaran sosial


Teori Pembelajaran Sosial Albert
Bandura (1965,1971, 1977,86)
1. Sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial
Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran
behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari
pemikiran, pemahaman dan evaluasi/menilai.
Teori Pembelajaran Sosial Albert
Bandura
1. Bandura telah memberi penekanan tentang perilaku manusia
dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan
(reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational
learning),
Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

2. Proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih


berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.
–role model
3. Beliau menjelaskan bahawa aspek pemerhatian pelajar
terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan
juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan
kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Eksperimen Albert Bandura


Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen
Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru
seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya.
Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura
Eksperimen Albert Bandura
Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Eksperimen Albert Bandura

Rumusan:
Tingkah laku kanak-kanak dipelajari melalui
peniruan/permodelan.
Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura
Jenis-jenis peniruan
1. Peniruan langsung
▪ Meniru tingkah laku yang ditunjukkan oleh model melalui
proses perhatian. Contoh: meniru gaya guru/artis? yang
disanjungi.
▪ Ciri khas pembelajaran ini adalah adanya modeling, seseorang
memodelkan atau mencontohkan sesuatu melalui demonstrasi
2.

Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Jenis-jenis peniruan
2. Peniruan tak langsung
▪ Peniruan adalah melalui imaginasi atau pemerhatian
secara tidak langsung.
▪ Contoh: meniru watak yang dibaca dalam buku,
memerhati seorang guru mengajar dan rakannya.
2.

Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Jenis-jenis peniruan
3. Peniruan gabungan
▪ Peniruan jenis ini adalah dengan cara menggabung
tingkah laku yang berlainan iaitu peniruan langsung
dan tidak langsung.
▪ Contoh: pelajar meniru gaya gurunya melukis dan
cara mewarna daripada buku yang dibacanya.
2.

Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Jenis-jenis peniruan
4. Peniruan sekat laluan
▪ Tingkah laku yang ditiru hanya sesuai untuk situasi
tertentu sahaja.
▪ Contoh: Tiru fesyen pakaian di TV, tapi tidak boleh
dipakai di sekolah.
2.

Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Jenis-jenis peniruan
5. Peniruan tak sekat laluan
▪ Tingkah laku yang ditiru boleh ditonjolkan dalam
apa-apa situasi.(+ve)
▪ Contoh: pelajar meniru gaya berbudi bahasa ibunya.
CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA
2.
1.

Teori Pembelajaran Sosial Albert Bandura

Peniruan

Peneguhan

Pemerhatian

Penyimpanan
Implikasi Teori Pembelajaran peniruan/permodelan
1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan
peniruan.
2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa,
teladan, nilai dan lain-lain.
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan
demontrasi guru sebagai model.
4. Hasil kerja seorang guru perlulah teliti, kemas,
dan dapat memberi murid-murid memahami.
.

Implikasi Teori Pembelajaran


peniruan/permodelan
5. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh
kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
6. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan,
peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang
sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
7. Peyampaian guru hendaklah cekap dan menarik, menjadi
role model
8. Demonstrasi guru hendaklah jelas
CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA
2.
1.

TEORI
PEMBELAJARAN
HUMANISTIK
Pengenalan
▪ Teori ini menekankan keunikan dan individualiti
seorang murid.
▪ Setiap individu adalah unik dan mempunyai
emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan yang
khusus dengan orang lain.
▪ Pendekatan ini memfokus kepada kehendak
afektif dan perbezaan individu dalam
pembelajaran.
► Antara pelopor teori pembelajaran humanistik
ialah Carl Rogers dan Abraham Maslow.
Teori Pembelajaran Humanistik
Carl Rogers (1902-1987)
1. Seorang ahli psikologi Amerika Syarikat
2. Beliau mengatakan bahawa seseorang hanya dianggap
berpendidikan sekiranya ia telah belajar cara belajar
dan ingin berubah.
Teori Pembelajaran Humanistik Carl
Rogers
Ciri utama teori beliau ialah;

1. Fenomena setiap individu adalah fenomena


logikal, iaitu seseorang itu mengalami dan
memahami dirinya.
2. Setiap individu mempunyai kecederungan dan
hasrat sendiri untuk menyampaikan
kesempurnaan kendiri.
3. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang
unik melalui sistem nilai dan kepercayaan
diri/efikasi/infiority compex?.
Teori Pembelajaran Humanistik Carl
Rogers
Ciri utama teori beliau ialah;

4. Tingkahlaku di dorong oleh kepercayaan pada


dirinya. Ianya di fahami hanya melalui proses
komunikasi
5. Pengalaman setiap individu adalah unik dan
berbeza bagi setiap individu
Teori Pembelajaran Humanistik Carl
Rogers
Ciri utama teori beliau ialah;

4. Tingkahlaku di dorong oleh kepercayaan pada


dirinya. Ianya di fahami hanya melalui proses
komunikasi
5. Pengalaman setiap individu adalah unik dan
berbeza bagi setiap individu
Teori Pembelajaran Humanistik Carl
Rogers
Prinsip Pembelajaran Carl Rogers
1. Mengutamakan pendidikan berpusatan pelajar
(Learner Centered Education)
2. Mengutamakan prinsip pembelajaran berasaskan
kebebasan (freedom to learn) - pembelajaran
merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (curiosity)
▪ pembelajaran boleh berlaku jika bahan
pembelajaran adalah bermakna dan sesuai
dengan pelajar
Teori Carl Rogers
1. Mementingkan konsep kendiri positif di mana
murid-murid dapat menampilkan tingkah laku
yang baik dan disukai oleh orang lain.
2. Konsep kendiri ini terbina daripada kasih sayang, pujian,
layanan, perhatian ibubapa, guru.
3. Rogers menyifatkan konsep kendiri yang positif boleh
menerima kritikan secara terbuka dan mudah berinteraksi.
4. Murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah
menampilkan tingkahlaku yang kurang baik.
Teori Pembelajaran Humanistik
Abraham Maslow (1908-1970)
1. Berasal dari Amerika dan menjadi seorang
pelopor aliran psikologi humanistik
2. Terkenal dengan teorinya tentang hieraki keperluan
manusia.
3. Mengikut Maslow manusia akan memenuhi
keperluan-keperluan asas seperti fisiologi, keperluan
keselamatan,kasih sayang, penghargaan kendiri dan
kesempurnaan kendiri
Teori Pembelajaran Humanistik Abraham
Maslow

Kesempurnaan

Kendiri
Penghargaan Kendiri

Kasih Sayang

Keselamatan

Fisiologi
Teori Pembelajaran Humanistik Abraham
Maslow
Konsep Asas Teori Maslow;
1. Lebih kepada motivasi Intrinsik. Kuasa dalaman yang
berada dalam perkembangan fsiologikal dan
psikologikal manusia
2. Perkaitan antara motivasi dan hieraki keperluan.
Apabila individu mendapat kepuasan dalam sesuatu
keperluan, maka hieraki yang lebih tinggi akan berlaku
semula jadi.
Teori Pembelajaran Humanistik Abraham
Maslow
Konsep Asas Teori Maslow;
3. Jika keperluan hieraki manusia rendah, wujud
persamaan yang sangat besar dan perbezaan antara
individu semakin mengecil. Contohnya seperti
makanan, minuman, perkahwinan dan sebagainya.
Teori Pembelajaran Humanistik

Implikasi Teori Pembelajaran Humanistik dalam PdP;

1. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai


dan mesra
2. Pengajaran berkonsepkan berpusat pelajar
3. Motivasi dan harga diri penting
4. Bina keyakinan pelajar untuk belajar
5. Pembelajaran perlulah kontektual
Teori Pembelajaran Humanistik

Implikasi Teori Pembelajaran Humanistik dalam PdP;

6. Bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri.


7. Bahan-bahan pembelajaran mestilah bermakna dan
mudah difahami.
8. Pastikan keperluan pelajar dipenuhi.
9. Pelajar menilai pencapaian sendiri.
Sekian
TERIMA KASIH
Rujukan:
Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik dari
http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html
Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston
Halim Ahmad (2013), Teori pembelajaran social Albert Bandura. Dipetik dari
http://http://greenlanternroom.blogspot.my/2013/05/teori-pembelajaran-sosial-albert-ban
dura.html
Mok Soon Sang.(2009), Psikologi Pendidikan untuk pengajaran & pembelajaran.Selangor:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam
Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan
Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. (2011). Educational psychology.Theory and practice.(10th ed.). Boston: Allyn and
Bacon.

You might also like