Buku Program Tingkah Laku
Buku Program Tingkah Laku
Buku Program Tingkah Laku
Strategi pengurusan :
baka
Fakor persekitaraan
Strategi pengurusan:
Kaunseling genetic
Penjagaan sebelum dan selepas kelahiran
Model Persekitaraan
Perubahan persekitaran
Strategi pengurusan :
Interface-centered
Model Behavioral
A B C
Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang
dapat mengekalkan atau mengubahsuai tingkah laku kanak-
kanak Ia merupakan aspek yang sangat penting dalam
pengurusan tingkah laku. Terdapat 2 jenis peneguhan iaitu
(Ragbir Kaur, 2011):
Peneguhan negatif :
pemerhatian yang
memerhati untuk dilaksanakan mengikut
jangka pendek dan urutan dalam jangka masa
maklum balasyangdiperoleh
berperingkat
jangka panjang melalui pemerhatian
guru
Semua
tingkah laku
adalah
dirangsang
secara
khusus
intervensi
perlu Tingkah laku
berfokus boleh diajar
kepada dan diubah
kanak-kanak
Prinsip
pengurusan
tingkah laku
intervensi matlamat
perlu pengurusan
mengikut tingkah laku
peredaran perlu jelas
zaman kini dan khusus
intervensi
perlu
dirancang
mengikut
masalah
individu
Guru perlu melaksanakan intervensi bagi menangani
tingkah laku bermasalah yang ada pada murid. Teknik
modifikasi tingkah laku dibahagikan kepada 2 iaitu
intervensi untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini
dan intervensi untuk mengurangkan tingkah laku yang
tidak diingini. Langkahlangkah melaksanakan strategi
pengurusan tingkah laku adalah berikut:
1. Token ekonomi
Satu sistem modifikasi tingkah laku berdasarkan
pelaziman operan
Teknik ini meneguhkan tingkah laku positif dengan
memberikan token atau hadiah kepada murid-murid apabila
mereka mencapai tingkah laku yang telah ditetapkan.
5
Tidak menganggu rakan
2
Menganggu rakan
Ganjaran Token
Jus oren 3
Menonton kartun 10
Bermain game 15
Teddy bear 25
9. Setelah menerapkan tingkah laku yang diingini, guru
perlu membuat penilaian.
Contoh token
Contoh graf data
Intervensi untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini
2. Kontrak bertulis
Teknik ini merupakan persetujuan di antara murid dan
guru secara bertulis.
Guru membuat kontrak dengan murid supaya murid
menunjukkan tingkah laku yang diingini iaitu berduduk
diam semasa guru mengajar dalam kelas.
Guru menjelaskan perkara-perkara yang perlu
dijalankan oleh murid.
Murid dan guru menandatangani kontrak tersebut.
Jika murid melanggari kontrak tersebut, murid akan
menjalani peneguhan negatif iaitu mengambil balik
buku berwarna kegemarannya.
Jika murid dapat menunjukkan tingkah laku yang baik,
maka murid akan diberi ganjaran seperti murid dapat
menonton kartun kegemarannya.
Contoh kontrak bertulis
Intervensi untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini
3. Shaping
Shaping merupakan satu usaha memberikan ganjaran
kepada murid setiap kali murid semakin hampir kepada
satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru.
Ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin
besar apabila murid bergerak hampir ke arah
pencapaian matlamat tingkah laku yang ditetapkan.
Jika murid secara progresif dapat mencapai objektif
tingkah laku positif, guru akan terus menyediakan
ganjaran/ hadiah yang lebih besar sehingga tingkah
laku bermasalah berhenti terus.
Kanak-kanak ADHD sering makan bergopoh-gopoh dan
makanan tersebut bertaburan.
Guru perlu menjalankan kaedah shaping bagi
membentuk tingkah laku makan secara bersih.
Cara pelaksanaan Shaping
1. Time-out
Satu teknik modifikasi tingkah laku dimana guru
mengalikkan murid daripada persekitaran di mana
tingkah laku negatif berlaku sebagai satu cara untuk
mengurangkan dan menghapuskan tingkah laku
negatif.
Kanak-kanak ADHD sering menganggu rakan-rakan
sebelahnya di kelas. Tingkah laku bermasalah ini
mengganggu kelancaran pengajaran dan
pembelajaran.
Guru perlu mengenali minat kanak-kanak ini dan
melakukan kaedah "time-out" pada aktivti minat
kanak-kanak itu.
Contohnya, jika murid tersebut suka aktiviti mewarna,
guru perlu 'time-out' mereka semasa aktiviti tersebut.
Semasa 'time-out' guru perlu menjelaskan mengapa
murid tersebut tidak boleh terlibat dalam aktiviti
tersebut.
Daripada kaedah ini, murid tersebut akan
mengurangkan tingkah laku menganggu rakan-
rakannya bagi mengelakkan 'time-out'.
Cara- cara untuk mengurangkan tingkah laku yang
tidak diingini
2. Penghapusan (Extinction)
Penghapusan merupakan suatu modifikasi tingkah
laku yang tidak diingini yang menyekat murid
daripada melakukan tingkah laku negatif dan
mengantikkannya dengan tingkah laku positif secara
beransur-ansur.
Contohnya,kanak-kanak ADHD sering membuat
bising di dalam kelas telah mendapat perhatian
sosial oleh gurunya. Maka, murid tersebut sering
membuat bising dalam kelas supaya mendapat
perhatian gurunya.
Jika guru tidak memberi perhatian semasa murid
membuat bising dalam kelas, tingkah laku tersebut
akan berkurang seterusnya akan lenyap.
Hal ini demikian kerana setiap kali murid membuat
bising, guru telah mengekalkan tingkah laku tersebut
dengan memberi perhatian (peneguhan positif).
Setelah guru tidak melayan murid tersebut, tingkah
laku tersebut tidak berlaku kerana tidak mendapat
respons dari guru.
Kanak-Kanak ADHD mengalami masalah tingkah laku
yang ketara berbanding dengan murid berkeperluan
khas yang lain. Guru dan ibu bapa perlulah berganding
bahu untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak
diingini dan meningkatkan tingkah laku yang diingini
dalam kalangan murid.